Tuesday, February 11, 2014

John menyebut Jesus "Guru"

Mark 9:38 bermaksud:
"Kata John kepada Jesus: Guru, kami lihat seorang yang bukan pengikut kita mengusir Syaitan demi nama-Mu, lalu kami cegah orang itu, kerana dia bukan pengikut kita".

John yang hidup sezaman dengan Jesus, memanggil Jesus dengan sebutan "Guru". Ini bererti John pun tahu bahawa Jesus bukan Tuhan.

Ini juga bersamaan juga dengan apa yang tercatat pada Luke 8:24 yang bermaksud: "Maka datanglah murid-muridnya menyedarkannya, mereka berkata: "Guru, guru, kita akan binasa!" Dia pun bangun dan mengherdik angin dan air yang mengamuk itu. Dan angin bersama air itu pun reda dan danau itu menjadi teduh."

Dua belas orang itu murid Jesus itu memanggilnya dengan gelaran "Guru" dan bukan "Tuhan". Jelaslah di sini bahawa Jesus bukannya Tuhan. Murid Jesus yang 12 itu adalah sepertimana mengikut Matthew.

1. Andreas
2. Petrus (saudara Andreas), seorang pemburu
3. Barnabas (penulis Injil Barnabas)
4. Matius, pemungut cukai yang duduk di rumah cukai
5. Yohanes (John), saudara Yakobus
6. Yakobus anak Zebedeus
7. Tadeus
8. Yudas
9. Bartolomeus
10. Filipus
11. Yakob
12. Yudas Iskariot

Jesus mengaku hanya Allah sahaja yang baik

Mark 10:17-18 bermaksud:
"Pada waktu Jesus berangkat untuk meneruskan perjalanannya, datanglah seorang berlari-lari ke arahnya dan bertanya "Guru yang baik, apa yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?" Jawab Jesus: "Mengapa kau katakan Aku baik? Tak seorang pun yang baik selain daripada Allah SWT."

Jesus di panggil guru. Dan jika Jesus Tuhan, dia tentu berkata "tak seorang pun yang baik selain daripada Aku", .....; tetapi Jesus berkata, "Tak seorang pun yang baik selain daripada Allah".

Rasionalnya: Setiap yang mengaku bahawa tidak seorang pun yang baik selain daripada Allah, sudah tentulah ia bukan Tuhan. Jesus mengaku bahawa tidak ada seorang pun yang baik selain daripada Allah. Ini terbukti bahawa Jesus bukanlah Tuhan (Allah).

Menurut Jesus, segala sesuatu adalah mungkin bagi Allah

Mark 10:27 bermaksud:
"Jesus memandang mereka dan berkata, "Bagi manusia hal itu tidak mungkin, tetapi bukan demikian bagi Allah kerana segala sesuatu adalah mungkin bagi Allah".

Seandainya Jesus itu Tuhan atau Allah, tentu dia akan berkata bahawa segala sesuatu mungkin bagi Ku.

Rasionalnya:
Jika Jesus itu Tuhan sudah tentu ia boleh melakukan segala kemungkinan dalam sekejap sahaja, tanpa berdoa atau memohon kepada mana-mana pihak lagi; tetapi bagi Jesus tidak berkuasa melakukan atau menghadapi sebarang kemungkinan. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Dalam Al-Qur'an menegaskan bahawa Tuhan (Allah) dapat melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya, hanya dengan berkata "Jadilah", maka sesuatu itu pun jadilah. QS, Yasin, 36:82, yang bermaksud, "Sesungguhnya keadaanNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!", maka terjadilah ia, sesungguhnya Jesus bukan sampai ke tahap ini. Oleh itu Jesus bukannya Tuhan.

Rujuk halaman 40-42 dalam Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

No comments: