Sebelum daripada turunnya Al-Qur'an ini yang memperingatkan tentang perubahan hukum Allah ini, Bible Daniel yang ditulis sekitar tahun 600SM telah pun membayangkan yang umat Allah akan mengubah waktu dan hukum. Daniel 7:25 bermaksud,"Ia akan mengucapkan perkataan yang menentang Yang Mahatinggi, dan akan menganiayai orang-orang kudus milik Yang Mahatinggi; ia berusaha untuk mengubah waktu dan hukum,...."
Bilamana ditinjau dalam konteks sejarah terbukti bahawa ini merujuk kepada kuasa Negara Gereja Roman Chatolic yang berkuasa di Eropah selama berbelas-belas abad. Di antara hukum yang diubahnya ialah hukum pertama dari Sepuluh Perintah Allah (The Ten Commandments) seperti mana yang disebut dalam Exodus, 20:2-4 yang bermaksud, "Akulah TUHAN, Allahmu, yang membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari tempat perbudakan (2). Jangan ada padamu Allah lain di hadapan-Ku. (3)
Ajaran Tauhid kepada Allah yang satu yang diwarisi dari Nabi Ibrahim itu, kemudiannya digantikan dengan Triniti yang bermaksud adanya satu Allah dalam tiga peribadi- Allah Bapa (Yahweh), Allah Anak (Jesus) dan Allah Roh Kudus. Ini adalah usaha mengubah hukum Allah yang pertama. Jesus sendiri dengan tegas pernah mengatakan sepertimana tercatat dalam Mark, 12:29 ketika menjawab satu pertanyaan hukum manakah yang terutama; yang bermaksud,"Jawab Jesus: hukum yang utama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu Esa".
Usaha mengubah perintah Allah seterusnya ialah dari segi Mengubah Waktu oleh pihak Negara Gereja Roman Catholic iaitu tentang hari 'Ibadat bagi umat Kristian'. Dalam sepuluh perintah itu, Allah (Yahweh) telah memerintahkan umatNya untuk beribadat pada hari Ketujuh iaitu hari Sabat (Sabtu). Exodus, 20:8-11 yang bermaksud, "Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat: (8) enam hari lamanya engkau akan bekerja dan melakukan sebarang pekerjaanmu (9), tetapi hari ketujuh adalah hari Sabat TUHAN Allahmu; maka janganlah melakukan sesuatu pekerjaan., engkau atau anakmu laki-laki, atau anakmu perempuan, atau kawanmu atau orang asing yang di tempat kediamanmu (10). Sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, laut dan segala isinya dan Ia berhenti pada hari ketujuh; itulah sebabnya TUHAN memberkati hari Sabat dan mengkuduskannya" (11).
Negara Gereja Catholic telah mengubah hari 'Ibadat itu pada hari Minggu iaitu pada hari Ahad / Sunday (hari pertama) iaitu bukannya hari Ketujuh. Sebenarnya perubahan sebegini berlaku kerana pihak gereja pada masa itu telah dipengaruhi oleh tradisi-tradisi pangan Romawi.
Perubahan hari 'ibadat ini dari hari Sabat (Sabtu) kepada hari Minggu (Ahad) sebenarnya telah diakui sendiri oleh James Cardinal Gibbons, pendidik Catholic di Baltimore pada awal KM 19. Bagaimana pun sebenarnya ini tidaklah menjadi masalah besar kepada pihak Gereja Catholic kerana pihak Gereja Chatolic tidaklah bergantung sangat perbahan sebegini kepada Bible. Pengubahan hari Sabat (Sabtu) kepada hari Minggu (Ahad) oleh Gereja Catholic telah dilakukan pada tahun 336M.
Rujuk halaman 3-5 dalam buku Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama.
No comments:
Post a Comment