Agama Zarathustra, Judaisme, Kristian dan Islam adalah agama yang mempunyai kesinambungan. Bermula dengan agama Tauhid (Keesaan Allah) yang mana ini merupakan permulaan bagi Hindu (Hindu: juga asalnya percayakan Satu Tuhan/Allah), Zarathustra, Judaisme "Kristian" dan "Islam". Tidak sah jika kisah sejarah yang bermula di Tanah Arab ini tidak diceritakan. Ketiga-tiga agama ini percaya bahawa Nabi Adam dan Hawa adalah manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan Yang Maha Esa (Allah SWT) dan hidup dengan bahagia di dalam syurga. Oleh kerana termakan hasutan syaitan , Nabi Adam dan Hawa diusir dari syurga setelah memakan buah yang dilarang Allah.
Akibat kemurkaan Allah, kedua-duanya dihantar ke dunia (Adam di India) dan Hawa di Jedah dan menempuh kehidupan yang biasa sahaja,tidak seperti di syurga. Di sinilah bermulanya kehidupan manusia setelah Nabi Adam dan Hawa dikurniakan anak cucu seterusnya. Penduduk dunia semakin ramai namun mereka hidup tanpa pegangan. Oleh itu, Allah melantik nabi-nabi daripada mereka yang terpilih untuk menjadi pesuruh-Nya. Nabi-nabi inilah yang membimbing sekalian manusia supaya membuat kebaikan dan menyembah hanya kepada Allah. Tanpa nabi-nabi yang diutus oleh Allah ini, penduduk bumi pada zaman itu menyembah berhala, membuat kejahatan dan kemaksiatan serta hidup dalam kejahilan. Selepas Nabi Adam, kemudian muncul Nabi Idris , Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Salih dan lain-lain lagi.
Setelah Nabi Ibrahim pula dipilih oleh Allah sejarah amalan seterusnya bermula di sini. Dalam solat (Islam) bacaan sunat yang sangat besar disebut (selawat) kepada Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim mempunyai dua orang anak iaitu Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Setelah berkahwin, Nabi Ishak memperoleh seorang cahaya mata yang diberi nama Nabi Yakub (nama timangannya Israel). Maka, keturunan Bani Israel pun bermula. Setelah sekian lama keturunan Bani Israel berkembang, Firaun telah menindas kaum ini dan memperhambakan mereka. Lalu Allah melantik Nabi Musa untuk menyelamatkan kaumnya yang dipinggirkan dan membawa mereka ke jalan yang diredainya. Nabi Musa membawa mereka menuju ke 'Tanah Yang Dijanjikan' di Kanaan.
Dalam perjalanan menuju ke sana, mereka tiba di Tursina. Di situ Nabi Musa bermunajat kepada Allah dan mengikut perjanjian setia kaum Bani Israel kepada-Nya dan Allah menurunkan perintah-perintah-Nya untuk mereka taati. Semenjak itu, kaum Bani Israel memperhambakan diri hanya kepada Allah SWT. Mereka bukan saja menganggap Nabi Musa sebagai nama malah 'pendiri agama Judaisme' (daripada Judas). Walau bagaimanapun, Nabi Musa wafat sebelum mereka sampai di Kanaan. Kaum Bani Israel terus dipimpin oleh pemimpin-pemimpim yang cekap iaitu Joshua dan 'para hakim'. Mereka telah menguasai tempat-tempat penting dalam perjuangan menduduki seluruh Kanaan dan menuju Jerusalem.
Rujuk halaman 377-378 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment