Sama keadaannya dengan Konfucianisme, Taoisme juga bukan sebuah agama pada asalnya. Ia lahir daripada ideo golongan yang bijak pandai di negara China. Ia menyeru manusia untuk berbuat kebaikan di dunia. Malah pengasas kedua-dua ajaran ini dikatakan pernah bertemu namun mereka mempunyai perbezaan pendapat yang sangat nyata. Yang pasti, Taoisme ini juga banyak memberi kesan kepada orang China dan penganut-penganutnya.
Pengasas Taoisme
Taosime ialah fahaman yang dicipta oleh Li Peh Yang. Beliau dilahirkan pada 604 S.M. Ketika dilahirkan, dikatakan bahawa berlaku kejadian yang luar biasa seperti bintang yang terbang dengan kencang. Oleh kerana beliau memegang jawatan sebagai penjaga arkib negara maka beliau berpeluang untuk belajar tentang kearifan dan kebijaksanaan tokoh-tokoh Cina zaman lepas dari buku-buku di sana. Oleh kerana beliau begitu bijak, beliau dikenali sebagai Lao-Tzu yang bermaksud orang tua yang arif dan bijaksana. Berbeza dengan ajaran Konfucianisme yang mana ia membela persesuaian dan sikap yang elok dengan sistem sosial yang ideal, Taoisme pula menyinari pendekatan buah fikiran baru dalam kehidupan. Ia menganggap bahawa kehidupan manusia begitu menjelikkan. Oleh itu, beliau menyeru ke arah keadaan semula jadi iaitu mengembalikan keharmonian alam semula jadi. Perlakuan jenayah, pembunuhan, kecurian dan rompakan akan terjadi apabila manusia tidak memperoleh sesuatu yang diingini dengan cara yang baik.
Namun begitu, beliau mengeluarkan ajaran yang samar-samar, meragukan dan berbelit-belit sehingga sukar untuk difahami. Oleh kerana itu, banyak ajaran beliau yang disalah tafsirkan oleh pengikut-pengikutnya sehingga ada yang sudah jauh menyimpang daripada ajaran yang sebenarnya. Dikatakan juga bahawa Lao-Tzu pernah bertemu dengan pengasas Konfucianisme dan berbahas tentang fahaman masing-masing dan mereka tidak sehaluan dalam pelbagai aspek. Konfucius telah mengatakan bahawa tidak memahami ajaran oleh Tao-Tzu serta doktrin-doktrinnya.
Falsafah Taoisme
- Kelompok Taoisme ini menumpukan perhatian mereka kepada sudut falsafah iaitu kekuatan yang memasuki kehidupan makhluk yang menjalin dirinya ke jalan peredaran dan perkembangan alam.
- Ia merupakan fahaman Taoisme yang paling mudah diperluaskan berbanding dengan yang lain.
- Mereka berpegang kuat kepada prinsip 'wu wei' yang mana bermaksud 'diam yang mencipta'.
- 'Dia yang mencipta' ini ialah pada waktu yang sama seseorang itu tidak melakukan apa-apa tetapi dengan berdiam diri akan memberikan gaya hidup melalui kerohanian yang tinggi.
- Wu wei adalah suatu tindakan tertinggi, kesederhanaan, ketulusan dan kemerdekaan yang mengalir dalam diri.
Keagamaan Taoisme
- Disebabkan kesukaran orang-orang biasa memahami Taoisme maka muncul kepercayaan yang penuh dengan perbuatan-perbuatan sihir, ajaib dan tahyul.
- Mereka berfahaman bahawa sesiapa yang telah mencapai Tao, hidupnya menjadi abadi.
- Didorong untuk mencapai kehidupan yang abadi, ramai yang telah meninggalkan tempat tinggal masing-masing dan pergi betapa di gunung-gunung sehingga tidak mempedulikan hal-hal keduniaan.
- Penganut Taoisme telah berdepan dengan beberapa masalah seperti berhadapan dengan wabak-wabak yang perlu diperiksa, hantu-hantu yang menakutkan dan hujan yang harus dihentikan sekiranya ada majlis keramaian.
- Ramai tukang ramal bebas mereka-reka amalan. Selain tukang amal, ada ahli psikik, pawang dan sesiapa sahaja datang dengan kuasa masing-masing untuk merubah bentuk agama rakyat China.
Rujuk halaman 369-372 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment