"Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang rugi". (QS,Al-Imraan:85)
Dalam soteriologi penganut Buddha yang menjadi kepercayaan kepada asas ajarannya adalah punca penyebab kepada semua kesengsaraan. Keselamatan akan dapat dicapai sekiranya semua manusia dapat memadamkan keghairahan mereka, biasanya ianya lebih kepada keinginan kepada kewujudan. Bagaimanapun, mengikut kepercayaan penganut Buddha, kesedaran dapat memandu kehidupan manusia kepada takdir yang lebih baik, orang berpengalaman (sami) diperlukan untuk menjalankan latihan moral dan mental.
Apabila manusia mati, ia akan dilahirkan semula dalam bentuk yang lain, dan ini akan berterusan sehinggalah ia mencapai tahap nirwana. Dalam bahasa Sanskrit, nirwana diterjemahkan sebagai "memadamkan, pembebasan"; apabila seseorang telah mencapai tahap nirwana, dia tidak lagi perlu dilahirkan. Dengan kata lain, nirwana adalah kejayaan yang unggul untuk dicapai dalam amalan kerohanian fahaman kejayaan yang unggul untuk dicapai dalam amalan kerohanian fahaman Buddha, ianya dilihat sebagai satu tempat perhentian kesengsaraan yang terakhir.
Fahaman Buddha juga mengajar kegembiraan atau penderitaan dalam kehiduopan adalah keputusan daripada tindakan (karma) dalam kehidupan yang lalu atau tindakan yang lalu dalam kehidupan kita sekarang. Karma adalah "tindakan yang disengajakan", ini bermaksud, satu tindakan yang telah sengaja dilakukan menerusi gerak badan, ucapan mahupun fikiran. Kesan daripada karma ini dapat dibuktikan dalam jangka masa pendek ataupun panjang. Kesan ini akan jelas kelihatan pada hayat ini, atau selepas hayat ini ataupun selepas beberapa kehidupan.
Karma adalah penjelasan penganut fahaman Buddha mengenai kesengsaraan yang tidak dapat dijelaskan atau yang tidak dijangkakan. Menurut idea karma fahaman Buddha, seseorang itu akan dapat kebebsan, tetapi mereka membawa bersama perlakuan yang telah dilakukan dalam kehidupan sebelumnya. Oleh kerana itu, penganut agama Buddha mungkin akan mengatakan bahawa walaupun manusia ini dijadikan oleh Tuhan, mereka sebenarnya dilahirkan mengikut karma yang telah dilakukan pada kehidupan yang lalu. Ini berlaku di kalangan ibu bapa yang mempunyai hubungan hukum karma.
Islam mengajar umatnya bahawa Tuhan mencipta manusia dan dianugerahkan kepada mereka roh yang kekal. Setiap manusia memiliki kualiti yang istimewa dan setiap orang dapat menentukan takdir dan bertanggungjawab di atas setiap perlakuan mereka. Menurut fahaman Islam, tidak ada "kesengsaraan" yang tidak datang dari Tuhan. Kemiskinan bukanlah kesengsaraan, kesakitan juga bukan kesengsaraan, malah mati juga bukan kesengsaraan. Kesemua ini adalah tahap dalam kehidupan manusia yang mesti dihadapi sebelum menghadap Penciptanya.
Prinsip soteriologi dalam fahaman Buddha ialah keinginan yang berakar dari semua dukkha (penderitaan), dan ini amatlah diragui. Falsafah fahaman Buddha ini sendiri mungkin bercanggah kerana kepercayaan ketiga mengatakan "penderitaan dan kesengsaraan dapat dipadamkan dengan memadamkan keinginan" dan kepercayaan keempat mengatakan "keinginan boleh dipadamkan dengan mengikut " Lorong Lapan Lipatan".
Rujuk halamn 284-286 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk lebih lanjut mengenai topik ini.
Wednesday, October 9, 2013
Tuesday, October 8, 2013
Berhala dan Penyembahan Penganut Buddha
"Maka yang demikian (sifat-Nya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran?" (QS, 10:32)
Pada masa lepas, Islam telah mengiktiraf bahawa Allah telah menghantar para utusan kepada pelbagai kaum manusia dengan tugas untuk mengajar dan menyedarkan mereka bahawa wujudnya Pencipta. Dengan itu, setiap Nabi membawa ajaran dalam bahasa bangsa mereka. dan ajaran ini berbeza dari segi arahan, ahkam dan undang-undang di antara satu sama lain: tetapi pada dasarnya mempunyai maksud yang sama. Oleh kerana itu, semua kaum Muslimin wajib mengakui kewujudan Tuhan yang Satu, iaitu Allah SWT, Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mencipta dan Mengekalkan ke atas semua yang wujud. Dia tidak mempunyai hubungan secara fizikal di antara semua benda yang dicipta termasuklah kejadian manusia dia atas muka bumi ini. Dia juga tidak mempunyai permulaan dan pengakhiran. Allah tidak dimensi fizikal seperti lapar, tidur ataupun rehat dan Dialah yang memberikan kesemua ini kepada setiap makhluk yang diciptakan-Nya.
Sebelum ini kita ada menyenaraikan semula fahaman Buddha yang adam pada sesetengah bahagian ada menyebut kepercayaan aties kurang mempercayai tuhan. Adalah tidak tepat jika kita mengatakan penganut Buddha secara keseluruhan menolak kepercayaan kepada dewa. Ajaran Mahayana menerima idea penyembahan dewa-dewi dalam doktrin Trikaya, dan Fahaman Buddha Tibet, menerima idea "penjelmaan penunggu" mengikut konsep baddhisatvas. Lagipun, penganut Buddha yang mengatakan mereka adalah "aties" yang hanya mengamalkan ideologi ajaran Buddha, akan tunduk menyembah menghadap imej Buddha kerana menjadi amalan ajaran mereka. Walaupun mereka akan berkata seperti apa yang mereka sebut sebagai "penghormatan" dengan menyembah kepada sekeping batu, emas ataupun tanah liat dan pada masa ini mereka kelihatan tidak munasabah lagi. Secara zahirnya, ajaran Buddha tidak menggalakkan penyembahan secara terbuka, tetapi ia juga tidak melarang atau menyuruh atau mengamalkannya.
Secara jelasnya, penyembahan dalam fahaman Buddha telah menjadi satu bahagian dalam "keagamaan". Ini adalah untuk menambahkan kasih sayang agar ianya menggembirakan Buddha, dan ini adalah akar kepada kegembiraan peribadi yang dikenali sebagai bhakti, dengan menyatakan agama kemanusiaan sebagai keinginan manusia yang berkekalan. Sekitar kematian Buddha pada penghujung abad ke- 6 SM, pengikutnya merasai perlu kepada adanya sesuatu benda untuk memperingatinya, tetapi mereka belum merasai ukiran patung adalah satu perkara yang betul untuk memperingati beliau sejak dia tidak lagi wujud dalam perasaan biasa di nirwana. Bagaimanapun, kecintaan terhadap Buddha disemaikan dengan merentasi masa dan perasaan ini sungguh kuat sehinggalah kurun pertama sebelum Masihi muncullah patung Buddha yang pertama di Gandhara di utara India dan Mathura di Sungai Jumna.
Pada zahirnya, konsep bhakti (penumpuan) ini meresap kepada setiap sekolah ajaran fahaman Buddha isme. Sebagai contoh, dalam fahaman Buddha Tibet, kedudukan Dalai Lama (Lama yang perkasa atau lautan kebijaksanaan) adalah setaraf dengan jelamaan Tuhan. Justeru itu, pentafsiran mengikut konsep doktrin bodhisattva: apabila Buddha meninggal dunia, penggantinya mesti diambil dari kalangan bayi yang baru lahir dalam masa sejam kematiannya. Setelah dijumpai, bayi tersebut akan disytiharkan sebagai penjelmaan Dahal Lama. "Tuhan" baru ini semestinya seorang bayi lelaki, yang dipilih dengan menggunakan undang-undang Urutan Chubilganic (perubahan melalui penjelmaan).
Keluarga dari kalangan kebanyakan menjadi pilihan agar mereka tidak mempengaruhi Dalai Lama yang baru dengan pertalian darah mereka. Secara kasarnya, pemilihan bayi lelaki tersebut adalah mengikut amalan sisa-sisa fahaman shamanistik, kepercayaan penganut awal Buddha dan latihannya serta pendidikan yang memberi kuasa yang besar dan dipengaruhi oleh golongan sami yang mengamalnya. Bagaimanpun, penganut Buddha di luar Tibet, keseluruhannya menganggap Dalai Lama sebagai Ketua Semangat dan secara umumnya tidak menganggap Dalai Lama sebagai Tuhan.
Sila rujuk halaman 281-283 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan dengan lebih lanjut.

Monday, October 7, 2013
Ayat-ayat suci Buddha
Semua sekolah ajaran Buddha mempunyai ayat-ayat penting sebagai undang-undang, tetapi sekolah-sekolah ajaran Buddha ini tidak mengiktiraf undang-undang tersebut. Dengan kata lain, setiap sekolah mempunyai undang-undang tersendiri dan tidak mengiktiraf undang-undang sekolah lain kecuali undang-undang sekolah mereka sahaja. Pertubuhan prinsip biasanya mempunyai sedikit variasi di antara sekolah-sekolah. Ini kerana terdapat perbezaan rantaian perubahan dan juga kerana undang-undang dan peraturan-peraturan di tulis sesuka hati berdasarkan kesesuaian bahasa dan kebiasaan sesuatu budaya.
Peraturan dan undang-undang ini juga terbuka, maksudnya ayat-ayat ini dapat ditokok tambah pada bila-bila masa. Demikian juga kerana kekurangan pengiktirafan mengenai teks undang-undang oleh sekolah biasa tidak memerlukan penandaan penolakan yang disengajakan. Peraturan dan undang-undang ini tidak dihormati sebagai satu hasil hubungan di antara fahaman Buddha dan juga ianya tidak dihormati sebagai ayat suci dalam penggunaan deria takdir semiotik.
Bagaimanapun, peraturan ini di beri perhatian sebagai rekod perkataan dan tindakan penganut yang terhormat untuk mendapatkan "kesedaran", dan ianya juga dianggap sebagai perjanjian dianggap sebagai perjanjian agung kehormat.
Pembentukan peraturan dan undang-undang Buddha yang terawal bermula pada awal abad keempat selepas kematian Buddha. Sebagai contoh, dalam peraturan fahaman Buddha Tibet, lebih kurang 500 naskhah terjemahan Sanskrit dan catatan kritis sami Tibet telah di kumpul. Hanya selepas tahun 1300 M peraturan dan undang-undang Buddha Tibet dapat disiapkan. Peraturan dan undang-undang yang lain seperti undang-undang Sanskrit dan Pali contohnya, telah di terjemahkan ke bahasa Cina, semasa proses penterjemahan ini, ia telah memasukkan tulisan orang China selepas penyebaran fahaman Buddha ke China. Oleh itu kandungan teks Buddha China lebih banyak daripada kumpulan teks Sanskrit dan Pali.
Tidak kesemua teks penganut Buddha disimpan. Sutra yang agung, Bhadrakalpika Sutra, secara tulen wujud dalam bahasa Sanskrit, tetapi teks ini sudah amat lama hilang dan yang dapat diperturunkan kepada penganut Buddha pada hari ini adalah daripada peraturan dan undang-undang daripada fahaman Buddha Tibet. Ianya dianggap sebagai sutra Mahayana. Sebagai perbandingan, peraturan dan undang-undang penganut Buddha ini seakan-akan sama dengan bentuk koleksi hadis yang ditemui dalam Islam dan ianya pula berkemungkinan tidak tepat. Ini kerana tiadanya kajian isnad (rantaian penyebaran) yang boleh dipercayai untuk menjejaki kata-kata ajaran dari sumber yang tulen. Kita hanya mempunyai matn (teks) tentang kata-kata ajaran Buddha dan pengikut-pengikutnya yang mengamalkan sifat-sifat yang pernah diamalkan oleh Buddha.
Bagaimanapun, penulis mungkin akan bersetuju bahawa penyebaran dan usaha merekodkan peraturan dan undang-undang Buddha masih belum boleh dibandingkan dengan tahap koleksi hadis Bukhari, Muslim kerana hadis ini ada isnadnya secara yang shahih. Walaupun dalam koleksi sahih ini, masih ada hadis yang telah teliti tetapi masih ada yang ditolak kerana kekurangan isnad dan ini tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Penyebaran ayat-ayat penganut fahaman Buddha ini sememangnya tidak sama dengan tahap penyebaran dan pengembangan Al-Quran dan hadis itu sendiri, yang menjadi rujukan mutlak bagi keseluruhan kaum Muslimin di dunia.
Rujuk halaman 279-281 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk lebih lanjut.
Sunday, October 6, 2013
Buddha dengan Konsep Ketuhanan
Persoalan yang timbul di sini ialah bagaimana dengan masalah ketuhanan. Bagi Buddha, soal ketuhanan nampaknya satu perkara yang berkecuali baginya. Apabila seseorang itu mati, amalan yang baik itu akan menjelma pada jasad yang baik, begitulah sebaliknya. (Ini merupakan unsur Hindu).
Sesungguhnya pada Zaman Gautama Buddha ini, agama Hindu agak tebal di kalangan setempatnya. Jika Buddha mengajak mereka kepada Tuhan yang satu, agak pasti ajarannya akan ditolak. Bagaimanapun Gautama tidaklah menolak tentang kewujudan Tuhan yang satu ini. Bila mana diminta oleh anak muridnya tentang kewujudan Tuhan, beliau tidak menjawab, tetapi berkata dengan kata-kata yang bermaksud, "Bukan tanggungjawab saya atau kamu untuk mengetahui tentang kewujudan Tuhan, tetapi tanggungjawab kita bersama ialah untuk menghapuskan penyeksaan dan kesengsaraan atau kesedihan di dunia ini".
Lantaran ajaran Buddha ini tidak membincangkan soal 'akidah dan agama. Jadi ada sesetengah ilmuwan, agak keberatan untuk mengiktiraf ajaran Buddha ini sebagai satu agama; tetapi ianya lebih bercorak falsafah di mana ianya amat menitikberatkan soal moral dan mengetepikan aspek harta. Walau bagaimanapun, ajarannya ini kemudiannya bercampur-aduk dengan agama Hindu yang telah begitu lama bertapak di India.
Hindu percayakan banyak Tuhan- dewa-dewa itu tuhan, pokok, malah ular pun merupakan jelmaan Tuhan (tetapi kepercayaan Hindu sebenarnya mengakui adanya satu Tuhan yang agung). Akhirnya ada pengikut Buddha ini yang membina patung Buddha dan ada pula yang menganggapnya sebagai Tuhan (Prof. Dr. Ahmad Shalaby: 135). Lantas dengan ini pengikut ajaran Buddha kemudiannya menganggap ia sebagai satu agama.
Rujuk halaman 278-279 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk lebih lanjut mengenai topik agama Buddha.
Thursday, October 3, 2013
Mengapa orang Islam menyembah Kaabah, sedangkan Islam melarang penyembahan berhala?
Islam TIDAK sekali-kali menyembah Kaabah. Cuma Kaabah itu sebagai arah tuju atau kiblat ketika sembahyang untuk seluruh umat Islam di dunia ini. Ini boleh mengkhususkan atau lebih fokus terhadap Allah. Di dalam sembahyang ini umat Islam tidak memohon kepada Kaabah; tetapi memohon Allah SWT. Orang Islam bertawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Setiap kali mengelilingi Kaabah adalah di tengah-tengah. Pusingan itu bermula di tempat tertentu dan mulai beredar dari kiri ke kanan ( arah yang bertentangan dengan arah pusingan jam). Pusingan ini samalah dengan peredaran bumi di mana arah pusingannya adalah sama sepertimana mengikut arah yang bertentangan dengan pusingan jam. Dlam konteks bahasa 'Arab iaitu bahasa Al-Quran, konsep tujuh itu membawa pengertian yang banyak. Ini bermakna bahawa walau sebanyak mana sekali pun amalan manusia ini di dunia, tumpuannya mestilah berpusat kepada satu sahaja iaitu Allah SWT.
Pada peringkat awalnya, pelaung pernah melaungkan azan (menyeru umat Islam untuk bersolat) sambil berdiri di atas Kaabah. Kiranya orang Islam menyembah Kaabah sudah tentu tidak ada siapa yang berani berdiri di atas Kaabah itu. Sebagaimana juga orang Hindu yang menyembah berhala (Tuhan) atau penganut Buddha yang menyembah patung Buddha, ianya tidak sekali-kali memijak kepala patung Buddha itu.
Sehubungan dengan ini seorang sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Omar bin Al Khatab (RA) pernah berkata bermaksud; "Wahai Kaabah aku tahu kamu ialah batu sahaja dan tidak boleh bagi manfaat atau mudarat. Jika aku tidak melihat Baginfa (SAW) menyentuh atau mengucup kamu maka seudah pasti aku tidak berbuat demikian.
Sila rujuk halaman 254 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.
Wednesday, October 2, 2013
Persoalan yang ditimbulkan oleh para cendekiawan Hindu tentang Keadilan Tuhan
Jika Tuhan (Allah) itu adil, mengapa wujudnya seseorang bayi itu dilahirkan tidak semuanya sama iaitu ada setengahnya yang sempurna manakala setengahnya cacat seperti buta, tuli, pekak atau sebagainya?Setengahnya dilahirkan dalam keluarga dalam keluarga yang miskin dan setengahnya dilahirkan dalam keluarga yang kaya?
1. Kehidupan manusia di dunia ini adalah satu ujian dari Allah. Ini dapat diteliti pada Al-Quran, surah Al-Mulk, ayat 67:2 yang bermaksud; "Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)- untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; Dan Ia Maha Kuasa (membalas amalan kamu), lagi Amat Pengampun (kepada orang-orang bertaubat);"
Ini bermakna bahawa manusia yang wujud di dunia ini dijadikan Allah hanya sebagai ujian manakala di antara manusia ini yang iman dan bertakwa kepada-Nya. Ini juga dijelaskan-Nya lagi dalam Al-Quran, surah Al-Dhariyat, 51:56 yang bermaksud;
"Dan (ingatlah), tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku".
Sesungguhnya Allah menyatakan dalam Al-Quran bahawa Ia akan menguji manusia ini dalam beberapa cara iaitu di dapati sebagaimana berikut:
a. Surah Al-Baqarah, ayat 2:214 yang bermaksud;
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum sampai kepada kamu (ujian dan dugaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit , serta digoncangkan ancaman bahaya dan musuh), sehingga berkatalah (oleh rasul dan orang-orang yang beriman) yang ada bertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kami bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)".
b. An-Quran surah Al-'Ankabut, ayat 29:2 yang bermaksud, "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaab?)".
c. Al-Quran, surah Al-Anbiya', ayat 21:35 yang bermaksud; "Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada kamilah kamu sekaliannya akan dikembalikan".
d. Al-Quran surah Al-Baqarah, ayat 2:155 yang bermaksud, "Demi sesungguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan takut (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar".
e. Al-Quran surah Al-Anfaal, ayat 8:28 yang bermaksud; "Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar".
2. Sesungguhnya balasan di akhirat terhadap manusia adalah berasaskan berat ringannya apa yang dilakukannya di dunia ini. Maksudnya kalaulah ujian di dunia ini telah susah dan berat dalam melakukan amalan dan kebaikan demi untuk agama Allah (Islam), maka akan ringanlah hisabnya di akhirat. Kalaulah Allah telah mengujinya dengan kemiskinan di dunia ini, bermakna zakat tidak diwajibkan ke atasnya. Oleh itu hisab terhadap tugasnya membelanjakan harta benda itu tidak sangat dipersoalkan di akhirat nanti. Di sebaliknya bagi orang kaya diwajibkan zakat ke atasnya; contohnya dikenakan 2.5 peratus ke atas keuntungan perniagaannya. Kiranya ia tidak membayar zakat, dikenakan hukuman berat di akhirat. Begitulah juga ujian-ujian lain terhadap tingkah laku dan cara mana ia dapat harta dan cara mana membelanjakan (halal / haram) terhadap hartanya itu.
Sila rujuk halaman 251-253 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.
Tuesday, October 1, 2013
Konsep Takdir atau Qadar
Dalam konteks Islam, kita diajar bahawa sesetengah aspek kehidupan manusia ditentukan Tuhan. Contohnya tarikh dan tempat lahir, tarikh dan tempat mati serta jodoh.
Agama Hindu pula, mempercayai nasib yang berbeza di antara manusia ditentukan oleh amalan individu itu (karma) di mana ini kemudiannya mencorakkan statusnya melalui "rebirth" (penghidupan yang berulang).
Dalam konteks Islam pula ianya memberi jawapan mengenai nasib yang berbeza di kalangan manusia. Ini dapat diperhatikan dalam surah Al Mulk, 67:2, yang bermaksud, "Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; Dan Ia Maha Kuasa (membalas amalan kamu), lagi Amat Pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat; "
Bagaimanapun Allah telah juga menjelaskan dalam al-Quran bahawa manusia ini akan diuji dalam pelbagai cara, di antaranya adalah seperti mana berikut:
i. Al-Quran, surah Al-Baqarah, ayat 2:214, yang bermaksud; "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum sampai kepada kamu (ujian dan dugaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya dan musuh), sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman (yang ada) bertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)".
ii. Al-Quran, surah Al-'Ankabut, ayat 29:2 yang bermaksud; "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: :Kami beriman, "Sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan?)"
iii. Al-Quran, surah Al-Anbiya', 21:35 yang bermaksud, "Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada kamilah kamu sekaliannya akan dikembalikan"
iv. Al-Quran surah Al-Baqarah, ayat 2: 155 yang bermaksud, "Demi sesungguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar".
v. Al-Quran, surah Al-Anfaal, ayat 8: 28 yang bermaksud: "Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar".
Sila rujuk halaman 248-249 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)