Kuil penganut Taoisme mengajar teori asas 'chi quong' dan bertafakur. Ia penting bagi memahami bahawa kuil itu adalah sebuah tempat suci yang terpenting. Penganut Taoisme percaya bahawa Tuhan Kesihatan mementingkan kesihatan tubuh badan. Dia juga digambarkan dengan berkepala kubah, sebelah tangan memegang naga dan sebelah lagi memegang buah pic. Dia diperbuat daripada kayu atau tanah liat. Patung-patung ini ada kalanya diwarnakan sebagai peneraju tertinggi penganut agama ini.
Ketua jemaah akan menjemput roh yang sesuai untuk menghuni patung-patung itu dengan mengadakan sebuah majlis 'membuka mata' mengikut adat resam mereka. Penganut Taoisme setara dalam mentakdiskan kuil. Kuil menjadi tempat di mana jemaah bersembahyang untuk ke syurga. Roh kuil ini mencapai kedudukannya dengan tiga cara:
- Roh kategori pertama ini ialah wira makhluk yang mana Dia menderita dan mati dengan kejam. Sama seperti 'saints' (Kristian), roh ini melindungi penganut Taoisme yang ikhlas untuk memasuki syurga dan cuba untuk hidup secara batiniah.
- Kategori yang kedua pula ialah Tuhan Peperangan iaitu makhluk yang cuai dalam kehidupan yang lepas tetapi belajar daripada kesilapan tersebut. Kebolehan untuk belajar daripada kesilapan adalah kemahiran penganut Taoisme dalam memperbaiki diri sendiri.
- Kategori yang terakhir ini ialah terdiri daripada makhluk yang lahir secara terus ke dunia seperti Tuhan Belas Kasihan. Mereka sesuai menjadi perantara sembahyang yang menghubungkan makhluk dunia dengan syurga.
Pendekatan penganut Taoisme telah memberi kesan kepada kesenian China. Zaman kegemilangan kesenian China telah dipengaruhi oleh mereka. Ciri Taoisme yang lain ialah tanggapan perbandingan semua nilai sebagai hubung kait identiti perlawanan iaitu prinsip Yin dan Yang. Yang adalah kekuatan positif yang bermaksud semua sifat aktif seperti panas, keras, siang, kuat dan sebagainya. Dalam kehidupan ini terdapat unsur-unsur pertentangan seperti baik dan jahat, negatif dan positif, lelaki dan perempuan dan lain-lain lagi. Walaupun ia bertentangan tetapi ia saling melengkapi.
QS, surah Saba', 34:28 yang bermaksud, "Dan tiadalah Kami mengutus mu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran ( kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)".
Berpasangan : Positif-Negatif : QS Yasin, ayat 36 berbunyi: " Maha Suci Allah SWT yang telah mencipta pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan daripada apa yang mereka tidak ketahui".
Rujuk halaman 373-375 dalam Buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment