Sunday, January 26, 2014

sambungan~

Jesus menggesa manusia menurut perintah Tuhannya

Matthew 7:21 bermaksud,
"Tidak semua orang yang berkata kepadaku, Tuhan, Tuhan! Akan memasuki Syurga, melainkan mereka yang mengikut perintah Bapaku sahaja akan masuk Syurga".

Jesus tidak memberi jaminan kepada sesiapa yang menyembahnya akan masuk syurga kecuali mereka yang hanya menyembah Allah SWT.

Jesus anak manusia

Matthew 10:23 di mana Jesus menjelaskan yang bermaksud:
".....Saya bercakap benar kepada anda, anda tidak akan dapat menghabiskan perjalanan melalui Bandar Israel sebelum Anak Manusia itu datang".

Jelas disini bahawa Jesus sendiri mengaku yang dia adalah anak manusia. Sebagai anak manusia sudah tentu dia bukan Tuhan.

Jesus mengaku dia adalah utusan Tuhan

Matthew 10:40 bermaksud:
"Barang siapa menyambut kamu, dia telah menyambut Aku, dan barang siapa menyambut Aku, dia telah menyambut Tuhan yang mengutuskan Aku".

Ayat ini membawa maksud sesiapa yang menghormati Jesus, dia telah menghormati Tuhan yang mengutusnya. Jadi Jesus bukan Tuhan, malah Tuhan telah mengutuskannya.

Jesus mengaku dia seorang Nabi

Matthew 10:41 bermaksud:

"Barang siapa menyambut seorang nabi sebagai nabi, dia akan menerima upah nabi, dan barangsiapa menyambut seorang benar sebagai orang benar, dia akan menerima upah orang benar".

Allah SWT juga menjelaskan kepada manusia bahawa Jesus (Nabi Isa) hanyalah seorang nabi. Al-Qur'an, Surah Maryam:30, juga menjelaskan ini yang bermaksud:

" (Isa) berkata, "Sesungguhnya Aku adalah hamba Allah. Allah memberiku kitab dan Dia menjadikan aku seorang nabi."

Jesus bersyukur kepada Tuhan

Matthew 11:25 bermaksud:
"Pada waktu itu Jesus telah berkata: Aku bersyukur kepada Mu, Bapa, Tuhan langit dan bumi, kerana Engkau telah menyembunyikan semua itu daripada yang cerdik dan pandai, tetapi Engkau telah memberikan kepada kanak-anak yang masih kecil.

Jesus sendiri telah mengaku dengan jujur bahawa dia juga mengucapkan syukur kepada Allah, Tuhan langit dan bumi. Setiap yang mengucapkan syukur kepada Allah yang mencipta langit dan bumi, semestinya bukan Tuhan. Jesus mengucapkan syukur kepada Allah, Tuhan langit dan bumi. Oleh itu Jesus pasti bukan Tuhan.

Ini juga terbukti pada nabi Muhammad SAW yang seperti firman Allah dalam Surah Al-An'aam, 6:1 yang bermaksud:

"Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang, kemudian orang-orang kafir menyamakan sesuatu dengan Tuhan mereka".

Rujuk halaman 20-21 dalam buku Allah Islam dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.


No comments: