Monday, February 10, 2014

Jesus anak seorang tukang kayu

Mark 6:3 bermaksud:
"Bukankah dia ini tukang kayu, anak Maria, saudara Yakobus, Yoses, Yudas dan Simon? Dan bukankah saudara-saudaranya yang perempuan ada bersama kita?" Lalu mereka kecewa dan menolak dia."

Tidak mungkin Tuhan mempunyai ayah seorang tukang kayu. Persoalannya di sini Jesus diceritakan di dalam kitab-kita Taurat (Old Testament) adalah anak Maria (Maryam) tanpa ayah; kelahiran yang istimewa ini juga diiktiraf oleh Islam Al-Qur'an (Islam) sehinggalah Al-Qur'an ada surah Mariam, 19:1-98. Tetapi dalam Mark 6:3 ini pula menceritakan Jesus ini emaknya Maria (Maryam).

Jesus mengaku dia seorang Nabi

Mark, 6:4 yang bermaksud: 
"Maka Jesus berkata kepada mereka: "Seorang nabi dihormati di mana-mana kecuali di tempat asalnya sendiri, di antara kaum keluarganya dan di rumahnya".

Pada ayat tersebut di atas Jesus telah mengaku dengan jujur bahawa dia hanya seorang nabi dan mempunyai keluarga. Kenyataan tegas Jesus ini yang ia seorang nabi dan mempunyai keluarga, mengapa pula para umatnya mengatakan ia Tuhan? Ini suatu yang ganjil. Jesus tidak mengatakan ia Tuhan.

Rasionalnya:
Setiap yang mengaku ia sebagai nabi dan mempunyai keluarga, sudah pasti ianya bukan Tuhan. Jesus telah mengaku ia adalah seorang nabi. Dengan ini Jesus bukan Tuhan.

Jesus berdoa dan mengucap berkat

Mark 6:41 bermaksud:
"Dan setelah dia mengambil lima roti dan dua ikan itu, dia menadah tangan ke langit dan mengucap berkat, lalu memecah-mecahkan roti itu dan memberikannya kepada murid-muridnya, supaya dibahagi-bahagikan kepada orang-orang itu, begitu juga kedua ikan itu dibahagi-bahagikan kepada mereka semua".

Menceritakan mukjizat yang diberikan oleh Allah SWT kepada nabi Isa a.s. yang membahagikan lima keping roti dan dua ekor ikan kepada lima ribu orang. Jesus juga menadah tangan ke langit memohon kepada Tuhan,  bererti dua bukan Tuhan. Rasionalnya:

1. Setiap yang menadah tangan ke langit memohon daripada Tuhan sudah tentu ia bukan Tuhan. Jesus menadah tangan ke langit memohon sesuatu daripada Tuhan. Oleh itu Jesus bukan Tuhan.
2. Setiap yang memohon berkat daripada Tuhan bermakna ia bukan Tuhan. Jesus memohon berkat daripada Tuhan. Ini bermakna Jesus bukan Tuhan.

Jesus membuat ramalan yang tidak tepat

Mark 9:1 bermaksud:
"Katanya lagi kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya di antara orang yang hadir di sini ada yang tidak mati sebelum mereka melihat bahawa Kerajaan Allah telah datang dengan kuasa."

Ramalan Jesus ternyata meleset kerana sudah beberapa generasi silih berganti, tetapi Kerajaan Allah yang Jesus janjijan belum juga datang.

Rujuk halaman 38-39 dalam Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

No comments: