Di luar negara: Di antara yang terlibat ialah Christopher (USA), Dr. Abu Ameena Bilal Phillips (USA) Yahiye Adam Gadahn, Los Angeles (USA), Anna Linda (Iceland) dan Jack Ellis.
Christopher (USA) pula telah mula diperkenalkan oleh rakan sekelasnya dengan Islam. Bila berkawan dengan beberapa pelajar Islam, beliau kian tertarik dengan keindahan Islam. Beliau mula membeli Al-Quran terjemahan dan membacanya, tetapi baginya masih kurang jelas. Beliau meneruskan dengan membaca lagi beberapa buku mengenai Islam dan yang membuatkan beliau terpikat tentang Islam bila mana beliau membaca Al-Quran terjemahan melalui pembacaan Abdullah Yusuf Ali. Akhirnya pada 2 Julai, 1995 beliau terus memeluk Islam.
Dr. Abu Ameena Bilal Phillips, (di lahirkan di Jamaica), telah belajar di Kanada dan mempunyai ijazah dalam Biochemistri. Salah satu bahan bacaannya, Islam: The Misunderstood Religion, oleh Muhammad Qutb. Apa yang amat menarik baginya dalam buku ini secara intelektual ialah Islam itu amat melengkapi. Manakala pada Toward Understanding Islam oleh Maulana Abul Ala Maudoodi pula huraiannya tentang Islam secara komprehensif. Inilah yang menyebabkan beliau memeluk Islam pada tahun 1972. Beliau kemudiannya belajar di Universiti Madinah dan mendapat ijazah dalam usuluddin, 1979, M.A di Universiti Riyadh, 1985 seterusnya Ph.D pada 1994. Guru di sekolah swasta di Riyadh, di Universiti Cotabo, Philippines dan juga di American Universitym UAE. Beliau telah mengislamkan kira-kira 3000 orang tentera Amerika masa perang Teluk 1991 di Arab Saudi.
Yahiye Adam Gadahn, Los Angeles pula mula tertarik dan timbul keyakinan dengan Islam setelah beliau melayari internet tentang diskusi mengenai Islam. Ini diperkuatkan lagi keyakinannya tentang Al-Quran yang mengandungi 114 surah. Beliau yakin Al-Quran ini adalah benar-benar 'perkataan' Allah SWT. Akhirnya beliau memeluk Islam pada tahun 1995.
Anna Linda dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga beragama Kristian (Catholic). Setelah tamat universiti, beliau bekerja di beberapa tempat di dunia (kedutaan) tetapi akhirnya beliau berpusat di Denmark sejak tahun 1990. Beliau belajar dan menguasai bahasa Arab. Sikapnya tidak melihat sebarang agama melalui penganutnya tetapi adalah berdasarkan ajarannya ynag sebenar dalam agama berkenaan.
Sebelum ini beliau agak prejudis terhadap Islam kerana digambarkan dengan begitu buruknya oleh masyarakat barat terhadap Islam. Semua media, termasuk filem-filem tidaklah terkecuali dalam propaganda ini tetapi setelah beliau meneliti sendiri Al-Quran bukan sahaja dalam bahasa Arab, bahkan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris iaitu khususnya Al-Quran terjemahan oleh Abdullah Yusoff Ali ia amat terpegun. Dalam AL-Quran banyak disebut tentang ilmu sains, penerokaan angkasa, perkembangan embrio, sains samudera, sains genetik, evolusi, geologi, asal usul kehidupan akuatik dan sebagainya.
Sebelum ini ia pernah dikatakan Al-Quran adalah satu versi Bible yang telah diubah. Aneh sekali katanya dalam Bible, tidak ada disebut. Beliau juga meneliti pelbagai agama lagi selain daripada Kristian dan Islam, iaitu agama Hindu dan Judaisme. Akhirnya beliau memilih Islam secara rasmi pada 4 Jun 2003 dan berhasrat menunaikan haji di Makkah.
Jack Ellis pada 2006 telah memeluk Islam setelah beliau mengkaji Al-Quran. Sebelumnya beragama Kristian. Beliau adalah ketika itu sedang bertugas sebagai Datuk Bandar di Macon di USA. Ianya juga orang kulit hitam yang pertama di Amerika dapat memegang jawatan Datuk Bandar dalam sejarah 176 tahun bandar raya berkenaan.
Beliau mengakui bahawa sejarah datuk neneknya dahulu adalah orang kulit hitam, beragama Islam dari Afrika, dibawa ke Amerika menjadi hamba. Jadi, baginya memeluk Islam ini adalah "Saya kembali ke akar umbi" (Mingguan Wasilah, 11/2/2007, hal. 18)
Rujuk halaman 42-43 dalam buku Mengapa Kami Memeluk Islam untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment