Sesungguhnya perkataan pengganas ini dilabelkan kepada orang-orang Islam secara melulu. Ini adalah kerana perancangan pihak-pihak tertentu yang berasa takut kepada bayang-bayangnya sendiri terhadap Islam yang sedang berkembang rancak di negara mereka secara aman. Islam tetap melarang membunuh manusia kecuali dengan sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara'. Allah berfirman:
Maksudnya: "Oleh kerana itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israel bahawa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana orang itu membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia semuanya, dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-Rasul Kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi."
(QS Al-Ma'idah 5:32)
Perkataan fundamental ini juga telah disalah gunakan. Perkataan ini pada mulanya digunakan untuk segolongan Kristian yang mempercayai bahawa Bible adalah kata-kata suci tanpa sebarang kesalahan dari Tuhan. Menurut kamus Oxford, 'fundamentalisme' bererti memegang teguh kepada dokrin fundamental lama sebarang agama, khususnya Islam. Anehnya hari ini, sebaik sahaja seseorang itu menggunakan perkataan fundamentalis, ia berfikir tentang pengganas Islam. Padahal dalam pengertian sebenarnya menurut Dr. Zakir Abdul Karim Naik ialah organ fundamentalis yang mengamal dan mematuhi doktrin teori yang diikutinya. Bagaimanapun, fundamentalis ini perlu merujuk kepada bidang aktiviti berkaitan. Kalau perompak yang fundamentalis, ia akan mendatangkan bahaya tetapi kalau doktor yang fundamentalis, ia adalah seorang doktor yang baik dan dihormati.
Dalam konteks ini, anehnya pula gelaran 'pengganas' ini diberikan juga kepada orang yang sama yang dianggap sebagai patriot atau pahlawan untuk perbuatan yang sama. Contohnya, sebelum India mencapai kemerdekaan daripada British, beberapa pejuang kebangsaan untuk kemerdekaan India yang berjuang secara aman, juga digolongkan sebagai pengganas oleh pihak British. Begitulah juga di Malaysia, sebelum merdeka dahulu Mat Kilau yang menentang Inggeris pada masa itu dianggap bukan lagi sebagai pengganas tetapi juga sebagai penderhaka. Padahal Mat Kilau ini adalah pejuang tulen menentang penjajah Inggeris pada masa itu di Pahang dalam Semenanjung Malaysia.
Dengan ini, setiap orang Islam perlu menjadi fundamentalis kepada agama Islam demi mencapai pengertian dan ajaran Islam yang sebenarnya iaitu kesejahteraan dan keadilan masyarakat. Dalam konteks Islam, dilarang keras menghukum seseorang tanpa bukti sahih. Dalam soal pembunuhan pula, diharam membunuh kecuali wujud bukti jelas dengan kesalahannya yang diharamkan mengikut hukum syara'.
Persoalannya di sini, siapakah sebenarnya PENGGANAS dalam konteks globalisasi hari ini? Siapakah pembunuh nombor satu Dunia? Mungkin anda tahu jawapannya apabila meneliti bukti-bukti sahih berdasarkan Tiga Tragedi Penting Dunia di abad ini iaitu pengeboman bangunan World Trade Center (WTC) di Amerika Syarikat, penaklukan Afganistan dan penaklukan Iraq.
Rujuk halaman 168-169 dalam buku Mengapa Kembali Memeluk Islam.
No comments:
Post a Comment