QS Al-Mujaadalah, 58:5, "Bermaksud sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina."
-DNJ-
Thursday, October 23, 2014
Tuesday, October 21, 2014
QS Al-Hadiid, 57:7
"Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar."
Thursday, May 8, 2014
Persamaa antara Islam dengan Kristian
- Rasul
Untuk ini Allah SWT telah mengurniakan kira-kira 124,000 orang utusan/nabi ke dunia ini. Manakala rasul pula seramai 313 orang di mana hanya 25 orang sahaja yang dinyatakan namanya di dalam Al-Qur'an.
Nama-nama itu secara kronologinya setelah diteliti oleh beberapa pengkaji ialah sepertimana berikut iaitu Adam, Idris, Nuh, Hud, Shalih, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishaq, Ya'qub, yusuf, Shu'ib, Ayyub, Zulkifli, Musa, Harun, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa', Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad SAW. Kesemua rasul itu wajib mempunyai 4 sifat baginya iaitu Benar (Sidiq) , Jujur (Amanah), Menyampaikan (Tabligh) dan Cerdik (Fatanah).
Apa yang dijelaskan oleh Allah SWT bahawa setiap kaum / bangsa itu telah diutuskan sekurang-kurangnya seorang utusan. Al-Qur'an, 35:24 bermaksud: "Sesungguhnya kami mengutusmu dengan agama yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan memberi amaran (kepada orang-orang yang angkara); dan tidak ada sesuatu umat pun melainkan telah ada di kalangannya dahulu seorang rasul pemberi ingatan dan amaran".
Apa yang diketahui ada setakat ini di antara 25 orang rasul itu ada 5 orang terpenting (Ulul Azmi) iaitu Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW. Terbukti bahawa Nabi Musa diutuskan untuk orang Yahudi sahaja iaitu kaumnya. Nabi Isa juga diutuskan untuk orang-orang Yahudi iaitu kaumnya yang telah terpesong daripada ajaran nabi Musa itu yang menyeru supaya berimankan kepada Allah SWT. Hanya Nabi Muhammad SAW sahaja sebagai Utusan terakhir Allah untuk seluruh alam. Ini dijelaskan dalam Al-Qur'an, 33:40, 21:107 dan 34:28 yang bermaksud, "Dan tiadalah kami mengutuskanmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya.... (34:28)".
2. Kitab
Setakat ini juga diketahui bahawa ada 5 buah kitab yang diturunkan melalui utusan-utusan itu, iaitu Taurat kepada Nabi Musa (bahasa Ibrani/Hibrew), Zabur kepada Nabi Daud (bahasa Qibti), Injil kepada Nabi Isa (bahasa Syariani). Ini adalah kaum Yahudi sahaja. Manakala Al-Qur'an sebagai kitab yang diturunkan Allah ke dunia ini sebagai kitab terakhir kepada Nabi Muhammad SAW (bahasa 'Arab) untuk seluruh manusia. Al-Qur'an , 2:185, bermaksud ".....diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah......".
Dalam kitab Bible juga ada menyebut tentang kenabian Nabi Muhammad SAW ini (Old Testament:Deuteronomy,18:18, Isaiah 29:12, Song of Solomon 5:16, New Testament - John 16:7, 16:12-14).
3. Ketuhanan
Kesemua utusan Allah itu mempunyai konsep ketuhanan yang sama iaitu supaya berimankan Allah, Tuhan yang Satu. Ini disebut dalam Al-Qur'an 3:64, 112:1-4; manakala pada Old Testament pula ialah Exodus 20:2-5, Deutoronomy 5:7-9.
Syirik (menyekutukan Allah) itu adalah dosa besar banyak disebut dalam Al-Qur'an, di antaranya pada 4:48 dan 48:116. Untuk bakal saudara kita (orang Kristian) bagi mengelakkan syirik ini, renungkan bahawa Nabi Isa / Jesus tidak pernah mengaku ia sebagai Tuhan. (Old Testament- John 14:28, John 10:29, Matthew 12:28, Luke 11:20, John 5:30 dan Acts 2:21).
Rujuk halaman 151-152 dalam buku Satu Perhitungan : Islam -Kristian untuk lebih lanjut.
Wednesday, May 7, 2014
Triniti
Maksud Triniti ini ialah Tuhan itu wujud dalam Kesatuan iaitu Tuhan Anak, Tuhan Ayah dan Roh Suci (Jibril). Triniti ini timbul sesudah Nabi Isa tiada. Sebelum Nabi Isa, ajaran para nabi lain daripada Nabi Adam, Idris, Nuh, Ibrahim, Daud dan seterusnya Nabi Isa semuanya agama Tauhid yang mengakui keesaan Allah SWT. Tidak timbul langsung konsep Triniti pada masa itu tetapi ia muncul selepas Nabi Isa.
Timbulnya Triniti ini adalah berdasarkan pungutan suara dalam tempat-tempat perkumpulan. Pungutan suara itu pula berasaskan ancaman untuk mengambil jalan tengah. Maksudnya untuk menimbulkan keagungan, timbul menimbulkan kemarahan bagi mereka yang percayakan politheis (banyak tuhan) dan bukan pula tuhan berbilang banyaknya untuk tidak menimbulkan kemarahan bagi masyarakat yang percayakan monotheis (satu Tuhan). Dengan ini ditimbulkan konsep Tiga dalam Satu atau Satu dalam Tiga.
Selanjutnya, kemunculan konsep Triniti dalam ajaran agama Kristian ini telah bermula selepas hampir 300 tahun 'kehilangan' Nabi isa atau dikatakan Peristiwa Salib oleh orang Kristian dan bukannya semasa zaman Nabi Isa. Kontroversi yang berlaku pada masa itu antara Arius yang menonjolkan doktrin bahawa Nabi Isa adalah manusia dan bukan Tuhan sementara Anthanasius mengetengahkan doktrin yang Nabi Isa adalah anak Tuhan. Ini telah memaksa Maharaja Rome, Constantine (bukan beragama Kristian) mengadakan satu perhimpunan iaitu Council of Nicea yang juga dihadiri oleh tokoh-tokoh Kristian pada tahun 325 Masehi. Pada perhimpunan itu, dia (Constantine) telah memutuskan bahawa Nabi Isa adalah anak Tuhan. Pada tahun 451 Masehi, di Council of Chalcedon dengan persetujuan Pope, konsep Triniti diterima sebagai pegangan rasmi gereja dan sebarang penolakan dianggap sesat.
Konsep ketuhanan yang suci yang dipegang oleh golongan Kristian yang awal telah diubah oleh Gereja Rome menjadi Dogma Tritunggal. Banyak falsafah ciptaan orang-orang Mesir kuno yang dipuja oleh Plato diterima menjadi kepercayaan agama Kristian. Falsafah Hindu juga mungkin meresap di sini iaitu ada tiga tuhan : Brahma, Vishnu dan Shudra. Dalam konteks Triniti (Tritunggal) ini juga para penganut Kristian ramai yang tidak puas hati, mereka agak celaru tentang Ideologi Triniti ini. Ini juga menjadi salah satu daripada faktor yang signifiken mengapa orang-orang Kristian memeluk Islam di Malaysia (Dr. Nawi Jusoh, Mengapa Kami Memeluk Islam, Kuala Lumpur, 2006 hal. 75). Sebenarnya ini adalah usaha pihak penyelewengan yang telah mengeksploitasikan nama dan kedudukan Jesus itu sendiri dengan menyamakan Jesus dengan Tuhan iaitu dikatakan Jesus itu Tuhan Anak, Tuhan dan juga Roh Suci : Tiga Dalam Satu (Dr. Roshan Enam, Follow Jesus or Follow Paul, Kuala Lumpur, 2001, hal. 32-33) mencatatkan , Paul telah menjelaskan Jesus dengan perkataan yang bermaksud seperti berikut:
"Kerana seluruh kepenuhan Allah berkenan diam di dalam Dia."
(Colossians 1:19)
"Sebab dalam Dialah berdiam secara jasmaniah seluruh kepenuhan ke Allahan".
(Colossians 2:9)
"Yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan".
(Philippians 2:6)
Rujuk halaman 148-149 dalam buku Satu Perhitungan: Islam-Kristian untuk lebih lanjut.
Tuesday, May 6, 2014
Ada juga Bible yang mengatakan Jesus sebenarnya tidak pernah mati
Orang Kristian berpegang kepada Matthew 17:22-23 yang bermaksud:
..... Jesus berkata kepada mereka: "Tidak lama lagi anak manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga, Dia akan dibangkitkan semula."
Luke 24:46 pula bermaksud:
...... Jesus berkata kepada mereka: "Sudah tertulis bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah mesti mengalami penderitaan dan mesti bangkit daripada kematian pada hari ketiga."
1 Peter 3:18 menyatakan bermaksud,
"......Dia (Jesus) dibunuh dalam keadaan jasmani, tetapi dihidupkan semula dalam keadaan rohani.
Terbukti dalam Bible di atas bahawa Nabi Isa mati dan akan dibangkitkan semula; tetapi Luke 24:39-40, menyatakan disebaliknya seperti maksudnya:
"Lihatlah tanganku dan kakiku ini. Inilah aku! Peganglah aku, maka kamu akan tahu bahawa aku bukan hantu (roh) kerana hantu (roh) tidak mempunyai daging dan tulang, sedangkan aku masih mempunyainya". Jesus mengatakan demikian sambil menunjukkan tangan dan kakinya kepada mereka.
Bahkan untuk membuktikan lagi kepada para pengikutnya yang ia (Jesus) itu hidup Jesus sendiri mengatakan seperti dalam Luke 24:41-43 yang bermaksud:
"Mereka masih tidak percaya kerana terlalu gembira dan hairan, Jesus bertanya kepada mereka, "Adakah kamu mempunyai makanan di sini?" mereka pun memberikan sepotong ikan yang sudah dimasak kepadanya. Lalu Jesus mengambil ikan itu dan makan di hadapan mereka".
Terbukti disini bahawa Jesus sendiri mengatakan ia tidak mati. Dia juga bukan roh sebab roh tidak mempunyai daging dan tulang, sedang ia ada. Tidak cukup dengan bukti itu baginda meminta makanan dan bilamana diberikan ikan yang dimasak, ia (Jesus) makan. Persoalannya perlu ditimbulkan di sini apakah para sahabat kita dari kaum Kristian hendak percayakan apa yang Jesus sendiri tegaskan atau pun yakin dengan kenyataan Peter? Untuk ini sendirilah anda menjawabnya!
Rujuk halaman 146-147 dalam buku Satu Perhitungan : Islam-Kristian untuk lebih lanjut.
Monday, May 5, 2014
Penyaliban Jesus
Ada 4 Bible (Gospel / New Testament) yang penting dapat ditinjau dalam soal kisah penyaliban Jesus ini iaitu Matthew, Mark, Luke dan John. Semuanya berbeza antara satu sama lain. Sila teliti keempat-empat ini setiap satu yang membawa temanya secara tersendiri dengan dua makna yang bertentangan sepertimana berikut:
i. Rela di Salib secara menyerah (Luke,23:46),
Maksudnya: "lalu Jesus berseru dengan suara lantang: Ya Bapa, aku serahkan diriku ke dalam tanganMu". Setelah berkata demikian dia pun meninggal".
ii. Rela disalib di samping pohon hapuskan Dahaga (John, 19:28-30), Maksudnya: "Jesus tahu bahawa sekarang semuanya selesai dan supaya apa yang tertulis di dalam Al Kitab berlaku, dia berkata : "Aku dahaga." Di situ ada sebuah mangkuk yang penuh dengan Wain murah. Bunga karang dicelupkan ke dalam wain yang murah itu kemudian dicucukkan ke sebatang kayu dan dihulurkan ke mulut Jesus. Jesus mengecapnya lalu berkata : "Telah selesai." Setelah itu dia menundukkan kepalanya dan meninggal."
Pada ayat i dan ii ini penganut Kristian mendakwa dengan megahnya yang kasih sayang Jesus sehinggakan sanggup mati secara sukarela demi untuk menebus dosa manusia. Ada dua Persoalannya di sini. Persoalan yang perlu ditimbulkan disini pertamanya ialah apakah mungkin Tuhan Yang Maha Pengasih membunuh anakNya yang dikasihi untuk menebus Dosa Warisan dari nabi Adam kerana nabi Adam memakan sebiji buah larangan itu? Untuk ini pada logiknya adalah agak sukar menerimanya.
Persoalan keduanya dalam ungkapan "aku serahkan diriku ke dalam tanganMu". Nampaknya disini Tuhan Bapa dan Tuhan Anak seperti yang didakwa dalam Kristian itu wujud dalam Satu telah berpisah menjadi Dua. Satu Tuhan yang mati ditiang salib dan satu lagi Tuhan yang hidup (tidak mati). Tuhan anak memohon pertolongan dari Tuhan Bapa supaya menyelamatkannya. Apakah mungkin Tuhan memohon pertolongan Tuhan yang lain? Dalam konteks ini secara logiknya, agak sukar menerimanya.
iii. Tidak Rela disalib (Matthew, 27:45-50) bermaksud, "pada tengah hari selama tiga jam, Seluruh negeri itu menjadi gelap. Pada pukul tiga petang, Jesus berseru dengan suara lantang "Eli Eli lama sabaktani" yang bermaksud "Allah mengapa Engkau tinggalkan aku?". Beberapa orang di situ mendengar suara Jesus lalu berkata "Dia memanggil Elia". Seorang daripada mereka mengambil bunga karang, lalu mencelupkannya ke dalam wain murah. Kemudian bunga karang itu dicucukannya pada sebatang kayu, lalu dihulurkan ke mulut Jesus tetapi orang lain di situ berkata: "Tunggu, mari kita lihat kalau-kalau Elia datang menyelamatkan dia". Kemudian Jesus berseru lagi dengan nyaring lalu menghembuskan nafas terakhirnya".
iv. Tidak rela disalib (Mark,15:33-37)
Pada tengah hari, selama tiga jam, seluruh negeri itu menjadi gelap. Pada pukul 3 petang, Jesus berseru dengan lantang "Eloi Eloi lama sabaktani?" yang bermaksud "Ya Allah Ya Allah mengapa engkau tinggalkan aku?". Beberapa orang di situ mendengar suara itu lalu berkata "Dia memanggil Elia". Lalu seorang daripada mereka mengambil bunga karang yang dicelup dengan wain murah, lalu mencucukannya pada sebatang kayu lalu dihulurkan ke mulut Jesus sambil berkata "Tunggu! Mari kita lihat kalau-kalau Elia datang menurunkan dia dari salib." Lalu Jesus berteriak dan menghembuskan nafasnya yang terakhir."
Jelas dalam Matthew, 27:45-50 dan Mark,15:33-37, Jesus tidak rela dirinya di salib. Ini bertentangan sekali dengan Luke, 23:46 yang menunjukkan Jesus rela di salib. Persoalannya di sini ialah pertamanya, mana satu di antara dua kategori ini yang betul? (Rela / tidak rela di salib?). Keduanya menggunakan perkataan Allah itu menunjukkan bukan Jesus yang ditiang salib, sebab kalau Jesus sudah tentu di serunya Bapa! Sebab Jesus selalu menyebut "Bapa".
Bagaimana pun wujudnya persamaan di antara 4 Gospel tadi iaitu tentang "Kematian Tuhan / Jesus". Adakah anda percaya bahawa Tuhan telah mati? Persoalan ini perlukan penjelasan lanjut dari perspektif Kristian sendiri berasaskan Bible dan dari segi Islam.
Rujuk halaman 143-145 dalam buku Satu Perhitungan : Islam-Kristian untuk lebih lanjut.
Saturday, May 3, 2014
Dosa Warisan Ciptaan St.Paul
Saul atau Paul, adalah dianggap 'Rasul; oleh penganut Kristian. Bible New Testament, Galatians; 1:4 bermaksud, "Untuk menyelamatkan diriNya sebagai korban bagi dosa-dosa kita. Dia melakukannya bagi mentaati kehendak Allah bapa kita". Kepada Orang Yahudi pula Paul mengatakan seperti dalam Romans 11:28, bermaksud "Kerana orang Yahudi tidak mahu menerima berita baik (Penyaliban Jesus untuk penghapusan dosa manusia) daripada Allah ini, maka mereka menjadi musuh ALlah".
Anehnya,tetapi benar Paul telah berkata sebaliknya pula tentang Dosa Warisan ini, khususnya berkaitan dengan Dosa Warisan itu yang perlu ditebus. Penebusan Dosa ini sebagaimana terbukti dalam 1 Thessalonians 2:15 yang bermaksud, "Orang Yahudi sudah membunuh Tuhan Jesus dan Nabi-Nabi serta menganiayai kami juga. Mereka memusuhi semua orang dan menyebabkan Allah sangat murka". Begitulah juga dalam nada yang agak sama Paul berkata sepertimana terdapat dalam 1 Corinthians, 2:8 bermaksud, "Semua roh yang berkuasa dan yang memerintah dalam dunia ini, tidak tahu kebijaksanaan itu. Sekiranya roh-roh itu mengetahuinya, tentu roh-roh itu tidak akan menyalib Tuhan (Jesus) Yang Mulia."
Logik yang sepatutnya dalam konteks ini, orang Yahudi yang membantu penghapusan Dosa ini dengan menyalib dan membunuh Jesus, dihormati; sebab berasaskan kepercayaannya itu Pembunuhan / Penyaliban ini menyebabkan boleh menghapuskan semua Dosa yang membelenggu manusia selama ini. Seandainya Jesus tidak dibunuh / disalibkan, maka selama-lamanya manusia ini bergelumang dengan Dosa Warisan itu dan kalaulah Jesus ini tidak dibunuh, sudahlah tentu agama Kristian yang dianutinya sekarang ini tidak akan wujud; Tetapi akan wujud sebagaimana Islam mengakui Nabi Isa (Jesus) itu adalah utusan Allah.
Di samping wujudnya percanggahan idea Paul ini secara tersendiri, ianya juga bercanggah dengan apa yang keluar daripada mulut Jesus sendiri. Jesus sendiri tidak suka di salib. Ini dapat diteliti dalam John, 7:19, 8:37, 8:44 dan 19:11.
John, 7:19 bermaksud "Bukankah Musa memberi Taurat kepada kamu. Tetapi tidak seorang pun di antara kamu yang mentaati itu. Mengapa kamu mahu membunuh aku?"
John, 8:37 bermaksud "Aku tahu kamu keturunan Ibrahim. Namun kamu berusaha untuk membunuh aku, kerana aku tidak mahu menerima ajaranku."
John, 8:44 bermaksud "Bapa kamu Iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih suka menurut bapa kamu. Sejak permulaan, Iblis itu pembunuh....."
John,19:11 bermaksud, "Jesus telah berdialog dengan Pilatus (Gabenor kerajaan Rome) dan berkata: "Kamu tidak berkuasa ke atas aku, kecuali Allah memberikan kuasa itu kepadamu. Oleh itu, orang yang menyerahkan aku kepadamu, lebih besar dosanya dari dosamu".
Rujuk halaman 141-142 dalam buku Satu Perhitungan : Islam-Kristian untuk lebih lanjut.
Wednesday, April 30, 2014
Mengenai perbezaan dengan Islam
Dosa Warisan
Para penganut Kristian mengetahui bahawa Nabi Adam yang menyebabkan terjadinya Dosa Warisan ini kerana memakan buah larangan Tuhan disebabkan diperdaya oleh Iblis (Old Testament:Genesis,3:6) bermaksud:
Perempuan itu melihat pokok itu sangat cantik dan buahnya enak dimakan. Dia berfikir betapa eloknya jika dia menjadi bijaksana. Maka dia memetik buah itu dan memakannya serta ia juga memberikan kepada suaminya memakan buah itu.
Oleh kerana Nabi Adam dan isterinya memakan buah itu ia telah dihukum oleh Tuhan dengan menghantarnya ke dunia ini. Dosa Nabi Adam yang memakan buah itu terus diwarisi oleh setiap keturunannya di dunia ini. Penganut Kristian mempercayai Jesus dihantar ke dunia ini di mana Penyaliban Jesus adalah sebagai menebus Dosa Warisan ini.
John,3:16 bermaksud, "Allah sangat mengasihi manusia di dunia ini sehingga Dia memberikan AnakNya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak akan binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal".
Galatins,1:4 bermaksud, "Untuk menyelamatkan kita daripada zaman yang jahat ini, Jesus Christ telah menyerahkan dirinya sebagai korban bagi dosa-dosa kita. Dia melakukannya bagi mentaati kehendak Allah bapa kita".
Malah seseorang bayi yang baru lahir juga terpaksa dengan sendirinya menerima dosa itu secara mewarisi dan untuk menghapusnya ini seseorang bayi/anak itu mengikut amalan Kristian hari ini diadakan upacara 'Baptis'.
Implikasinya di sini kiranya Adam dan Siti Hawa tidak memakan buah itu, Nabi Adam dan isterinya itu tidak akan dihantarkan ke dunia ini dan tidak akan adalah Jesus untuk menebus dosa ini. Apakah ini satu yang logik? Untuk ini pembaca sendirilah yang menjawabnya.
Islam tidak percayakan dosa Nabi Adam itu diwarisi. Dosa Nabi Adam dan Siti Hawa hanya ditanggung oleh mereka berdua. Nabi Adam dan Siti Hawa telah dihukum, dihantar ke dunia ini.
Al-Qur'an surah Al-Isra, 17:15 bermaksud,
"...........Dan setiap orang yang berdosa (dengan dosanya) tidak pula dapat menanggung dosa orang lain dan kami tidak akan menimpakan azab sebelum kami mengutuskan rasul (kepada manusia)". Ini pula agak bersamaan dengan Bible yang berikut di bawah ini.
Bible Jerimiah, 31:30 menegaskan "......setiap orang akan mati kerana dosanya sendiri". Manakala dalam Ezekiel, 18:20 juga menjelaskan, ".....Seorang anak tidak menanggung akibat daripada dosa bapanya. Demikian juga seseorang bapa tidak menanggung akibat daripada dosa anaknya. Seorang yang baik akan menerima ganjaran kerana kebaikannya, dan seorang yang jahat akan menanggung akibat daripada kejahatannya".
Matthew, 19:14, Jesus berkata kepada para pengikutnya, "Biarlah kanak-kanak itu datang kepadaku. Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah menikmati Perintah Allah".
Romans 2:5-6, bermaksud, "Kamu degil dan keras kepala. Oleh itu, kamu sendiri yang menjadikan hukuman kamu semakin berat pada hari Kiamat apabila Allah menyatakan kemurkaanNya dan menjatuhkan hukuman yang 'adil. Hal yang demikian itu adalah kerana Allah akan membalas setiap orang, setimpal dengan perbuatannya sendiri".
Rujuk halaman 139-140 dalam buku Satu Perhitungan : Islam-Kristian untuk lebih lanjut.
Tuesday, April 29, 2014
Taurat-Injil-Al-Qur'an Perlu Ditegakkan
John, 8:44, merujuk Iblis itu sebagai "Bapa bagi segala pendusta". Matthew, 8:15 bermaksud, "Waspada terhadap nabi-nabi palsu yang datang kepadamu dengan menyamar seperti domba, tetapi sesungguhnya mereka adalah serigala yang buas".
Jadi sumber kejahatan itu adalah penyebaran perkhabaran-perkhabaran dusta semoga wujudnya perpecahan dalam agama Tauhid itu (Taurat-Injil-Al-Qur'an) dan terus melebarkannya dengan kian mendalam. Ini kerana kiranya Taurat-Injil-Al-Qur'an itu dapat berdiri tegak, segala kekacauan doktrin atau agama buatan manusia yang penuh dengan roh pemecahan itu terus bergolak tanpa penghujungnya, akhirnya akan runtuh dengan sendirinya; sebab kebenaran tetap berada pada pihak yang benar dimana ketiga-tiga kitab suci ini mengakui sebenarnya Allah itu Satu. Dengan ini mereka akan mengikut agama dari nabi Ibrahim yang lurus ke nabi yang akhir iaitu nabi Muhammad s.a.w.
Al-Qur'an surah Al-Maa'idah, 5:69 bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang Saabi'in dan orang-orang Nasrani - sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w. dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal salih, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".
Bilamana manusia masing-masing menegakkan kitab Taurat-Injil-Al-Qur'an ini sebenarnya, manusia hidup dengan beribadat kepada Allah. Maksud ibadat ini membuat apa sahaja yang disuruh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang Allah. Ini sesuai dengan tujuan manusia itu dijadikan Allah. QS Adz-Dzaariyaat,51:56 yang bermaksud, "Dan (ingatlah) Aku tidak jadikan jin dan manusia, melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu". Umat Kristian dan Islam sama-sama akan menyembah Allah yang Satu. Tegasnya tingkah laku manusia juga akan menjadi baik. Malah nabi Muhammad sendiri "diutuskan adalah untuk membentuk akhlak yang mulia" (Hadis riwayat Bukhari & Muslim). Manusia tidak mementingkan diri sendiri, malah ianya akan merendah hari dan menganggap orang lain lebih utama darinya (Phillippians, 2:3-4).
Jika ini terjadi, bermaknalah umat manusia terdidik dengan firman Allah seperti tercatat dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an. "Ia akan mendidik kita supaya kita meninggalkan kefasikan dan keinginan-keinginan duniawi dan supaya kita hidup bijaksana, adil dan beribadah dalam dunia sekrang" (Titus,2:12). Supaya kita yang lalai lebihkan dunia "Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan kekal. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam kitab-kitab yang terdahulu, iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa" (QS Al-A'laa, 87:17-19).
Dengan ini juga umat-umat Allah akan hidup dengan sentiasa memuliakan Allah seperti yang dipesan oleh Allah SWT bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat-benar (dalam segala perkara)". (QS, Al-Ahzaab,33:70)
Bagaimana pun penulis yakin bahawa apabila Bible yang merangkumi "Old Testament" dan "New Testament" bila dibaca dengan teliti bersama dengan Last Testament (Al-Qur'an) para pembaca khususnya rakan-rakan daripada agama Kristian akan positif terhadap Islam sepertimana antara lainnya ialah Prof.'Abdul'I-Ahad Dawud seorang paderi yang telah memeluk Islam setelah menyedari bahawa Nabi Muhammad sebenarnya telah pun disebut dalam Bible (Muhammad In The Bible,1969).
Rujuk halaman 136-137 dalam buku Satu Perhitungan : Islam-Kristian untuk lebih lanjut.
Monday, April 28, 2014
Aspek kesahihan (Validity)
Bible
Ini dapat di teliti pada Bab 2 tentang Kristian mengatakan Jesus itu Tuhan, Jesus Anak Tuhan dan Jesus itu Roh Kudus. Ini dibahas oleh penulis dengan bukti-bukti yang dipetik berasaskan Bible sendiri dan juga Al-Quran. Di samping itu aspek-aspek penyelewengan lain yang dikatakan diseleweng oleh St.Paul dan juga aspek-aspek penyelewengan selanjutnya (halaman 107). Ini pada pandangan penulis kesasihan bagi fakta-fakta yang berselisihan terutamanya yang asas itu membuktikan ada di antaranya yang salah. Oleh itu kesasihannya adalah diragui. Mana satu yang betul? Para pembaca sendiri boleh membuat penilaian kiranya sesuatu kitab suci itu bercanggah fakta, ini bermakna berkemungkinanlah ianya tidak sesuci sebagaimana yang sepatutnya.
Al-Qur'an
Dalam konteks Al-Qur'an setakat ini tidak dapat dibuktikan secara ilmiah di mana terdapatnya percanggahan fakta itu. "Bagaimana pun sekiranya para pembaca dapat mengesani percanggahan pada sebarang fakta di antara ayat-ayat Al-Qur'an, dan setelah menelitinya secara akademik, masih juga terbukti wujudnya percanggahan itu, silalah hubungi penulis secepat mungkin. Penulis amat berminat untuk berbincang selanjutnya"....Penulis ..(13.01.2007)
Berdasarkan kurangnya realibility itu, kita tidak hairanlah ianya berjangkit kepada kurangnya validity di dalam kitab suci Bible. Dengan ini kita tidak hairanlah juga seperti apa yang dicatatkan dalam buku Ahmad Deedat, melaporkan bahawa majalah 'AWAKE' Volume XXXVIII, Brooklyn N.Y., Sept. 8,1957 Number 17,mencatatkan kemungkinan wujudnya sehingga "50,000 Errors in the Bible?
Rujuk halaman 135 dalam buku Satu Perhitungan : Islam-Kristian untuk lebih lanjut.
Saturday, April 26, 2014
Pengumpulan fakta dan sumber rujukan Al-Qur'an
Dalam konteks Al-Qur'an, kebolehpercayaannya (Reliability) dalam aspek pengumpulan fakta dan sumber rujukan adalah tinggi sekali. Ianya wahyu yang diterima terus oleh nabi Muhammad SAW melalui Jibril, dari semasa ke semasa. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Sebaik sahaja di terima wahyu itu dari Jibril, Baginda Rasulullah yang tidak pandai membaca dan menulis itu, terus menyuruh pengikutnya menulis dan setengahnya menghafal. Dengan ini seluruh kandungan Al-Qur'an itu ada ditulis para penulis dan pengikut Baginda dan dihafal beratus-ratus oleh mereka yang soleh.
Selepas kemangkatan Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar yang menjadi khalifah yang pertama, mempertanggungjawabkan kepada Zaid ibn Thabit untuk mengumpulkan semuanya. Ini kerana sesetengah sahabat baginda ada mencatatkan ayat-ayat Al-Qur'an ini ada yang di atas cebisan-cebisan kulit binatang atau seumpamanya. Zaid mengumpulkan semuanya ini dan selepas membandingkan dengan apa yang dihafal oleh para pengikut Baginda secara fasih, dikumpulkan yang dipanggil Mus'haf di mana ianya diyakini 100% betul.
Semasa pemerintahan Othman, khalifah yang ketiga, tujuh naskhah daripada Mu'haf Al-Qur'an itu disahkan lagi oleh golongan para hafiz (penghafal Al-Qur'an) dan menghantarkannya ke beberapa pusat empayar Islam. Salah satu daripadanya dihantar ke Tashkent. Semasa kerajaan Czar di Russia, naskhah ini dicetak secara banyak; Dan didapati naskhah Al-Qur'an ini tidak ada sebarang perbezaan dengan naskhah lain yang digunakan di seluruh dunia hari ini, sama juga dengan naskhah asal yang enam naskhah asal pada KM 1 Hijrah dahulu.
Daripada zaman nabi sehinggalah hari ini didapati beratus-ratus ribu hafiz di serata dunia. Kesan daripada ini sebarang usaha penyelewengannya tetap gagal. Sehingga hari ini tiada pakar akademik sama ada Islam mahu pun bukan Islam yang boleh mencabarnya (al-Qur'an) secara bukti yang kukuh dari segi kebolehpercayaannya (Reliability). Malah pengkritik yang terkenal Sir William Muir menulis tentang Al-Qur'an yang bermaksud katanya tiada sebarang buku di dunia hari ini yang kekal keasliannya sehingga ke 12 abad, kecualilah Al-Qur'an. Ini tepat sekali dengan firman Allah dalam QS, Al-Hijr 15:9 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya."
Rujuk halaman 133-134 dalam buku Satu Perhitungan: Islam-Kristian untuk lebih lanjut.
Tuesday, April 22, 2014
Pengumpulan fakta dan sumber rujukan Bible (Gospels)
Ada empat Gospel penting yang terkandung dalam Bible iaitu Matthew, Mark, Luke dan John. Para penganut Islam juga cukup berminat bilamana dalam Gospels ini ada menyebut tentang Jesus (Isa a.s.). Biarpun begitu bila diteliti, Gospels ini banyak keraguannya. Fakta pentingnya ialah Gospels ini ditulis empat puluh ke lapan puluh tahun selepas berlakunya peristiwa penyaliban Jesus berasaskan kepada dokumen asal yang sekarang ini sudah tiada lagi. Para sarjana Bible mengenal pasti setengah daripada dokumen asal ini adalah sepertimana berikut:
1) "Q" (German, Quelle = "Sumber"), satu dokumen dalam bahasa "Aramaic" yang telah hilang telah sampai ke para penulis Gospels yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Greek.
2) 'Urmarcus' = Primative Mark, draf Gospel Mark yang ditulis berasaskan perbincangan Peter tentang Jesus; dan
3) "L", satu perhimpunan laporan mengenai Jesus yang digunakan hanya oleh Luke.
Satu perbandingan tentang Gospels, akan membuktikan bahawa para penulisnya tidak akan teragak-agak menggunakan dokumen yang telah hilang itu, mengubah mengikut penyesuaian keadaan dan mungkin bagi kepentingan masing-masing. Untuk ini, buktinya boleh diteliti sepertimana berikut:
1. Gospel yang pertama, ditulis ialah Gospel Mark. Ianya ditulis di Rome paling kurang 40 tahun selepas apa yang dikatakan peristiwa Penyaliban Jesus. Gospel yang kita dapati sekarang ini ialah dikatakan telah dikembangkan dari versi ' Urmarcus' sebagaimana Papias, penulis awal Kristian telah mencatatkan yang bermaksud, bahawa John pernah berkata, bahawa Mark yang menjadi jurubahasa Peter telah mencatatkan secara tepat apa yang ia dapat ingat. Bagaimana pun ianya tidaklah mengikut secara tepat yang dapat dikaitkan dengan ucapan atau ajaran Jesus. Ia tidaklah mendengar sendiri dari Jesus dan juga tidaklah bersama dengan Jesus; tetapi sebagaimana yang dijelaskan ianya bertugas dengan Peter yang telah menyesuaikan ajarannya dengan apa kemahuan para pendengarnya, dan tidaklah sepertimana catatan secara terus daripada ajaran Jesus.
Adalah tidak mungkin kalau dikatakan Urmarcus dikembangkan dan disemak oleh Mark sendiri bagi melengkapkan Gospel of Mark seperti yang ada sekarang atau oleh orang lain. Berkaitan dengan ini komen daripada Dr. C.J. Cadoux, Prof. dalam sejarah gereja di Oxford mengenai cara dan pengumpulan Gospel ini adalah agak menarik iaitu sepertimana maksudnya berikut:
"Ia ditulis selepas kesyahidan Peter (65 M), dan masa itu Mark sebenarnya bukan murid Jesus dan jelas sekali tidak ada langsung hubungan dengan murid Jesus yang berpengetahuan yang boleh disemak naratifnya. Keadaan ini menjadikan sepanjang sisi karangan itu hidup dengan pelbagai tanda ketepatan di samping dengan bilangan tanda-tanda kejahilan dan ketidaktepatan".
2. Gospel keduanya, Gospel of Matthew ditulis dalam bahasa Greek di Antioch kira-kira 90 M. Penulisnya paling kurang menggunakan dua dokumen yang telah hilang, iaitu "Q" dan 'Urmarcus'. Sebenarnya tidak ada pakar kajian dalam aspek ini, yang bebas dan bersetuju untuk mengakui Gospel ini adalah hasil daripada Matthew murid Jesus.
3. Gospel ketiga, Gospel of Luke, dipercayai ditulis kira-kira 80 M , untuk "The most excellent" Theophilus, yang berkemungkinan seorang pegawai tinggi dalam kerajaan Rome. Penulis ini dikatakan agak mesra dengan golongan bukan Yahudi. Ianya juga adalah rakan sepengembaraan dengan St. Paul, menggunakan sekurang-kurangnya tiga dokumen yang telah hilang itu. Dua daripadanya ialah sama dengan yang digunakan oleh penulis Gospel Matthew; dan satu lagi itu ialah daripada dirinya sendiri. Luke dalam menyamakan larasnya dengan Paul dalam Gospel ini telah pergi lebih jauh dengan kebebasannya mengatasi penulis Gospel Matthew.
4. Gospel Mark, Matthew dan Luke dikenali juga sebagai "The Synoptic Gospels", kerana ketiga-tiga Gospel ini merujuk kepada dokumen yang telah hilang dimana wujudnya persamaan di antara ketiga-tiga Gospel ini; Tetapi Gospel John, adalah berlainan sekali. Penulis Gospel ini lambang ketuhanan, perkataan atau pun sebab daripada Tuhan yang mencipta alam dikatakannya telah menjelma dalam diri Jesus. Gospel ini ditulis di Ephesus atau berhampirannya dan dijangkakan ditulis pada tahun 110-115 M. Penulisnya, tidak diketahui; tetapi penulisan ini adalah condong sebagai wakil golongan Yahudi yang menentang Jesus. Sebenarnya tiada pakar bebas dalam hal ini mengiktiraf yang Gospel ini sebagai hasil usaha John (anak kepada Zebedee) yang menjadi murid Jesus. Cendikiawan Bible zaman moden ini juga meragui tentang ketulenan Gospel ini bukan sahaja kerana pandangan penulis yang diluahkan dalam Gospel ini, tetapi juga tentang perkataan-perkataan Jesus yang dipetiknya. C.J.Cadoux menjelaskan bahawa ucapan-ucapan dalam Gospel ini sangat berbeza dengan Gospel Synoptics (Mark, Matthew dan Luke).
Rujuk halaman 128-131 dalam buku Satu Perhitungan : Islam-Kristian untuk lebih lanjut.
Monday, April 21, 2014
Sumbernya sama ; Tetapi Mengapa Bible dan Al-Qur'an "Asasnya" berbeza
Sesungguhnya perbezaan asas ialah "Triniti" akidah kini telah berbeza, pada hal asalnya yang dibawa oleh Jesus tidak berbeza. Jesus mengakui Tuhan (Allah) hanya Satu; tetapi Kristian ini kepercayaannya pula wujud konsep Triniti. Sebenarnya bila diteliti dalam Al-Qur'an sendiri telah memberi sebab-sebabnya sepertimana berikut:
1. Sebab penting yang berlakunya perbezaan di antara Kristian dan Islam ini ialah sebagaimana yang tercatat dalam Al-Qur'an, surah Al-Hajj, 22:8 yang bermaksud, "Dan di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana kitab Allah yang menerangi kebenaran".
2. Wujudnya perbezaan ini juga disebut dalam Al-Qur'an surah Al-Baqarah, 2:79 yang bermaksud, "maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis kitab (Taurat) dengan tangan mereka (lalu mengubah qalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka) kemudian mereka berkata : "Ini ialah dari sisi Allah, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu".
3. QS, Al-Imran, 3:78 yang bermaksud, "Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah ma'nanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata : "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah ; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa) mereka adalah berdusta)".
Apa yang dapat disimpulkan daripada 3 kenyataan Al-Qur'an itu ialah dalam konteks pertamanya kerana kurang pengetahuan, keduanya mengubah semasa penulisan dan ketiganya "memutarkan lidahnya: daripada berkata yang benar.
Huraian selanjutnya tentang sebab berlakunya perbezaan ini dapat ditinjau apabila kita meneliti Kebolehpercayaan (Reliability) dan Kesasihan (Validity) kedua-dua kitab suci ini : Bible dan Al-Qur'an ini.
Kristian (asal : Injil-ajaran Jesus) dan Islam, kedua-duanya adalah agama yang mengesakan Tuhan (Allah). Jesus menegaskan apa yang disebarkannya bukan darinya sendiri; tetapi sebenarnya adalah dari Allah. John, 12:49 bermaksud, "Sebab Aku berkata-kata bukan dari diri-Ku, tetapi Bapam yang mengutus Aku, Dialah yang memerintahkan Aku untuk mengatakan apa yang harus Aku katakan dan Aku sampaikan"....Nabi Muhammad SAW juga menegaskan aspek yang sama. QS, 26, Asy-Syu'araa' :192-194 bermaksud , "Dan sesungguhnya Al-Qur'an (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekelian alam" (192). Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah (193), ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia)" (194).
Kebenaran sesuatu agama itu khasnya Islam dan Kristian itu adalah bergantung kepada ketepatan fakta daripada pengasasnya (rasul berkenaan) direkodkan secara sahih dalam bahasa yang disampaikannya itu. Kiranya mesej ajaran yang diberikan oleh Allah kepada nabi itu tidak sampai kepada penganutnya sebagaimana yang disampaikan kepada nabi itu, tetapi disampaikan dengan bentuk perubahan atau tersilap catatan oleh orang yang terkemudian daripadanya, ini bermakna agama atau ajaran itu telah menyeleweng daripada yang asal. Dalam konteks ini kita akan meneliti sejauh manakah kitab agama yang diturunkan dari langit itu iaitu Gospels dan Al-Qur'an, menepati catatan yang sahih dan bebas daripada sebarang perubahan.
Apa yang diperkatakan ini dari segi Kebolehpercayaan (Reliability) kitab Bible ini ialah mengenai aspek luarannya (cara pengumpulan / penulisannya) manakala Kesasihannya (validity) pula adalah dari segi dalaman (Kandungannya).
Rujuk halaman 126-128 dalam buku Satu Perhitungan :Islam-Kristian untuk lebih lanjut.
Saturday, April 19, 2014
Satu Pertalian
Satu pertalian yang cukup istimewa mengukuhkan ikatan di antara Tiga kitab suci ini iaitu Taurat-Bible (Injil)-Al-Qur'an yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW dalam menjelaskan kebenaran Allah. Ini dapat diteliti pada QS Al-Maidah, 5:68 yang bermaksud, "Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab ! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Qur'an)......".
Merenunglah kita sejenak. Mengapakah Allah menegaskan betapa pentingnya menegakkan ketiga-tiga kitab suci ini: Taurat, Injil dan Al-Qur'an barulah Allah pandang sebagai satu agama. Persoalan perlu ditimbulkan di sini ialah mengapa Allah tidak mengatakan Taurat sahaja atau Injil sahaja atau pun Al-Qur'an sahaja? Apakah Taurat sahaja belum cukup atau Injil sahaja belum cukup atau pun Al-Qur'an sahaja belum cukup bagi umat manusia yang penuh dengan pelbagai angkara ini?
Umat Kristian dan Islam sendiri belum pernah mendengar nama Allah yang diperkenalkan sendiri oleh Allah kepada Nabi Musa, kiranya umat Kristian dan Islam tidak meneliti juga kitab Taurat atau penulisan-penulisan mengenai Taurat. Sebenarnya nama Allah yang disebut dalam Taurat ialah Yahweh. Dalam kitab Tauratlah ribuan kali disebut oleh Nabi Musa. Dalam Al-Qur'an di sebut dengan begitu baiknya kisah-kisah mengenai Nabi Musa, menghormati Nabi Musa; tetapi tidak disebut tentang Yahweh. Mungkinkah ini satu rahsia Allah yang mempunyai hikmatnya secara tersendiri. Untuk ini sama-samalah kita berfikir! Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.
Sejak berabad-abad lamanya umat Kristian 'disembunyikan' kepada pemeluk awam Kristian bahawa Islam amat menghormati Jesus (Nabi Isa) , sehinggakan adanya satu surah khas mengenai ibu Jesus (Nabi Isa a.s.) iaitu QS, surah Maryam, 19:1-98 yang ada 98 ayat semuanya, diturunkan semasa Nabi Muhammad SAW masih berada di Makkah. Malah ada pula yang memutarbelitkan tentang kepercayaan Islam. Islam mempercayai Allah yang Esa (QS, Al-Ikhlas, 112:1-4), tetapi ada golongan paderi Kristian mengatakan sebaliknya.
Graff du Castrie, seorang Orientalis mengakui hasil daripada penyelidikannya terbukti bahawa propaganda untuk menimbulkan kebencian kepada orang Islam dan Nabinya. Sebelum umat-umat Eropah dikerahkan untuk peperangan salib, disiarkan berita-berita bohong, dikatakan orang-orang Islam itu penyembah berhala dan nama berhala itu ialah Tarfagant, terletak dalam Kaabah. Nama Nabi Muhammad pula dikatakan berasal daripada nama anjing iaitu Mahound, dan pelbagai lagi tuduhan fitnah disebarkan. Malah setelah hampir 1000 tahun berlalunya Peperangan Salib itu, kesannya masih lagi terasa di kalangan masyarakat awam di Barat. Mussolini mengerahkan pemuda Fasscist Italy menghancurkan Tripoli di mana dalam nyanyian-nyanyian perang mereka juga disebut bahawa mereka pergi berperang itu adalah bagi menyahut seruan suci iaitu bagi menghancurkan orang Islam penyembah berhala. Pada hal 'Akidah Islam amatlah bertentangan sekali dengan menyembah berhala.
Rujuk halaman 120-121 dalam buku Satu Perhitungan :Islam-Kristian untuk lebih lanjut.
Thursday, April 17, 2014
Berlawanan
Dalam konteks berlawanan ini perlu ditinjau secara positif dan lebih berhati-hati. Maksudnya jangan mudah dibuat kesimpulan tanpa bukti kukuh. Contohnya tentang kematian Judas (seorang murid Nabi Isa). Ada dua versi. Versi pertama ialah Acts 1:18 di mana Petrus mengatakan bahawa Judas mati dalam keadaan jatuh tertiarap dan perutnya pecah. Tetapi dalam Matthew 27:5 pula mencatatkan Judas mati gantung diri. Mana satu yang betul? Sebenarnya kedua-duanya betul. Ini kerana bila diteliti iaitu Judas mati dengan menggantungkan dirinya, kemudian jenazahnya jatuh dan perutnya pecah.
Dalam Al-Qur'an juga bila dibaca dengan sekali imbas akan wujudnya pertentangan. Lebih-lebih lagi oleh mereka yang mencari-cari kelemahan dalam Al-Qur'an. Contohnya boleh diteliti pada dua ayat dalam Al-Qur'an pada surah Al-Maidah sepertimana berikut:
QS Al-Maidah,5:51 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim".
Manakala di surah yang sama QS Al-Maidah 5:69 pula Allah berfirman bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabi'in, dan orang-orang Nasrani - sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala rasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w.), dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal salih, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berduka cita".
Pertentangan ini pernah dipersoalkan oleh para cendikiawan Kristian, kata mereka manakah satu yang benar di antara dua ayat ini? Jawapannya ialah kedua-duanya benar! Dalam begitu ramai orang Yahudi dan begitu ramai juga orang Nasrani, ada yang beriman dan ada yang tidak beriman sepertimana yang dimaksudkan pada ayat di atas. Yang dimaksudnya pada ayat 51 itu ialah terhadap orang Yahudi dan Nasrani yang tidak beriman; manakala yang dimaksudkan oleh ayat ke 69 itu ialah terhadap orang-orang Yahudi dan Nasrani yang beriman kepada Allah sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat 69 itu. Itulah sebabnya yang dikatakan kedua-duanya betul.
Demikianlah halnya dengan perkataan Tuhan dan Anak Allah itu yang disebut dalam Bible. Dalam Bible mengatakan Jesus itu Tuhan dan Jesus juga Anak Tuhan; Sedangkan dalam Al-Qur'an mengatakan Tuhan (Allah) hanya Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan (QS Al-Ikhlas, 112:1-4). Apakah ini berlawanan dengan apa yang dijelaskan dalam Al-Qur'an. Bagi penulis, ianya tidak berlawanan. Hanya persepsi manusia sahajalah yang menyebabkan kenyataan itu mudah terseleweng! Ini telah diperjelaskan di dalam Bab 2 sebelum ini. Oleh itu perkataan "Tuhan" dan Anak Tuhan (Allah) dalam Bible itu tidaklah bertentangan dengan QS Al-Ikhlas, 112:1-4 itu.
Rujuk halaman 118-120 dalam buku Satu Perhitungan : Islam-Kristian untuk lebih lanjut.
Wednesday, April 16, 2014
Taurat-Bible (Injil)-Al-Qur'an Adalah Satu Sumber Dari Allah
Taurat: Taurat ialah kitab yang diturunkan Allah kepada Nabi Musa, sepanjang 40 hari baginda bermunajat di gunung Sinai. Allah telah mengurniakan kepadanya "The Ten commandments"- 10 Rukun (batu bersurat) yang tertulis di atasnya mengenai ajaran penting. Ianya dikenali dengan nama Taurat. Kitab Taurat memang disebut dalam Al-Qur'an, dan diiktiraf suci; tetapi apa yang dipertikaikan dan diragui oleh para sarjana Islam ialah mengenai ketulenan isi kandungannya dan ianya diamalkan oleh para ahli kitab sekarang ini. Dalam konteks Bible, (Penulisan terkemudian berasaskan kepada Taurat) ianya sekarang dikenali sebagai "Old Testament" (Perjanjian Lama). Maksudnya perjanjian mereka (Bani Israel-Nabi Musa) dengan Allah.Orang Yahudi juga mengiktiraf "Old Testament". Manakala "New Testament" (Perjanjian Baru) atau Injil hanya dikhusus kepada orang Kristian sahaja. Bible adalah mengandungi kedua-dua perjanjian iaitu "Old Testament" dan "New Testament".
Injil berasal daripada perkataan Yunani iaitu eauggelion yang bermaksud "khabar baik" atau "khabar gembira". Ianya disebut dalam al-Qur'an ajaran Nabi Isa a.s. yang sebenar (tidak diubah oleh manusia) ini terbukti dalam QS, Surah Al-Imran 3:3 yang bermaksud: "Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Qur'an) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
Manakala Al-Qur'an pula adalah dalam bahasa 'Arab bermaksud "bacaan yang baik dan benar". QS, An-Nahl, 16:89 yang membawa maksud, ".....dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur'an menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yan mengembirakan, bagi orang-orang Islam". QS, An-Nahl, 16:102 pula bermaksud: "Katakanlah (Wahai Muhammad): Al-Qur'an itu diturunkan oleh Ruhu'ul-Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman, dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang mengembirakan bagi orang-orang Islam".
Al-Qur'an, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bermula di gua Hira', pada tahun 610M, dalam bentuk wahyu. Turunnya wahyu ini berterusan dari semasa ke semasa selama 23 tahun : 13 tahun di Makkah dan 10 tahun semasa baginda di Madinah. Pembawa wahyu baginda ialah malaikat Jibril (Ruhu'ul-Qudus).
Apa yang perlu ditonjolkan disini lagi; pertamanya ialah Roh Kudus (Ruhu'ul-Qudus/Jibril) disebut dalam Al-Qur'an. Jibril adalah malaikat yang membawa wahyu kepada Nabi Muhammad SAW. Keduanya "berita yang mengembirakan bagi orang-orang Islam". Ini bermakna Al-Qur'an sama di antara fungsinya dengan Injil. Begitu juga tentang Roh Kudus itu yang membawa erti malaikat (Jibril).
Rujuk halaman 117-118 dalam buku Satu Perhitungan : Islam-Kristian untuk lebih lanjut.
Tuesday, April 15, 2014
PENGUBAHAN SETERUSNYA
Ada tempat aspek yang ditekankan disini, pertamanya: Kemunculan Triniti, kedua: Tafsiran berbeza tentang "Anak Tuhan" (Son of God) dan ketiga: Mentafsirkan Nabi Ismail yang "dikorbankan" itu sebagai Nabi Ishak.
Arius menegaskan Nabi Isa manusia biasa bukan anak Tuhan. Athanasius, menegaskan Isa anak Tuhan. Ini menyebabkan Maharaja Rome, Constantine mengadakan perhimpunan (Council of Nicea, 325 M) beliau memilih Isa anak Tuhan:
Jalan tengah bagi kepercayaan 'banyak Tuhan' dengan kepercayaan "Satu Tuhan". Jadilah Triniti (Tiga dalam Satu dan Satu dalam Tiga) Hindu (Brahma, Vishnu, Shiva). Pada tahun 451 M, di Council of Chalcedon, dengan persetujuan Pope, konsep Triniti diterima.
Tafsiran berbeza tentang "Anak Tuhan" (Son of God):
Luke 3:38,
"Anak Enos, anak Set, anak Adam, anak Allah".
Genesis, 6:2&4:
"Maka anak-anak Allah melihat, bahawa anak-anak perempuan manusia itu cantik-cantik, lalu mereka mengambilnya isteri dari antara perempuan-perempuan itu, siapa saja yang disukai mereka."
Exodus 4:22: "Maka engkau harus berkata kepada Firaun : Beginilah firman TUHAN : Israel ialah anak-Ku, anak-Ku yang sulung."
Jeremiah, 31:9;
"Dengan menangis mereka akan datang, dengan hiburan Aku akan membawa mereka; Aku akan memimpin mereka ke sungai-sungai, di jalan yang rata, di mana mereka tidak akan tersadung; sebab aku telah menjadi bapa Israel, Efraim adalah anak sulung-Ku.
Psalms, 2:7
"Aku mahu menceritakan tentang ketetapan Tuhan : Ia berkata kepadaku; "Anak-Ku engkau! Engkau telah ku peranakkan pada hari ini."
Romans 8:14,
"Semua orang yang dipimpin Roh Allah, adalah anak Allah".
Kesemua petikan ini membawa maksud bahawa Anak Tuhan disini sebenarnya ialah orang yang disayangi / terdekat).
Mentafsirkan Nabi Ismail yang "dikorbankan" itu sebagai Nabi Ishak.
Genesis, 22:2 diubahnya jadi Ishak.
"Firman-Nya: Ambillah anak-mu yang tunggal itu, yang engkau kasihi, yakni Ishak, pergilah ke tanah Moria dan persembahkanlah dia di sana sebagai korban bakaran pada salah satu gunung yang akan ku katakan kepadamu."
Genesis, 16:15-16 menyatakan semasa Nabi Ismail lahir, umur Nabi Ibrahim 86 tahun;
"Lalu Hagar melahirkan seorang anak lelaki bagi Abram dan Abram menamai anak yang dilahirkan Hagar itu Ismael (15). Abram yang berumur delapan puluh enam tahun, ketika Hagar melahirkan Ismael baginya".
Genesis 21:5 menyatakan Nabi Ibrahim berumur 100 tahun semasa melahirkan Ishak;
"Adapun Abraham berumur seratus tahun, ketika Ishak, anaknya dilahirkan."
Genesis 16:3 menyatakan Sarai (Sarah), gundik Nabi Ibrahim
"Jadi Sarai, isteri Abram itu, mengambil Hagar, hambanya, orang Mesir itu- Yakni ketika Abram telah sepuluh tahun tinggal di tanah Kanaan- lalu memberikannya kepada Abram, suaminya, untuk menjadi isterinya."
Bible King James Version pula menyatakan Sarah itu isteri Nabi Ibrahim. Kesimpulannya: Kitab Allah diubah-ubah, amat diragui sekali." Ini juga ada dinyatakan dalam QS Al-Baqarah 2:79. Seperti yang dinyatakan dalam perkara nombor 2, halaman 126.
Rujuk halaman 114-116 dalam buku Satu Perhitungan :Islam-Kristian untuk lebih lanjut.
Thursday, April 10, 2014
Siapakah Barnabas
Nama asalnya Joseph The Levite, atau Joses The Levite. Hidupnya sezaman dengan St. Paul (di awal kurun pertama masehi). Hari feastnya pada 11 Jun. Beliau adalah seorang pendakwah Kristian yang gigih, dari bangsa Yahudi (Hellenized Jew) yang telah menjadi ahli gereja di Jerusalem selepas berlakunya peristiwa penyaliban Jesus. Beliau telah menjual hartanya untuk kebajikan masyarakat (Acts 4:36-37). Beliau adalah salah seorang yang menaja penubuhan gereja di Antioch di mana beliau menjadi tenaga pengajarnya (Acts, 4:11:19-20). Beliau menjemput Paul dari Tarsus sebagai pembantunya (Acts 11:25) dan menjalankan aktiviti mubaligh Kristian Acts 13-14). Pada tahun 48 M beliau ke Jerusalem. Selepas itu beliau bersama dengan Paul belayar menjalankan aktiviti dakwahnya ke Cyprus, Asia Kecil (Turkey) dan balik semula ke Antioch. Selepas itu beliau telah berpecah dengan Paul dan belayar ke Cyprus (Acts 15:39). Selepas itu tiada perkhabarannya, cuma beberapa tahun kemudiannya ada disebut dalam 1 Corinthians 9:6.
Surat Mengenai Barnabas:
Beberapa usaha St. Barnabas telah dapat dikesan : the Acts of Barnabas, the Epistle of Barnabas dan the Gospel of Barnabas. The Acts of Barnabas dijangkakan muncul pada KM 5 atau terkemudiannya. Ianya menceritakan tentang pengembaraan Barnabas dan kematian syahidnya. The Epistle of Barnabas, dijumpai dalam bentuk "Codex Sinaiticus". Ada 8 manuskrip yang tercatat dan satu versi Latin yang mengandungi bab 1-17 telah dijumpai dalam satu manuskrip. Sesetengah pakar berpendapat bahawa versi ini yang asal (ditulis dalam bahasa Greek kira-kira pada 130M) sebelum daripada "Dua Jalan" atau Pengajaran Mubaligh /Hawari (Teaching of the Apostle) itu ditambah (bab 18-21).
Versi asal ini ditulis dalam bahasa Greek oleh seorang yang mengenali dirinya sebagai seorang guru. Kandungannya tentang perjanjian penggunaan Old Testament oleh pemeluk Kristian. Penulis ini agak anti Yahudi dan katanya penulisan ini penting dan tidak akan difahami oleh Yahudi kecuali yang membaca dengan teliti mengenai Jesus. Di akhir penulisan itu pengarang membincangkan tentang jalan baik dan jahat.
Ada juga terdapat catatan mengenai Barnabas ini di Mesir manuskrip Bible pada kurun 4 M dan pernah juga wujudnya petikan tentang Barnabas di Alexandria oleh Presbyter Clement. Dokumen ini penting kerana apabila pihak gereja menghadapi kesulitan mentafsirkan kitab suci Yahudi (Jewish Scriptures) dan apabila wujudnya dua pandangan yang berbeza di antara Maririon yang Epistle yang berkemungkinan dari Alexandria mengambil jalan tengah dengan mencelah yang Old Testament itu betul, tetapi ini bukanlah secara jelas kerana masalah tafsirannya yang agak sukar. Contohnya bagi nombor 318 orang lelaki pada keluargaNabi Ibrahim (Genesis 14:14) dicatatnya TIH dalam Greek. Yang bermakna (T=300 dan IH=18) dan menambah dalam Epistle of Barnabas 9:9, bermaksud "Tiada seorang pun yang belajar secara cemerlang dari ku, tetapi aku tahu anda menghargainya. Old Testament katanya banyak memberi kata-kata yang perlu difikirkan contohnya dalam Psalm 90:4, "Sebab matamu seribu tahun, sama seperti hari semalam, atau seperti suatu giliran jaga di waktu malam". Sebenarnya ini adalah bersamaan dengan apa yang tercatat dalam al-Qur'an, QS, As-Sajadah, 32:5 yang bermaksud:
"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu (1) hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu (1000) tahun menurut perhitungan mu".
Mengenai Gospel of Barnabas, yang dipercayai ditulis pada 500 M, tetapi tidak dapat difahami dengan baik. Bagaimana pun ada versi yang didapati di Italy mengenainya dipercayaai di edit pada tahun 1907 oleh Londsdale dan Laura (M.Robert) Ragg, yang dipercayaai usaha mubaligh Kristian kira-kira di abad 13-16 M. Ianya dikatakan menekankan kepada hal etika.
Ini menampakkan selaras dengan Islam, seperti Psalm 9:4 di atas, Al-Qur'an ada menyebut yang 1000 tahun di dunia ini sama dengan 1 hari di akhirat? Begitulah juga tentang penekanan kepada etika ini, memang Islam ajarannya bertauhidkan Allah yang Satu dan semua etika ini baik untuk diri sendiri di dunia dan juga di akhirat. Allah berfirman dalam Al-Qur'an pada surah Ad-Dzaariyaat: 56 yang bermaksud: "Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadat kepada ku". Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda bahawa "Aku diutuskan untuk membentuk budi pekerti yang mulia". Tegasnya di sini apa yang tercatat dalam Injil Barnabas ini banyak persamaannya dengan Al-Qur'an yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Mungkinlah Injil Barnabas ini sebenarnya seruan Nabi Isa a.s.
Rujuk halaman 112-114 dalam buku Satu Perhitungan :Islam-Kristian untuk lebih lanjut.
Wednesday, April 9, 2014
Pengembaraan St. Paul
Kehebatan penerimaan agama Kristian mengikut acuan Paul ini di kalangan orang bukan Yahudi adalah kerana usahanya yang begitu gigih selain daripada Matlamat Menghalalkan Caranya dan penulisannya yang disebar luas dan juga pengembaraannya untuk mendekati masyarakat di pelbagai tempat. Beliau dikatakan telah keluar mengembara sebanyak tiga kali untuk usaha menjalankan misi Kristiannya itu.
Pengembaraan Pertama
Paul bersama dengan Barnabas dan Mark (sepupu Barnabas) bertolak dari Antioch ke Cypus, melawati Salamis dan Papos, kemudian terus ke tanah besar (Turki sekarang) dan mendarat di Perga, tetapi mark pulang ke Jerusalem. Mereka berdua itu telah meneruskan usaha dakwah di Pisidia dan Pamphylia, kemudiannya terus ke Iconium. Selepas itu, berpatah balik dan bertolak dari Attalia belayar balik ke Antioch.
Di sepanjang perjalanan ini Paul dan ahli rombongannya itu pada setiap kesempatan akan menjalankan dakwah Kristian mereka.
Pengembaraan Kedua
Paul berhasrat untuk melawat sekali lagi gereja di selatan Galatia. Barnabas mahu Mark ikut serta, tetapi Paul tidak setuju kerana pengembaraan yang pertama dahulu Mark gagal meneruskan pengembaraan. Barnabas dan Mark, pergi ke Cypus, manakala Paul pergi bersama Silas) seorang warganegara Rome; namanya dalam bahasa Roman ialah Silvanus). Mereka memulakan pengembaraan melalui jalan darat ke Galatia. Di Lystra, Timothy (Gentile, emaknya Yahudi) menyertai Paul. Paul meneruskan perjalanan ke Trosa, kemudian terus ke Philippi (jajahan takluk kerajaan Rome). Paul dan Silas telah dipenjarakan, tetapi dilepaskan kerana mereka adalah rakyat kerajaan Rome. Di Thessalonica dan di Beroea, mereka telah bermusuh dengan kaum Yahudi, menyebabkan Paul meneruskan perjalanannya ke Athens. Kemudiannya menerusi jalan laut ke Corinth, Ephesus dan terus belayar balik ke Caesarea untuk ke Jerusalem dan daripada situ balik ke Antioch.
Sepertimana pada pengembaraannya yang pertama Paul, telah menjalankan dakwah Kristiannya di setiap kesempatan yang ada. Bagaimanapun kali ini Paul telah berpecah dengan Barnabas.
Pengembaraan Ketiga
Dalam pengembaraan yang ketiga ini, Paul tanpa Barnabas. Pengembaraan kali ini adalah pada peringkat pengukuhan. Paul berjaya membangunkan gereja di Asia kecil (Turki) dan juga Greece, di mana pusatnya di Corinth. Di samping itu Ephasus juga penting di mana bandar ini akan menjadi pangkalannya bagi tiga tahun kemudiannya. Arah perjalanan pengukuhan ini bermula daripada Antionch ke Darbe (di Asia Kecil / Turki), ke Ephesus, naik ke utara di Trosa, ke Philippi, belayar ke Athens, naik melalui jalan darat ke Beroea, ke Troas, Meletus, terus belayar balik ke Tyre dan terus ke Jerusalem.
Rujuk halaman 109-111 dalam Satu Perhitungan: Islam-Kristian untuk lebih lanjut.
Monday, April 7, 2014
Siapakah St. Paul (Saul)
Saul dilahirkan kira-kira 10 M dan mati dipancung pada tahun 67 M. Tempat kelahirannya adalah di Tarsus (Turki). Sepanjang hidupnya beliau tidak pernah berkahwin. Beliau memeluk Kristian sewaktu umurnya 26 tahun (36 M), setelah itu namanya telah ditukar kepada Paul. Teologi Kristiannya ditolak oleh orang Nasrani dan Ebionit yang menganggap beliau sebagai musuh Jesus yang sebenarnya. Orang Ebionet yakin Paul mendapat ilham daripada ajaran orang-orang Nikolaus, yang bertentangan dengan ajaran Taurat Nabi Musa. Mereka juga menganggap bahawa penglihatan yang dialami oleh Saul dalam perjalanannya ke Damaskus itu adalah halusinasi yang berasal dari gangguan syaitan dan menganggap Paul ini pernah menghalang orang-orang Yahudi yang ingin mengamalkan hukum nabi Musa secara sempurna. Kaum Ebionet percaya bahawa ayah dan ibu Paul adalah orang Yunani, bukannya Israel. Bagaimanapun Paul mengatakan dia lahir sebagai Yahudi dan didikannya dari Rabi Gamaliel (Acts 22:3; 26:5). Beliau adalah warganegara kerajaan Rome.
Setelah sekian lama berada di Jerusalem, Paul bersunat kerana keinginannya untuk berkahwin dengan seorang wanita dari keluarga pendita Tinggi Yahudi. Mungkin setelah ditolak, kerana hukum orang Yahudi menolak perkahwinan dengan orang Goyim (orang asing), dia mulai memberontak dan menyerang hukum Yahudi yang berteraskan Taurat.
Paul telah mengarang beberapa surat untuk ke beberapa tempat yang menjadikan tempat itu sebagai saluran penyebarannya yang strategik yang sekarang terjumlah dalam New Testament (Perjanjian Baru). Ada 21 semuanya iaitu:
1) Romas 8) 1 Thessalonians 15) James
2) 1 Corinthins 9) 2 Thessalonias 16) 1 Peter
3) 2 Corinthians 10) 1 Timothy 17) 2 Peter
4) Galatians 11) 2 Timothy 18) 1 John
5) Ephesians 12) Titus 19) 2 John
6) Phillippians 13) Philemon 20) 3 John
7) Colossianas 14) Hebrews 21) Jude
Perjanjian Baru ada 26 di mana 21 (80.76%) daripadanya adalah hasil penulisan Paul. Cuma 5 (19.24%) sahaja adalah hasil daripada penulisan orang lain, kebanyakan pembantunya.
Paul mempunyai seorang murid yang amat dipercayainya iaitu Luke. Luke adalah salah seorang penulis Injil. Luke menulis Injilnya dengan memuatkan fikiran gurunya itu. Beliau telah menulis satu risalah : Acts, tetapi ini sebenarnya adalah riwayat hidup Paul. Manakala bagi Paul kisahnya tercatat dalam Matthew dan Mark adalah mengenai Jesus. Semuanya untuk menonjolkan perbuatan Paul. Pada hakikatnya Paul dan Luke tidak pernah melihat Jesus. Selain daripada itu, Luke juga menjadi doktor yang dicintai oleh Paul. Luke memberi ganjaran kepada Paul kerana memuliakannya, oleh kerana itu, dia menjadi penyeru terbaik bagi fikiran Paul.
Rujuk halaman 108-109 dalam buku Islam-Kristian : Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.
Sunday, April 6, 2014
Sejauh manakah Penyelewengan St. Paul
Kebanyakan penganut Islam mengatakan Paul adalah penyeleweng agama Kristian yang asal, pendusta dan sesat. Di antaranya sepertimana yang di sebutkan oleh Sanihu Munir (Victory Press, 2004) dalam bukunya; Islam Meluruskan Kristian. Muhammad Ramli; Tinjauan Fisika Modern dan Alkitab tentang Is'ra dan Mi'raj Nabi Muhammad SAW, Ahmad Deedat; The Choice, 2002 dan Dr. Roshan Rnam; Follow Jesus or Follow Paul? 2001. Sejauh manakah benarnya kenyataan ini?
Komen daripada muridnya sendiri dapat diteliti dalam 2 Petrus 3:15-16 yang bermaksud, "Paul saudara kita yang kekasih, telah menulis kepada mu menurut hikmat yang dikurniakan kepadanya...Dalam surat-suratnya itu ada hal-hal yang sukar difahimi, sehingga orang-orang yang tidak memahaminya dan yang tidak teguh imannya, memutarbelitkannya menjadi kebiasaan mereka sendiri, seperti yang juga mereka buat dengan tulisan-tulisan yang lain."
Terbukti di sini bahawa ada tempat-tempat yang sukar difahami pada penulisan Paul ini pada sezaman dengannya lagi. Apatah lagi zaman yang terkemudian ini, makin orang bingung dengan penulisannya.
Sebelum penelitian dibuat seterusnya, amatlah penting difahami dahulu bahawa dalam konteks ini Allah dengan Tuhan adalah berbeza Maknanya.
Perkataan "tuhan" dalam Bahasa Indonesia, berasal daripada perkataan 'tuan' yang diperhalusi menjadi tuhan dengan pertambahan huruf "h" di antara "tu" dengan "an", jadilah tuhan. Dari segi kata akarnya tiada perbezaan di antara tuhan dengan "tuan" yang membawa maksud "yang dihormati" atau "pemimpin". Dalam bahasa Inggeris di sebut "lord"; bahasa Ibrani; "Adonay", Yunani; "Kurios"; dalam bahasa Arab disebut "Robb" (tetapi kalau disebut Al-Robb, bermakna Allah Yang Besar dan Maha Berkuasa). Perkataan Allah ini sudah pun digunakan sebelum masa Nabi Muhammad SAW lagi (Nugroho, 1999:15)
Dalam konteks Al Kitab (Bible terjemahan ke bahasa Indonesia), Allah sudah pasti Tuhan tetapi Tuhan belum tentu Allah; sebabnya perkataan "tuhan" yang selalu digunakan dalam Al Kitab, diterjemahkan dari perkataan "Lord", "Adoney" atau "Kurios" yang tidak membawa makna Allah (Arab) / Elohim (Ibrahi) / God (English) / Theos (Yunani) dan Yahweh (Yahudi).
Acts, 2:36 bermaksud, ".....Allah telah membuat Jesus yang kamu salibkan itu, menjadi Tuhan dan Kristus". Maksud Tuhan di sini bukanlah dimaksudkan sebagai Allah, tetapi sebagai Tuhan "yang dihormati" atau "pemimpin". Sila rujuk Deuteronomy 10:17, "..... God is Lord of lords" yang bermaksud, "Allah adalah Tuhan dari segala tuhan".
Oleh itu perbezaan di antara Tuhan (Allah) atau "God" dengan kata "Lord" ini sangatlah penting diberikan penekanan semoga ianya tidak terkeliru. Dalam Ephesians, 1:3 Paul menegaskan "Terpujilah Allah dan Bapa dari Tuan kita Jesus Christ" dan 1:17 pula Paul menegaskan, "The God and Father of our Lord Jesus Christ." yang bermaksud "Tuhan (Allah) dan Bapa kepada Tuan Jesus Christ".
Paul tidak pernah meletakkan Jesus ini setaraf (sama) dengan Bapa /God / Yahweh /Allah). Paul tetap mengakui bahawa Bapa / God / Yahweh / Allah) itu Satu. Konsep Triniti itu bukannya daripada Paul. Paul telah mati pada 67 M, sedangkan Konsep Triniti itu lahir dalam Perhimpunan pada tahun 325M, ditegaskan oleh Maharaja Rome pada masa itu ialah Constantine, dalam konteks ini, penulis berpendapat bahawa Paul tidak menyeleweng dari segi 'akidah ketuhanan dalam mengatakan Allah itu Satu; tetapi aspek-aspek lainnya kita perlulah amat teliti.
Rujuk halaman 99-101 dalam buku Islam:Kristian : Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.
Wednesday, April 2, 2014
Paul mengajar tentang kematian Jesus adalah penebus dosa manusia;
1 Corinthians 15:3,
"Sebab yang sangat penting telah kusampaikan kepadamu, iaitu apa yang telah kuterima sendiri, ialah bahawa Kristus telah mati kerana dosa-dosa kita, sesuai dengan Kitab Suci."
Asalnya: Penebusan dosa ini tidak didapati dalam mana-mana Bible yang terdahulu.
Paul mengajar bahawa Jesus adalah Tuhan yang telah dibangkitkan daripada mati oleh Allah dan iktikad ini dapat membawa kepada jalan keselamatan.
Romans 10:9,
"Sebab jika kamu mengaku dengan mulutmu, bahawa Yesus adalah Tuhan, dan percaya dalam hatimu, bahawa Allah telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, maka kamu akan diselamatkan."
Asalnya: Tidak didapati dalam mana-mana Bible yang terdahulu.
Paul telah menghalalkan semua makanan
1 Corinthians 10:23-26,
"Segala sesuatu diperbolehlan". Benar, tetapi bukan segala sesuatu berguna. "Segala sesuatu diperbolehkan." Benar, tetapi bukan segala sesuatu membangun. (23) Jangan seorang pun mencari keuntungannya sendiri, tetapi hendaklah tiap-tiap orang mencari keuntungan orang lain (24). Kamu boleh makan sesuatu yang dijual di pasar daging, tanpa mengadakan pemeriksaan kerana keberatan hati murani. (25) Kerana: "bumi serta segala isinya adalah milik Tuhan. (26)"
Asalnya dilarang,
Leviticus, 11:8,
"Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan bangkainya janganlah kamu sentuh; haram itu semua bagimu. (8)"
Paul telah menjalankan dakwah Kristian kepada bukan orang Yahudi / Gentiles,
Galatians 1:16,
"Berkenaan menyatakan Anak-Nya didalam aku, supaya aku memberitakan Dia di antara bangsa-bangsa bukan Yahudi, maka sesaat pun aku tidak minta pertimbangan kepada manusia (16)".
Asalnya ajaran Jesus ini hanya untuk orang Yahudi sahaja
Matthew, 15:24,
"Jawab Yesus: Aku hanya diutus pada domba-domba yang hilang dari umat Israel. (24)"
Paul mengajar bahawa keselamatan boleh diperolehi dengan hanya beriman kepada Jesus Christ tanpa perlu melakukan amal.
Galatians 2:16,
"Kamu tahu, tidak seorang pun yang dibenarkan oleh kerana melakukan hukum Taurat, tetapi hanya oleh kerana imam dalam Kristus Yesus. Sebab itu kami pun telah percaya kepada Kristus Yesus, supaya kami dibenarkan oleh kerana imam dalam Kristus dan bukan kerana melakukan hukum Taurat. Sebab: "tiada sesiapa pun yang dibenarkan" oleh kerana melakukan hukum Taurat. (16)"
Oleh sebab banyak penyelewengan yang telah dibuat oleh Paul pada agama asal (ajaran Nabi Isa a.s.), Paul telah ditentang oleh kaum Yahudi sendiri (Acts 18:12-13), malah kawan rapat, Barnabas (murid Jesus) yang menyokong dan membelanya di peringkat awal itu pun, akhirnya telah mengundurkan diri daripadanya setelah mengetahui fahaman apa yang sebenarnya dikembangkan oleh Paul (Galatians 2:13).
Rujuk halaman 97-99 dalam buku Islam-Kristian :Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.
Tuesday, April 1, 2014
Ajaran St. Paul Dan Pengubahan Seterusnya
Ajaran St. Paul
Paul menghapuskan syarat berkhatan:
Galatians 5:2-6;
"Sesungguhnya , aku, Paulus, berkata kepadamu: jikalau kamu menyunatkan dirimu, Kristus sama sekali tidak akan berguna kepada bagimu (2)".
"Sekali lagi aku katakan kepada setiap orang yang menyunatkan dirinya, bahawa ia wajib melakukan hukum Taurat (3)".
"Kamu lepas dari Kristus, jikalau kamu mengharapkan kebenaran oleh hukum Taurat; kamu hidup diluar kasih kurnia. (4)"
"Sebab oleh Roh, dan kerana Imam, kita menantikan kebenaran yang kita harapkan. (5)"
"Sebab bagi orang-orang yang ada di dalam Kristus Yesus hal bersunat atau tidak bersunat tidak mempunyai sesuatu arti, hanya imam yang bekerja oleh kasih. (6)"
Galatians 6: 12-15,
"Mereka yang secara lahiriah suka menonjolkan diri, merekalah yang berusaha memaksa kamu untuk bersunat, hanya dengan maksud, supaya mereka tidak dianiaya kerana salib Kristus (12)".
"Sebab mereka yang menyunatkan dirinya pun, tidak memelihara hukum Taurat. Tetapi mereka menghendaki, supaya kamu menyunatkan diri, agar mereka dapat bermegah atas keadaan mu yang lahiriah. (13)"
"Tetapi aku sekali-kali tidak mahu bermegah, selain dalam Salib Tuhan kita Yesus Kristus, sebab olehnya dunia telah disalibkan bagiku dan aku bagi dunia. (14)"
"Sebab bersunat atau tidak bersunat tidak ada ertinya, tetapi menjadi ciptaan baru, itulah yang ada artinya. (15)"
Asalnya perlu berkhatan ini terbukti dalam:
Genesis, 17:13-14:
"Orang yang lahir dirumahmu dan orang yang engkau beli dengan uang harus disunat; maka dalam dagingmulah perjanjian-Ku itu menjadi kekal. (13) Dan orang yang tidak disunat, yakni laki-laki yang tidak dikerat kulit khatannya, maka orang itu harus dilenyapkan dari antara orang-orang sebangsanya: ia telah mengingkari perjanjian-Ku (14)".
Paul mengajar tentang Dosa Warisan
Romans 5:12,
"Sebab itu, sama seperti dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang, dan oleh dosa itu juga maut, demikianlah maut itu telah menjalar kepada semua orang, kerana semua orang telah membuat dosa. (12)
Romans 5:19,
"Jadi sama seperti ketidaktaatan satu orang semua orang telah menjadi orang berdosa, demikian pula oleh ketaatan satu orang semua orang menjadi orang benar (19)".
Asalnya tidak ada Dosa Warisan
Ezekiel 18:20-21,
"Orang yang berbuat dosa, itu yang harus mati. Anak tidak akan turut menanggung kesalahan ayahnya dan ayah tidak akan turut menanggung kesalahan anaknya. Orang benar akan menerima berkat kebenarannya, dan kefasikkan orang fasik akan tertanggung atasnya. (20)" "Tetapi jikalau orang fasik bertaubat dari segala dosa yang dilakukannya dan berpegang pada segala ketetapan-Ku serta melakukan keadilan dan kebenaran ia pasti hidup, ia tidak akan mati. (21)"
Rujuk halaman 95-97 dalam buku Islam-Kristian : Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.
Monday, March 31, 2014
Pengakuan Jesus tentang dirinya sendiri sebagai Utusan (Mesias) Allah dan akan datangnya Nabi Muhammad SAW
Dalam Injil Barnabas, kita ditonjolkan dengan tema dua orang utusan Allah. Digambarkan mesias yang datang itu mendahului seorang lagi mesias yang akan datang selepasnya.
Injil Barnabas, 82 ada mencatatkan yang Jesus telah berjumpa dengan seorang perempuan tua yang beriman yang katanya sedang menunggu seorang utusan Allah yang akan mengajar kumpulannya. Jesus bertanyakan apakah perempuan tua itu pasti utusan Allah itu akan datang. Perempuan tua itu menjawab pasti dan mengajukan pertanyaan, "atau barangkali tua sendiri mesias itu?"
Jesus menjawab dengan lebih jelas, katanya "Memang benar, aku diutus kepada Rumah Israel, sebagai nabi keselamatan; akan tetapi, mesias itu akan datang sesudahku; seorang utusan dari Allah untuk seluruh dunia, yang kerananya, Allah telah menciptakan dunia ini. Pada waktu itu, Allah akan disembah diseluruh dunia, dan rahmatNya diterima..." (Barnabas, 82).
Dalam konteks ini jelas sekali bahawa Jesus sendiri mengakui yang beliau itu sebagai nabi (mesias/utusan) Allah. Di samping itu akan datang lagi selepasnya seorang utusan Allah lebih hebat darinya. Kalaulah Jesus itu utusannya untuk rumah (bank) Israel sahaja; tetapi mesias yang akan datang itu ialah untuk seluruh manusia di dunia ini. Setahu kita nabi yang sesudah Jesus hanyalah Nabi Muhammad SAW yang terakhir yang misinya untuk seluruh umat manusia di dunia ini. Ini dijelaskan oleh al-Quran , surah At-Takwir, 81:26-29 yang bermaksud sepertimana berikut:
(Dengan yang demikian) maka kemanakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)? (26). Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam. (27) Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. (28) Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (29)
Di samping itu, QS Az-Zukhruf, 43:44-45 yang bermaksud:
Dan sesungguhnya Al-Qurna itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu, dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan). (44) Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkan Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah. (45)
Rujuk halaman 93-94 dalam buku Islam-Kristian:Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.
Sunday, March 30, 2014
KENYATAAN DARIPADA ACTS
Mukjizat Jesus datang dari Allah
Acts 2:22 bermaksud:
"Hai orang-orang Israel, dengarlah perkataan ini; Yang aku maksudkan ialah Jesus dari Nazaret, seorang yang telah ditentukan Allah dan yang dinyatakan kepadamu dengan kekuatan-kekuatan dan mukjizat-mukjizat dan tanda-tanda yang dilakukan oleh Allah dengan perantaraan dia (Jesus) ditengah-tengah kamu, seperti yang kamu tahu".
Ayat tersebut bukan ucapan Jesus tetapi adalah Khutbah Petrus dihadapan murid-murid Jesus tentang kematian Jesus yang dibunuh dan bangkit pada hari ketiga. Ini jelas terbukti bahawa Jesus bukanlah Tuhan tetapi ciptaan Tuhan yang diberikan taraf utusanNya dengan mukjizat-mukjizatnya secara tersendiri. Jadi Jesus bukanlah Tuhan, tetapi utusan Tuhan.
KENYATAAN DARIPADA LUKE
Luke 24:19 yang bermaksud:
".....Jawab mereka: "Apa yang terjadi dengan Jesus orang Nazaret. Dia adalah seorang nabi, yang berkuasa dalam pekerjaan dan perkataan ini dihadapan Allah dan di depan seluruh bangsa kami."
Di sini jelas terbukti bahawa Jesus telah diakui oleh orang di Jerusalem sebagai seorang Nabi (utusan Allah SWT).
KENYATAAN DARIPADA BARNABAS
Jesus menghalau syaitan
Injil Barnabas, 69 ada menyatakan Jesus melihat ke langit dan berdoa:
"Ya Tuhan, Tuhan Bapa kami! Kasihanilah orang sakit ini, dan berilah ia kesihatan, supaya bangsa ini mengetahui bahawa Engkau mengutus Aku".
Petikan ini juga jelas membuktikan bahawa Jesus itu adalah utusan Tuhan, sebab beliau sendiri mengakui sebagai utusan Tuhan (Allah) dan apa yang dihadapinya masalah masa itu ialah berdoa kepada Tuhan semoga pesakit itu sembuh dan dengan ini semoga orang yakin yang ia adalah utusan Tuhan.
Alhamdulillah, orang sakit (buta) itu sembuh. Ini adalah mujizat seorang nabi yang dikurniakan oleh Allah.
Rujuk halaman 91-92 dalam buku Islam-Kristian: Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.
Monday, March 24, 2014
KENYATAAN DARIPADA MARK
Jesus mengaku dia seorang Nabi
Mark, 6:4 yang bermaksud:
"Maka Jesus berkata kepada mereka: "Seorang nabi dihormati di mana-mana kecuali di tempat asalnya sendiri, di antara kaum keluarganya di rumahnya."
Pada ayat tersebut di atas Jesus telah mengaku dengan jujur bahawa dia hanya seorang nabi dan mempunyai keluarga.
KENYATAAN DARIPADA JOHN
Jesus tidak boleh menurut kehendaknya kerana dia hanyalah seorang utusan
John 5:37 bermaksud:
"Bapa yang mengutus Aku, Dialah yang bersaksi tentang Aku. Kamu tidak pernah mendengar suara-Nya, rupa-Nya pun tidak pernah kamu lihat".
Jika Jesus bersaksi bahawa dia tidak pernah melihat rupa Allah, mengapa rupa Jesus dijadikan sebagai pengganti rupa Allah? Oleh itu Jesus bukan Tuhan. Tuhan tidak menggantikan rupa-Nya dengan rupa Jesus! Jesus adalah utusan Allah sebagaimana di akuinya itu iaitu, "Bapa yang mengutus Aku......".
Jesus mengatakan apa yang dia dengar dari yang mengutusnya
John 8:28-29 bermaksud:
"Maka kata Jesus: Apabila kamu telah mengangkat darjat Anak Manusia, barulah kamu tahu, bahawa akulah Dia, dan bahawa aku tidak berbuat apa-apa dari diri-ku sendiri, tetapi aku berbicara tentang hal-hal, sebagaimana diajarkan Bapa kepadaku. Dan Dia, yang telah mengutus aku, Dia menyertai aku. Dia tidak membiarkan aku sendiri, sebab aku sentiasa berbuat apa yang berkenan kepada-Nya".
Jesus berkata apa yang telah diajarkan oleh Tuhan kepadanya
John 8:40 bermaksud:
"....Jesus berkata : ......anda berhasrat membunuh aku, seorang yang memberi tahu anda kebenaran yang aku dengar dari Tuhan."
Ini jelas terbukti bahawa Jesus itu bukan Tuhan sebab ia hanya utusan Tuhan menyebarkan Kebenaran yang didengarnya dari Tuhan.
Jesus berdoa dan bersaksi dia diutus oleh Tuhan
John 12:49, Jesus telah menegaskan yang bermaksud:
"Aku tidak cakap mengikut kehendakku, tetapi adalah mengikut Ayahku yang mengutus aku mengarahkkan untuk menyampaikan dan juga dengan cara menyampaikannya."
Ini jelas terbukti bahawa Jesus sendiri mengakui bahawa ia hanyalah utusan oleh ayahnya (Tuhan) untuk menyampaikan seruan-Nya dengan caranya sekali.
Rujuk halaman 89-91 dalam buku Islam-Kristian: Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.
Subscribe to:
Posts (Atom)