sambungan~
Jesus diutus untuk Bani Israel
Matthew 15:24 bermaksud:
"Jawab Jesus: "Aku diutus hanya kepada para pengacau yang hilang dari umat Israel".
Jesus diutus hanya untuk Bani Israel dan bukan untuk seluruh alam semesta. Terbukti di sini bahawa Jesus sendiri mengaku bahawa ia adalah seorang utusan. Seorang utusan Tuhan sudah tentu ianya bukan Tuhan. Jesus adalah utusan Tuhan. Oleh itu Jesus tetap tidak Tuhan.
Al-Qur'an, surah Ali Imran, ayat 48-49, Allah SWT juga berfirman yang menjelaskan Jesus bukan Tuhan tapi hanya seorang utusan (rasul) Tuhan untuk Bani Israel. Ayat tersebut bermaksud:
"Dan Allah akan mengajarnya (Isa) ilmu menulis hukum-hukum aturan agama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil" (48). "Dan (akan) melantiknya menjadi seorang rasul kepada bani Israel, (dengan mengatakan kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari Tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang supak, serta aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga boleh memberi tahu kepada kamu, tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang rasul yang diutuskan oleh Allah kepada (kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman." (49)
Manakala Al-Qur'an surah Az-Zukhruf, 43:59 yang bermaksud:
"Nabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang kami telah kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat nabi), dan kami jadikan dia satu mithal contoh (kekuasaan kami yang menakjubkan) bagi kaum nabi Israel."
Jesus muncul dengan kemuliaan Allah
Matthew 16:27 bermaksud:
"Sebab Anak Manusia akan datang dalam kemuliaan Bapa-Nya diiringi malaikat-malaikat-Nya, pada waktu itu ia akan membalas setiap orang menurut perbuatannya".
Jesus memberitahu bahawa dia adalah Anak Manusia dan dia adalah makhluk ciptaan Allah SWT.
Ramalan Jesus Tidak Terbukti
Matthew 16:28 bermaksud:
"Aku berkata benar kepadamu:Sesungguhnya di antara orang yang hadir di sini ada yang tidak akan mati sebelum mereka melihat Anak Manusia datang sebagai Raja dalam Kerajaan-Nya".
Ramalan Jesus tersebut dianggap tidak tepat kerana 'mereka' yang dimaksudkan itu telah lama meninggal, tetapi Jesus belum juga datang sebagai Anak Manusia ke dunia ini. Oleh itu, mustahil Jesus adalah Tuhan kerana tidak mungkin Tuhan membuat ramalan yang salah.
Rujuk halaman 24-25 dalam Allah Islam dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment