Wednesday, February 5, 2014

Jesus berdoa di Getsemani

Matthew 26:36 bermaksud:
"Maka sampailah Jesus bersama-sama murid-muridnya ke suatu tempat yang bernama Getsemani. Lalu Dia berkata kepada murid murid Nya: "Duduklah di sini, sementara Aku pergi ke sana untuk berdoa".

Mustahil Jesus Tuhan kerana dia berdoa kepada Tuhan. Rasionalnya:

Setiap yang berdoa kepada Tuhan, sudah tentu ianya bukan Tuhan. Di sini Jesus telah berdoa kepada Tuhannya. Ini bererti sudah tentu Jesus bukan Tuhan.

Jesus sedih, takut, gementar seperti hendak mati

Matthew 26:37-38 bermaksud:
"Dan Dia membawa Petrus dan kedua anak Zededeus bersama dengannya. Maka mulalah dia merasa sedih dan gentar; lalu dia berkata kepada mereka: "Hati ku sangat sedih, seperti mahu mati. Tinggallah di sini dan berjaga-jagalah dengan aku".

Sifat lemah seperti takut,adalah sifat makhluk dan bukan sifat Tuhan. Sebab kalau Tuhan, tidak bersifat seperti sifat makhluk yang dijadikanNya iaitu sifat sedih, gementar dan takut mati. Tuhan hidup berterusan, tidak mati. Rasional selanjutnya:

Setiap yang bersifat sepertimana makhluk seperti gementar, sedih dan takut mati itu, sudah semestinya bukan Tuhan. Di sini terbukti bahawa Jesus mempunyai perasaan gementar, sedih dan takut mati. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus sujud dan berdoa

Matthew 26:39 bermaksud:
"Maka Dia kehadapan sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata Nya: "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-ku, tetapi janganlah seperti yang ku kehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki".

Jesus sujud dan berdoa kepada Tuhan dan beliau memohon agar kehendak Allah terjadi dan bukan kehendaknya. Jadi terjelas di sini bahawa Jesus bukan Tuhan; Sebab kalau Jesus Tuhan Ianya tidak perlu berdoa lagi! Rasionalnya:

1. Setiap yang sujud dan berdoa kepada Tuhan, bermakna ia bukan Tuhan. Di sini Jesus sujud dan berdoa memohon sesuatu kepada Tuhan. Ini bermaknalah Jesus bukan Tuhan

2. Setiap yang tidak dapat menurut kehendaknya sendiri, bermakna ia bukan Tuhan. Di sini Jesus telah tidak dapat menurut kehendaknya sendiri. Ini bermakna Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus Raja Orang Yahudi

Matthew 27:37 bermaksud:
"Dan di atas kepalanya tertulis tulisan yang menyebut alasan mengapa dia dihukum: "Inilah Jesus Raja orang Yahudi".

Jika Jesus Tuhan orang ramai ketika itu akan menyembahnya bukan menghukumnya. Dalam al-Qur'an dijelaskan bahawa Tuhan itu tidak beranak dan tidak diperanakkan atau tidak dilahirkan. Allah SWT berfirman dalam Surah Al Ikhlas ayat 3 yang bermaksud: "Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan".

Pada ketika itu orang sering berjumpa dengan Jesus. Jika Jesus itu Tuhan, sudah tentu orang akan menyembahnya; tetapi nampaknya tidak takut malah akan menghukumnya. Mana mungkin Tuhan akan dihukum.

Dalam Injil Lukas:31-32 ada menyebut yang Jesus akan dilahirkan oleh ibunya. Ayat itu bermaksud,"Sesungguhnya engkau akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki dan hendaklah engkau menamakan Dia Jesus. Ia akan menjadi besar dan akan disebut Anak Allah yang maha Tinggi....".

Rasionalnya:
Seseorang yang dilahirkan oleh ibunya sudah tentu ia bukan Tuhan. Jesus dilahirkan oleh ibunya. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Al-Qur'an menjelaskan bahawa Tuhan itu tidak beranak dan tidak diperanakkan. Ini terbukti pada QS, 112, Al-Ikhlas, bermaksud,"Dia tidak Beranak dan tidak diperanakkan". Inilah yang sebenarnya Tuhan (Allah).

Rujuk halaman 31-33 dalam buku Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

No comments: