Cat Stevens (Yusuf Islam) memeluk Islam kerana beliau tertarik dengan isi al-Quran (terjemahan). Keinsafannya untuk menjadi seorang Islam yang baik itu tidak perlu mengasingkan diri ke gunung. Apa yang perlu ialah menurut perintah Allah SWT. Beliau mulai insaf bahawa semua rasul diutuskan Allah SWT hanya untuk menunaikan satu mesej iaitu keesaan Allah SWT. Mulailah beliau memahami bahawa Yahudi tidak menerima Jesus sebagai utusan Allah SWT dan pemeluk Kristian katanya salah faham tentang perkataan Tuhan dan mengatakan Jesus itu anak Tuhan. Katanya keindahan al-Quran ialah antaranya menyeru manusia supaya membanding, mencari sebab dan tidak menyuruh sembah bulan atau matahari, tetapi hanya menyembah Allah SWT yang mencipta setiap sesuatu. Bulan dan matahari katanya mempunyai jarak yang berlainan dengan bumi, tetapi kelihatan saiznya adalah sama dan di suatu ketika ia bertindihan. Malah katanya, ramai angkasawan mulai percayakan Allah SWT kerana ketandaan-Nya.
Keindahan al-Quran juga katanya lantaran penggunaan bahasanya yang dapat difahami pada beberapa peringkat. Katanya, beliau mulai memahami peringkat lain antaranya menyebut bahawa mereka yang percaya tidak boleh membuat kawan dengan yang tidak percaya dan mereka yang percaya itu semuanya adalah bersaudara. Beliau juga tertarik dengan Islam kerana al-Quran menjelaskan hubungan (beribadat) terus antara manusia dengan Allah SWT, tidak melalui benda lain seperti berhala. Menurutnya lagi, beliau tidak berinteraksi dengan orang Islam sebelum beliau memeluk Islam. Penelitian al-Quran terjemahan adalah faktor yang paling penting beliau memeluk Islam.
Dr. Kari Ann Owen, Ph.D (USA), membuat penyelidikan mengenai daging halal dan haram di satu daerah di San Francisco. Dalam proses penyelidikan ini beliau telah mengenali individu dan masyarakat Islam di sana dengan lebih dekat di samping terpaksa membaca beberapa aspek tentang Islam. Daripada penyelidikan ini ia amat tertarik dengan Islam dan akhirnya menjadi seorang Islam.
Tena bersama suaminya membuat penyelidikan melalui internet mengenai pakaian hijab dan pakaian biasa di kalangan wanita Muslim. Kemudian beliau meneliti Hadith, manakala suaminya membaca (meneliti) al-Quran. Tertarik dengan kebaikan kelakuan orang Islam dan pengajaran Islam sebenarnya, kedua-duanya memeluk Islam pada 1997.
Tarik Ali, di Chicago (USA), dibesar dan disekolahkan dalam suasana Kristian. Beliau juga tidak selesa dengan ajaran Kristian, memandang rendah kepada Protestan dan Kristian Orthodox, tetapi menghormati Judaisme manakala agama Hindu dan Islam pula adalah suatu yang amat asing baginya. Mulanya hendak peluk agama Judaisme dan hendak ke Israel. Bagaimanapun, setelah beliau melayari internet, terpandang website pada halaman Islam Ibrahim Shufi. Beliau terus mengikutinya dan amat tertarik. Akhirnya, pada tahun 1996 beliau memeluk Islam.
Rujuk halaman 6-7 dalam buku Mengapa Kami Memeluk Islam untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment