Thursday, February 13, 2014

Jesus orang Nazaret anak Daud

Mark 10:47 bermaksud:
"Ketika didengarnya, bahawa itu adalah Jesus orang Nazaret, mulailah dia berseru: "Jesus, Anak Daud kasihanilah aku!"

Seorang buta yang bernama Bartimeus, memohon Jesus menyembuhkan matanya dan dia tidak memanggil Jesus Tuhan.

Rasionalnya:
1. Setiap manusia yang berasal dari Nazaret atau mana-mana tempat pun di dunia ini, pasti ianya bukanlah Tuhan. Jesus berasal dari Nazaret. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

2. Setiap orang yang berasal dari keturunan Nabi Daud atau mana-mana nabi atau manusia pun, pastilah ianya bukanlah Tuhan. Jesus berasal dari keturunan Nabi Daud. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus menyuruh pengikutnya mengambil keldai tanpa izin pemiliknya

Mark 11:1-3 bermaksud:
"Ketika Jesus dan murid-muridnya telah dekat Jerusalem, berhampiran Betfage dan Betania yang terletak di Bukit Zaiton, Jesus menyuruh dua orang muridnya; dengan pesanan: Pergilah ke kampung yang di depanmu itu. Pada waktu kamu masuk di situ, kamu akan menemui seekor keldai muda tertambat, yang belum pernah ditunggani orang. Lepaskan keldai itu dan bawalah ke mari. Dan jika ada orang mengatakan kepadamu: Mengapa kamu lakukan itu, jawablah:Tuhan memerlukannya. Dia akan segera mengembalikannya ke sini."

Ayat tersebut menggambarkan Jesus bukan Tuhan dan bukan pula orang utusan Tuhan yang mengajar etika dan akhlak yang baik. Pada hal Jesus adalah utusan Tuhan dan mengajar manusia berkelakuan baik. Rasional selanjutnya:

Setiap yang menyuruh melakukan sesuatu yang tidak baik, pasti ianya bukan Tuhan. Jesus telah menyuruh muridnya melakukan sesuatu yang tidak baik iaitu mengambil keldai muda yang tertambat, tanpa memohon izin daripada tuannya. Dengan ini adalah mustahil Jesus itu Tuhan.

Jesus datang atas nama Tuhan

Mark 11:9 bermaksud:
"Orang-orang yang berjalan di depan dan mereka yang mengikuti dari berlakang berseru: "Hosana! Diberkatilah Dia yang datang dalam nama Tuhan".

Orang ramai menyambut kedatangan Jesus dengan ucapan "Hosana! "yang bermakna diberkatilah dia oleh Tuhan". Mustahil Tuhan datang atas nama Tuhan juga. Rasional selanjutnya:

1. Setiap yang diberkati atas nama Tuhan, sudah pasti ia bukan Tuhan. Jesus diberkati dalam nama Tuhan, jadi Jesus pasti bukan Tuhan.
2. Setiap yang datang dalam nama Tuhan, sudah tentu ianya bukan Tuhan. Jesus datang dalam nama Tuhan. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus merasa lapar, tidak mengetahui musim dan mencaci pohon ata

Maksud 11:12-14 bermaksud:
"Keesokan harinya sesudah Jesus dan kedua belas muridnya meninggalkan Betania, Jesus terasa lapar. Dan dari jauh dia melihat pohon Ara yang sudah berdaun. Dia mendekatinya untuk melihat jika terdapat buah. Tetapi, dia melihat tidak terdapat apa-apa selain daun-daun sahaja kerana pada masa itu bukan musimnya. Dan dia berkata kepada pohon itu: "Jangan lagi seorang pun makan buahmu selama-lamanya!" Dan murid-muridnya pun mendengarnya."

Jika Jesus Tuhan, dia tentu tahu bahawa pohon itu tidak berbuah dan dia mesti bijak, tidak perlu mengutuk pohon yang tidak bersalah. Dan jika Jesus Tuhan juga, dia boleh memerintahkan pohon itu mengeluarkan buahnya walaupun bukan musim buah.

Rasional selanjutnya:

1. Setiap yang merasa lapar, sudah tentu ia bukan Tuhan. Dalam ayat ini Jesus merasa lapar. Oleh itu Jesus bukan Tuhan.

2. Kiranya Jesus itu Tuhan (sebagaimana yang didakwa oleh para rakan kita daripada agama Kristian) sudah tentu Jesus tahu iut bukan musim buah dan pokok itu tidak pula berbuah; tetapi di sini Jesus tidak tahu tentang itu. Ini bermakna Jesus bukan Tuhan ! Sebab Tuhan pasti Maha Mengetahui.

3. Setiap yang tidak berupaya memerintahkan  dengan berhasilnya pokok yang tidak berbuah itu supaya mengeluarkan buah, bermaknalah ia bukan Tuhan. Dalam konteks ini Jesus tidak berupaya untuk itu. Oleh itu jelas terbukti bahawa Jesus bukan Tuhan.

Rujuk halaman 44-46 dalam buku Allah Islam & Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

No comments: