Maksud Triniti ini ialah Tuhan itu wujud dalam Kesatuan iaitu Tuhan Anak, Tuhan Ayah dan Roh Suci (Jibrail). Triniti ini timbul sesudah Nabi Isa tiada. Sebelum Nabi Isa, ajaran para nabi lain daripada Nabi Adam, Idris, Nuh, Ibrahim, Daud dan seterusnya Nabi Isa semuanya agama Tauhid yang mengakui keEsaan Allah SWT. Tidak timbul langsung konsep Triniti ini masa itu tetapi ia muncul selepas Nabi Isa terutamanya ditonjolkan oleh para pengikut St. Paul.
Timbulnya Triniti ini adalah berdasarkan pungutan suara dalam tempat-tempat perkumpulan. Pungutan suara itu pula berasaskan ancaman untuk mengambil jalan tengah. Maksudnya untuk menimbulkan keagungan, tidak menimbulkan kemarahan bagi mereka yang percayakan politheis (banyak tuhan) dan bukan pula tuhan berbilang banyaknya untuk tidak menimbulkan kemarahan bagi masyarakat yang percayakan monotheis (satu tuhan). Dengan ini ditimbulkan konsep Tiga dalam Satu atau Satu dalam Tiga.
Selanjutnya, kemunculan konsep Triniti dalam ajaran agama Kristian ini telah bermula selepas hampir 300 tahun "kehilangan" Nabi Isa ataupun apa yang dikatakan Peristiwa Salib oleh orang Kristian dan bukannya semasa zaman Nabi Isa. Kontroversi yang berlaku pada masa itu antara Arius yang mengutarakan doktrin bahawa Nabi Isa adalah manusia dan bukan Tuhan sementara Athanasius mengetengahkan doktrin yang Nabi Isa adalah anak Tuhan. Ini telah memaksa Maharaja Rom, Constantine, mengadakan satu perhimpunan iaitu Council of Nicea yang juga dihadiri oleh tokoh-tokoh Kristian pada tahun 325 Masihi. Pada perhimpunan itu, dia (Constantine) telah memutuskan bahawa Nabi Isa adalah anak Tuhan.
Pada tahun 451 Masihi, di Council of Chalcedon dengan persetujuan Pope, konsep Triniti diterima sebagai pegangan rasmi gereja dan sebarang penolakan dianggap sesat. Edward Gibbon dalam prakata buku History of Cristianity berkata: "Jika agama Kristian dilihat telah berjaya mengalahkan ajaran sesat, ajaran Kristian juga berjaya dipengaruhi oleh ajaran itu". Konsep ketuhanan yang suci yang dipegang oleh golongan Kristian yang awal telah diubah oleh Gereja Rom menjadi Dogma Tritunggal yang tidak masuk akal. Banyak falsafah sesat ciptaan orang-orang Mesir kuno yang dipuja oleh Plato diterima menjadi kepercayaan agama Kristian.
Seorang tokoh Kristian, Reverend William B.Chalfant berkata: "Kajian kami menunjukkan konsep Tritunggal berasal daripada falsafah sesat yang kemudiannya dimasukkan ke dalam ajaran Kristian". Dalam konsep Triniti (Tritunggal) ini juga para penganut Kristian ramai yang tidak puas hati, mereka agak celaru. Ideologi Triniti ini sebenarnya adalah usaha Paul yang telah mengeksploitasikan nama dan kedudukan Jesus itu sendiri secara menyamakan Jesus dengan Tuhan iaitu dikatakan Jesus itu Tuhan Anak, Tuhan dan juga Roh Suci.
Rujuk halaman 76-77 dalam buku Mengapa Kami Memeluk Islam.
No comments:
Post a Comment