Pada 26 Disember 2004 bencana alam (Tsunami) telah melanda Aceh, Indonesia dan Negara-negera lainnya seperti Sri Langka, India, Thailand, Myammar dan Malaysia dan telah mengorbankan lebih daripada 240,000 nyawa dan ini boleh ditafsirkan sebagai satu peringatan Allah terhadap manusia kerana tempat-tempat berkenaan yang dilanda tragedi teruk itu kebanyakannya adalah di tempat-tempat peranginan, di mana aktiviti maksiat menjadi lumrah di situ. Semua bangunan dipersisiran pantai Aceh yang terkena ombak Tsunami itu runtuh berkecai; tetapi aneh, masjid Ar-Rahman, masih kukuh dan megah berdiri di situ. Pada 28 March 2005 pula, telah berlaku gempa bumi sekuat 8.7 Skala Ricter telah memporak perandakan pulau Nias (tempat peranginan terkenal) dan gereja yang tersergam indah di situ runtuh menjunam. Sebenarnya Allah telah memberi peringatan, sepertimana berikut:
Al-Qur'an, Surah QS as-Sajadah, 32:21 bermaksud,"Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka ruju' kembali bertaubat".
Amos, 9.5a, 6b, bermaksud,"Tuhan Allah semesta alamlah yang menyentuh bumi sehingga bergoyang dan semua penduduknya berkabung...Yang memangil air laut dan mencurahkannya ke atas permukaan bumi-TUHAN itulah namaNya."
Isaiah, 5:25 bermaksud,"Sebab itu bangkitlah murka TUHAN terhadap umatnya, diayung tanganNya terhadap mereka dan dipukul Nya mereka;gunung-gunung gementar, dan mayat-mayat mereka akan seperti kotoran di tengah jalan, sekalipun semuanya ini terjadi, murkaNya belum surut, dan tanganNya masih terayung."
Suatu peringatan Allah yang tercatat itu, "Allah semesta alamlah yang menyentuhi bumi sehingga bergoyang".
Frasa"MurkaNya belum surut dan tanganNya masih terayung" ini boleh ditinjau dari kebenaran buktinya bahawa biarpun peristiwa Tsunami pada 26 Disember, 2004 yang telah meragut ratusan ribu jiwa, menjadikan mayat-mayat bergelimpangan, tetapi peristiwa bencana sebegini masih lagi wujud dan akan terus wujud.
"Kitab Suci tidak dapat dibatalkan" (John, 10:35b).
Implikasinya di sini ialah Bible dan Al-Qur'an sama-sama menyebut Allah telah menimpa kesusahan kepada manusia. Mungkin kerana kesilapan manusia sendiri. Al-Qur'an lebih jelas supaya manusia cepat insaf dan bertaubat kembali kepada Allah. Maksudnya di sini Allah bagi Islam dan Allah bagi Kristian (asal:Injil-ajaran nabi Isa a.s.) adalah sama. Allah adalah Tuhan yang sebenar bagi Islam dan Kristian yang asal berasaskan Injil ini.
Rujuk halaman 1-2 dalam buku Allah Islam & Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment