Wednesday, May 7, 2014

Triniti

Maksud Triniti ini ialah Tuhan itu wujud dalam Kesatuan iaitu Tuhan Anak, Tuhan Ayah dan Roh Suci (Jibril). Triniti ini timbul sesudah Nabi Isa tiada. Sebelum Nabi Isa, ajaran para nabi lain daripada Nabi Adam, Idris, Nuh, Ibrahim, Daud dan seterusnya Nabi Isa semuanya agama Tauhid yang mengakui keesaan Allah SWT. Tidak timbul langsung konsep Triniti pada masa itu tetapi ia muncul selepas Nabi Isa. 

Timbulnya Triniti ini adalah berdasarkan pungutan suara dalam tempat-tempat perkumpulan. Pungutan suara itu pula berasaskan ancaman untuk mengambil jalan tengah. Maksudnya untuk menimbulkan keagungan, timbul menimbulkan kemarahan bagi  mereka yang percayakan politheis (banyak tuhan) dan bukan pula tuhan berbilang banyaknya untuk tidak menimbulkan kemarahan bagi masyarakat yang percayakan monotheis (satu Tuhan). Dengan ini ditimbulkan konsep Tiga dalam Satu atau Satu dalam Tiga.

Selanjutnya, kemunculan konsep Triniti dalam ajaran agama Kristian ini telah bermula selepas hampir 300 tahun 'kehilangan' Nabi isa atau dikatakan Peristiwa Salib oleh orang Kristian dan bukannya semasa zaman Nabi Isa. Kontroversi yang berlaku pada masa itu antara Arius yang menonjolkan doktrin bahawa Nabi Isa adalah manusia dan bukan Tuhan sementara Anthanasius mengetengahkan doktrin yang Nabi Isa adalah anak Tuhan. Ini telah memaksa Maharaja Rome, Constantine (bukan beragama Kristian) mengadakan satu perhimpunan iaitu Council of Nicea yang juga dihadiri oleh tokoh-tokoh Kristian pada tahun 325 Masehi. Pada perhimpunan itu, dia (Constantine) telah memutuskan bahawa Nabi Isa adalah anak Tuhan. Pada tahun 451 Masehi, di Council of Chalcedon dengan persetujuan Pope, konsep Triniti diterima sebagai pegangan rasmi gereja dan sebarang penolakan dianggap sesat.

Konsep ketuhanan yang suci yang dipegang oleh golongan Kristian yang awal telah diubah oleh Gereja Rome menjadi Dogma Tritunggal. Banyak falsafah ciptaan orang-orang Mesir kuno yang dipuja oleh Plato diterima menjadi kepercayaan agama Kristian. Falsafah Hindu juga mungkin meresap di sini iaitu ada tiga tuhan : Brahma, Vishnu dan Shudra. Dalam konteks Triniti (Tritunggal) ini juga para penganut Kristian ramai yang tidak puas hati, mereka agak celaru tentang Ideologi Triniti ini. Ini juga menjadi salah satu daripada faktor yang signifiken mengapa orang-orang Kristian memeluk Islam di Malaysia (Dr. Nawi Jusoh, Mengapa Kami Memeluk Islam, Kuala Lumpur, 2006 hal. 75). Sebenarnya ini adalah usaha pihak penyelewengan yang telah mengeksploitasikan nama dan kedudukan Jesus itu sendiri dengan menyamakan Jesus dengan Tuhan iaitu dikatakan Jesus itu Tuhan Anak, Tuhan dan juga Roh Suci : Tiga Dalam Satu (Dr. Roshan Enam, Follow Jesus or Follow Paul, Kuala Lumpur, 2001, hal. 32-33) mencatatkan , Paul telah menjelaskan Jesus dengan perkataan yang bermaksud seperti berikut:

"Kerana seluruh kepenuhan Allah berkenan diam di dalam Dia."
(Colossians 1:19)

"Sebab dalam Dialah berdiam secara jasmaniah seluruh kepenuhan ke Allahan".
(Colossians 2:9)

"Yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan".
(Philippians 2:6)

Rujuk halaman 148-149 dalam buku Satu Perhitungan: Islam-Kristian untuk lebih lanjut.

No comments: