Tuesday, January 21, 2014

111 Bukti Jesus Bukan Tuhan (Allah)

Salasilah Keturunan Jesus

Matthew 1:1-16 yang bermaksud:

"Inilah salasilah Jesus, anak Daud dan anak Ibrahim. Ibrahim adalah ayah Ishak. Ishak adalah ayah Ya'kub. Ya'kub pula adalah ayah Yuhuda dan adik beradiknya..............Maryam, ibu kepada Jesus yang juga dipanggil Christ." (16)

Umum mengetahui bahawa salasilah Jesus (Nabi Isa a.s.) hanya boleh dinisbatkan kepada ibunya sahaja. Keadaan ini berlaku kepada ibunya, iaitu Maryam melahirkannya tanpa melalui proses kelahiran seperti manusia biasa.

Dengan izin Allah Ta'ala, Jesus (Nabi Isa) dilahirkan tanpa bapa. Oleh itu, adalah lebih tepat jika beliau disebut Jesus (Isa) ibn Maryam. Sangat jelas bahawa Jesus (Isa) bukan Tuhan kerana beliau dilahirkan oleh seorang manusia.

Tidak dapat diterima akal bahawa Tuhan mempunyai salasilah, ada permulaan dan ada pula penghujungnya. Dapatlah difahami bahawa setiap yang bersalasilah, pasti bukan Tuhan, dalam konteks Jesus, adalah mustahil dia itu Tuhan kerana jelas salasilahnya.

Allah berfirman dalam surah al-Hadid ayat 3 yang bermaksud:

"Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Batin dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu".

Ayat diatas menegaskan menegaskan bahawa hanya Allah sahaja yang tidak mempunyai permulaan dan tidak ada pula penghujungnya. Namun bagi Jesus atau Nabi Isa a.s., permulaan atau awalnya ialah kelahirannya sementara penghujung atau akhirnya ialah kewafatannya. Dengan ini, Jesus bukan Tuhan kerana mempunyai permulaan dan penghujung.

Bukti Kelahiran Jesus

Matthew 1:21 bermaksud:

"Dia akan melahirkan seorang anak lelaki dan engkau akan menamakannya sebagai Jesus kerana Dia akan menyelamatkan seluruh umatnya dari segala dosa".

Ayat tersebut merupakan pesanan Allah kepada Maryam bahawa dia (Maryam) akan melahirkan seorang anak lelaki. Bayi lelaki tersebut akan menjadi pembela Bani Israel. Jika diteliti dan fahami bahawa Jesus tidak akan dianggap Tuhan kerana beliau dilahirkan, sedangkan setiap yang dilahirkan menjadi penyelamat Bani Israel, ini bererti beliau hanyalah seorang manusia biasa yang menjadi utusan Tuhan. Al-Quran (Surah Maryam:19 juga menjelaskan kelahiran Jesus (Nabi Isa) sebagai berikut:)

"(Jibril) berkata, "aku hanyalah utusan Tuhanmu untuk memberikan kepadamu seorang anak lelaki yang suci".

Rujuk halaman 15-16 dalam Allah Islam & Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

No comments: