Thursday, March 13, 2014

Mukjizat Jesus datang dari Allah

Acts 2:22 bermaksud:
"Hai orang-orang Israel, dengarlah perkataan ini; Yang aku maksudkan ialah Jesus dari Nazaret, seorang yang telah ditentukan Allah dan dinyatakan kepadamu dengan kekuatan-kekuatan dan mukjizat-mukjizat dan tanda-tanda yang dilakukan oleh Allah dengan perantaraan dia (Jesus) di tengah-tengah kamu, seperti yang kamu tahu".

Ayat tersebut bukan ucapan Jesus tetapi adalah Khutbah Petrus dihadapan murid-murid Jesus tentang kematian Jesus yang dibunuh dan bangkit pada hari ketiga. Ini jelas terbukti bahawa Jesus bukanlah Tuhan tetapi ciptaan Tuhan yang diberikan taraf utusan dengan mukjizat-mukjizatnya secara tersendiri. Jadi Jesus bukanlah Tuhan, tetapi utusan Tuhan.

Jesus dijadikan Tuhan?

Acts ayat 2:36 bermaksud:
"Jadi seluruh kaum Israel harus tahu dengan pasti bahawa Allah telah membuat Jesus, yang kamu salibkan itu, menjadi Tuhan dan Christ".

Jika Allah menjadikan Jesus Tuhan, bermakna terdapat Tuhan-tuhan lain selain Allah. Padahal Jesus bersaksi dalam Injil Mark 12:29, bahawa Tuhan itu Esa. Ini bererti dia itu bukan Tuhan.

"Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah :Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu Esa." (Mark 12:29)

Rasional selanjutnya:
Setiap yang dibangkitkan oleh Tuhan (Allah), sudah tentu ianya bukan Allah. Jesus telah dibangkitkan oleh Allah (dari kuburnya pada hari ketiga), oleh itu Jesus bukanlah Allah.

(Demikianlah wasiat Nabi Ya'qub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketka Nabi Ya'qub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya:" Apakah yang akan kamu sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kamu menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenek mu Ibrahim dan Ismail dan Ishaq, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepada-Nyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)". QS 2:133 Katakanlah (Wahai Muhammad) : "(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa. QS 112:1.

Jesus berdiri sebelah kanan Allah.

Acts ayat 7:56 bermaksud:
"Lalu katanya: "Sungguh, aku melihat langit terbuka dan Anak Manusia berdiri di sebelah kanan Allah".

Ayat tersebut adalah ucapan Stefanus dan bukan ucapan dari Jesus sendiri. Bagaimana Stefanus boleh melihat bahawa Jesus duduk di sebelah kanan Allah. Bagaiamanpun dapat disimpulkan disini bahawa Jesus itu bukan Allah.

Allah bangkitkan Jesus sebagai penyelamat bagi orang Israel.

Acts 13:23 bermaksud:
"Dan dari keturunannyalah,sesuai dengan yang telah dijanjikan Nya, Allah telah membangkitkan Penyelamat bagi orang Israel, iaitu Jesus".

"Dari keturunannya" bermaksud dari keturunan Daud. Paulus mengatakan akan lahir seorang penyelamat kaum Israel iaitu Jesus. Dalam Injil Matthew 15:24, Jesus sendiri mengaku dia diutus hanya untuk kaum Israel. Rasional selanjutnya:
"Setiap manusia yang dibangkitkan oleh Allah SWT, sudah pasti ianya bukan Tuhan (Allah). Jesus dibangkitkan oleh Allah SWT. Oleh itu Jesus tetap bukan Tuhan (Allah).

Rujuk halaman 73-75 dalam buku Islam-Kristian:Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.


Wednesday, March 12, 2014

Tuhan Dahaga

John 19:28 bermaksud:
"Jesus menegaskan : saya dahaga."

Tuhan menguasai segala-galanya. Kiranya Jesus Tuhan, ia tetap tidak dahaga. Jesus dahaga. Oleh itu Jesus bukan Tuhan.

Jesus pergi mengadap Allah

John 20:17 bermaksud:
"Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara ku dan kata kepada mereka: Aku sedang kembali kepada Bapaku dan Bapamu, kepada Tuhanku dan Tuhanmu".

Itulah ucapan Jesus setelah kebangkitan dirinya pada hari yang ketiga, lalu menampakkan dirinya kepada seorang wanita bernama Maria Magdalena yang sedang mencari mayat Jesus.

Dalam al-Qur'an, surah Az-Zukhruf ayat 64 dan surah A-li'Imraan ayat 51, Nabi Isa a.s. menyuruh pengikutnya, Bani Israel untuk menyembah Allah. Allah juga berfirman dalam surah Az-Zukhruf ayat 64 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah Dialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus".

1. Setiap yang mahu pergi menjumpai Bapanya (Tuhan), bermaknalah ia bukan Tuhan. 
2. Jesus mengakui dengan berkata kepada Maria itu bahawa ia akan pergi kepada bapanya yang katanya "Bapaku (Tuhanku) dan bapamu (Tuhanmu)". Pengakuan Jesus ini membuktikan bahawa Allah itu bukan Tuhannya sahaja tetapi juga Tuhan bagi Mariam (malah Tuhan bagi kita semua). Pengakuan Jesus ini mengesahkan bahawa Jesus itu sendiri bukan Tuhan.
.
Rujuk halaman 72-73 dalam buku Islam-Kristian: Satu Perhitungan untuk lebih lanjut

Tuesday, March 11, 2014

Tuhan lebih agung daripada Jesus

John 14:28 bermaksud:
"Kamu telah mendengar bahawa aku telah berkata kepadamu" aku pergi, tetapi aku akan datang kembali kepadamu. Sekiranya kamu mengasihi aku, kamu tentu akan bersukacita kerana aku pergi kepada Bapa ku, sebab Bapa lebih agung daripada aku."

Jesus telah mengaku bahawa dia hanyalah insan yang lemah, tidak sama seperti Tuhan. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan. Rasional seterusnya:

1. Setiap yang pergi bertemu Bapanya (Tuhan), bermaknalah ia bukan Tuhan. Jesus pergi berjumpa Bapanya (Tuhan). Oleh itu Jesus bukan Tuhan.

2. Setiap yang mengaku ianya lebih agung daripada Tuhan (sudah sepatutnya begitu), sudah tentu ianya bukan Tuhan. Jesus mengakui yang Tuhan lebih agung daripadanya. Jadi bermakna Jesus tetap bukan Tuhan.

Jesus datang dari Tuhan dan kembali kepada Tuhan

John 16:28 yang bermaksud:
"Aku datang dari Bapa dan aku datang ke dalam dunia, aku meninggalkan dunia pula dan pergi kepada Bapa."

Ini bukan kata-kata Jesus dalam bentuk perumpamaan atau kiasan bahkan merujuk kepada hakikat yang sebenar, iaitu dari Tuhan ia datang dan kepada Tuhan ia akan kembali. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus mengaku Allah itu Esa dan dia hanyalah utusannya

John 17:3 bermaksud:
"Inilah hidup yang kekal itu, iaitu bahawa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Jesus Christ yang telah Engkau utus".

Doa Jesus kepada murid-muridnya sebelum dia ditangkap dan dibunuh. Al-Qur'an juga menjelaskan dalam ash-Shafh ayat 6 bahawa Jesus (Isa a.s.) sendiri memberi kesaksian bahawa dia adalah seorang utusan Tuhan. Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata, "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan apa yang sebelumnya dari Taurat, pemberi khabar gembira dengan seorang Rasul yang datang sesudahku namanya Ahmad".

1. Setiap yang mengaku bhawa Allah itulah yang Satu dan benar, bermaknalah ia bukanlah Allah. Jesus mengakui yang Allah itulah yang benar dan yang Satu. Ini bermakna Jesus itu bukanlah Allah.

2. Setiap yang mengaku yang ianya adalah utusan Allah, sudah pasti ianya bukanlah Allah. Jesus mengakui bahawa ia adalah utusan Allah. Oleh itu sudah pastilah Jesus itu bukanlah Allah.

Jesus menerima Firman Tuhan dan menyampaikannya

John 17:18 bermaksud:
"Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepada ku telah ku sampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahawa aku datang daripada Mu, dan mereka percaya, bahawa Engkaulah yang telah mengutus aku".

Dengan perasaan rendah diri Jesus mengaku bahawa dia telah menyampaikan segala firman yang Tuhan wahyukan kepadanya untuk disampaikan kepada para pengiktunya. Ini membuktikan Jesus bukanlah Tuhan.

Rujuk halaman 70-71 dalam buku Islam-Kristian :Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.


Monday, March 10, 2014

Jesus diarahkan oleh Allah

John 14:10 bermaksud:
"Tidak percayakah engkau, bahawa aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku? Apa yang aku katakan kepadamu, tidak aku katakan dari diri ku sendiri, tetapi Bapam yang diam di dalam Aku, Dialah yang melakukan pekerjaanNya".

Ucapan Jesus tersebut bukan bererti bahawa dialah Tuhan itu sendiri, tetapi Roh yang dari Allah itu yang berada dalam dirinya. Jadi Jesus bukanlah Tuhan, cuma Roh yang dijadikan Tuhan ada dalam Jesus. Rasional seterusnya:

1. Setiap yang beserta dengan Tuhan (roh ciptaan Tuhan) sudah pasti ianya bukan Tuhan. Jesus beserta dengan roh ciptaan Tuhan. Jesus beserta dengan roh ciptaan Tuhan. Oleh itu Jesus bukan Tuhan.

2. Setiap yang melakukan pekerjaan arahan Tuhan, ianya bukan Tuhan. Jesus melakukan pekerjaan arahan Tuhan. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

3. Setiap yang tidak dapat melakukan pekerjaan atas arahan dirinya, bermakna ianya bukan Tuhan. Jesus tidak melakukan pekerjaan mengikut Kemahuan dirinya sendiri. Oleh itu pastilah Jesus bukan Tuhan.

Jesus memohon kepada Tuhan seorang penggantinya

John 14:15-17 bermaksud:
"Jikalah kamu mengasihi aku, kamu akan menuruti segala perintahku. Aku akan minta kepada Bapa, dan Dia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Dia menyertai kamu selama-lamanya, iaitu Roh Kebenaran".

Jesus meminta kepada Tuhan agar supaya memberikan seorang rasul sebagai pengganti untuk meneruskan risalahnya.

Pengganti yang Jesus minta kepada Allah untuk menggantikannya ternyata adalah seorang yang bernama Ahmad (Muhammad).

Ahmad adaah nama lain dari Nabi Muhammad. Dalam Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ahmad, Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya aku memiliki beberapa nama: Aku adalah Muhammad, dan Aku adalah Ahmad, dan Aku adalah Al Maahi (Penghapus) kerana kekufuran dihancurkan olehku. Aku adalah Al Haasyir dimana ramai orang dikumpulkann setelah masaku. Aku adalah Al Aaqid kerana tidak ada lagi nabi penutup setelahku".

Dalam al-Quran surah Ash- Shaf ayat 6 Nabi Isa juga bersaksi sebagai berikut yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata, Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan apa yang sebelumnya dari Taurat, pemberi khabar gembira dengan seorang Rasul yang akan datang sesudahku namanya Ahmad".

Rujuk halaman 68-69 dalam buku Islam-Kristian: Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.


Tuesday, March 4, 2014

Jesus berdoa dan bersaksi dia diutus oleh Tuhan

John, 10:41-42 bermaksud:
"Maka mereka mengangkat batu itu, lalu Jesus menadah tangan ke langit dan berkata: "Bapa, Aku mengucap syukur kepada Mu, kerana Engkau telah mendengarkan Aku. Aku tahu, bahawa Engkau selalu mendengarkan Aku, tetapi oleh kerana orang ramai yang berdiri di sini mengelilingi Aku, Aku mengatakannya, supaya mereka percaya, bahawa Engkaulah yang telah mengutus Aku".

Doa Jesus kepada Allah yang memohon agar orang bernama Lazarus yang telah empat hari mati supaya dihidupkan kembali dari kuburnya bagi membuktikan kepada orang ramai bahawa dia adalah utusan Allah. Rasionalnya:

1. Sesiapa yang menadah tangannya kelangit berdoa kepada Tuhan semoga memakbulkan doanya, pasti bukan Tuhan. Jesus telah menadah tangannya ke langit berdoa kepada Tuhan. Sudah tentu Jesus itu bukan Tuhan.
2. Sesiapa yang mengucap syukur kepada Tuhan, bermakna ia bukan Tuhan. Jesus telah mengucap syukur kepada Tuhan. Ini membuktikan Jesus bukan Tuhan.
3. Setiap yang mengaku yang ia adalah utusan Tuhan, sudah pasti ianya bukan Tuhan. Jesus telah mengakui yang ia adalah utusan Tuhan. Oleh itu Jesus pastilah bukan Tuhan. 

Bercakap dan caranya adalah mengikut kehendak Tuhan.

John 12:49. Jesus telah menegaskan yang bermaksud:
"Aku tidak cakap mengikut kehendakku, tetapi adalah mengikut Ayahku yang mengutuskan aku mengarahkan untuk menyampaikan dan juga dengan cara menyampaikannya."

Ini terbukti bahawa Jesus sendiri mengakui bahawa ia hanyalah utusan oleh ayahnya (Tuhan) untuk menyampaikan seruanNya dengan caranya sekali. Rasionalnya:

1. Sesiapa yang tidak bercakap mengikut kehendaknya sendiri, sudah tentu ianya bukan Tuhan.  Jesus bercakap tidak mengikut kehendaknya sendiri. Oleh itu, Jesus bukanlah Tuhan.
2. Sesuatu yang bercakap sebagai utusan bagi pihak lain yang mengarahkannya sebagai utusan, sudah pasti ianya bukan Tuhan. Jesus telah bercakap (menyampaikan) sebagai utusan bagi pihak Tuhan yang mengutuskannya. Oleh itu Jesus sudah pasti bukan Tuhan.

Jesus mengaku bahawa dia lebih rendah dari Tuhannya.

John 13:16-17 bermaksud:
"Aku berkata kepadamu:Sesungguhnya seorang hamba tidaklah lebih tinggi daripada Tuannya, ataupun seorang utusan daripada Dia yang mengutusnya. Jikalau kamu tah semua ini, maka bahagialah kamu, jika kamu melakukannya".

Nasihat Jesus kepada murid-muridnya, ketika dia membasuh kaki mereka sebagai tanda perpisahannya dengan mereka agar mereka bahagia dalam kehidupan.

Apa yang penting ditegaskan disini ialah Jesus sebagai utusan  mengakui bahawa ia adalah lebih rendah daripada yang mengutuskannya iaitu Tuhan. Ini jelas terbukti bahawa Jesus itu bukanlah Tuhan.

Manusia akan menemui Allah melalui Jesus

John 14:6 bermaksud:
"Kata Jesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada bapa kalau tidak melalui Aku".

Itulah jawapan Jesus kepada Thomas yang membuktikan bahawa Jesus itu bukan Tuhan.

Rasional selanjutnya:
Sesiapa yang mengaku ianya datang dari Bapa (Tuhan), sudah pasti ianya bukan Tuhan. Jesus mengakui ianya datang dari Bapa (Tuhan). Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Rujuk halaman 66-68 dalam buku Islam-Kristian: Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.



Monday, March 3, 2014

Jesus berkata apa yang telah diajarkan oleh Tuhan kepadanya

John 8:28-29 bermaksud:
"Maka kata Jesus: Apabila kamu telah mengangkat darjat Anak Manusia, barulah kamu tahu, bahawa akulah Dia, dan bahawa aku tidak berbuat apa-apa dari diriku sendiri,tetapi aku berbicara tentang hal-hal, sebagaimana diajarkan Bapa kepadaku. Dan Dia, yang telah mengutus aku, Dia menyertai aku. Dia tidak membiarkan aku sendiri, sebab aku sentiasa berbuat apa yang berkenan kepadaNya".

Ini disebabkan oleh orang ramai tidak mengerti bahawa Jesus berkata kepada mereka tentang Bapanya (Tuhannya). Tuhan katanya (Jesus) tidak akan membiarkannya membuat sesuatu melainkan dengan kehendak Tuhan. Oleh itu Jesus adalah bukan Tuhan. Rasionalnya:

1. Sesiapa yang mengaku ia sebagai Anak Manusia, sudah tentu ianya bukan Tuhan. Di sini jelas Jesus mengakui yang ia adalah Anak Manusia. Dengan ini jelas bahawa Jesus bukan Tuhan.
2. Sesiapa yang berbicara bagi pihak lain (Bapa), sudah tentu ianya bukan Tuhan. Di sini jelas bahawa Jesus berbicara bagi pihak Bapanya. Oleh itu jelas bahawa Jesus bukan Tuhan.

Hanya menyebarkan kebenaran.

John 8:40 bermaksud:
".....Jesus berkata:....anda berhasrat membunuh aku, seorang yang memberi tahu anda kebenaran yang aku dengar dari Tuhan."

Ini jelas terbukti bahawa Jesus itu bukan Tuhan sebab ia hanya utusan Tuhan menyebarkan Kebenaran yang didengarnya dari Tuhan.

Tuhan lebih agung dari Jesus

John 10:29-30 bermaksud:
"Bapaku, yang memberikan mereka kepadaku, lebih besar daripada siapa pun, dan seorang pun tidak dapat merebut dari tangan Bapa. Aku dan Bapa adalah satu".

Inilah jawapan yang diberikan oleh Jesus kepada orang-orang Yahudi yang masih ragu-ragu tentang kenabian Nabi Isa a.s. (Jesus) menyampaikan kebenaran yang sama (satu) itu, iaitu apa yang diperintahkan oleh Allah dan yang disampaikan oleh Jesus kepada orang Yahudi itu adalah perkara yang sama. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan, ia cuma menyampaikan perintah Tuhan yang Satu (Allah).

Jesus dalam Tuhan dan Tuhan dalam Jesus.

John 10:38 bermaksud:
"Tetapi jikalau melakukannya dan kamu tidak percaya kepada Ku, percayalah akan mukjizat-mukjizat itu, supaya kamu boleh mengetahui dan mengerti bahawa Bapa di dalam aku dan aku di dalam Bapa".

Jika Tuhan berada dalam Jesus tidaklah bererti Jesus itu Tuhan, bukan Tuhan itu sendiri yang menjelma menjadi manusia. Oleh itu Jesus adalah bukan Tuhan.

Rujuk halaman 64-65 dalam buku Islam-Kristian Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.

Sunday, March 2, 2014


Tuhan Yang Esa

John, 5:44 yang menjelaskan nabi Isa berkata:
"Bagaimanakah kamu boleh percaya kamu yang menerima hormat seorang daripada yang lain tetapi tidak mencari hormat yang datang dari Tuhan Yang Esa".

Di sini nabi Isa sendiri mengakui bahawa Tuhan itu Satu. Oleh itu Isa bukannya Tuhan. Kenyataan Tuhan itu satu (1) boleh juga dirujuk kepada Deuteronomu, 4:35 yang bermaksud, "Maka kepadamu ia ditunjuk, supaya diketahui olehmu bahawa Tuhan itu Allah, dan bahawa tiada Tuhan yang lain kecuali Yang Maha Esa".


Dengan ini juga terbukti bahawa nabi Isa itu bukan Tuhan; tetapi ianya adalah seorang nabi. Tuhan hanya Satu iaitu Allah SWT. Dalam Al-Qur'an juga menegaskan Tuhan itu Esa. QS, 112:1-4, yang bermaksud:
(1) Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa" (2); "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (3) "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; (4)" Dan tidak ada sesiapapun yang setara denganNya".

Ajaran Jesus berasal dari Tuhan

John 7:16 bermaksud:
"Jawab Jesus kepada mereka: "Ajaran Ku tidak berasal dari diriku sendiri, tetapi dari Dia yang telah mengutus aku."

Jesus memberitahu murid-muridnya bahawa apa yang diajar adalah berasal dari Tuhan yang mengutusnya dan bukan dari dirinya sendiri. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus datang kerana kehendak Tuhan


John 7:28-29 bermaksud:
"Waktu Jesus mengajar di Bait Allah, dia berseru: "Memang aku kamu kenal dan kamu tahu dari  mana asal Ku, namun aku datang bukan atas kehendak-ku sendiri, tetapi aku diutus oleh Dia yang benar yang tidak kamu kenal. Aku kenal Dia, sebab Aku datang dari Dia dan Dialah yang mengutus Aku".


Jesus mengajar di Bait Allah dan dia mengakui sendiri bahawa dirinya itu adalah utusan Allah dan dengan kehendak Allah. Oleh itu, Jesus bukanlah Tuhan (Allah); tetapi adalah utusan Allah. Rasional selanjutnya:

1. Sesiapa yang mengajar seperti secara fizikal di mana-mana tempat pun seperti di Bait Allah, pasti ia bukan Tuhan. Jesus telah mengajar secara fizikal di Bait Allah. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.
2. Setiap yang datang (berasal/ciptaan) dari Allah, sudah tentu ianya bukan Tuhan (Allah). Jesus datang dari Allah. Oleh itu Jesus pasti bukan Tuhan.
3. Setiap yang diutuskan oleh Allah, sudah pasti ianya bukan Allah. Jesus diutuskan oleh Allah, Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.
4. Sesiapa yang datang bukan kerana kehendaknya sendiri, pasti ianya bukan Tuhan. Jesus datang ke bait Allah itu dengan kehendaknya sendiri. Oleh itu, Jesus bukanlah Tuhan.

Rujuk halaman 62-63 dalam Islam-Kristian: Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.