Thursday, February 27, 2014

Jesus tidak boleh mengerjakan sesuatu dengan dirinya sendiri

John 5:9 bermaksud:
"Maka Jesus menjawab mereka, kata-Nya: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya Anak tidak dapat mengerjakan sesuatu dari diri-Nya sendiri, jikalau tidak melihat Bapa mengerjakannya; sebab apa yang dikerjakan Bapa, itu juga yang dikerjakan Anak."

Jesus mengaku dengan jujur bahawa dia tidak dapat mengerjakan sesuatu dari dirinya sendiri, kalau tidak dilihat dari apa yang dikerjakan oleh Bapanya (Tuhan).

Jesus tidak boleh menurut kehendaknya kerana dia hanyalah seorang utusan


John 5:30 bermaksud:

"Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diriku sendiri. Aku menghakimi sesuai dengan apa yang aku dengar, dan penghakiman ku adil, sebab aku tidak menuruti kehendakku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus aku."


Ayat ini adalah pengakuan daripada Jesus bahawa dia benar-benar tidak boleh melakukan apa-apa ke atas dirinya sendiri. Dia tidak boleh menuruti kehendaknya sendiri, sebaliknya dia hendaklah menurut kehendak Tuhan yang telah mengutusnya. Rasional selanjutnya:

1. Sesiapa yang tidak berupaya membuat pertimbangan (menghakimi) sesuatu mengikut kehendaknya sendiri, pasti ianya bukan Tuhan. Dalam petikan ayat di atas membuktikan Jesus tidak boleh menghakimi sesuatu mengikut kehendaknya. Ini membuktikan Jesus itu bukan Tuhan.

2. Sesiapa yang mengaku dirinya sebagai utusan, sudah pasti ianya bukan Tuhan. Di sini,  Jesus telah mengakui dirinya sebagai utusan. Oleh itu, pasti sekali Jesus itu bukan Tuhan.

Tuhan bersaksi tentang Jesus


John 5:37 bermaksud:

"Bapa yang mengutus Aku, Dialah yang bersaksi tentang Aku. Kamu tidak pernah mendengar suara-Nya, rupaNya pun tidak pernah kamu lihat".


Jika Jesus bersaksi bahawa dia tidak pernah melihat rupa Allah, mengapa rupa Jesus dijadikan sebagai pengganti rupa Allah? Oleh itu Jesus bukan Tuhan. Tuhan tidak menggantikan rupaNya dengan rupa Jesus!


Rujuk halaman 60-61 dalam buku Islam - Kristian : Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.



Wednesday, February 26, 2014

KENYATAAN DARIPADA JOHN

Firman Allah itu Jesus? Jesus itu Firman Allah?

John 1:1 bermaksud:
"Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah".

Ayat tersebut bukan ucapan Jesus, tetapi hanyalah ucapan John sendiri. Jika Firman itu bersama-sama dengan Allah, bererti Firman itu bukan Allah. Ayat di atas bukanlah ucapan Jesus atau wahyu dari Allah kepada Jesus. Sebab kalaulah Wahyu Allah atau ucapan Jesus, sudah tentu ada tanda pengikat kata. Ayat ini tidak ada tanda pengikat kata ("....."). Dalam ayat di atas dicatatkan "Firman itu bersama-sama dengan Allah. Dan Firman itu adalah Allah". Rasionalnya penolakan adalah sepertimana berikut:

1. Sesuatu yang bersama-sama dengan Allah, sudah pasti bukan Allah. Kalaulah "Firman" itu dimaksudkan dengan Jesus, apakah ini bermaksud Jesus bersama-sama dengan Allah? Kalaulah Jesus yang dimaksudkan itu bersama-sama dengan Allah, ini bermaknalah Jesus itu bukan Allah.

2. Ayat di atas menyebut pada mulanya adalah Firman". Kalaulah yang dimaksudkan Firman itu Jesus, ianya munasabah sebab Jesus ada waktu permulaannya. Mulanya ia dilahirkan. Setiap yang diketahui permulaanya, sudah pasti ia bukanlah Tuhan (Allah).

Oleh itu, kalaulah dimaksudkan Firman itu Jesus sudah tentu Jesus bukan Tuhan (Allah) sebab Jesus diketahui bila ianya bermula. 

Perkataan "Firman" itu penulis yakin ianya yang dimaksudkan oleh John adalah Jesus sebab ayat berikutnya menyebut yang bermaksud Ia pada mulanya bersama-sama dengan Allah. (John 1:2). Dengan ini pasti sekali Jesus bukan Allah.

Tuhan telah jadi manusia Jesus


John 1:14 bermaksud:
"Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaannya, iaitu kemuliaan yang diberikan kepadanya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih dan kebenaran."


Jika Tuhan menjelma menjadi Jesus, adakah terdapat Tuhan lain. Namun, pada pandangan Kristian terdapat tiga elemen dalam satu Tuhan, Bapa, anak dan Roh Kudus. Inilah fahaman Triniti.

Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyangkal fahaman ini. Antaranya dalam Surah 4:171,6:101, 10:68,19:35, 19:88-92, 21:26, 23:91, 25:2, 43:81.

Dalam surah Al-An'aam ayat 101, Allah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Allah berfirman dengan maksud:

"Dia pencipta langit dan bumi, bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri. Dia menciptakan segala, dan Dia mengetahi segala sesuatu."

Allah mengurniakan Anaknya yang tunggal iaitu Jesus


John 3:16 bermaksud:
"Kerana begitu besar kasih Allah kepada dunia ini, sehingga dia telah mengurniakan Anaknya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada nya akan selamat dan hidup kekal".


Ayat ini dianggap sangat penting dalam agama Kristian. Namun begitu, ayat ini hanya terdapat dalam Injil John dan tidak terdapat dalam Injil-injil yang lain seperti Matthew, Mark dan Luke.  Dari segi logik, ayat ini mesti terdapat dalam Injil-injil yang ditulis terlebih awal (Matthew, Mark dan Luke).

Penegasan Jesus sebagai Anak Tuhan (Allah).

John, 4:44 Jesus menjelaskan bahawa dia sebagai nabi bermaksud, "Tiada nabi yang dihormati di negerinya sendiri."

Selain daripada Jesus menegaskan ianya sebagai nabi. Ia tidak Tuhan. Nabi mempunyai  tempatnya sendiri dan berhubung dengan masyarakat di tempatnya sendiri. Tuhan tidak ada negeri; tetapi mencipta alam ini semuanya dan tidak perlu berhubung dengan masyarakat sekelilingnya. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan. Apa yang perlu ditegaskan disini lagi ialah maksud Anak itu telah disalah tafsirkan oleh ramai penganut Kristian.

Untuk ini sila rujuk Luke 3:23-38, Genesis 6:2 & 4. Exodus 4:22, Jeremiah 31:9, Psalms 2:7, 1 Chronicles 22:10 dan Romans 8:14, di mana semuanya membawa maksud bahawa Anak Tuhan itu sebenarnya ialah orang yang disayangi/terdekat. Jadi Jesus bukanlah Tuhan dan bukan juga Anak Tuhan, tetapi Jesus adalah seorang nabi, utusan Allah. Ini juga tercatat dalam Al-Qur'an yang Jesus (Nabi Isa) itu seorang nabi, anak kepada Maryam. (QS, Maryam 19:1-98).

Rujuk halaman 58-60 dalam buku Islam-Kristian:Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.



Tuesday, February 25, 2014

Jesus ketakutan apabila melihat malaikat dan semakin bersungguh-sungguh berdoa kepada Tuhan. 

Luke 22:43-44 bermaksud:
"Maka seorang malaikat dari langit menampakkan diri kepadanya untuk memberi kekuatan kepadanya. Dia sangat takut dan semakin bersungguh-sungguh berdoa. Peluhnya menjadi seperti titik-titik darah yang mengalir ke tanah."

Adalah mustahil Jesus ketakutan apabila dia melihat malaikat jika dia Tuhan. Rasionalnya:

1. Malaikat adalah ciptaan Tuhan. Oleh itu sesiapa yang takut kepada malaikat sudah tentu ianya bukan Tuhan. Dalam konteks ini Jesus takut kepada malaikat. Oleh itu pasti Jesus ini bukan Tuhan.

2. Sesuatu yang diberikan kekuatan oleh malaikat sudah tentu ianya bukan Tuhan, sebab malaikat adalah ciptaan Tuhan. Di sini Jesus didatangi malaikat untuk diberikan kekuatan kepadanya. Oleh itu Jesus pasti bukan Tuhan sebab kalau Ianya Tuhan, sudah pasti Tuhan memang kuat, dapat mengatasi segala-galanya.

Jesus menyerahkan nyawanya

Luke 23-46 bermaksud:
"Lalu Jesus berseru dengan suara yang nyaring: "Ya Bapa, ke dalam tangan Mu ku serahkan nyawaku". Dan sesudah berkata demikian dia menyerahkan nyawanya".

Jika Jesus Tuhan,  Tuhan mana lagi yang dia seru. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan. Rasionalnya.

1. Setiap yang menyeru kepada Tuhan, pasti ianya bukan Tuhan. Jesus menyeru kepada Tuhan. Oleh itu Jesus tetap bukan Tuhan.

2. Setiap yang menyerahkan nyawanya kepada Tuhan, pasti ianya bukan Tuhan. Jesus menyerahkan nyawanya kepada Tuhan. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Ucapan Jesus tidak dapat dibuktikan

Luke 24: 44-46 bermaksud:
"Dia berkata kepada mereka: "Inilah perkataanku, yang telah Kukatakan kepadamu ketika Aku masih bersama-sama dengan kami, yakni bahawa harus digenapi semua yang ada tertulis tentang Aku dalam Kitab Taurat Musa dan kitab nabi-nabi dan kitab Mazmur." Lalu Dia membuka fikiran mereka, sehingga mereka mengerti Kitab Suci. KataNya kepada mereka: "Ada tertulis demikian: Messias harus menderita dan bangkit dari antara orang mati pada hari yang ketiga...."

Ucapan Jesus itu tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Sehingga sekarang tidak ada seorang pendita atau Paul sendiri yang boleh memberi dalil bahawa kata-kata Jesus tersebut adalah benar.

Rujuk halaman 56-57 dalam buku Islam-Kristian:Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.


Monday, February 24, 2014

Roh Tuhan ada pada Jesus yang mengakui sebagai Utusan Tuhan

Luke 4:18 bermaksud:
"Roh Tuhan ada padaku, oleh sebab itu dia telah menyerupai aku, untuk menyampaikan khabar baik kepada orang-orang miskin, dan dia telah mengutus aku".

Apakah Tuhan menyerupai manusia? ayat ini amatlah diragui kerana semasa "peristiwa Jesus di salib" mengapa pula dengan suara nyaring menyebut: "Eloi, Eloi Lama Sabakthani?" Mark: 15:34-35 yang bermaksud: "Allahku, Allahku mengapa engkau meninggalkan aku? Mendengar itu beberapa orang yang berdiri disitu telah berkata: Lihat ia telah memanggil Elia." (Elia maksudnya Tuhan). Terdapat dua persoalan yang perlu ditimbulkan disini:

1) Sekiranya Tuhan menyerupai Jesus, mengapa pula Jesus menyeru dengan perktaan Eloi, Eloi Lama Sabakthani?" ini bermakna Tuhan tidak berada dalam diri Jesus.

2) Apa yang ditekankan di sini ialah "dia telah mengutus aku". Di sini Jesus telah mengakui bahawa dia telah diutuskan oleh Tuhan. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Luke 4:24 , Jesus menjelaskan yang bermaksud:
"Hanya ditempatnya sendiri, di kalangan kaum keluarganya dan di rumahnya beliau sebagai nabi, tidak dihormati."

Pengakuan Jesus ini dengan sendirinya ia mengaku bahawa ia sebagai nabi dan ianya tidak dihormati di kalangan keluarganya dan di rumahnya sendiri. Ini sudah tentu Jesus bukan Tuhan. Jesus ternyata di sini selain daripada penegasannya sebagai nabi dia juga mengakui ada keluarga. Tuhan tidak ada keluarga. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus dari Nazaret yang suci dari Allah

Luke 4:33-34 bermaksud:
"Di dalam rumah ibadat itu ada orang yang dirasuk syaitan dan dia meraung dengan suara yang keras: "Hai engkau, Jesus orang Nazaret, apa urusan mu dengan kami? Engkau datang hendak membinasakan kami? Aku tahu siapa engkau: Yang Kudus dari Allah".

Manusia zaman dahulu yang hidup sezaman dengan Jesus, mengetahui bahawa Jesus bukan Tuhan. Orang yang dirasuk syaitan pun tahu bahawa Jesus bukan Tuhan malah disini Jesus diakui oleh Syaitan yang menyatakan Jesus (yang kudus) dari Allah. Ini bermakna Jesus bukan Tuhan.

Jesus bersama ibu dan saudara kandungnya

Luke 8:19-21 bermaksud:
"Ibu dan saudara-saudara Jesus datang kepadanya, tetapi mereka tidak dapat mendekatinya kerana ramai orang. Orang memberitahu kepadanya: :Ibumu dan saudara-saudaramu ada di luar dan ingin bertemu dengan Engkau." Tetapi dia menjawab: "Ibuku dan saudara-saudaraku ialah mereka, yang mendengarkan firman Allah dan melakukannya."

Ayat tersebut menggambarkan seolah-olah Jesus (Nabi Isa) adalah seorang yang tidak berakhlak dan bersikap kurang sopan terhadap orang tuanya.

Sedangkan dalam al-Qur'an Allah SWT menegaskan bahawa Nabi Isa adalah seorang yang berbudi pekerti mulia terhadap orang tuanya. Allah berfirman dalam Surah Maryam yang bermaksud:

"Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati dimana saja aku berada.  Dan Dia memerintahkan aku bersolah dan mengeluarkan zakat selama aku hidup, dan berbuat baik kepada ibuku dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka." (QS: Maryam : 31)

Bagaimanapun, apa yang jelas daripada petikan di atas ialah Jesus ini bukan Tuhan. Ianya mempunyai ibu dan saudara maranya yang hendak berjumpa dengannya. Kalau Jesus Tuhan, orang ramai tidak boleh berjumpa dengannya dengan cara sebegitu rupa. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Rujuk halaman 54-56 dalam buku Islam-Kristian: Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.


Sunday, February 23, 2014

Jesus dipanggil "Anak" oleh ibunya

Luke 2:48 bermaksud:
"Dan ketika orang tuanya melihat dia, terkejut mereka dan seraya berkata: Nak, mengapa kamu berbuat demikian terhadap kami? Bapamu dan aku cemas mencari engkau."

Ibunya memanggil "anak" dan bukan Tuhan. Oleh itu Jesus bukan Tuhan. Rasionalnya: 
1. Setiap yang mempunyai ibu bapa, pasti ia bukan Tuhan. Jesus mempunyai orang tuanya. Oleh itu Jesus bukan Tuhan. 
2. Setiap yang dipanggil anak, ianya bukan Tuhan. Jesus dipanggil anak oleh ibunya. Oleh itu Jesus bukan Tuhan.

Jesus diasuh oleh ibunya dan dikasihi Allah

Luke 2: 51-52 bermaksud:
"Lalu dia pulang bersama-sama mereka ke Nazaret; dan dia tetap hidup dalam asuhan mereka. Dan ibunya menyimpan semua perkara itu di dalam hatinya. Dan Jesus makin bertambah besar dan makin dikasihi oleh Allah dan manusia."

Jika Jesus Tuhan, bagaimana Tuhan sejak lahir sampai dewasa di asuh oleh manusia selama puluhan tahun. Dan jikalau Jesus Tuhan juga, mesti ibunya yang mengandung dan melahirkannya mengetahui bahawa dia adalah Tuhan.

Jesus memulakan pekerjaannya pada usia 30 tahun

Luke 3:23 bermaksud:
"Ketika Jesus memulakan pekerjaannya, dia berumur kira-kira tiga puluh tahun dan menurut anggapan orang, dia adalah anak Yusuf, anak Eli".

Jika Jesus Tuhan, bagaimana mungkin Tuhan mula bekerja ketika berumur kira-kira tiga puluh tahun. Oleh itu Jesus bukan Tuhan. Rasionalnya:
1. Sesiapa yang bekerja seperti manusia biasa mengikut peringkat umurnya seperti dalam konteks Jesus ini dikatakan sewaktu berumur 30 tahun baru mula bekerja, ia pastilah bukan Tuhan. Jesus bekerja seperti manusia biasa. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

2. Setiap madah yang tidak pasti seperti menurut anggapan orang, sudah pasti ianya bukan firman Tuhan. Ayat ini wujud menurut anggapan orang. Oleh sebab itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus dibawa Roh Kudus ke padang gurun untuk diuji Iblis

Luke 4:1-3 bermaksud:
"Jesus, yang penuh dengan Roh Kudus, kembali dari sungai Jordan, lalu dibawa oleh Roh Kudus ke padang gurun.  Di situ Ia tinggal empat puluh hari lamanya dan dicobai Iblis. Selama di situ Ia tidak makan apa-apa dan sesudah waktu itu Ia lapar".

Mustahil Tuhan diuji oleh Iblis dan juga terasa lapar. Oleh itu Jesus bukan Tuhan. Dalam cerita di atas, Jesus dibawa oleh Roh Kudus (Jibril) ke padang gurun. Di sini Jesus diuji (digoda) oleh Iblis. Persoalannya Roh Kudus ini pada kepercayaan penganut Kristian ialah Tuhan? Lagi pula apakah logik Tuhan di uji atau digoda oleh Iblis? Di samping itu apakah logik bahawa Tuhan itu merasa lapar? Rasionalnya adalah sepertimana berikut:

1. Sesiapa yang dibawa oleh Roh Kudus ianya bukan Tuhan. Jesus dibawa oleh Roh Kudus. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

2. Sesiapa yang diuji oleh iblis, pasti ianya bukan Tuhan. Jesus diuji oleh iblis. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

3. Sesiapa yang terasa dirinya lapar, pasti ianya bukan Tuhan. Dalam konteks ini Jesus telah merasakan dirinya lapar. Oleh itu Jesus pasti bukan Tuhan.

Rujuk halaman  52-54 dalam Islam-Kristian Satu perhitungan untuk lebih lanjut.

Tuesday, February 18, 2014

Maria mengandung dan melahirkan Jesus

Luke 1:31 bermaksud:
"Sesungguhnya engkau akan mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki dan hendaklah engkau menamakan dia Jesus".

Injil Luke juga menyebut bahawa Jesus akan dilahirkan oleh wanita yang bernama Maria. Al-Quran pula telah menyebutkan bahawa penciptaan Nabi Isa (Jesus) sama seperti penciptaan Nabi Adam dalam Surah Imran ayat 59:

"Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah seperti (kejadian), Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya "Jadilah maka jadilah dia".

Keselarasan ini membuktikan Jesus dijadikan oleh Tuhan. Oleh itu, Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus lahir di kota nabi Daud

Luke 2:11 bermaksud:
"Hari ini telah lahir bagimu penyelamat, iaitu Christ (messiah) Tuhan di kota Daud."

Ayat di atas ialah perkataan malaikat di padang ternakan, ditujukan kepada para pengembala kambing mengkhabarkan yang lahirnya seorang penyelamat (utusan) Tuhan bagi manusia di kota Nabi Daud.

Di sini ditegaskan Jesus bukan Tuhan. Alasannya: 
Sesiapa yang dilahirkan di sesuatu tempat seperti di kota nabi Daud itu pasti manusia bukannya Tuhan. Jesus dilahirkan di kota nabi Daud. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

QS Maryam, 19:21 menjelaskan keadaan ini yang bermaksud, "Ia menjawab: Demikianlah keadaannya-tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia, dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya".

Maryam membaringkan Isa di dalam bakul

Luke, 2:7 bermaksud:
"Maryam membaringkan anaknya, Isa di dalam bakul".

Adakah logik bahawa Tuhan dibaringkan oleh ibunya di dalam bakul? Tuhan tidak ada ibu dan ayah. Kalau ada ibu dan ayah, ianya bukan Tuhan. Lebih-lebih lagi ianya dibaringkan di dalam bakul oleh emaknya.

Rasionalnya:
1. Sesiapa yang dibaringkan di dalam bakul oleh emaknya, sudah tentu bukan Tuhan. Jesus dibaringkan oleh emaknya (Maryam) di dalam bakul. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

2. Sesiapa yang ada emak, ianya pasti bukan Tuhan. Jesus ada emak. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus diserahkan kepada Tuhan

Luke 2:22-23 bermaksud:
"Dan ketika genap waktu penyucian, mengikut hukum Taurat Musa, mereka membawa dia ke Jerusalem untuk menyerahkannya kepada Tuhan, seperti yang tertulis dalam hukum Tuhan: "Semua anak laki-laki sulung harus dikorbankan bagi Allah."

Jika Jesus Tuhan, adakah perlu Tuhan disucikan seperti yang tercatat dalam Hukum Taurat Musa. Rasionalnya:
1. Setiap yang diserahkan kepada Tuhan untuk disucikan, ianya bukan Tuhan. Jesus diserahkan kepada Tuhan untuk disucikan. Oleh itu Jesus bukan Tuhan. 
2. Setiap yang dikuduskan oleh Tuhan bermakna ia bukan Tuhan. Jesus dikuduskan oleh Tuhan. Oleh itu Jesus bukan Tuhan.

Rujuk halaman 49-51 dalam buku Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

Monday, February 17, 2014

Pengetahuan Jesus terhad

Mark, 13:32 yang bermaksud:
"Tidak seorang pun yang tahu tentang hari atau waktu itu, para malaikat dan Jesus (Anak) juga tidak tahu, hanya Ayah sahaja yang tahu."

Sekiranya Jesus itu Tuhan sudah tentu Ia tahu,sebab Tuhan adalah Maha Mengetahui. Maksudnya tahu tentang serba serbi  dengan keadaannya sekali. Rasionalnya:
Sesuatu yang pengetahuannya terhad (tidak mengetahui) mengenai hari mana atau bila Akhir Zaman (hari Kiamat) itu berlaku, ianya pasti bukan Tuhan. Jesus tidak tahu bila hari Akhir Zaman itu berlaku. Ini membuktikan Jesus itu bukan Tuhan.

Al-Qur'an ada menjelaskan hari Kiamat ini, iaitu pada QS, Sajadah 32:25 bermaksud, "(Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya".

Malaikat berkata Jesus adalah orang Nazaret

Mark 16:5-6:
"Lalu mereka masuk ke dalam kubur dan mereka melihat seorang muda yang memakai jubah putih duduk di sebelah kanan. Mereka pun sangat terkejut, tetapi orang muda (Malaikat) itu berkata kepada mereka: "Jangan takut! Kamu mencari Jesus orang Nazaret, yang disalibkan itu. Ia tidak ada disini. Lihat! Inilah tempat mereka membaringkan dia".

Malaikat sahaja yang tahu bahawa Jesus bukan Tuhan, tetapi hanyalah manusia biasa yang berasal dari Nazaret. Ini bermakna Jesus itu bukan Tuhan.

Jesus duduk di sebelah kanan Allah

Mark 16:19 bermaksud:
"Sesudah Tuhan Jesus berbicara demikian kepada mereka, terangkatlah ke syurga, lalu duduk di sebelah kanan Allah".

Jesus dibawa ke syurga dan duduk di sebelah Allah s.w.t. adalah bukan dengan kekuatannya sendiri. Jadi Jesus bukan Tuhan sebab tiada kekuatan sendiri untuk "terangkatkan" dirinya secara sendiri ke syurga. Rasional:
1. Sesiapa yang terangkat ke syurga, pasti ada yang mengangkatnya, iaitu Tuhan. Jesus diangkat ke syurga oleh Tuhan. Ini bermakna Jesus bukan Tuhan.
2. Sesiapa yang duduk di kanan Tuhan sudah semestinya ia bukan Tuhan. Dalam ayat ini Jesus duduk di kanan Tuhan. Ini bermakna Jesus bukan Tuhan.

Rujuk halaman 48-49 dalam Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

Sunday, February 16, 2014

Jesus menjadi saksi bahawa Tuhan itu Esa

Mark 12:28-29 bermaksud:
"Lalu seorang ahli Taurat, yang mendengar  Jesus dan orang-orang Saduki bersoal jawab yang dan tahu, bahawa Jesus memberi jawab yang tepat kepada orang-orang itu, datang kepada nya dan bertanya: "Hukum manakah yang paling utama?" Jawab Jesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa."

Dihadapan orang Saduki dan para ahli Taurat, Jesus memberikan kesaksian bahawa Tuhan itu adalah Allah yang Esa. Jesus tidak pernah mengatakan bahawa Tuhan itu adalah diri sendiri. Jesus menegaskan bahawa hukum yang paling utama bagi Bani Israel ialah mendengar (mempercayai) bahawa Tuhan itu Esa.

Rasional selanjutnya:

Setiap yang memberi saksi bahawa Tuhan (Allah) itu Esa, pasti ia bukan Tuhan. Jesus telah bersaksikan bahawa Tuhan (Allah) itu Esa. Ini bermakna Jesus itu bukan Tuhan. Kalaulah Jesus itu juga dikatakan Tuhan. Ini bermakna bahawa Tuhan itu bukan lagi Esa.

Jesus termasuk dalam golongan orang-orang derhaka (Alasan yang lemah)

Mark 15:28 bermaksud:
"Demikianlah genaplah nas Alkitab yang berbunyi: di antara orang-orang yang derhaka".

Persoalan yang perlu ditimbulkan disini ialah derhaka kepada siapa? Kepada Maharaja Rome! Bagaimana pun dapat diambil kesimpulan di sini bahawa Jesus itu adalah salah seorang daripada manusia biasa yang seperti rakyat Rome lainnya pada masa itu.

Sungguh tidak wajar jika penulis Bible mengatakan Jesus adalah sebahagian daripada orang-orang yang derhaka, kalau dimaksudkan derhaka kepada Allah; kecualilah derhaka kepada Maharaja Rome yang tidak mempercayai Allah. Jesus (Nabi Isa a.s.) adalah orang mulia, utusan uhan, Nabi dan Rasul yang dikasihi Allah, dan dialah orang yang suci. Rasional selanjutnya:

Setiap orang yang dikelompokkan di kalangan orang yang derhaka, bermaknalah ia bukan Tuhan. Jesus telah dikelompokkan di kalangan orang-orang yang durhaka kepada kerajaan Rome masa itu. Oleh itu, sudah pasti Jesus bukan Tuhan.

Anehnya di sini Bible Mark 15:28 mencatatkan Jesus ini orang yang derhaka. Ini bertentangan sekali dengan Al-Qur'an yang amat menghormati Jesus (Nabi Isa), sepertimana dalam QS, Maryam 19:19 yang bermaksud, "Ia berkata: Sesungguhnya aku persuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seseorang anak yang suci".

Rujuk halaman 46-47 dalam buku Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

Thursday, February 13, 2014

Jesus orang Nazaret anak Daud

Mark 10:47 bermaksud:
"Ketika didengarnya, bahawa itu adalah Jesus orang Nazaret, mulailah dia berseru: "Jesus, Anak Daud kasihanilah aku!"

Seorang buta yang bernama Bartimeus, memohon Jesus menyembuhkan matanya dan dia tidak memanggil Jesus Tuhan.

Rasionalnya:
1. Setiap manusia yang berasal dari Nazaret atau mana-mana tempat pun di dunia ini, pasti ianya bukanlah Tuhan. Jesus berasal dari Nazaret. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

2. Setiap orang yang berasal dari keturunan Nabi Daud atau mana-mana nabi atau manusia pun, pastilah ianya bukanlah Tuhan. Jesus berasal dari keturunan Nabi Daud. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus menyuruh pengikutnya mengambil keldai tanpa izin pemiliknya

Mark 11:1-3 bermaksud:
"Ketika Jesus dan murid-muridnya telah dekat Jerusalem, berhampiran Betfage dan Betania yang terletak di Bukit Zaiton, Jesus menyuruh dua orang muridnya; dengan pesanan: Pergilah ke kampung yang di depanmu itu. Pada waktu kamu masuk di situ, kamu akan menemui seekor keldai muda tertambat, yang belum pernah ditunggani orang. Lepaskan keldai itu dan bawalah ke mari. Dan jika ada orang mengatakan kepadamu: Mengapa kamu lakukan itu, jawablah:Tuhan memerlukannya. Dia akan segera mengembalikannya ke sini."

Ayat tersebut menggambarkan Jesus bukan Tuhan dan bukan pula orang utusan Tuhan yang mengajar etika dan akhlak yang baik. Pada hal Jesus adalah utusan Tuhan dan mengajar manusia berkelakuan baik. Rasional selanjutnya:

Setiap yang menyuruh melakukan sesuatu yang tidak baik, pasti ianya bukan Tuhan. Jesus telah menyuruh muridnya melakukan sesuatu yang tidak baik iaitu mengambil keldai muda yang tertambat, tanpa memohon izin daripada tuannya. Dengan ini adalah mustahil Jesus itu Tuhan.

Jesus datang atas nama Tuhan

Mark 11:9 bermaksud:
"Orang-orang yang berjalan di depan dan mereka yang mengikuti dari berlakang berseru: "Hosana! Diberkatilah Dia yang datang dalam nama Tuhan".

Orang ramai menyambut kedatangan Jesus dengan ucapan "Hosana! "yang bermakna diberkatilah dia oleh Tuhan". Mustahil Tuhan datang atas nama Tuhan juga. Rasional selanjutnya:

1. Setiap yang diberkati atas nama Tuhan, sudah pasti ia bukan Tuhan. Jesus diberkati dalam nama Tuhan, jadi Jesus pasti bukan Tuhan.
2. Setiap yang datang dalam nama Tuhan, sudah tentu ianya bukan Tuhan. Jesus datang dalam nama Tuhan. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus merasa lapar, tidak mengetahui musim dan mencaci pohon ata

Maksud 11:12-14 bermaksud:
"Keesokan harinya sesudah Jesus dan kedua belas muridnya meninggalkan Betania, Jesus terasa lapar. Dan dari jauh dia melihat pohon Ara yang sudah berdaun. Dia mendekatinya untuk melihat jika terdapat buah. Tetapi, dia melihat tidak terdapat apa-apa selain daun-daun sahaja kerana pada masa itu bukan musimnya. Dan dia berkata kepada pohon itu: "Jangan lagi seorang pun makan buahmu selama-lamanya!" Dan murid-muridnya pun mendengarnya."

Jika Jesus Tuhan, dia tentu tahu bahawa pohon itu tidak berbuah dan dia mesti bijak, tidak perlu mengutuk pohon yang tidak bersalah. Dan jika Jesus Tuhan juga, dia boleh memerintahkan pohon itu mengeluarkan buahnya walaupun bukan musim buah.

Rasional selanjutnya:

1. Setiap yang merasa lapar, sudah tentu ia bukan Tuhan. Dalam ayat ini Jesus merasa lapar. Oleh itu Jesus bukan Tuhan.

2. Kiranya Jesus itu Tuhan (sebagaimana yang didakwa oleh para rakan kita daripada agama Kristian) sudah tentu Jesus tahu iut bukan musim buah dan pokok itu tidak pula berbuah; tetapi di sini Jesus tidak tahu tentang itu. Ini bermakna Jesus bukan Tuhan ! Sebab Tuhan pasti Maha Mengetahui.

3. Setiap yang tidak berupaya memerintahkan  dengan berhasilnya pokok yang tidak berbuah itu supaya mengeluarkan buah, bermaknalah ia bukan Tuhan. Dalam konteks ini Jesus tidak berupaya untuk itu. Oleh itu jelas terbukti bahawa Jesus bukan Tuhan.

Rujuk halaman 44-46 dalam buku Allah Islam & Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

Wednesday, February 12, 2014

Anak Manusia, di caci, di ludahi dan dibunuh

Mark 10:33-34 bermaksud:
"Kata Nya: "Sekarang kita pergi ke Jerusalem dan Anak Manusia akan diserahkan kepada ketua imam-imam dan ahli-ahli Taurat, dan mereka akan menjatuhkan dia hukuman mati. Dan mereka akan menyerahkan dia kepada bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah, dan dia akan di caci, di ludah, di seksa dan dibunuh, dan selepas tiga hari Dia akan bangun."

Jesus mengaku dia adalah anak manusia dan dihukum bunuh. Oleh itu Jesus bukan Tuhan. Rasionalnya:
1. Setiap yang mengaku bahawa ia adalah anak manusia bermakna ia bukan Tuhan. Jesus mengaku bahawa ia adalah anak manusia. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

2. Sesuatu yang dihukum dan dibunuh oleh manusia, sudah pastilah ia bukan Tuhan. Jesus telah dijatuhkan hukuman bunuh dan dibunuh oleh manusia. Oleh itu ia bukanlah Tuhan.

3. Setiap yang dibangkitkan dari kuburnya, bermaknalah ia bukan Tuhan. Jesus telah dibangkitkan dari kuburnya setelah tiga hari di dalamnya. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus tidak berhak, kecuali Tuhan

Mark 10:40 bermaksud:
"Tetapi hal duduk di sebelah kanan-ku atau di sebelah kiri ku, Aku tidak berhak memberikannya. Itu akan diberikan kepada orang-orang bagi siapa itu telah disediakan."

Jesus menjawab kepada permintaan Yakobus dan Yohanes bahawa dia tidak berhak memberikannya, kerana itu bukan haknya, tetapi hak Tuhannya (Allah).

Rasionalnya:
Setiap yang tidak mempunyai hak (kuasa) sudah tentu ianya bukan Tuhan. Jesus disini tidak ada kuasa untuk memberi hak duduk mereka berdua itu di kiri atau di kanannya nanti (akhirat). Ini bermakna Jesus bukan Tuhan.

Jesus memberikan nyawanya sebagai tebusan.

Mark 10:45 bermaksud:
"Kerana Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawanya menjadi tebusan bagi orang ramai".

Jika Jesus Tuhan, tentu dia boleh mengampuni dosa-dosa manusia, tanpa harus mengorbankan nyawanya sendiri. Rasionalnya:

1. Setiap yang mengaku ia adalah anak manusia, sudah tentu ianya bukan Tuhan. Di sini Jesus mengaku bahawa ia adalah anak manusia. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

2. Setiap yang mati menyerahkan nyawanya untuk sesuatu, sudah pasti ianya bukan Tuhan. Di sini Jesus mati menyerahkan nyawanya untuk sesuatu iaitu menebus dosa orang lain. Ini bermakna Jesus bukanlah Tuhan.

Rujuk halaman 42-43 dalam buku Allah Islam & Allah Kristian (Asal) Adalam Sama untuk lebih lanjut

Tuesday, February 11, 2014

John menyebut Jesus "Guru"

Mark 9:38 bermaksud:
"Kata John kepada Jesus: Guru, kami lihat seorang yang bukan pengikut kita mengusir Syaitan demi nama-Mu, lalu kami cegah orang itu, kerana dia bukan pengikut kita".

John yang hidup sezaman dengan Jesus, memanggil Jesus dengan sebutan "Guru". Ini bererti John pun tahu bahawa Jesus bukan Tuhan.

Ini juga bersamaan juga dengan apa yang tercatat pada Luke 8:24 yang bermaksud: "Maka datanglah murid-muridnya menyedarkannya, mereka berkata: "Guru, guru, kita akan binasa!" Dia pun bangun dan mengherdik angin dan air yang mengamuk itu. Dan angin bersama air itu pun reda dan danau itu menjadi teduh."

Dua belas orang itu murid Jesus itu memanggilnya dengan gelaran "Guru" dan bukan "Tuhan". Jelaslah di sini bahawa Jesus bukannya Tuhan. Murid Jesus yang 12 itu adalah sepertimana mengikut Matthew.

1. Andreas
2. Petrus (saudara Andreas), seorang pemburu
3. Barnabas (penulis Injil Barnabas)
4. Matius, pemungut cukai yang duduk di rumah cukai
5. Yohanes (John), saudara Yakobus
6. Yakobus anak Zebedeus
7. Tadeus
8. Yudas
9. Bartolomeus
10. Filipus
11. Yakob
12. Yudas Iskariot

Jesus mengaku hanya Allah sahaja yang baik

Mark 10:17-18 bermaksud:
"Pada waktu Jesus berangkat untuk meneruskan perjalanannya, datanglah seorang berlari-lari ke arahnya dan bertanya "Guru yang baik, apa yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?" Jawab Jesus: "Mengapa kau katakan Aku baik? Tak seorang pun yang baik selain daripada Allah SWT."

Jesus di panggil guru. Dan jika Jesus Tuhan, dia tentu berkata "tak seorang pun yang baik selain daripada Aku", .....; tetapi Jesus berkata, "Tak seorang pun yang baik selain daripada Allah".

Rasionalnya: Setiap yang mengaku bahawa tidak seorang pun yang baik selain daripada Allah, sudah tentulah ia bukan Tuhan. Jesus mengaku bahawa tidak ada seorang pun yang baik selain daripada Allah. Ini terbukti bahawa Jesus bukanlah Tuhan (Allah).

Menurut Jesus, segala sesuatu adalah mungkin bagi Allah

Mark 10:27 bermaksud:
"Jesus memandang mereka dan berkata, "Bagi manusia hal itu tidak mungkin, tetapi bukan demikian bagi Allah kerana segala sesuatu adalah mungkin bagi Allah".

Seandainya Jesus itu Tuhan atau Allah, tentu dia akan berkata bahawa segala sesuatu mungkin bagi Ku.

Rasionalnya:
Jika Jesus itu Tuhan sudah tentu ia boleh melakukan segala kemungkinan dalam sekejap sahaja, tanpa berdoa atau memohon kepada mana-mana pihak lagi; tetapi bagi Jesus tidak berkuasa melakukan atau menghadapi sebarang kemungkinan. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Dalam Al-Qur'an menegaskan bahawa Tuhan (Allah) dapat melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya, hanya dengan berkata "Jadilah", maka sesuatu itu pun jadilah. QS, Yasin, 36:82, yang bermaksud, "Sesungguhnya keadaanNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!", maka terjadilah ia, sesungguhnya Jesus bukan sampai ke tahap ini. Oleh itu Jesus bukannya Tuhan.

Rujuk halaman 40-42 dalam Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

Monday, February 10, 2014

Jesus anak seorang tukang kayu

Mark 6:3 bermaksud:
"Bukankah dia ini tukang kayu, anak Maria, saudara Yakobus, Yoses, Yudas dan Simon? Dan bukankah saudara-saudaranya yang perempuan ada bersama kita?" Lalu mereka kecewa dan menolak dia."

Tidak mungkin Tuhan mempunyai ayah seorang tukang kayu. Persoalannya di sini Jesus diceritakan di dalam kitab-kita Taurat (Old Testament) adalah anak Maria (Maryam) tanpa ayah; kelahiran yang istimewa ini juga diiktiraf oleh Islam Al-Qur'an (Islam) sehinggalah Al-Qur'an ada surah Mariam, 19:1-98. Tetapi dalam Mark 6:3 ini pula menceritakan Jesus ini emaknya Maria (Maryam).

Jesus mengaku dia seorang Nabi

Mark, 6:4 yang bermaksud: 
"Maka Jesus berkata kepada mereka: "Seorang nabi dihormati di mana-mana kecuali di tempat asalnya sendiri, di antara kaum keluarganya dan di rumahnya".

Pada ayat tersebut di atas Jesus telah mengaku dengan jujur bahawa dia hanya seorang nabi dan mempunyai keluarga. Kenyataan tegas Jesus ini yang ia seorang nabi dan mempunyai keluarga, mengapa pula para umatnya mengatakan ia Tuhan? Ini suatu yang ganjil. Jesus tidak mengatakan ia Tuhan.

Rasionalnya:
Setiap yang mengaku ia sebagai nabi dan mempunyai keluarga, sudah pasti ianya bukan Tuhan. Jesus telah mengaku ia adalah seorang nabi. Dengan ini Jesus bukan Tuhan.

Jesus berdoa dan mengucap berkat

Mark 6:41 bermaksud:
"Dan setelah dia mengambil lima roti dan dua ikan itu, dia menadah tangan ke langit dan mengucap berkat, lalu memecah-mecahkan roti itu dan memberikannya kepada murid-muridnya, supaya dibahagi-bahagikan kepada orang-orang itu, begitu juga kedua ikan itu dibahagi-bahagikan kepada mereka semua".

Menceritakan mukjizat yang diberikan oleh Allah SWT kepada nabi Isa a.s. yang membahagikan lima keping roti dan dua ekor ikan kepada lima ribu orang. Jesus juga menadah tangan ke langit memohon kepada Tuhan,  bererti dua bukan Tuhan. Rasionalnya:

1. Setiap yang menadah tangan ke langit memohon daripada Tuhan sudah tentu ia bukan Tuhan. Jesus menadah tangan ke langit memohon sesuatu daripada Tuhan. Oleh itu Jesus bukan Tuhan.
2. Setiap yang memohon berkat daripada Tuhan bermakna ia bukan Tuhan. Jesus memohon berkat daripada Tuhan. Ini bermakna Jesus bukan Tuhan.

Jesus membuat ramalan yang tidak tepat

Mark 9:1 bermaksud:
"Katanya lagi kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya di antara orang yang hadir di sini ada yang tidak mati sebelum mereka melihat bahawa Kerajaan Allah telah datang dengan kuasa."

Ramalan Jesus ternyata meleset kerana sudah beberapa generasi silih berganti, tetapi Kerajaan Allah yang Jesus janjijan belum juga datang.

Rujuk halaman 38-39 dalam Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

Sunday, February 9, 2014

Tuhan digoda syaitan

Mark 1:13 yang bermaksud:
"...dan ia tela berada di padang pasir selama 40 hari, digoda syaitan...".

Tuhan tidak akan dapat dipengaruhi atau digoda syaitan. Bagaimana Jesus boleh digoda oleh syaitan? Kalau syaitan menggoda Jesus; ini membuktikan bahawa Jesus bukan Tuhan.
Rasionalnya: Sesuatu yang digodai oleh syaitan ianya bukan Tuhan. Jesus digoda oleh syaitan. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Dalam konteks Islam, syaitan sebenarnya dijadikan Allah daripada api. Ianya adalah golongan malaikat. Alah menyuruhnya sujud kepada Adam  yang dijadikan daripada tanah. Syaitan tidak mahu, sebab katanya ia lebih mulia daripada Adam kerana Adam dijadikan daripada tanah sedangkan ia daripada api yang katanya api lebih mulia daripada tanah. Ia derhaka kepada Tuhan (Allah) yang menjadikannya. Syaitan juga tidak memohon ampun (bertaubat) kepada Allah. Dengan ini ia disumpah oleh Allah dan akan dimasukkan ke dalam neraka nanti oleh Allah. Cuma syaitan memohon kepada Allah supaya Allah membenarkan ia menggoda manusia semoga dapat masuk bersama-sama dengannya (syaitan) ke dalam neraka nanti. Allah benarkan, kecuali orang yang beriman (kepada Allah) dan yang beramal soleh (kebaikan kerana Allah) syaitan tidak akan berjaya.

Kebenaran daripada Allah untuk menggoda manusia inilah digoda oleh syaitan, itulah sebabnya syaitan cuba sedaya upaya menggoda Jesus melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah; tetapi godaan itu tidak berjaya. Dengan ini membuktikan lagi bahawa Jesus itu bukan Tuhan, tetapi manusia biasa yang bertaraf rasul kepada Tuhan (Allah).

Tuhan Bersembahyang

Mark 1:35, menjelaskan perbuatan Jesus bersembahyang:
"......(Jesus) telah di ke tempat persendirian mana ia telah bersembahyang".

Ini juga sama seperti dalam Luke, 5:16 yang bermaksud:
"Tetapi Jesus biasa mengasingkan diri bersendirian dan bersembahyang".

Jelas di sini jika ia (Jesus) ke tempat sunyi dan bersendirian, ia bersembahyang bermakna dia (Jesus) bukan Tuhan; sebab dia telah bersembahyang untuk Tuhan!

Jesus mempunyai ibu dan adik-beradik saudara kandung

Mark 3:31-32 bermaksud:
"Jesus mempunyai ibu dan adik-adik saudara-saudara Jesus. Sementara mereka berdiri di luar, mereka menyuruh orang memanggil dia. Ada orang banyak duduk mengelilingi dia, mereka berkata kepadanya: "Lihat, itu dan saudara-saudara Mu ada di luar, dan berusaha menemui Engkau:. 

Mustahil Tuhan mempunyai ibu dan adik-beradik. Dalam ayat di atas menunjukkan Jesus mempunyai adik-beradik. Oleh itu Jesus bukan Tuhan. Rasionalnya:
Sesiapa yang mempunyai ibu kandung, saudara mara dan adik beradik sudah tentulah ia bukan Tuhan. Jesus mempunyai ibu kandung, saudara mara dan adik beradik. Oleh sebab itu Jesus bukanlah Tuhan (Allah).

Rujuk halaman 36-38 dalam buku Allah Islam dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

Thursday, February 6, 2014

Jesus tidak boleh menyelamatkan dirinya sendiri

Matthew 27:41-43 bermaksud:
"Demikian juga ketua iman-imam bersama-sama ahli-ahli Taurat dan mengejeknya sambil berkata: Dia boleh selamatkan orang lain, tetapi dia tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri, Dia Raja Israel? Baiklah turunkan dia dari salib itu dan kami akan percaya kepada Nya. Jesus menaruh harapannya kepada Allah: baiklah Allah menyelamatkan Dia, jikalau Allah berkenan kepada nya! Kerana Dia telah berkata: Aku adalah Anak Allah".

Jika Jesus benar Tuhan, tentu dia boleh menyelamatkan dirinya sendiri dari seksaan dan penderitaan.

1. Jika Jesus itu Tuhan sudah tentu para iman bersama dengan ahli-ahli Taurat akan menyembahnya.Ini tidak menyembah malah mengejeknya. Di sini Jesus bukan sahaja tidak disembah oleh para imam itu malah mengejeknya pula. Di sini Jesus bukan sahaja tidak disembah oleh para imam itu malah mengejeknya pula. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

2. Setiap yang tidak dapat menyelamatkan dirinya daripada tindakan manusia, sudah pasti ianya tidak Tuhan. Disini Jesus tidak berupaya menyelamatkan dirinya daripada tindakan penyeksaan manusia terhadapnya. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan. 

3. Setiap yang menaruh harapan kepada Tuhan, sudah semestinya ia bukan Tuhan. Di sini Jesus menaruh harapan semoga Tuhan menyelamatkan dirinya. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus berseru memanggil Tuhannya

Matthew 27:46 bermaksud:
"Kira-kira pukul tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabakh tani?" Ertinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?"

Jika Jesus Tuhan, mengapa dia memanggil Tuhan lagi. Dan juga, jika Jesus memang telah dirancang oleh Tuhan untuk disalib, dia tidak harus meraung memanggil Tuhan, dia mesti ikhlas.

Jesus menyerahkan nyawanya

Matthew 27:50 bermaksud:
"Jesus berseru pula dengan suara nyaring lalu menyerahkan nyawanya".

Jika Jesus Tuhan, siapa yang mencabut nyawa Tuhan. Dan ketika Jesus mati selama tiga hari siapa yang mengendalikan dunia dan alam semesta. Oleh itu Jesus bukannya Tuhan.

Jesus diberi kuasa oleh Tuhan

Matthew 28:18 yang bermaksud:
"Jesus mendekati mereka dan berkata: "Kepada Ku telah diberikan segala kuasa di syurga dan di bumi."

Jika Jesus telah diberi kuasa penuh di Syurga dan di Bumi oleh Tuhannya, tentu menjadi pertanyaan, Tuhan mana lagi yang memberikan kuasa kepadanya? Oleh itu Jesus bukannya Tuhan.

Jesus sebagai Guru

Matthew 19:16, seorang daripada muridnya bertanya kepada Jesus yang bermaksud:
"Apakah perkara yang perlu saya buat untuk mendapat kehidupan yang kekal di akhirat?"

Jelas di sini Jesus bukan sebagai Tuhan; tetapi sebagai guru sebagaimana yang diiktiraf oleh para pelajarnya. Rasionalnya:
Seseorang guru yang mengajar murid-muridnya adalah manusia biasa. Ia bukan Tuhan. Jesus mengajar para muridnya. Oleh itu Jesus adalah manusia biasa. Jesus bukannya Tuhan.

Jesus dikhatankan

Matthew 21:18-19 bermaksud:
"Dan ketika genap lapan hari dan dia harus disunatkan, dia diberi nama Jesus, iaitu nama yang disebut oleh malaikat sebelum dia dikandung ibunya".

Jika Jesus Tuhan, adakah perlu Tuhan bersunat? Kerana Jesus itu manusia, maka dia wajib bersunat mengikut perintah Tuhan.

Rujuk halaman 34-36 dalam buku Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

Wednesday, February 5, 2014

Jesus berdoa di Getsemani

Matthew 26:36 bermaksud:
"Maka sampailah Jesus bersama-sama murid-muridnya ke suatu tempat yang bernama Getsemani. Lalu Dia berkata kepada murid murid Nya: "Duduklah di sini, sementara Aku pergi ke sana untuk berdoa".

Mustahil Jesus Tuhan kerana dia berdoa kepada Tuhan. Rasionalnya:

Setiap yang berdoa kepada Tuhan, sudah tentu ianya bukan Tuhan. Di sini Jesus telah berdoa kepada Tuhannya. Ini bererti sudah tentu Jesus bukan Tuhan.

Jesus sedih, takut, gementar seperti hendak mati

Matthew 26:37-38 bermaksud:
"Dan Dia membawa Petrus dan kedua anak Zededeus bersama dengannya. Maka mulalah dia merasa sedih dan gentar; lalu dia berkata kepada mereka: "Hati ku sangat sedih, seperti mahu mati. Tinggallah di sini dan berjaga-jagalah dengan aku".

Sifat lemah seperti takut,adalah sifat makhluk dan bukan sifat Tuhan. Sebab kalau Tuhan, tidak bersifat seperti sifat makhluk yang dijadikanNya iaitu sifat sedih, gementar dan takut mati. Tuhan hidup berterusan, tidak mati. Rasional selanjutnya:

Setiap yang bersifat sepertimana makhluk seperti gementar, sedih dan takut mati itu, sudah semestinya bukan Tuhan. Di sini terbukti bahawa Jesus mempunyai perasaan gementar, sedih dan takut mati. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus sujud dan berdoa

Matthew 26:39 bermaksud:
"Maka Dia kehadapan sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata Nya: "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-ku, tetapi janganlah seperti yang ku kehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki".

Jesus sujud dan berdoa kepada Tuhan dan beliau memohon agar kehendak Allah terjadi dan bukan kehendaknya. Jadi terjelas di sini bahawa Jesus bukan Tuhan; Sebab kalau Jesus Tuhan Ianya tidak perlu berdoa lagi! Rasionalnya:

1. Setiap yang sujud dan berdoa kepada Tuhan, bermakna ia bukan Tuhan. Di sini Jesus sujud dan berdoa memohon sesuatu kepada Tuhan. Ini bermaknalah Jesus bukan Tuhan

2. Setiap yang tidak dapat menurut kehendaknya sendiri, bermakna ia bukan Tuhan. Di sini Jesus telah tidak dapat menurut kehendaknya sendiri. Ini bermakna Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus Raja Orang Yahudi

Matthew 27:37 bermaksud:
"Dan di atas kepalanya tertulis tulisan yang menyebut alasan mengapa dia dihukum: "Inilah Jesus Raja orang Yahudi".

Jika Jesus Tuhan orang ramai ketika itu akan menyembahnya bukan menghukumnya. Dalam al-Qur'an dijelaskan bahawa Tuhan itu tidak beranak dan tidak diperanakkan atau tidak dilahirkan. Allah SWT berfirman dalam Surah Al Ikhlas ayat 3 yang bermaksud: "Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan".

Pada ketika itu orang sering berjumpa dengan Jesus. Jika Jesus itu Tuhan, sudah tentu orang akan menyembahnya; tetapi nampaknya tidak takut malah akan menghukumnya. Mana mungkin Tuhan akan dihukum.

Dalam Injil Lukas:31-32 ada menyebut yang Jesus akan dilahirkan oleh ibunya. Ayat itu bermaksud,"Sesungguhnya engkau akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki dan hendaklah engkau menamakan Dia Jesus. Ia akan menjadi besar dan akan disebut Anak Allah yang maha Tinggi....".

Rasionalnya:
Seseorang yang dilahirkan oleh ibunya sudah tentu ia bukan Tuhan. Jesus dilahirkan oleh ibunya. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Al-Qur'an menjelaskan bahawa Tuhan itu tidak beranak dan tidak diperanakkan. Ini terbukti pada QS, 112, Al-Ikhlas, bermaksud,"Dia tidak Beranak dan tidak diperanakkan". Inilah yang sebenarnya Tuhan (Allah).

Rujuk halaman 31-33 dalam buku Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

Tuesday, February 4, 2014

Jesus berasa lapar dan mengutuk pokok

Matthew 21:18-19 bermaksud:
"Pada pagi hari dalam perjalanannya kembali ke kota, Jesus terasa lapar. Berhampiran jalan dia terlihat pohon ara lalu pergi ke situ, tetapi didapatinya tidak ada apa-apa pada pohon itu, selain daun-daun sahaja. Dia berkata kepada pohon itu: "Engkau tidak akan berubah lagi selama-lamanya!" Dan seketika itu juga keringlah pohon ara itu."

Mustahil Tuhan merasa lapar dan juga tidak dapat diterima akal, Tuhan mengutuk sesuatu. Rasionalnya adalah seperti berikut:

1. Setiap yang merasa sudah tentu ianya bukan Tuhan. Jesus merasa lapar maka Jesus bukanlah Tuhan.

2. Setiap yang tidak mengetahui sesuatu, ianya bukan Tuhan. Di sini nampaknya Jesus tidak mengetahui tentang pokok ara itu tidak berbuah. Ia terpaksa pergi menghampiri pokok ara itu untuk mengetahuinya sama ada berbuah atau tidak. Setelah sampai dekat pokok ara itu barulah ia mengetahui bahawa pokok ara itu tidak berubah. Ini membuktikan Jesus itu bukan Tuhan. Sebab kalau Tuhan ia Maha Mengetahui. Tidak perlu lagi ia pergi menghampiri pokok ara itu.

3. Setiap yang tidak dapat memerintahkan pokok untuk berbuah, ianya bukan Tuhan. Di sini Jesus tidak dapat memerintahkan pokok itu supaya berbuah segera. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

4. Setiap yang tidak mengetahui apakah musim buah atau tidak, ianya bukan Tuhan. Jesus tidak mengetahui masa itu bukan musim buah. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus berdialog dengan orang Farisi

Matthew 22:36-37 bermaksu:
"Guru, hukum manakah yang terutama dalam hukum Taurat?" Jawab Jesus kepadanya: "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu".

Jesus menyuruh orang Farisi menyayangi Allah dan bukan menyayangi dirinya. Malah juga orang Farisi tersebut memanggilnya "guru" dan bukan Tuhan.

Rasionalnya Jesus itu bukan Tuhan adalah sepertimana berikut:

1. Setiap yang menyuruh seseorang mengasihi Allah, bukan mengasihi Jesus, sudah tentu ianya bukan Tuhan. Di sini Jesus sendiri yang menyuruh para muridnya mengasihi Tuhan, bukan mengasihi dirinya (Jesus). Ini bermakna Jesus sendiri itu bukanlah Allah.

2. Sesiapa yang dipanggil guru, sudah semestinya ia bukan Tuhan. Jesus telah dipanggil Guru oleh muridnya. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus tidak mengetahui tentang hari kiamat. 

Matthew 24:36 bermaksud:
"Tetapi tentang hari dan saat itu tidak seorang pun yang tahu, malaikat-malaikat di Syurga pun tidak tahu, Anak pun tidak mengetahui, hanya Bapa yang tahu tentang hal itu".

Jika Jesus Tuhan, dia mesti mengetahui bila akan berlaku hari kiamat. Rasionalnya:
1. Setiap yang tidak mengetahui Hari Kiamat, ianya bukan Tuhan. Jesus tidak mengetahui hari kiamat. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

2. Sesiapa yang memanggil Bapa kepada Tuannya, sudah pasti ia bukan Tuhan. Disini Jesus memanggil Bapa kepada Tuhannya. Ini bermakna Jesus bukan Tuhan.

Tentang hari Kiamat ini sebenarnya tiada siapa pun yang mengetahui masanya. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Ini dijelaskan di dalam Al-Qur'an yang Tuhan telah berfirman QS, As-Sajadah:25, bermaksud:

"(Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari Kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya".

Rujuk halaman 29-31 dalam buku Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.