Saturday, May 3, 2014

Dosa Warisan Ciptaan St.Paul

Saul atau Paul, adalah dianggap 'Rasul; oleh penganut Kristian. Bible New Testament, Galatians; 1:4 bermaksud, "Untuk menyelamatkan diriNya sebagai korban bagi dosa-dosa kita. Dia melakukannya bagi mentaati kehendak Allah bapa kita". Kepada Orang Yahudi pula Paul mengatakan seperti dalam Romans 11:28, bermaksud "Kerana orang Yahudi tidak mahu menerima berita baik (Penyaliban Jesus untuk penghapusan dosa manusia) daripada Allah ini, maka mereka menjadi musuh ALlah".

Anehnya,tetapi benar Paul telah berkata sebaliknya pula tentang Dosa Warisan ini, khususnya berkaitan dengan Dosa Warisan itu yang perlu ditebus. Penebusan Dosa ini sebagaimana terbukti dalam 1 Thessalonians 2:15 yang bermaksud, "Orang Yahudi sudah membunuh Tuhan Jesus dan Nabi-Nabi serta menganiayai kami juga. Mereka memusuhi semua orang dan menyebabkan Allah sangat murka". Begitulah juga dalam nada yang agak sama Paul berkata sepertimana terdapat dalam 1 Corinthians, 2:8 bermaksud, "Semua roh yang berkuasa dan yang memerintah dalam dunia ini, tidak tahu kebijaksanaan itu. Sekiranya roh-roh itu mengetahuinya, tentu roh-roh itu tidak akan menyalib Tuhan (Jesus) Yang Mulia."

Logik yang sepatutnya dalam konteks  ini, orang Yahudi yang membantu penghapusan Dosa ini dengan menyalib dan membunuh Jesus, dihormati; sebab berasaskan kepercayaannya itu Pembunuhan / Penyaliban ini menyebabkan boleh menghapuskan semua Dosa yang membelenggu manusia selama ini. Seandainya Jesus tidak dibunuh / disalibkan, maka selama-lamanya manusia ini bergelumang dengan Dosa Warisan itu dan kalaulah Jesus ini tidak dibunuh, sudahlah tentu agama Kristian yang dianutinya sekarang ini tidak akan wujud; Tetapi akan wujud sebagaimana Islam mengakui Nabi Isa (Jesus) itu adalah utusan Allah.

Di samping wujudnya percanggahan idea Paul ini secara tersendiri, ianya juga bercanggah dengan apa yang keluar daripada mulut Jesus sendiri. Jesus sendiri tidak suka di salib. Ini dapat diteliti dalam John, 7:19, 8:37, 8:44 dan 19:11.

John, 7:19 bermaksud "Bukankah Musa memberi Taurat kepada kamu. Tetapi tidak seorang pun di antara kamu yang mentaati itu. Mengapa kamu mahu membunuh aku?"

John, 8:37 bermaksud "Aku tahu kamu keturunan Ibrahim. Namun kamu berusaha untuk membunuh aku, kerana aku tidak mahu menerima ajaranku."

John, 8:44 bermaksud "Bapa kamu Iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih suka menurut bapa kamu. Sejak permulaan, Iblis itu pembunuh....."

John,19:11 bermaksud, "Jesus telah berdialog dengan Pilatus (Gabenor kerajaan Rome) dan berkata: "Kamu tidak berkuasa ke atas aku, kecuali Allah memberikan kuasa itu kepadamu. Oleh itu, orang yang menyerahkan aku kepadamu, lebih besar dosanya dari dosamu".

Rujuk halaman 141-142 dalam buku Satu Perhitungan : Islam-Kristian untuk lebih lanjut.

No comments: