Sunday, February 16, 2014

Jesus menjadi saksi bahawa Tuhan itu Esa

Mark 12:28-29 bermaksud:
"Lalu seorang ahli Taurat, yang mendengar  Jesus dan orang-orang Saduki bersoal jawab yang dan tahu, bahawa Jesus memberi jawab yang tepat kepada orang-orang itu, datang kepada nya dan bertanya: "Hukum manakah yang paling utama?" Jawab Jesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa."

Dihadapan orang Saduki dan para ahli Taurat, Jesus memberikan kesaksian bahawa Tuhan itu adalah Allah yang Esa. Jesus tidak pernah mengatakan bahawa Tuhan itu adalah diri sendiri. Jesus menegaskan bahawa hukum yang paling utama bagi Bani Israel ialah mendengar (mempercayai) bahawa Tuhan itu Esa.

Rasional selanjutnya:

Setiap yang memberi saksi bahawa Tuhan (Allah) itu Esa, pasti ia bukan Tuhan. Jesus telah bersaksikan bahawa Tuhan (Allah) itu Esa. Ini bermakna Jesus itu bukan Tuhan. Kalaulah Jesus itu juga dikatakan Tuhan. Ini bermakna bahawa Tuhan itu bukan lagi Esa.

Jesus termasuk dalam golongan orang-orang derhaka (Alasan yang lemah)

Mark 15:28 bermaksud:
"Demikianlah genaplah nas Alkitab yang berbunyi: di antara orang-orang yang derhaka".

Persoalan yang perlu ditimbulkan disini ialah derhaka kepada siapa? Kepada Maharaja Rome! Bagaimana pun dapat diambil kesimpulan di sini bahawa Jesus itu adalah salah seorang daripada manusia biasa yang seperti rakyat Rome lainnya pada masa itu.

Sungguh tidak wajar jika penulis Bible mengatakan Jesus adalah sebahagian daripada orang-orang yang derhaka, kalau dimaksudkan derhaka kepada Allah; kecualilah derhaka kepada Maharaja Rome yang tidak mempercayai Allah. Jesus (Nabi Isa a.s.) adalah orang mulia, utusan uhan, Nabi dan Rasul yang dikasihi Allah, dan dialah orang yang suci. Rasional selanjutnya:

Setiap orang yang dikelompokkan di kalangan orang yang derhaka, bermaknalah ia bukan Tuhan. Jesus telah dikelompokkan di kalangan orang-orang yang durhaka kepada kerajaan Rome masa itu. Oleh itu, sudah pasti Jesus bukan Tuhan.

Anehnya di sini Bible Mark 15:28 mencatatkan Jesus ini orang yang derhaka. Ini bertentangan sekali dengan Al-Qur'an yang amat menghormati Jesus (Nabi Isa), sepertimana dalam QS, Maryam 19:19 yang bermaksud, "Ia berkata: Sesungguhnya aku persuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seseorang anak yang suci".

Rujuk halaman 46-47 dalam buku Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

No comments: