Tuesday, February 4, 2014

Jesus berasa lapar dan mengutuk pokok

Matthew 21:18-19 bermaksud:
"Pada pagi hari dalam perjalanannya kembali ke kota, Jesus terasa lapar. Berhampiran jalan dia terlihat pohon ara lalu pergi ke situ, tetapi didapatinya tidak ada apa-apa pada pohon itu, selain daun-daun sahaja. Dia berkata kepada pohon itu: "Engkau tidak akan berubah lagi selama-lamanya!" Dan seketika itu juga keringlah pohon ara itu."

Mustahil Tuhan merasa lapar dan juga tidak dapat diterima akal, Tuhan mengutuk sesuatu. Rasionalnya adalah seperti berikut:

1. Setiap yang merasa sudah tentu ianya bukan Tuhan. Jesus merasa lapar maka Jesus bukanlah Tuhan.

2. Setiap yang tidak mengetahui sesuatu, ianya bukan Tuhan. Di sini nampaknya Jesus tidak mengetahui tentang pokok ara itu tidak berbuah. Ia terpaksa pergi menghampiri pokok ara itu untuk mengetahuinya sama ada berbuah atau tidak. Setelah sampai dekat pokok ara itu barulah ia mengetahui bahawa pokok ara itu tidak berubah. Ini membuktikan Jesus itu bukan Tuhan. Sebab kalau Tuhan ia Maha Mengetahui. Tidak perlu lagi ia pergi menghampiri pokok ara itu.

3. Setiap yang tidak dapat memerintahkan pokok untuk berbuah, ianya bukan Tuhan. Di sini Jesus tidak dapat memerintahkan pokok itu supaya berbuah segera. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

4. Setiap yang tidak mengetahui apakah musim buah atau tidak, ianya bukan Tuhan. Jesus tidak mengetahui masa itu bukan musim buah. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus berdialog dengan orang Farisi

Matthew 22:36-37 bermaksu:
"Guru, hukum manakah yang terutama dalam hukum Taurat?" Jawab Jesus kepadanya: "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu".

Jesus menyuruh orang Farisi menyayangi Allah dan bukan menyayangi dirinya. Malah juga orang Farisi tersebut memanggilnya "guru" dan bukan Tuhan.

Rasionalnya Jesus itu bukan Tuhan adalah sepertimana berikut:

1. Setiap yang menyuruh seseorang mengasihi Allah, bukan mengasihi Jesus, sudah tentu ianya bukan Tuhan. Di sini Jesus sendiri yang menyuruh para muridnya mengasihi Tuhan, bukan mengasihi dirinya (Jesus). Ini bermakna Jesus sendiri itu bukanlah Allah.

2. Sesiapa yang dipanggil guru, sudah semestinya ia bukan Tuhan. Jesus telah dipanggil Guru oleh muridnya. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus tidak mengetahui tentang hari kiamat. 

Matthew 24:36 bermaksud:
"Tetapi tentang hari dan saat itu tidak seorang pun yang tahu, malaikat-malaikat di Syurga pun tidak tahu, Anak pun tidak mengetahui, hanya Bapa yang tahu tentang hal itu".

Jika Jesus Tuhan, dia mesti mengetahui bila akan berlaku hari kiamat. Rasionalnya:
1. Setiap yang tidak mengetahui Hari Kiamat, ianya bukan Tuhan. Jesus tidak mengetahui hari kiamat. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

2. Sesiapa yang memanggil Bapa kepada Tuannya, sudah pasti ia bukan Tuhan. Disini Jesus memanggil Bapa kepada Tuhannya. Ini bermakna Jesus bukan Tuhan.

Tentang hari Kiamat ini sebenarnya tiada siapa pun yang mengetahui masanya. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Ini dijelaskan di dalam Al-Qur'an yang Tuhan telah berfirman QS, As-Sajadah:25, bermaksud:

"(Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari Kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya".

Rujuk halaman 29-31 dalam buku Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

No comments: