Daripada dua patah perkataan Roh dan Kudus. Perkataan ROH, bahasa Ibrani (ruach) dan Yunani (pneuma) sebenarnya mempunyai beberapa makna iaitu Kuasa, Semangat, nafas hidup dan makhluk-makhluk Ilahi (malaikat).
Perkataan Kudus (Kadosh) bermakna 'milik Allah' atau 'terpisah dari dunia'. Exodus 19:6 ada menyebut bermaksud, "bangsa yang kudus'. Maksudnya bangsa milik Allah. Isasiah, 6:6 menyebut yang bermaksud, "kudus, kudus, kuduslah Yahweh semesta alam". Maksudnya di sini Yahweh itu bersifat terpisah dari dunia.
Bagi menjelaskan ke empat-empat makna perkataan Roh Kudus dalam 4 pelbagai konteks itu, sila perhatikan dalam ayat berkaitan berikut dalam Bible berkenaan mungkin ianya lebih jelas:
Matthew 1: 18-20 yang bermaksud bahawa Jesus Christ dikandung oleh Maria bukanlah hasil suami-isteri tetapi 'dari Roh Kudus'. Ertinya Roh di sini ialah kuasa milik Allah.
Psalm 104:29 yang bermaksud bahawa jika Allah mengambil 'roh' dari manusia, manusia jadi binasa. Maksud 'roh' di sini ialah nafas hidup.
2 Kings 2:15 yang bermaksud, "Ketika rombongan nabi yang dari Yeriko itu melihat dia dari jauh, mereka berkata: "Roh Elia telah hinggap pada Elisa". Mereka datang menemui dia, lalu sujudlah mereka sampai ke tanah".
Maksud 'Roh' di sini ialah 'semangat besar' Elisa sama dengan Elia.
1 John 4:1-6 yang bermaksud bahawa roh itu ialah kuasa-kuasa yang muncul dijadikan Allah, ada yang tidak baik. 'Jangan percaya kepada setiap roh, tetapi ujilah roh-roh itu." dan ada yang baik seperti makhluk malaikat.
Dalam konteks Islam Roh Kudus ialah Jibril yang menyampaikan wahyu kepada nabi Muhammad SAW. Di sini makna pada makhluk malaikat itu digunakan.
Bagaimana pun Kristian setakat ini tetap teguh dengan konsep Triniti. Ringkasnya masalah Triniti ini mengenai Jesus dapat disimpulkan sepertimana berikut:
Mengikut Triniti:
- Jesus itu Tuhan (Allah)
- Jesus itu Anak Tuhan (Allah)
- Jesus itu Allah Roh Kudus (Kuasa Milik Allah)
Mengikut Islam:
- Jesus itu Bukan Tuhan (Allah)
- Jesus itu bukan Anak Allah (Allah)
- Jesus itu adalah Utusan Allah untuk bani Israel sahaja.
Umat Islam mempercayai bahawa Roh Kudus itu ialah Jibril yang membawa Wahyu Allah (Al-Qur'an) kepada nabi Muhammad SAW. Untuk penerangan selanjutnya tentang "Jesus itu Bukan Tuhan (Allah), Jesus itu Bukan Anak Tuhan dan Jesus itu adalah seorang Utusan Allah untuk bani Israel sahaja".
Rujuk halaman 11-13 dalam Allah Islam & Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment