Iblis membawa Jesus
Matthew 4:5 bermaksud:
"Kemudian Iblis telah membawaNya ke Kota Suci dan menempatkanNya di tempat yang tinggi di Bait Allah".
Tidak mungkin Tuhan di bawa berjalan-jalan oleh Iblis. Persoalannya di sini ialah, di manakah logiknya Tuhan yang menjadikan Iblis, dibawa pula oleh Iblis dan diletakkan-Nya di Bait Allah (rumah Allah). Nampak benar di sini bahawa Tuhan (Allah) itu tidak berkuasa. Bilamana ianya tidak berkuasa, dipandu arah, dibawa dan ditempatkan mengikut arahan Iblis, sudah tentu bukan Tuhan. Sebab Allah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui atas segala-galanya. Ini membuktikan Jesus bukan Tuhan (Allah).
Iblis membawa Jesus ke atas gunung
Matthew 4:8 bermaksud:
"Dan Iblis membawa-Nya pula ke atas gunung yang tinggi dan memperlihatkan kepada-Nya semua kerajaan dunia dengan kemegahannya".
Mustahil Iblis boleh membawa Jesus (Tuhan) berjalan-jalan hingga ke gunung. Persoalannya di sini, dimanakah logiknya tujuan Iblis membawa Tuhan (Jesus) memperlihatkan kerajaan dunia dengan kemegahannya, Sebab,kalau Ianya Tuhan (Allah), Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa, apa yang ditunjukkan oleh iblis itu dan iblis itu sendiri, Allah yang menciptanya. Ini membuktikan Jesus itu bukan Allah.
Di samping itu, persoalan yang perlu ditimbulkan lagi di sini ialah, apakah iblis itu lebih mulia daripada Allah? Kiranya Jesus itu Allah, mana mungkin Iblis lebih mulia daripada Allah (Tuhan). Kalau Iblis lebih mulia daripada Allah (Tuhan), bermakna Jesus itu bukan Allah, sebab Allah Maha Mulia daripada segala sesuatu di alam dan di luar alam ini. Ini membuktikan Jesus itu bukan Tuhan (Allah). Sebab Jesus boleh ditunjuk arah dan di bawa oleh Iblis.
Jesus menyeru agar menyembah Allah Yang Satu
Matthew 4:10 bermaksud:
"Maka berkatalah Jesus kepadanya: Pergi engkau, Iblis!, Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau menyerah diri,
Jesus mengherdik Iblis dan menyuruhnya menyembah Allah. Iblis tahu bahawa Jesus mengajarnya Tauhid dan dia bukan Tuhan yang harus disembah.
Dalam al-Quran, surah Az-Zuhruf 63-64, Jesus juga menyuruh manusia menyembah hanya pada Allah SWT:
"Dan ketika Isa datang membawa keterangan-keterangan, dia berkata, "Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan hikmah dan supaya aku terangkan kepada kamu sebahagian daripada yang kamu perselisihkan padanya. Maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaKu".
Petikan disebelah membuktikan bahawa Jesus memarahi Iblis yang tidak mahu menyembah Allah. Jesus menyuruh Iblis menyembah Allah yang Satu. Ini terbukti Jesus bukan Allah (Tuhan).
Rujuk halaman 19-20 dalam buku Allah Islam dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment