Wednesday, July 31, 2013

Islam sebelum dan semasa Nabi Muhammad SAW

Islam sebelum Nabi Muhammad s.a.w. sebenarnya bermula sejak Nabi Adam lagi. Sebenarnya Islam diseru oleh para rasul dan dibawa juga oleh para nabi yang ramainya sampai beribu orang. Ada diantara hadis Hadis yang mengatakan 124, 000 orang para nabi. Rasul 313 orang. Cuma yang disebut dalam al-Quran adalah seramai 25 orang rasul sahaja yang wajib diketahui iaitu Adam, Nuh, Idris, Shalih, Ibrahim, Hud, Lut, Yunus, Ismail, Ishak, Ya'kub, Yusuf, Ayyub, Shu'ib, Musa, Harun, Ilyasa', Zulkifli, Daud, Zakaria, Sulaiman, IIyas, Yahya, Isa dan Muhammad. Nabi Muhammad s.a.w. adalah yang terakhir. 5 daripadanya digelar ulu al-'azmi ( Yang mempunyai kecekalan hati). Mereka itu ialah Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad s.a.w.  Semua ajaran para nabi dan rasul itu menumpukan kepada Tauhid (percayakan Tuhan itu satu), menyerah dan tunduk kepada-Nya dengan cara membuat apa yang diseru-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. 

Tegasnya semua agama semenjak dari Nabi Adam dahulu sehingga kepada Nuh, Idris, Ibrahim , Ya'kub, Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. semuanya berteraskan Tauhid (percayakanTuhan yang satu). Bagaimanapun, agama yang satu kemudiannya berpecah-belah. Allah s.w.t. sendiri telah berfirman dalam surah Yunus yang bermaksud:

" Manusia dahulunya hanyalah satu agama, kemudian mereka telah berselisih. Kalau tidaklah keranan suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhan mu dahulu. pastilah telah diberi keputusan di antara mereka tentang apa yang mereka perselisihkan itu." (Yunus "19)

Islam semasa kewujudan Nabi Muhammad s.a.w. ini adalah berbeza dengan agama Yahudi di mana agama Yahudi beriman kepada Nabi Musa tetapi tidak beriman kepada Nabi Isa. Manakala orang Kristian pula berimankan Nabi Isa dan Nabi Musa, tetapi tidak berimankan Nabi Muhammad SAW, sedangkan orang Islam pula berimankan Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan orang Islam pula berimankan kepada semua nabi-nabi itu sebagai rasul-rasul Allah s.w.t. di mana Nabi Muhammad s.a.w. adalah sebagai nabi dan rasul yang terakhir yang menyempurnakan segala ajaran agama yang dibawa oleh semua nabi dan rasul sebelumnya. Bagaimanapun, semua pengikut para nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad itu adalah diakui sebagai orang Muslim. Matinya mereka adalah sebagai seorang Muslim masa itu. 

Islam semasa Nabi Muhammad s.a.w. sebenarnya adalah sebagai kesinambungan daripada agama yang dibawa oleh para nabi dan rasul sebelumnya dengan dua aspek paling istimewa iaitu pertama, ia lengkap dengan selengkap-lengkapnya sebagaimana yang wujudnya dalam al-Quran, ada 114 surah; kedua ia tidak hanya untuk satu kaum sahaja sepertimana Islam para nabi dan rasul sebelumnya tetapi Islam semasa Nabi Muhammad s.a.w. ini adalah manusia sejagat. Untuk ini Tuhan berfirman dalam surah al-Anbia' bermaksud:

"Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." (Al-Anbia' :107)

Tuesday, July 30, 2013

Hakikat Kejadian Wanita

Setelah selesai Nabi Adam a.s. dijadikan Allah dan setelah ditiupkan roh ke dalam jasadnya, maka menjelmalah suatu perasaan di dalam hati kecil Adam. Perasaan itu ialah rasa sunyi berada seorang diri tanpa teman hidup. Adam a.s. pun berdoa agar Allah isikan kesunyian hatinya.

Lalu Allah ciptakan seorang lagi manusia yang berbeza jenis (jantina) sebagai pasangannya. Keadaan fizikal, watak dan sifatnya berbeza dengan Adam. Adam memanggilnya dengan nama HAWA.

Menurut riwayat hadis, bahawa Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam sendiri. Sabda Nabi SAW, maksudnya; "...baik-baiklah kamu berpesan (mendidik wanita), kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok. Kalau kamu lakukan (didik) secara kasar (paksaan), pasti mereka akan patah. Sbeliknya jika kamu biarkan (tidak mendidik), maka mereka akan terus membengkok. Kerana itu didiklah mereka secara lemah-lembut..." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Mengingatkan kejadian wanita daripada tulang rusuk yang bengkok dan mudah patah kalau berkasar, oleh itu memimpin dan mendidik wanita, ALlah dan RasulNya mengingatkan kepada kaum lelaki agar mendidik mereka dengan lemah lembut dan dengan penuh kasih sayang.

Firman Allah dalam surah An-Nisaa' yang bermaksud,

Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)" (An-Nisaa', 4:19).

Memandangkan kaum wanita itu lemah, maka Allah tidak membebankan mereka dengan hukum-hakam syariat yang berat-berat. Tidak seperti lelaki, mereka dipikulkan dengan tugas dan tanggungjawab yang berat sehingga melibatkan pengorbanan nyawa seperti berjihad dan sebagainya. Sedangkan kaum wanita sekiranya mereka telah bersyahadah, bersembahyang dan berpuasa, sudah memadai mereka telah dianggap menunaikan tanggungjawab dalam Islam.

Mereka tidak diberatkan supaya menyelesai lima perkara rukun Islam semuanya. Contohnya, seperti zakat dan haji, kalau tidak dikerjakan kerana tidak cukup syarat tidak dipersoalkan hatta mereka tidak diwajibkan sembahyang sembahyang dan berpuasa, sekiranya datang haid dan nifas. 

Sabda Nabi s.a.w. , maksudnya; "Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang wajib lima waktu, berpuasa Rmadhan, menjaga maruah dan mentaati suami, di akhirat ia diseru masuk ke dalam syurga mengikut pintu mana (pilihan) yang ia disukai" (Riwayat At Tabrani)

Dapatkan Buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan Dengan Segera
Harga Asal ---->RM 32                     
Harga Promosi ---->RM 20 (tidak termasuk postage)
Diskaun 37.5% 
Dapatkan segera dengan menghubungi 09-747 7434 (Isnin-Sabtu)

Monday, July 29, 2013

Fenomena Perpecahan Umat Islam

Siaran Akhbar 11 November 2012
Umar Al-Khattab RA pernah menyebut, "Sesungguhnya kami merupakan kaum yang Allah muliakan dengan Islam dan kami tidak memerlukan kemuliaan selain daripadanya (Islam)." Punca dan faktor perpecahan yang berlaku ada banyak.

Antaranya adalah sunnatullah (ketentuan dan ketetapan Allah). Buktinya sabda Nabi SAW, "Umatku akan berpecah menjadi 73 kelompok. Semuanya di dalam neraka kecuali satu." Sahabat bertanya, "Siapakah dia (satu kelompok yang terselamat) wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah, "Mereka adalah orang-orang yang semisal dengan apa yang aku dan sahabatku berada di atasnya pada hari ini." (Riwayat Abu Dawud No. 4596, Tirmidzi No. 2640, Ibnu Majah No. 3991, Ahmad 2/332).

Dalam riwayat lain, sabda Nabi SAW, "Sesungguhnya syaitan telah berasa bosan (putus asa) untuk menjadikan mereka disembah di Tanah Arab, tetapi syaitan akan memecahbelahkan di antara mereka." (riwayat Iman Muslim, No. 2812 dari sahabat Jabir bin Abdillah RA)

Sabda Nabi SAW adalah benar dan pasti terjadi. Kita lihat masyarakat Arab hari ini benar-benar berpecah.

Sebab itu kata Nabi dalam hadis, "Hampir sahaja umat ini (umat Islam )akan diserang oleh golongan kuffar yang membenci Islam sama seperti orang yang lapar menuju kepada pinggan yang dihidangi dengan makanan. Sahabat Nabi bertanya, "Adakah kami pada ketika itu berada dalam kelompok yang kecil sehingga kami diserang sedemikian rupa?"

Musuh yang benci pada Islam pada hari ini tidak lagi menghormati sensitiviti umat Islam, buktinya mereka tidak gerun untuk mengeluarkan filem seperti Innocence of Muslim dan Fitna; mengeluarkan tulisan Irshad Manji; menyebarkan perkataan-perkataan yang menjurus kepada liberah dan plural; berani mengeluarkan tulisan Salman Rushdie dan sebagainya.

Allah cabutkan perasaan gerun dan hormat mereka terhadap umat Islam setelah umat Islamm diserang penyakit cintakan dunia, dan takut kepada kematian. Ini adalah antara puncanya.

Kalau kita hendak bercakap punca perselisihan umat Islam pada hari ini, punca isu akidah, mazhab, perselisihan pendapat yang tidak ditangani dengan adaabul ikhtilaf (adab dalam berselisih), perbezaan politik dan sebagainya.

Perselisihan politik pada hari ini sangat kronik sehingga sesetengah menjadikan agama sebagai satu alat untuk mendapatkan sokongan, kuasa politik dan seumpamanya. Ini tidak boleh, sebaliknya kepentingan  agama perlu didahulukan melebihi kepentingan politik.

Buku siri perbandingan agama iaitu ISLAM, PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN dengan harga RM 20. Contact 019-380 5413 (Dr Nawi Jusoh) / 019-2278311( Nik Noraini)



Mengapakah Al-Kitab dan Al-Quran tidak saling bersetuju?

al-Quran
al-Kitab
Dua sebab yang mungkin :
1. Al-Kitab dan Al-Quran tidak mempunyai punca yang sama, iaitu salah satu atau kedua-duanya berasal dari perbuatan manusia ataupun kuasa luar biasa.

2. Al-Kitab atau Al-Quran atau kedua-duanya telah menjalani penyuntingan atau akibatnya mesej dan sifat aslinya telahpun hilang.

Salah satu daripada kedua-dua kitab atau kedua-duanya mengandungi kesalahan dan tidak boleh digelarkan sumber yang boleh dipercayai. Kedua-dua orang Islam dan orang Kristian amat yakin dan pasti bahawa Kitab masing-masing berasal dari Tuhan dan boleh dipercayai. Satu (atau kedua-dua Kitab) itu mestilah palsu. Dalam kes itu, berjuta-juta penganut kedua-dua agama tersebut masing-masing menaruh harapan mereka untuk dunia akhirat pada kesilapan atau mahupun penipuan.

Oleh kerana Al-Kitab wujud sebelum Al-Quran, perbezaan-perbezaan antara kedua-dua Kitab itu boleh diselesaikan dengan memberikan:

1. Bukti yang mengesahkan bahawa Al-Quran adalah berdasarkan kefahaman dan pengetahuan yang lemah mahupun palsu mengenai wahyu yang lebih awal dan lebih tua. (Tuhan tidak berubah, dan tidak akan memberi wahyu yang bercanggah kepada Nabi-nabi yang berlainan).

2. Bukti yang mengesahkan bahawa perubahan telah dijalankan dalam mesej Al-Kitab oleh orang Yahudi dan/atau orang Kristian dengan memberikan sebab-sebab yang munasabah mengapa perbuatan tersebut telah dilakukan.

Al-Quran berulang-kali menekankan bahawa Taurat dan Injil-kami mengambil ini untuk memaksudkan Perjanjian Lama dan Baru adalah wahyu dari Tuhan yang sama dengan Allah dari Al-Quran.

Apa yang diajar oleh AL-Quran mengenai Al-Kitab

"Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishaq dan Nabi Ya'qub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa, dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang daripada mereka" (QS, Al-Baqarah 2:136)

"Allah, tiada Tuhan melainka Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya..Ia menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil..menjadi petunjuk bagi umat manusia." (QS. A-li-'Imraan, 3:2-3)

"Oleh sebab itu, sekiranya engkau merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu. Sesungguhnya, telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu.."(QS, Yunus, 10:94)

Kita boleh lihat dengan jelas bahawa Al-Quran membuat tanggapan bahawa "Al-Kitab" itu diturunkan oleh Allah dan menerima ketulenan kandungan isinya dalam zaman Nabi Muhammad. Namun, Al-Quran mengkritik usaha memutar-belitkan dan penafsiran salah "Al-Kitab":

"Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?" (QS. A-li-'Imraan, 3:71)

Sekiranya adanya apa yang jelas kelihatan, ialah Al-Quran kuat menekan bahawa Kitab-kitab Taurat dan Injil telah diturunkan oleh Allah. Ini adalah apa yang dipercayai oleh orang Kristian. Al-Quran mengatakan mengena hal ini:

"...sememangnya tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah..." (QS, An'aam 6:34)

Dapatkan buku siri perbandingan agama ISLAM, PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN yang PALING TERLARIS dengan harga TERMURAH RM 20


Dosa Warisan

Agama Kristian mempercayai bahawa semenjak Nabi Adam dan Siti Hawa melanggar pantang dengan memakan buah di Taman Eden dalam syurga, dosa langgar pantang itu menjalar ke setiap anak cucu dan semua keturunannya di dunia ini. Nabi Adam dikeluarkan Tuhan dari syurga ke dunia. Hasil kesalahan yang berdosa itu diwarisi seterusnya sehingga ke hari ini. Ini bermakna setiap kanak-kanak yang lahir di dunia ini dengan sendirinya menanggung dosa itu. Oleh itu ia perlu disucikan secara baptis.

Dalam konteks ini , Al-Quran surah An-Nisaa, 4:111-112 menyebut yang bermaksud,
"Dan barang siapa mengerjakan kesalahan atau dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakannya untuk (kemudaratan) dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" (111).

"Dan barang siapa yang mengerjakan kesalahan atau dosa, kemudian dituduhkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah berbuat sesuatu kebohongan dan dosa yang nyata" (112).

Adalah betul Nabi Adam dan Siti Hawa (Eve) melanggar pantang larang Allah dengan memakan buah larangan itu, tetapi kemudiannya mereka bertaubat dan merayu memohon keampunan daripada Allah dan Allah ampunkan mereka daripada pelanggaran itu. Ini dijelaskan dalam al-Quran surah Ta-ha, 20:122 yang bermaksud,
"Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk."


Dalam konteks Islam, semua anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan suci dan tidak bersalah (Fitrah). Bila kanak-kanak itu sampai baligh (matang), barulah ianya bertanggungjawab terhadap perbuatannya sama ada baik atau buruk. Bahkan sekiranya ia membuat kesalahan pun ia boleh secara ikhlasnya memohon keampunan daripada Allah. Ini dijelaskan dalam surah Az-Zumar, 39:53-54 yang bermaksud,

"Katakanlah: Hai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan mu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepada mu kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi".

Untuk keterangan lanjut mengenai Dosa Warisan boleh dapatkan buku siri perbandingan agama iaitu ISLAM, PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN dengan harga promosi RM 20...

Contact 019-3805413 (Dr Nawi Jusoh) / 019-2278311 (Nik Noraini)

Saturday, July 27, 2013

Kehancuran Kaum Thamud


Sesudah kaum 'Ad dibinasakan oleh Allah dengan angin taufan yang sangat kencang, sehingga mengakibatkan manusia yang ingkar bergelimpangan, rumah-rumah dan bangunan-bangunan yang menjulang tinggi runtuh menjadi berserakan, haiwan-haiwan ternakan diterbangkan angin taufan yang dahsyat itu. Akhirnya negeri itu kosong dan tandus.

Diriwayatkan bahawa negeri itu kosong dari penduduknya, kerana Hud dan pengikutnya yang beriman telah pindah ke Makkah. Akhirnya Allah mengutuskan bangsa lain untuk menghuni negeri yang rosak itu. Bangsa itu yang dalam Al-Quran disebut bangsa atau kaum Thamud. Merekalah yang berkuasa di atas bumi yang sebelum ini dikuasai oleh bangsa 'Ad dahulu. 

Namun begitu, kaum Thamud adalah penyembah berhala. Allah mengutus Nabi bernama Salleh kepada Kaum Thamud untuk menyeru mereka beribadah kepada Allah dan meninggalkan penyembahan patung-patung berhala-berhala). Seruan Nabi Salleh kepada mereka: " Hai kaumku, beribadahlah hanya kepada Allah semata-mata. Jangan menyekutukannya dengan sesuatupun. Dia yang menciptakan kamu dari tanah, Dialah yang menjadikan kamu dapat membangun dengan menyediakan alat-alat pembangunan. Maka wajarlah kaluan harus memohon ampun kepada-Nya atas perbuatan dosa yang telah kalian lakukan, mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa, mengampuni dosa orang yang bertaubat, jika ia benar-benar beriman dan ikhlas dalam berdoa."

Kemewahan Yang Menghancurkan

Kaum Thamud mendustakan Nabi yang diutus Allah, menolak seruannya untuk beribadah kepada Allah, bertakwa dan meng-Esakan-Nya. Padahal ia Rasul yang dapat dipercayai dan tak mengharapkan upah dalam menyampaikan ajarannya.

Kebiasaan kabilah Thamud bergemulang dalam kemewahan material sehingga mereka ingkar terhadap Nabinya yang bernama Salleh. Nabi Salleh menasihati mereka: "Apakah kalian mengira Allah akan membiarkan kalian bersenang-lenang dengan kenikmatan itu. Apakah kalian mengira dapat melindungi diri kalian dari azab Allah, sehingga kalian berfoya-foya dengan segala kemewahan yang diberikan oleh Allah.

Mereka tidak percaya nasihat daripada Nabi Salleh bahkan menuduh bahawa Salleh terkena sihir sehingga menganggu fikirannya. Sehingga dengan pengaruh sihir itu, ia mengaku sebagai utusan Allah.

Pada suatu hari mereka (kaum Thamud) datang menemui Nabi Salleh untuk meminta bukti-bukti kebenaran atas kebenaran Nabi Salleh. Mereka berkata, "Kalau engkau boleh  mendatangkan bukti mukjizat (perkara-perkara luar biasa), maka engkau benar-benar seorang nabi, kalau tidak bererti engkau seorang pembohong."

Mendengar permintaan dari kaum Thamud, Nabi Salleh tidak dapat berbuat apa-apa kecuali hanya berdoa kepada Allah: "Ya Allah, Ya Tuhanku,kaumku telah mendustakan aku, dan hanya sebahagian sahaja dari mereka yang beriman kepadaku dan kali ini mereka minta mukjizat atas kenabianku. Allah mengabulkan permintaan Nabi Salleh, lalu Allah berfirman kepadanya: "Pergilah engkau hai Salleh untuk mendapatkan kaummu, dan katakanlah kepad mereka agar berkumpul di luarbandar di kaki gunung yang nampak itu, untuk dapat melihat mukjizat yang mereka kehendaki itu. Dari gunung itu nanti akan muncul seekor unta betina yang luar biasa cantiknya, besar dan gemuk, tak pernah mereka lihat sebelum ini. Unta itu dipenuhi dengan susu walaupun setiap detik dan jam susunya diperah.

Setelah wahyu itu disampaikan oleh Nabi Salleh kepada kaumnya, maka mereka berkumpul menunggu unta yang dimaksudkan itu. Tidak lama kemudian muncullah seekor unta yang cantik dan gemuk. Demikianlah setiap hari unta itu mengeluarkan air susu dan tidak henti-henti penduduk memerahnya. Begitulah dari hari ke hari, minggu ke minggu, orang yang beriman bertambah kuat imannya, sedangkan orang-orang yang ingkar bukan menjadi beriman padahak bukti-bukti mukjizat telah mereka saksikan, bahkan mereka bertambah dengki kepada Nabi Salleh dan orang-orang yang beriman.

Membunuh Unta

Kaun Thamud yang ingkar tadi telah merancang untuk membunuh unta mukjizat itu dari permukaan bumi dengan tujuan supaya orang-orang yang beriman semakin berkurang bahkan menghindar dari seruan Nabi Salleh.  Kerana ajaran Nabi Salleh tidak sesuai dengan ajaran nenek moyang mereka yang menyembah patung dan berhala.

Untuk membunuh unta mukjizat itu, para pemimpin kaum Thamud yang ingkar memberi tawaran kepada lelaki untuk membunuh unta dengan menawarkan perempuan-perempuan cantik. Lelaki yang menjadi penakut terus menjadi berani dan lelaki yang pandai menjadi bodoh apabila melihat perempuan cantik.

Akhirnya seorang perempuan cantik bernama Shaduq bin Mahya akan menyerahkan kehormatannya dengan sepuas-puasnya kepada seorang lelaki yang bernama Masdak Ibnu Hajar dengan syarat membunuh unta tersebut.

Kedua-dua pemuda dirangsang dengan gadis cantik telah membunuh unta dengan pedang tajam hingga terburai susu unta itu dan kemudian unta itu mati. Mereka mendustakan akan firman Allah melalui Nabi Salleh yang telah memberi ancaman kepada sesiapa sahaja yang berani membunuh unta tersebut. Nabi Salleh berkata: "Kamu benar-benar telah berbuat dosa, Sekarang kamu boleh bersenang-lenang dan bergembira tiga hari sahaja atas kematian itu. Sesudah tiga hari yang dijanjikan Tuhan akan datang, dan bukanlah ini perjanjian yang bohong."

Sehari sebelum janji itu habis, kerana mereka ragu dan takut kepada akan janji Allah itu, mereka telah merancang untuk membunuh Nabi Salleh pada malam itu. Namun, Allah melindungi hamba-Nya yang benar, Nabi Salleh dijauhkan dari pembunuhan pada malam itu juga. Pada keesokan harinya yang telah dijanjikan, maka azab atau seksa yang dijanjikan Tuhan itu turun berupa petir yang sangat dahsyat. Gemuruh petir yang sangat kuat menyebabkan suara yang mengguntur dan menghancurkan rumah dan bangunan. Hanya Nabi Salleh dan pengikutnya yang beriman terselamat dari azab tersebut.

Kehancuran kaum Thamud adalah sambaran petir yang mereka saksikan dengan mata mereka sendiri. 

Firman Allah dalam surah Al-Haaqqah yang bermaksud, 

" Maka (masing-masing menerima azab duniannya)- adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya". (Al-Haaqqah, 69:5)

Thursday, July 25, 2013

Nabi 'Isa Islam VS Nabi 'Isa Kristian (a.k.a. Tuhan Yesus)


Di dalam dunia ini ada dua jenis 'Isa iaitu 'Isa versi Islam dan 'Isa versi Kristian.

'Isa versi Islam merupakan seorang manusia 100% dan baginda merupakan seorang nabi. Baginda tidak dibunuh dan disalib. Al-Quran telah menjelaskan hal ini dengan nyata:

"Dan kerana ucapan mereka:'Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, 'Isa anak Maryam, Rasul Allah', padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya..." (Surah An-Nisaa:157)

'Isa versi Kristian adalah manusia/tuhan Yesus yang telah mati dibunuh oleh orang-orang Yahudi. Kitab Injil ada memberitakan hal ini:

"Tetapi ketika mereka sampai kepada Yesus dan melihat bahwa ia telah mati..." (Yohanes 19:33)
"Ia pergi menghadap Pilatus dan meminta mayat Yesus. Pilatus memerintahkan untuk menyerahkannya kepadanya. Dan Yusuf pun mengambil mayat itu..." (Matius 27:58-59)

Lantaran terdapat dua versi Nabi 'Isa dalam dunia ini, maka umat Islam perlulah mengetahui siapakah yang akan hadir pada akhir zaman ini, sama ada 'Isa versi Islam atau 'Isa versi Kristian?

Jadi siapakah Nabi 'Isa yang akan muncul di akhir zaman menurut Al-Quran dan Al-Hadis? Sudah tentu Nabi 'Isa versi Islam, Rasulullah, manusia 100% dan bukannya Tuhan, kehadirannya adalah untuk membersihkan dirinya daripada dipertuhankan oleh orang-orang kafir. Inilah yang dimaksudkan dalam Al-Quran iaitu :

"Ingatlah ketika Allah berkata : 'Ya 'Isa, sesungguhnya Aku mengangkat engkau dan meninggikan (derajat) engkau kepada-Ku dan menyucikan engkau dari orang-orang kafir dan menjadikan  orang-orang yang mengikut engkau di atas dari mereka yang kafir, sampai hari kiamat..." (Surah Ali-Imraan:55)

Kita tidak perlu khuatir dan menyusahkan fikiran kita dengan memikirkan hujah-hujah dari kitab Injil kerana kitab Injil telah dibuktikan korup, menyeleweng, hilang keaslian, dan bercampur antara ayat yang haq dan ayat yang batil. Buktinya kaum Kristian tidak berpuas hati dengan hanya menyelewengkan kitab Injil dan cuba pula hendak menyelewengkan kitab suci Al-Quran.

Promosi buku penghabisan stok, ISLAM, PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN dengan harga TERMURAH RM 20.

Contact: 019-380 5413 (Dr Nawi Jusoh) / 019-2278311 (Nik Noraini)

Wednesday, July 24, 2013

Permusuhan Yahudi Terhadap Kristian dan Islam

Orang-orang Yahudi bermusuh terhadap Nabi Isa, ibunya Siti Maryam dan pengikutnya Hawariyun yang beriman kepada Allah dan Nabi Isa sebagai rasul sebagaimana juga mereka bermusuh terhadap Islam dan Nabi Muhammad serta orang-orang Islam yang taat kepada ajaran syariat Allah.

Mereka mengkafirkan Nabi Isa bin Maryam sebagai seorang rasul dan mendakwa bahawa mereka masih menunggu Nabi Isa yang lain yang khususnya untuk mereka melaksanakan penguasaan terhadap semua bangsa-bangsa di muka bumi dan memerintahkan dengan syariat Nabi Musa. Mereka menjadikan syariat Nabi Musa sebagai satu ketaksuban, kekejaman dan kemusnahan.

Sebelum kedatangan Nabi Isam kemusnahan telah berlaku di kalangan orang-orang Yahudi dengan pelbagai kejahatan dan penyembahan emas. Oleh itu, Allah telah  mengirimkan Nabi Isa bin Mariam untuk menyembahkan kehormatan umat manusia yang diperkotak-katikkan oleh orang-orang Yahudi. Mengembalikan orang-orang Yahudi kepada kebenaran, memperbetulkan akhlak, mengajarkan bagaimana mencintai manusia dan menjauhkan mereka daripada perasaan ketaksuban, kezaliman, kejahatan dan penyembahan emas. Namun begitu, tidak ramai orang Yahudi yang beriman.

Orang-orang Yahudi yang tidak mengenal erti dosa merasa tercabar apabila Nabi Isa bin Mariam melakukan seruan dakwah dan memperingatkan perbuatan-perbuatan mereka yang ingkar dan hina. Mereka merasa tidak selamat yang akan mengancam cara hidup dan upacara-upacara keagamaan syaitan mereka. Mereka tidak puas hati dengan penyebaran dakwah Nabi Isa menyebabkan mereka merencana untuk membunuh Nabi Isa bin Mariam. Namun begitu, Allah telah menyelamatkan Nabi Isa bin Mariam. Dalam Al-Quran menerangkan bahawa orang-orang Yahudi telah gagal membunuh dan menyalib Nabi Isa bin Mariam. Nabi Isa telah diselamatkan dan diangkatkan oleh Allah ke langit.

Mereka telah membunuh dan menyalib Yahudha, orang di kalangan mereka sendiri yang menyerupai Nabi Isa bin Mariam.

Setelah dakwah Nabi Isa bin Mariam berakhir, maka pengikutnya yang beriman kepada Allah dan mengakui Nabi Isa sebagai rasul mulai menghadapi keganasan dan penentangan daripada orang-orang Yahudi. Orang-orang Yahudi yang kafir mengambil kesempatan merosakkan syariat Nabi Isa dan menghapuskan ajaran Tauhid daripada pengikut-pengikutnya yang beriman.

Apabila Nabi Muhammad dibangkitkan, orang-orang Yahudi mendiami utara Hijaz, iaitu sekitar Yathrib (Kota Madinah). Mereka datang dari Palestin setelah diusir akibat peperangan berterusan antara mereka dengan orang-orang Rom yang beragama Kristian dan orang-orang Palestin.

Orang-orang Yahudi tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad. Apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah dan menjadikannya pusat dakwah untuk mentauhidkan Allah, orang-orang Yahudi melihat agama baru ini akan memberi ancaman yang merbahaya kepada agama mereka anuti. Mereka memandang Nabi Muhammad dengan perasaan benci, dendam, marah dan kurang senang. Permusuhan antara umat Islam makin ketara disebabkan penganut agama Islam yang makin berkembang.



SIRI 2: Islam Pelbagai Agama Dan Kepercayaan




Kandungan buku ini terbahagi kepada 3 bab :-
a. Bab Pertama: Awalannya- Agama Asalnya Satu, tetapi kenapa Syaria'at dan Pendekatan kemudiannya jauh Berbeza?- khususnya agama Samawi (Islam, Judaisme, Zoroaster dan Kristian).
b. Bab Kedua: Agama-agama lain : Hindu, Buddha, Jaina, Shinto, Sikh dan Bahai.
c. Bab Ketiga: Falsafah dan Kepercayaan - Konfucianisme dan Tao.

Ada juga di antara agama-agama ini mempunyai banyak persamaan dengan Islam, kecuali dalam aspek Tauhid (Keesaan Tuhan). Malah ada di antara agama-agama itu yang meramalkan Nabi Muhammad SAW akan lahir di suatu hari kelak. Di antara yang membuat ramalan ini ialah agama Hindu dan Buddha.

Buku ini ditulis amnya dengan pendekatan Islam, terutama sekali dalam menjawab persoalan mereka yang buka Islam terhadap Islam. Penulisan ini disemak dan diberi kata-kata aluannya oleh seorang tokoh Islam yang tidak asing lagi diperingkat nasional dan juga antarabangsa iaitu Sheikh (Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama Akademik ISTAC, IIUM) Islamic International University Malaysia.

Harga buku ini RM 32 sebuah. Buku ini mengandungi 410 halaman
(sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan ke Tabung Amal Kebajikan Yayasan KAMI)
Belanja pos : RM 6 sem, RM 9 sabah / sarawak
Sila emelkan bukti resit pembayaran kepada 1dnjsam@gmail.com

Akaun Pembayaran:-
Nawi b. Jusoh, nombor akaun 1261-0000204-20-8 CIMB ISLAMIC BANK BERHAD atau
Nawi b. Jusoh, nombor akaun 5621-0620-3699 MAYBANK BERHAD

Untuk maklumat selanjutnya, hubungi:-

DNJ CONSULTANT SDN BHD
1120, Wisma Suara Muda, Jalan Doktor,
15000 Kota Bharu, Kelantan
Tel: 09-747 7434
Laman Web : http://1dnj.com


SIRI 1: MENGAPA KAMI KEMBALI KE ISLAM?


Buku ini mengandungi dua bab:-

a. Bab Pertama mengenai faktor-faktor penting mereka memeluk Islam mengikut keberatan wajarannya. Banyak daripada kewajaran faktornya itu di luar jangkaan anda. Ianya diolah secara psikologi oleh pengarang.
b. Bab Kedua ialah kisah selanjutnya secara khusus para paderi, intelek dan tokoh pilihan tentang Mengapa, Bagaimana dan Implikasi selanjutnya setelah mereka memeluk Islam dengan penuh ketakwaan kepada Allah.

Keistimewaan buku ini berbanding dengan buku yang berada di pasaran ialah penulis memasukkan satu pembolehubah (variable) Harga-Diri (Self-Esteem) yang mana ini adalah kepakaran penulis mengolah faktor-faktor berkenaan. Dalam konteks psikologi, Self-Esteem ini sebenarnya banyak mempengaruhi corak tingkahlaku seseorang manusia.

Harganya RM 32 sebuah. Buku ini mengandungi 263 halaman.
(Sebahagian daripada hasil jualan ini akan disalurkan ke Tabung Amal Kebajikan Yayasan KAMI)

Belanja pos RM 6 sem, RM 9 sabah /sarawak
*Berubah-ubah mengikut kadar pos semasa
Sila emelkan bukti resit pembayaran kepada 1dnjsam@gmail.com untuk tujuan pengesahan.

Akaun Pembayaran:-

Nawi b. Jusoh, nombor akaun 1261-0000204-20-8 CIMB ISLAMIC BANK BERHAD atau
Nawi b. Jusoh, nombor akaun 5621-0620-3699 MAYBANK BERHAD

Untuk maklumat selanjutnya, hubungi :

DNJ CONSULTANT SDN BHD 
1120, Wisma Suara Muda, Jalan Doktor,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel:09-747 7434
Laman web: http://1dnj.com

Tuesday, July 23, 2013

Di sebalik Hajarul Aswad

Banjir besar yang melanda Kota Makkah menyebabkan Kaabah mengalami kerosakan teruk dan selepas banjir surut, tiada siapa berani meruntuhkan baki dinding yang tinggal bagi membinanya semula. Hanya Al-Walid bin Mughirah, ketua suku Makhzum yang berani melakukannya, seorang diri beliau meruntuhkan bahagian antara Hajarul Aswad dan Rukn Yamani. Keesokan harinya, selepas melihat tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada Al-Walid, barulah kerja pembinaan semula dilakukan secara gotong royong dengan baik sekali. Bagaimanapun, berlaku pertikaian dalam menentukan siapa yang lebih berhak meletakkan Hajarul Aswad pada tempatnya hingga ada yang menghunus pedang, bersumpah untuk berjuang menuntut apa yang disangka hak mereka. Pertikaian berlarutan hingga lima hari tanpa ada penyelesaian, perang antara puak seolah-olah akan meletus bila-bila masa sahaja.

Akhirnya, Aba Umaiyah memberi cadangan penyelesaian kepada konflik ini. Seperti dipersetujui semua pihak, siapa yang pertama memasuki kawasan Kaabah melalui As-Safa, orang itu akan menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah mereka. Keesokan paginya Nabi Muhammad orang pertama memasuki kawasan Kaabah melalui pintu As-Safa dan dengan kebijaksanaannya. Baginda meminta semua wakil suku yang bertelagah bersama mengangkat Hajarul Aswad di atas sehelai kain. Apabila hampir dengan tempatnya, Baginda sendiri mengambil Hajarul Aswad lalu meletakkannya di tempat asalnya iaitu di penjuru timur Kabbah dan tindakan itu dipersetujui semua pihak bertelagah.


Monday, July 22, 2013

Peristiwa Ketika Mengurus Jenazah Rasulullah SAW

Apabila Rasulullah s.a.w. baru saja wafat, adalah diriwayatkan bahawa ketika Sayyidina Ali bin Abu Talib r.a. meletakkan jasad baginda diatas tempat tidurnya, tiba-tiba terdengar suara ghaib dari penjuru rumah berseru dengan nada tinggi: "Jangan kamu mandikan jenazah Muhammad, kerana ia adalah orang yang suci lagi pula membawa kesucian!" Ali curiga terhadap suara itu seraya ia bertanya:

"Siapakah engkau?Bukankah Rasulullah menyuruh kami memandikannya..?Tiba-tiba terdengar suara ghaib yang lain berseru sebaliknya:

"Hai Ali! Mandilah beliau! Suara ghaib yang pertama itu berasal dari suara iblis yang terkutuk kerana dengki terhadap Muhammad s.a.w. dan ia bermaksud supaya Nabi Muhammad tidak dimasukkan ke dalam liang kuburnya dalam keadaan dimandikan."

Ujar Ali pula: "Semoga Allah membalasi engkau dengan kebajikan dikala engkau memberitahukan, bahawa suara itu berasal dari iblis. Sekarang siapakah pula sebenarnya engkau sendiri?"

"Aku adalah Khidir, aku datang untuk menziarahi jenazah Muhammad s.a.w. "Jawab suara itu.

Kemudian Saiyidina Ali r.a. pun memandikan jenazah Rasulullah s.a.w. sedang AlFadhal Bin Abbas dan Usamah Bin Zaid r.a. menimbakan air dan malaikat Jibril datang membawa harum-haruman dari syurga. Mereka kapan dan kuburkan beliau di kamar rumah Siti Aishah pada malam Rabu dan ada yang mengatakan pada malam Selasa.

Kewafatan baginda telah menyebabkan kesedihan yang bukan sedikit dikalangan seluruh ummat, lebih-lebih lagi para sahabat yang terdekat. Kata-kata yang dilahirkan oleh para sahabat setelah mengetahui kewafatan beliau amatlah mengharukan.

Seketika membuka kain selubung yang menutupi wajab Rasulullah yang baru saja wafat, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq berkata dengan penuh terharu:

"Demi ayah dan bondaku! Alangkah indahnya hidupmu dan alangkah indahnya matimu! Demi Allah! Sekali-kali tidak akan terkumpul dua kematian atas dirimu. Adapun mati yang telah ditentukan Allah bagimu, telah kau alami. Dan setelah itu takkan ada lagi kematian yang datang kepadamu buat selama-lamanya!"

Hassan bin Thabit r.a. salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang utama dan penyair Islam yang agung dizaman Rasulullah, telah menerima berita kewafatan baginda dengan berat sekali. Kesedihan yang dirasakannya dapat kita saksikan dari sebuah sajak yang ditinggalkan sejurus kewafatan Rasulullah:

"duhai, engkaulah biji mataku
Dengan kematianmu,
aku menjadi buta
tak dapat melihat
siapa yang ingin mati sepeninggalanmu
biarlah ia mati pergi menemui ajalnya
Aku, hanya risau haru dengan pemergianmu.."

Tetapi yang paling merasakan berat atas kewafatan baginda ialah kaum keluarganya yang terdekat seperti puteri baginda yang paling dikasihinya Siti Fatimah serta balu-balu baginda terutama Siti Aisyah r.a.

Ada meriwayatkan sepeninggal ayahnya, orang melihat Siti Fatimah Azzahra selalu berikat kepala, tubuhnya semakin kurus dan matanya membengkak kerana menangis terus menerus, bahkan ia sering tidak sedarkan diri kepada putera-puteranya ia selalu mengataka:

"Mana dia ayah yang mencintai kalian itu?Aku tidak pernah lagi melihat dia membuka pintu ini. Kalian tidak akan pernah lagi naik ke atas punggungnya seperti yang biasa kalian lakukan.."

Ingin mendapatkan buku PALING LARIS "ISLAM, PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN" dengan harga promosi RM 20. Contact 019-380 5413 (Dr Nawi Jusoh) / 019-2278311 (Nik Noraini)