Nyawa Jesus sebagai Ganti
Matthew 20:28 bermaksud:
"Sama seperti Anak Manusia datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawa Nya menjadi ganti bagi manusia yang ramai.
Jika Jesus Tuhan, adalah mustahil Tuhan mengorbankan nyawanya untuk manusia. Manusia yang sepatutnya berkorban untuk Tuhan.
Rasionalnya dalam konteks ini ialah sepertimana berikut. Setiap yang mati, mengorbankan nyawanya sudah tentu bukan Tuhan. Jesus mati mengorbankan nyawanya. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.
Adakah Tuhan anak Daud?
Matthew 20:29-31 bermaksud:
"Dan ketika Jesus dan murid-muridnya keluar orang buta ditepi jalan yang mengetahui kedatangan Jesus memanggilnya "Tuhan, Anak Daud, kasihanilah kami!" tetapi orang ramai menegur mereka supaya mereka diam. Namun mereka semakin kuat bersuara memanggil, Tuhan, anak Daud, kasihanilah kami".
Tidak mungkin Tuhan dari keturunan Nabi Daud kerana mustahil bagi Tuhan mempunyai salasilah. Al-Qur'an juga menjelaskan bahawa Jesus bukan Tuhan, tapi hanyalah seorang hamba Allah yang dilantik sebagai Nabi atau Rasul dan menjadi contoh kepada Bani Israel. Allah Ta'alla berfirman dalam Surah Az-Zukhruff ayat 59 yang bermaksud:
"Dan (Isa) tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah Kami beri kurnia keatasnya dan Kami menjadikannya sebagai contoh tauladan bagi bani Israel".
Nabi Jesus dari Nazaret
Matthew 21:10-11 bermaksud:
"Dan ketika Dia masuk ke Jurusalem, gemparlah seluruh kota itu dan orang berkata: "Siapakah orang ini?" Dan orang ramai menyahut: "Inilah Nabi Jesus dari Nazaret di Galilee".
Orang yang hidup sezaman dan sempat berdialog dengan Jesus, mengetahui Jesus bukan Tuhan. Namun orang yang datang ribuan tahun selepasnya mendakwa Jesus bukan Nabi tetapi beliau adalah Tuhan. Sebenarnya Jesus bukanlah Tuhan, tetapi Jesus adalah seorang nabi, datang dari Nazaret di Galilee ke Jerusalem. Para penduduk di Jurusalem memanggilnya "Nabi Jesus". Jesus tidak pun membantah orang menyebutnya nabi. Ia (Jesus) membenarkannya. Ini bermakna Jesus adalah nabi dan bukan Tuhan.
Rujuk halaman 28-29 dalam buku Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.