Thursday, January 30, 2014

Nyawa Jesus sebagai Ganti

Matthew 20:28 bermaksud:
"Sama seperti Anak Manusia datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawa Nya menjadi ganti bagi manusia yang ramai.

Jika Jesus Tuhan, adalah mustahil Tuhan mengorbankan nyawanya untuk manusia. Manusia yang sepatutnya berkorban untuk Tuhan.

Rasionalnya dalam konteks ini ialah sepertimana berikut. Setiap yang mati, mengorbankan nyawanya sudah tentu bukan Tuhan. Jesus mati mengorbankan nyawanya. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Adakah Tuhan anak Daud?

Matthew 20:29-31 bermaksud:
"Dan ketika Jesus dan murid-muridnya keluar orang buta ditepi jalan yang mengetahui kedatangan Jesus memanggilnya "Tuhan, Anak Daud, kasihanilah kami!" tetapi orang ramai menegur mereka supaya mereka diam. Namun mereka semakin kuat bersuara memanggil, Tuhan, anak Daud, kasihanilah kami".

Tidak mungkin Tuhan dari keturunan Nabi Daud kerana mustahil bagi Tuhan mempunyai salasilah. Al-Qur'an juga menjelaskan bahawa Jesus bukan Tuhan, tapi hanyalah seorang hamba Allah yang dilantik sebagai Nabi atau Rasul dan menjadi contoh kepada Bani Israel. Allah Ta'alla berfirman dalam Surah Az-Zukhruff ayat 59 yang bermaksud:

"Dan (Isa) tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah Kami beri kurnia keatasnya dan Kami menjadikannya sebagai contoh tauladan bagi bani Israel".

Nabi Jesus dari Nazaret

Matthew 21:10-11 bermaksud:
"Dan ketika Dia masuk ke Jurusalem, gemparlah seluruh kota itu dan orang berkata: "Siapakah orang ini?" Dan orang ramai menyahut: "Inilah Nabi Jesus dari Nazaret di Galilee".

Orang yang hidup sezaman dan sempat berdialog dengan Jesus, mengetahui Jesus bukan Tuhan. Namun orang yang datang ribuan tahun selepasnya mendakwa Jesus bukan Nabi tetapi beliau adalah Tuhan. Sebenarnya Jesus bukanlah Tuhan, tetapi Jesus adalah seorang nabi, datang dari Nazaret di Galilee ke Jerusalem. Para penduduk di Jurusalem memanggilnya "Nabi Jesus". Jesus tidak pun membantah orang menyebutnya nabi. Ia (Jesus) membenarkannya. Ini bermakna Jesus adalah nabi dan bukan Tuhan.

Rujuk halaman 28-29 dalam buku Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

Wednesday, January 29, 2014

sambungan~

Terdengar suara dari langit

Matthew 17:5 bermaksud:
"Dan tiba-tiba sedang dia berkata-kata turunlah awam yang terang menaungi mereka dan dari dalam awam itu terdengar suara yang berkata: "Inilah Anak Kukasihi, kepada-Nyalah Aku sayangi, dengarkanlah Dia".

Suara yang berkata: "Inilah Anak yang Ku kasihi, kepada-Nyalah Aku sayangi, dengarkanlah Dia". Itu adalah suara Tuhan dari langit yang didengar oleh Petrus dan Jesus. Ini membuktikan bahawa Jesus itu bukan Tuhan. Di samping itu ada kenyataan di atas yang menyebut "Inilah Anak yang Ku kasihi....".

Persoalan yang mungkin timbul di sini ialah apakah Jesus itu Anak Tuhan?

Jawapannya ialah Tidak! Jesus adalah anak manusia. Ini dapat dijelaskan dalam beberapa petikan Bible yang menggunakan perkataan Tuhan sebagai 'Ayah' mereka. Ini terbukti seperti dalam Matthew 6:6, 7:11. Adalah menjadi kebiasaan dalam Bible merujuk nabi Allah atau seseorang yang baik itu sebagai anak Tuhan (son of God); manakala Jesus sendiri dalam Matthew, merujuk kepada dirinya sendiri sebagai anak manusia. Begitu juga dalam Luke 12:10. Sebagai contoh lagi, di sini dipetik beberapa kenyataan sepertimana berikut:

Adam sebagai Anak Tuhan:
Luke 3:23-38, yang bermaksud:
"..........Jesus anak Heli, anak Matthat, anak Levi,......Enos anak Seth anak Adam anak Tuhan".

Israel sebagai Anak Tuhan:
Exodus 4:22 yang bermaksud, "Ini ialah mesej Tuhan: Israel ialah anak sulung Ku".

Psalm 2:7 yang bermaksud:
Aku mahu menceritakan ketetapan; ia berkata kepada: Anak-Ku engkau! Engkau telah peranakkan pada hari ini.

Psalm 82:6 yang bermaksud:
Aku sendiri telah berfirman: "Kamu adalah Allah dan anak-anak Yang Mahatinggi kamu sekalian."

*1 Chronicles 22:10:
Dialah yang akan mendirikan rumah bagi nama-Ku dan Aku yang menjadi Bapanya; Aku akan mengukuhkan takhta kerajaannya atas Israel sampai selama-lamanya.

Jadi Jesus adalah nabi Allah, orang yang dekat dengan Allah (Tuhan) dan bukannya anak Tuhan (Allah SWT)

Jesus dibangkitkan selepas mati

Matthew 17:9 bermaksud:
"Sewaktu mereka turun dari gunung itu, Jesus berpesan supaya tidak menceritakan apa yang mereka lihat kepada seseorang pun sebelum Anak Manusia dibangkitkan daripada mati".

Jika Jesus Tuhan, tidak mungkin Tuhan Mati dan dibangkitkan kembali. Dijelaskan pula dalam petikan diatas bahawa Jesus itu Anak Manusia. Oleh itu Jesus tetaplah bukan Tuhan; tetapi anak Manusia.

Jesus tidak ada hak kecuali Allah

Matthew 20:23 bermaksud:
"Jesus berkata kepada mereka: cawan-Ku memang akan kamu minum, tetapi untuk duduk di sebelah kanan-Ku atau di sebelah kiri-ku, Aku tidak berhak memberikannya. Itu akan diberikan kepada orang-orang yang telah disediakan oleh Bapa-Ku".

Ayat tersebut merujuk kepada dua orang sahabat Jesus, iaitu Yakobus dan Yohanes meminta kepada Jesus agar mereka berdua boleh duduk di sebelah kanan atau sebelah kiri Jesus. Tetapi Jesus berkata dia tidak berhak untuk menentukan kedudukan mereka. Hak tersebut hanya ada pada Allah SWT.

Rujuk halaman 26-27 dalam buku Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

Tuesday, January 28, 2014

sambungan~

Jesus diutus untuk Bani Israel

Matthew 15:24 bermaksud:
"Jawab Jesus: "Aku diutus hanya kepada para pengacau yang hilang dari umat Israel".

Jesus diutus hanya untuk Bani Israel dan bukan untuk seluruh alam semesta. Terbukti di sini bahawa Jesus sendiri mengaku bahawa ia adalah seorang utusan. Seorang utusan Tuhan sudah tentu  ianya bukan Tuhan. Jesus adalah utusan Tuhan. Oleh itu Jesus  tetap tidak Tuhan.

Al-Qur'an, surah Ali Imran, ayat 48-49, Allah SWT  juga berfirman yang menjelaskan Jesus bukan Tuhan tapi hanya seorang utusan (rasul) Tuhan untuk Bani Israel. Ayat tersebut  bermaksud:

"Dan Allah akan mengajarnya (Isa) ilmu menulis hukum-hukum aturan agama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil" (48). "Dan (akan) melantiknya menjadi seorang rasul kepada bani Israel, (dengan mengatakan kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari Tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang supak, serta aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga boleh memberi tahu kepada kamu, tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang rasul yang diutuskan oleh Allah kepada (kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman." (49)

Manakala Al-Qur'an surah Az-Zukhruf, 43:59 yang bermaksud:

"Nabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang kami telah kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat nabi), dan kami jadikan dia satu mithal contoh (kekuasaan kami yang menakjubkan) bagi kaum nabi Israel."

Jesus muncul dengan kemuliaan Allah

Matthew 16:27 bermaksud:
"Sebab Anak Manusia akan datang dalam kemuliaan Bapa-Nya diiringi malaikat-malaikat-Nya, pada waktu itu ia akan membalas setiap orang menurut perbuatannya".

Jesus memberitahu bahawa dia adalah Anak Manusia dan dia adalah makhluk ciptaan Allah SWT.

Ramalan Jesus Tidak Terbukti

Matthew 16:28 bermaksud:
"Aku berkata benar kepadamu:Sesungguhnya di antara orang yang hadir di sini ada yang tidak akan mati sebelum mereka melihat Anak Manusia datang sebagai Raja dalam Kerajaan-Nya".

Ramalan Jesus tersebut dianggap tidak tepat kerana 'mereka' yang dimaksudkan itu telah lama meninggal, tetapi Jesus belum juga datang sebagai Anak Manusia ke dunia ini. Oleh itu, mustahil Jesus adalah Tuhan kerana tidak mungkin Tuhan membuat ramalan yang salah.

Rujuk halaman 24-25 dalam Allah Islam dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

Monday, January 27, 2014

sambungan~

Jesus menghalau Iblis dengan pertolongan Roh Allah

Matthew 12:28 bermaksud:
"Tetapi jika Aku mengusir syaitan dengan Roh Allah, maka sesungguhnya Kerajaan Allah sudah datang kepadamu".

Jelas terbukti di sini Jesus mengaku bahawa dia telah mengusir syaitan dengan pertologan kuasa Roh Allah dan bukan dengan kuasanya sendiri. Ini bermakna Jesus berjaya mengusir syaitan hanya dengan pertolongan Allah. Sekiranya Jesus ini Tuhan sudah tentu ia dapat mengusir syaitan itu tanpa sebarang pertolongan lagi. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus berikan tanda yang tidak tepat

Matthew 12:40 bermaksud,
"Sebab seperti Yunus tinggal di dalam perut ikan tiga hari tiga malam, demikian juga Anak Manusia akan tinggal di dalam rahim bumi tiga hari tiga malam".

Sewaktu beberapa orang ahli Taurat dan orang Farisi meminta suatu tanda dari Jesus, dan Jesus berikan tanda Nabi Yunus yang tinggal dalam perut ikan 3 hari 3 malam. Ternyata tanda yang diberikan oleh Jesus adalah tidak tepat sama sekali kerana Jesus (Anak Manusia) sebenarnya berada dalam perut bumi hanya 1 hari 2 malam. Nabi Yunus tetap hidup walaupun berada dalam perut ikan, tetapi Jesus dalam keadaan mati ketika berada dalam perut bumi.

Kalau Tuhan apa yang dikatakanNya tepat sekali. Di sini ternyata  bahawa kenyataan Jesus itu tidak tepat, sebab nabi Yunus hidup dalam perut ikan selama tiga hari tiga malam; tetapi Jesus  sebenarnya berada dalam perut bumi 1 hari 2 malam.

Kalaulah Jesus itu Tuhan, mana boleh Tuhan mati dalam  perut bumi. Jesus dikatakan mati dalam perut bumi selama satu hari dua malam. Oleh itu Jesus bukan Tuhan. Sebab kalaulah Jesus itu Tuhan, Jesus tidak akan mengatakan ia sebagai nabi. Oleh itu kenyataan yang didakwakan oleh para penganut Kristian yang mengatakan Jesus itu sebagai Tuhan adalah satu dakwaan yang tidak boleh diterima akal.

Pengakuan Jesus sebagai Nabi

Matthew 13:57, Jesus menjelaskan yang bermaksud:
"Hanya di tempat dan di rumahnya sendiri ianya sebagai nabi yang tidak dihormati".

Pengakuan sendiri Jesus membuktikan ianya bukan Tuhan; tetapi sebagai nabi. Jesus ada rumah dan bertempat yang dapat dilihat nyata. Tuhan, wujud di mana-mana dan tidak dapat dilihat oleh orang awam seperti nabi. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan; tetapi dia tetap sebagai nabi.

Jesus berdoa diatas bukit

Matthew 14:23 bermaksud:

"Dan setelah dia menyuruh mereka semua pulang, Jesus naik ke atas bukit untuk berdoa seorang diri. Apabila hari mulai gelap, dia bersendirian di situ".

Jesus bukan Tuhan sebab dia berdoa kepada Tuhan. Mana mungkin Tuhan berdoa kepada Tuhan. Sebab, kalaulah Tuhan berdoa kepada Tuhan, berapa banyak Tuhan yang ada? Sedangkan Tuhan hanyalah Satu. Ia tidak perlu lagi memohon sesuatu. Apa yang Ia kehendaki terus zahir. Dalam Al-Qur'an Surah Yasiin, 36:82 bermaksud:

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau". Maka ia terus menjadi".

Rujuk halaman 22-23 dalam Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalam Sama untuk lebih lanjut.

Sunday, January 26, 2014

sambungan~

Jesus menggesa manusia menurut perintah Tuhannya

Matthew 7:21 bermaksud,
"Tidak semua orang yang berkata kepadaku, Tuhan, Tuhan! Akan memasuki Syurga, melainkan mereka yang mengikut perintah Bapaku sahaja akan masuk Syurga".

Jesus tidak memberi jaminan kepada sesiapa yang menyembahnya akan masuk syurga kecuali mereka yang hanya menyembah Allah SWT.

Jesus anak manusia

Matthew 10:23 di mana Jesus menjelaskan yang bermaksud:
".....Saya bercakap benar kepada anda, anda tidak akan dapat menghabiskan perjalanan melalui Bandar Israel sebelum Anak Manusia itu datang".

Jelas disini bahawa Jesus sendiri mengaku yang dia adalah anak manusia. Sebagai anak manusia sudah tentu dia bukan Tuhan.

Jesus mengaku dia adalah utusan Tuhan

Matthew 10:40 bermaksud:
"Barang siapa menyambut kamu, dia telah menyambut Aku, dan barang siapa menyambut Aku, dia telah menyambut Tuhan yang mengutuskan Aku".

Ayat ini membawa maksud sesiapa yang menghormati Jesus, dia telah menghormati Tuhan yang mengutusnya. Jadi Jesus bukan Tuhan, malah Tuhan telah mengutuskannya.

Jesus mengaku dia seorang Nabi

Matthew 10:41 bermaksud:

"Barang siapa menyambut seorang nabi sebagai nabi, dia akan menerima upah nabi, dan barangsiapa menyambut seorang benar sebagai orang benar, dia akan menerima upah orang benar".

Allah SWT juga menjelaskan kepada manusia bahawa Jesus (Nabi Isa) hanyalah seorang nabi. Al-Qur'an, Surah Maryam:30, juga menjelaskan ini yang bermaksud:

" (Isa) berkata, "Sesungguhnya Aku adalah hamba Allah. Allah memberiku kitab dan Dia menjadikan aku seorang nabi."

Jesus bersyukur kepada Tuhan

Matthew 11:25 bermaksud:
"Pada waktu itu Jesus telah berkata: Aku bersyukur kepada Mu, Bapa, Tuhan langit dan bumi, kerana Engkau telah menyembunyikan semua itu daripada yang cerdik dan pandai, tetapi Engkau telah memberikan kepada kanak-anak yang masih kecil.

Jesus sendiri telah mengaku dengan jujur bahawa dia juga mengucapkan syukur kepada Allah, Tuhan langit dan bumi. Setiap yang mengucapkan syukur kepada Allah yang mencipta langit dan bumi, semestinya bukan Tuhan. Jesus mengucapkan syukur kepada Allah, Tuhan langit dan bumi. Oleh itu Jesus pasti bukan Tuhan.

Ini juga terbukti pada nabi Muhammad SAW yang seperti firman Allah dalam Surah Al-An'aam, 6:1 yang bermaksud:

"Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang, kemudian orang-orang kafir menyamakan sesuatu dengan Tuhan mereka".

Rujuk halaman 20-21 dalam buku Allah Islam dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.


Thursday, January 23, 2014

Iblis membawa Jesus

Matthew 4:5 bermaksud:
"Kemudian Iblis telah membawaNya ke Kota Suci dan menempatkanNya di tempat yang tinggi di Bait Allah".

Tidak mungkin Tuhan di bawa berjalan-jalan oleh Iblis. Persoalannya di sini ialah, di manakah logiknya Tuhan yang menjadikan Iblis, dibawa pula oleh Iblis dan diletakkan-Nya di Bait  Allah (rumah Allah). Nampak benar di sini bahawa Tuhan (Allah) itu tidak berkuasa. Bilamana ianya tidak berkuasa, dipandu arah, dibawa dan ditempatkan mengikut arahan Iblis, sudah tentu bukan Tuhan. Sebab Allah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui atas segala-galanya. Ini membuktikan Jesus bukan Tuhan (Allah).

Iblis membawa Jesus ke atas gunung

Matthew 4:8 bermaksud:
"Dan Iblis membawa-Nya pula ke atas gunung yang tinggi dan memperlihatkan kepada-Nya semua kerajaan dunia dengan kemegahannya".

Mustahil Iblis boleh membawa Jesus (Tuhan) berjalan-jalan hingga ke gunung. Persoalannya di sini, dimanakah logiknya tujuan Iblis membawa Tuhan (Jesus) memperlihatkan kerajaan dunia dengan kemegahannya, Sebab,kalau Ianya Tuhan (Allah), Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa, apa yang ditunjukkan oleh iblis itu dan iblis itu sendiri, Allah yang menciptanya. Ini membuktikan Jesus itu bukan Allah.

Di samping itu, persoalan yang perlu ditimbulkan lagi di sini ialah, apakah iblis itu lebih mulia daripada Allah? Kiranya Jesus itu Allah, mana mungkin Iblis lebih mulia daripada Allah (Tuhan). Kalau Iblis lebih mulia daripada Allah (Tuhan), bermakna Jesus itu bukan Allah, sebab Allah Maha Mulia daripada segala sesuatu di alam dan di luar alam ini. Ini membuktikan Jesus itu bukan Tuhan (Allah). Sebab Jesus boleh ditunjuk arah dan di bawa oleh Iblis.

Jesus menyeru agar menyembah Allah Yang Satu

Matthew 4:10 bermaksud:
"Maka berkatalah Jesus kepadanya: Pergi engkau, Iblis!, Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau menyerah diri,

Jesus mengherdik Iblis dan menyuruhnya menyembah Allah. Iblis tahu bahawa Jesus mengajarnya Tauhid dan dia bukan Tuhan yang harus disembah.

Dalam al-Quran, surah Az-Zuhruf 63-64, Jesus juga menyuruh manusia menyembah hanya pada Allah SWT:

"Dan ketika Isa datang membawa keterangan-keterangan, dia berkata, "Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan hikmah dan supaya aku terangkan kepada kamu sebahagian daripada yang kamu perselisihkan padanya. Maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaKu".

Petikan disebelah membuktikan bahawa Jesus memarahi Iblis yang tidak mahu menyembah Allah. Jesus menyuruh Iblis menyembah Allah yang Satu. Ini terbukti Jesus bukan Allah (Tuhan).

Rujuk halaman  19-20 dalam buku Allah Islam dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama untuk lebih lanjut.

Wednesday, January 22, 2014

Jesus Pemimpin Bani Israel

Matthew 2:6 bermaksud:

"Dan Engkau Bethlehem, di tanah Judah, engkau bukanlah yang kecil dikalangan pemerintah Judah kerana padamu akan lahir seorang pemimpin yang akan memimpin Bani Israel".

Ayat di atas menerangkan Jesus (Nabi Isa) dilantik menjadi pemimpin Bani Israel. Ini bermakna Jesus bukanlah Tuhan kerana setiap yang dilantik dan juga menjadi pemimpin Bani Israel pasti bukan Tuhan.

John membaptis Jesis

Matthew 3:13 bermaksud:

"Jesus datang dari Galilee ke Jordan untuk dibaptis oleh John."

Jesus pasti bukan Tuhan kerana Tuhan tidak perlu dibaptis. Terbukti di sini bahawa Jesus telah dibaptis oleh John dan tidak boleh diperakukan sebagai Tuhan. Pada dasarnya pembaptisan ini adalah dilakukan oleh semua orang Kristian dan ianya telah dilakukan dikalangan orang Yahudi sebelum Kristian lagi.

Jesus disayangi oleh Tuhan

Matthew 3:17 bermaksud:

"Dan terdengar suara dari syurga berkata: "Ini adalah anakku yang Aku kasihi dan kepadanyalah Aku sayangi."

Tidak mungkin Tuhan disayangi oleh Tuhan yang lain kerana Tuhan hanya satu. Konsep anak di sini ialah menunjukkan orang yang disayangi.

Jesus diuji oleh Iblis

Matthew 4:1 yang bermaksud:

"Jesus telah dibawa oleh Roh ke gurun untuk diuji oleh Iblis"

Jika Jesus adalah Tuhan, mustahil Dia diuji oleh Iblis, sepatutnya Dialah (Tuhan) yang menguji Iblis. Sebab sebagai Tuhan (Allah) Ianya dapat mengatasi segala-galanya. Jika Ia masih dikuasai atau diuji oleh kuasa lain, bermakna ianya bukan Tuhan. Jadi dalam konteks ini, oleh kerana Jesus itu diuji oleh Iblis, dengan ini jelaslah bahawa Jesus bukan Tuhan (Allah) tetapi Jesus adalah hamba Allah (manusia).

Jesus berpuasa dan terasa lapar

Matthew 4:2 yang bermaksud:

"Dan setelah berpuasa empat puluh hari dan empat puluh malam, akhirnya laparlah Jesus".

Mustahil Tuhan berpuasa dan merasa lapar, kerana lapar adalah sifat menusia. Sekiranya Jesus mempunyai sifat manusia, sudah tentu Jesus bukan Tuhan; ini kerana Tuhan mestilah berkuasa dan mengatasi segala-gala.

Rujuk halaman 16-18 dalam buku Allah Islam dan Allah Kristian (Asal) Adalah Sama