Wednesday, January 22, 2014

Jesus Pemimpin Bani Israel

Matthew 2:6 bermaksud:

"Dan Engkau Bethlehem, di tanah Judah, engkau bukanlah yang kecil dikalangan pemerintah Judah kerana padamu akan lahir seorang pemimpin yang akan memimpin Bani Israel".

Ayat di atas menerangkan Jesus (Nabi Isa) dilantik menjadi pemimpin Bani Israel. Ini bermakna Jesus bukanlah Tuhan kerana setiap yang dilantik dan juga menjadi pemimpin Bani Israel pasti bukan Tuhan.

John membaptis Jesis

Matthew 3:13 bermaksud:

"Jesus datang dari Galilee ke Jordan untuk dibaptis oleh John."

Jesus pasti bukan Tuhan kerana Tuhan tidak perlu dibaptis. Terbukti di sini bahawa Jesus telah dibaptis oleh John dan tidak boleh diperakukan sebagai Tuhan. Pada dasarnya pembaptisan ini adalah dilakukan oleh semua orang Kristian dan ianya telah dilakukan dikalangan orang Yahudi sebelum Kristian lagi.

Jesus disayangi oleh Tuhan

Matthew 3:17 bermaksud:

"Dan terdengar suara dari syurga berkata: "Ini adalah anakku yang Aku kasihi dan kepadanyalah Aku sayangi."

Tidak mungkin Tuhan disayangi oleh Tuhan yang lain kerana Tuhan hanya satu. Konsep anak di sini ialah menunjukkan orang yang disayangi.

Jesus diuji oleh Iblis

Matthew 4:1 yang bermaksud:

"Jesus telah dibawa oleh Roh ke gurun untuk diuji oleh Iblis"

Jika Jesus adalah Tuhan, mustahil Dia diuji oleh Iblis, sepatutnya Dialah (Tuhan) yang menguji Iblis. Sebab sebagai Tuhan (Allah) Ianya dapat mengatasi segala-galanya. Jika Ia masih dikuasai atau diuji oleh kuasa lain, bermakna ianya bukan Tuhan. Jadi dalam konteks ini, oleh kerana Jesus itu diuji oleh Iblis, dengan ini jelaslah bahawa Jesus bukan Tuhan (Allah) tetapi Jesus adalah hamba Allah (manusia).

Jesus berpuasa dan terasa lapar

Matthew 4:2 yang bermaksud:

"Dan setelah berpuasa empat puluh hari dan empat puluh malam, akhirnya laparlah Jesus".

Mustahil Tuhan berpuasa dan merasa lapar, kerana lapar adalah sifat menusia. Sekiranya Jesus mempunyai sifat manusia, sudah tentu Jesus bukan Tuhan; ini kerana Tuhan mestilah berkuasa dan mengatasi segala-gala.

Rujuk halaman 16-18 dalam buku Allah Islam dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama

No comments: