Di antara yang dapat diketengahkan dalam konteks ini ialah berasaskan dari luar negara. Di antara mereka yang terlibat ialah Nuh Ha Nim Keller, Rob Wicks, Kaci Starbuck, Mr. Antonius dan Prof. 'Abdul'I-Ahad Dawud. Setakat ini tidak kedapatan dalam penyelidikan yang dapat dirujuk dalam konteks Malaysia.
Nuh Ha Him Keller akhirnya menolak Kristian dan memeluk Islam pada 1997 setelah ditelitinya secara mendalam antara Kristian dan Islam. Pertama, Kristian katanya mempunyai fakta yang bagus untuk diyakini tetapi ia bercampur dengan pengeliruan di mana wujudnya perbezaan dan tiada peraturan yang standard. Keduanya, kesukaran doktrin atau konsep seperti Triniti: 'God the Father' yang memerintah dunia dari heaven, Jesus yang membela manusia di dunia dan Roh Al-Qudus (Holly Gost) digambarkan sebagai White Dove yang mempunyai fungsi agak kecil. Baginya, Godfather yang menguasai kedua-duanya itu.
Al-Qur'an katanya memberi gambaran yang tepat dan jelas. Al-Qur'an menjelaskan tujuan dijadikan manusia iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Bagaimanapun, ia menjelaskan sebagai satu cara hidup yang boleh diamalkan seharian.
Rob Wicks berasal daripada keluarga yang kuat Kristian (family of minister) di Mississippi, USA. Beliau berkawan dengan beberapa rakan Muslim terutamanya yang orthodox Muslim. Ini memberikannya perbezaan di antara Nation of Islam (NOI) dengan Islam yang sebenarnya. Berasaskan sifatnya memahami sesuatu perkara secara saintifik di mana bukti adalah menjadi asasnya, beliau melihat agama dalam konteks ini. Beliau meneliti aspek agama di internet khasnya mengenai Kristian. Didapati dalam bible banyak fakta yang tidak sama. Paling penting baginya ialah tentang Trinity. Jelasnya I John 5:7 salah satu yang palsu.
Apabila beliau membaca Matthew 19:16-17, Jesus berkata: "Why callest thou me God?" Itu membuktikannya bahawa Jesus bukan Tuhan. dan Tuhan tetap Satu tetapi kebanyakan orang Kristian memikirkan bahawa Jesus was being tongue-in-cheek at this point. Jelasnya lagi, kiranya beliau menerima ini, ia adalah tidak jujur kepada dirinya sendiri. Beliau menegaskan bahawa Jesus tidak mengatakan dirinya Tuhan tetapi mengajar mempercayai Tuhan yang Satu. Beliau akhirnya memeluk Islam. Beliau juga membuat kesimpulan bahawa sekiranya Muhammad tidak diterima sebagai nabi, maka tiadalah nabi lagi sebelum ini. Katanya, beliau juga tertarik dengan QS 21:30 tentang asal kejadian langit dan bumi yang pada mulanya bercantum. Islam katanya menyebabkan dia lagi berminat untuk mengkaji tentang astronomi.
Rujuk halaman 68-69 dalam buku Mengapa Kami Memeluk Islam.
No comments:
Post a Comment