Sunday, September 22, 2013

Agama Hindu ada meramalkan (meriwayatkan) akan lahirnya Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin benar yang perlu dipatuhi ajarannya.

Dalam kitab tua Hindu ada disebut Narashangsa. Dr.Ved Prakash Upaddhay telah menghuraikannya bahawa Narashangsa itu ialah Nabi Muhammad SAW yang akan lahir di suatu hari nanti. Ini terbukti dalam Rigveda 1:13:3, 1:18:9, 1:106:4,1:142:3, 2:3:2, 3:29:11, 5:5:2, 7:2:2, 10:64:3, 10:182:2 dan 19:70:2.

Di samping itu dalam kitab Mahabhharata, kitab Bhavasha Purana (Prati sarang, part 3, Khand3, Aday 3, Shaloka 5-8, 10-27) dan kitab Atharvaveda (buku ke 20, zikir 127), ada juga meramalkan yang Nabi Muhammad SAW akan lahir kemudian hari. Alasan membuktikan ramalan ini boleh diikuti dalam huraian berikutnya; terutama sekali tentang Narashangsa yang akan lahir itu Nabi Muhammad. Untuk keterangan lanjut yang mengikut Dr. Ved Prakash dan kitab Bhavasha Purana (Prati sarang, Khand 3, Aday 3, Shaloka 5-8) dan Mahabhharata adalah seperti mana berikut:

Dalam Kitab Rigveda (Penyelidikan Dr. Ved Prakash Upadday)

a) Narashangsa = Yang Terpuji =Muhammad SAW

Di mana-mana tempat dalam kitab Vedas, disebut juga nama Eelit. Dalam nota kaki pada salah satu daripada kitab Rigveda yang diterbitkan, Elit bermakna "Yang Terpuji". Muhammad adalah dalam bahasa 'Arab maknanya dalam bahasa Melayu ialah "Yang Terpuji". Maknanya Narashangsa dan Eelit adalah mempunyai erti yang sama, iaitu "Yang Terpuji".

Bhavasha Purana pula dengan jelas menyebut bahawa seorang Ketua agama akan muncul  (dari Negara asing dan bercakap dalam bahasa asing) dengan para sahabatnya dan namanya ialah Muhammad.

b) Tempat yang Narashangsa akan lahir adalah di kawasan padang pasir. Ini sudah tentu, buktinya jelas sekali. Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah pada tahun 570, ayahnya bernama Abdullah dan ibunya bernama Aminah. Mekah cuacanya panas, terletak di tengah padang pasir di negara 'Arab. Dalam Bhavasha Purana juga menyebut berasal dari tanah 'Arab,  manakala disebutnya "Marusthal" bererti padang pasir.

c) Kualiti Personaliti

Dalam Rigveda, dijelaskan bahawa Narashangsa yang akan lahir itu mempunyai personaliti yang cukup hebat. Ianya amat disayangi oleh ramai manusia. Stanley Lane Poole, menulis tentang Speeches of Muhammad (MacMillan, 1982) menjelaskan bahawa siapa yang melihatnya ia akan menghormatinya, siapa yang mendekatinya, akan menyayanginya, mereka akan mengatakan ia tidak pernah melihat orang seperti ini sebelum dan sesudahnya.

d) Wahyu (Revelation)

Dijelaskan juga bahawa Narashangsa akan mendapat pengetahuan secara Wahyu. Nabi Muhammad juga mendapat ajaran Islam adalah secara wahyu. Malah sesuatu perkara yang belum terjadi pun kiranya diwahyukan baginda akan tahu. Contohnya semasa berlakunya peperangan di antara kerajaan Parsi dan kerajaan Rom di mana kerajaan Rom telah kalah apabila dapat perkhabaran ini kepada Nabi Muhammad, baginda telah dapat wahyu dan menjelaskan bahawa kerajaan Rom akan menang peperangan beberapa tahun lagi. Didapati betul iaitu pada tahun 627 dalam peprangan Nineveh kerajaan Rom telah menang. Ini boleh dirujuk kepada Al-Quran surah Ar- Ruum, 30:2-4, bermaksud:

"Telah dikalahkan bangsa Rumawi. Di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang. Dalam beberapa tahun, Bagi Allah-urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari itu (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman".

Sila rujuk halaman 212-214 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

Thursday, September 19, 2013

Perhitungan

Perbezaan penting antara penganut Hindu dan penganut Islam ialah persepsi mereka tentang Tuhan. Umumnya penganut Hindu percaya falsafah Panteisme. Doktrin ini menganggap bahawa Tuhan ini adalah segala-galanya dan bersifat suci.  Ia menganggap bahawa Tuhan itu adalah segala-galanya dan bersifat suci. Ia menganggap bahawa pokok adalah Tuhan, bulan adalah Tuhan, monyet juga Tuhan, ular dan manusia juga adalah manifestasi Tuhan.

Bagi orang Muslim pula ia menerima hakikat bahawa dirinya dan juga alam sekitar adalah contoh-contoh ciptaan Allah dan bukannya bersifat ketuhanan. Segala apa yang ada di dunia ini, planet dan angkasa raya semuanya milik Allah s.w.t.

Bagaimana pun penganut Hindu yang memakai kitab suci mereka berkeras percaya dan menyembah kepada hanya satu Tuhan. Sifat Tuhan pula ialah Brahma bermaksud Pencipta atau 'Khaliq' dalam bahasa 'Arab. Di samping itu Tuhan dalam agama Hindu ini juga bersifat 'Vishnu' bermaksud pemilik atau dalam bahasa 'Arab disebut 'Rab'.

Bagaimanapun dalam kitab Rig Veda di atas ada menyebut bahawa Tuhan itu satu. Manakala Bhagwad Geeta (Kitab Hindu paling terkenal), Bab 7 versi 20 menyatakan bahawa mereka yang berfaham materialisme (kebendaan) akan menyembah Tuhan selain daripada yang Satu. Kitab Upanished, bab 6 bahagian 2 versi 1 'Ekam evaditiyam', bermaksud 'Dia (Tuhan) ialah Satu sahaja tidak ada yang kedua'. Manakala Upanished oleh S.Radhakrishnan, hal. 447 dan 448 ada menyebut Tuhan itu satu saja. 

Penganut Islam tidak akan menyangkal sekiranya Allah yang maha Kuasa disebut 'Khaliq' bermaksud Maha Pencipta atau 'Brahma' dalam agama Hindu, dan Pemilik dalam agama Hindu disebut 'Visnu' yang disebut dalam bahasa Arab itu 'Rab', tetapi penganut Islam akan terus menyangkal bila mana Tuhan yang Maha berkuasa itu digambarkan dengan mempunyai empat kepada atau Visnu itu mempunyai empat tangan. Bagaimanapun ini adalah bertentangan dengan apa yang disebut dalam Syetasvatara Upanishad 4:19 (kitab suci Hindu):

"Na tasya pratima asti" bermaksud: "Tiada yang sama dengan-Nya", maksudnya di sini ialah dengan Tuhan begitu juga dalam kitab suci mereka Rigveda 5:1:81, menyebut:yang Satu. 'Ma cid anyad vi sansata sakhayo ma rishanyata' bermaksud: "Wahai kawan-kawan, jangan menyembah sesiapa kecuali Dia, Tuhan yang Maha Esa. Puji-pujian hanya bagi-Nya sahaja".

Ini sebenarnya adalah bersamaan dengan Al-Quran surah Ikhlas, 112:4, yang bermaksud, "Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia". Al-Quran, surah Syura, 42:11 bermaksud, "Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengna Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat".

Rujuk halaman 209-210 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

Wednesday, September 18, 2013

Cara hidup berteraskan agama Hindu

Cara hidup masyarakat India yang beragama Hindu ini dicoraki oleh kasta. Ada 4 kasta yang mewarnai hidup mereka iaitu: Brahma, Kshatria, Vaishya dan Syudra

Brahman / Brahmin

Golongan ini adalah golongan Bangsawan. Mereka mempelajari kitab-kitab Veda dan mengajarnya kepada golongan lain. Seseorang Brahman tidak dikotori oleh dosa walaupun ia membunuh manusia daripada tiga golongan di bawahnya itu: Kshatriya, Vaisya dan Shudra. Raja juga menghormati golongan Brahman. Sesuatu keputusan penting oleh raja perlu berunding dahulu dengan Brahman. Raja juga tidak boleh mengenakan cukai ke atas seseorang Brahman.

Ksyatriya

Golongan ini adalah merupakan golongan pemimpin dan tentera. Raja adalah dari golongan ini. Seseorang kshatriya hidup sebagai seorang perajurit walaupun waktu dalam kedamaian.

Vaishya

Golongan ini perlu berkahwin dengan golongannya sahaja. Mereka ini mahir dalam perniagaan, pertanian dan ternakan.

Shudra

Golongan ini adalah yang terbawah. Mereka dikehendaki patuhi kepada terutamanya kepada golongan Brahman. Dipercayai bahawa dengan kepatuhan ini semoga ia selepas mati akan mendapat kedudukan yang lebih tinggi. Mereka ini adalah sebagai buruh, pasti patuh kepada majikan, kalau tidak akan dihukum dan diseksa.

Rujuk halaman 208-209 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

Tuesday, September 17, 2013

Tuhan dalam penggambaran manusia

Untuk menggambarkan secara lebih jelas tentang pengenalan Tuhan itu pengertian secara transendental perlu diertikan dalam impirisis (amaliah), biar pun ianya tidak sesuai dengan pengertian yang diberikan dalam kitab-kitab suci; tetapi untuk kepentingan orang awam, ianya boleh dibenarkan asalkan pengertiannya tidak diseleweng. Itulah sebabnya ditambahkan perkataan dengan sifat "lebih iaitu Maha. Ini banyak terdapat dalam kitab-kitab suci Hindu, contohnya Maha Pelindung (Rg.V.X.4.1.), Maha Ada (A.V.IV.16.2) dan Maha Melihat (A.V.IV.16.5)". Dengan ini manusia biasa senang faham.

Deva dan Devata

Tuhan (Pencipta) dengan makhluk (yang Diciptakan-Nya) sudah tentu berbeza; tetapi dalam kitab Veda DEVA ini mempunyai dua erti yang berbeza yang kadangkala digunakan secara tidak disedari DEVA sebagai Pencipta (Tuhan) dengan DEVA sebagai makhluk (Yang diciptakan). Contohnya wujud dalam R. Veda X.129, "Deva diciptakan oleh-Nya setelah menjadikan semua alam semesta berikut isinya". Dalam Rg. Veda X.121.8 dan X.90.3, terdapat kalimah yang mengatakan bahawa Deva menciptakan deva-deva (makhluk) lain yang maksudnya sama dengan Malaikat (R.Veda X.129.6).

Deva (Malaikat?) dalam kepercayaan Hindu ada 33. (Rg. Veda VIII.57.2). Ada tugasannya masing-masing. Contohnya deva langit, Deva angin, deva bulan dan juga deva bintang. Deva dilambangkan sebagai hukum tertinggi, Tuhan pula adalah penguasa atas hukum tertinggi. Deva berfungsi sebagai pengatur alam semesta di bawah kekuasaan Tuhan. Rg.V.X.36.14 ada menyebut yang bermaksud, "Dewa dari arah Barat, Dewa dari arah Timur, Dewa dari arah utara, Dewa dari arah Selatan. Semoga Ia dilimpahkan rahmah-Nya kepada kita dengan pemberian umur panjang".

Berdasarkan pemikiran arah ini timbul pula konsep-konsep baru tentang penunjuk arah. Lapan kardinal arah (utara, selatan, timur dan barat di samping di tengahnya antara beberapa sempadan itu: Timur Laut, Tenggara, Barat Daya dan Barat Laut) digambarkan seperti teratai berdaun lapan. Setiap daun melambangkan deva yang dikatakan bersifat sebagai Tuhan yang Maha Kuasa, iaitu seperti mana berikut:

Anima- sifat Tuhan yang amat halus dan peka
Laghima- sifat Tuhan Yang Maha Ringan
Mahima- sifat Tuhan Yang Maha Besar
Prapti- sifat Tuhan yang dapat mencapai ke mana saja.
Prakamya- sifat Tuhan yang segala kehendaknya tercapai.
Isitva- sifat Tuhan yang merajai atas segala yang berkuasa
Vasitva- sifat Tuhan yang berkuasa atas segala yang berkuasa
Yatrakamavasayitva- sifat Tuhan yang kudrat-Nya tidak ada yang melawan.

Di samping itu, terdapat juga gambar selain daripada bentuk teratai, terdapat bentuk seperti senjata, kenderaan, warna, bentuk simbol deva atau pelbagai gabungan lagi.

Sila rujuk halaman 202-203 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

Sunday, September 15, 2013

Tuhan dan Kepercayaan utama mengikut agama Hindu

Dalam agama Hindu ada dua aliran kepercayaannya tentang tuhan ini. Pertamanya mereka percaya dengan keesaan Tuhan. Keduanya mereka percaya yang Tuhan ini banyak.

Apakah makna Tuhan dalam konteks kitab Hindu

Dalam kitab Brahma Sutra 1.1.2 maksudnya, "Tuhan ialah dari mana asal semua ini". Ini bermakna Tuhan adalah asal dengan sendiri dan tanpa-Nya, tiadalah makhluk ini. Ia-Nya tetap Esa. Rg. Veda. 1.164.46 ada menyebut yang bermaksud, "Tuhan Yang Maha Esa, para arif lagi bijaksana mengatakannya banyak (nama), Agni Yama, Matarisva. Ini bermakna biarpun Ianya Esa; tetapi namanya disebut banyak yang mana antaranya Agni Yama, Matarisva. Nama Tungga (Esa), Brahma (Brahma Sutra:1.1.1.) Ini juga hampir sama dengan Allah dalam Islam yang dikenali dengan 99 nama.

Wahyu Tuhan (DEVA VAK), di himpun dalam bentuk buku yang dikenali dengan nama kitab-kitab Veda dan ianya dianggap sebagai sumber bagi semua pengetahuan dan kerana itulah disebut dengan nama kitab Veda. Beriman kepada agama Hindu bermakna seseorang itu percayakan apa dalam kitab-kitab Veda tanpa ragu-ragu lagi. Lebih-lebih lagi perkara yang mencanggahinya, pasti tidak boleh. Dalam kitab Veda telah menyebut nama-nama Tuhan yang Esa. Brahma Sutra 1.1.3 ada menyebut yang bermaksud, "Hanya kitab suci cara yang baik (untuk mengenal Tuhan)". Mengenal Tuhan perlukan pengertian secara transendental (di luar batas pemikiran biasa).

Rujuk halaman 200-201 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dalam topik ini dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

Thursday, September 12, 2013

Kitab Yajur Veda (Yajurved)

Mengandungi ayat-ayat prosa yang dibaca oleh para pendeta mereka ketika menyerahkan korban untuk upacara agama. Pada bab 32:3 ada menyebut, "na tasya pratima asli" yang bermaksud, "Tidak ada imej bagi Dia dan Dia tidak dilahirkan dan Dialah yang berhak disembah".

Yajurved oleh Devi Chend M.A., hal. 377 ada menyebut yang bermaksud;

"Tidak ada imej bagi Dia dan Dialah Yang Maha Mulia. Dialah yang memelihara cakerawala seperti matahari dan sebagainya dalam alam ini. Doa kami supaya Dia tidak membinasakan kami. Dia tidak dilahirkan dan Dialah yang berhak disembah."

Yajurveda Samhita oleh Ralp IH. Griffift, hal. 538 pula menyatakan; "Andhatma pravishanti ye asambhuti mupaste", yang bermaksud, "mereka yang menyembah objek dalam alam ini seperti udara, air, api dan sebagainya adalah dalam kegelapan (kesesatan) dan mereka yang menyembah Sambhuti adalah lebih sesat".

"Sambhuti" ini ialah barang-barang yang dibuat oleh manusia seperti berhala, meja, kerusi, dan sebagainya. Yajurved, bab 40, ayat 160, menyatakan ayat yang bermaksud;

"Pimpinlah kami ke jalan yang benar dan buanglah dosa kami yang menyebabkan kami menjadi sesat. Wahai Agni kamulah Tuhan yang tahu segala perbuatan kami. Pimpinlah kami ke jalan kejayaan. Buanglah dosa dari kami yang membuatkan kami menjadi sesat. Segala puji hanya untuk Mu'. (Yajurveda Samhiti, oleh T.H. Griffith, hal. 541).

Ini pula bersamaan dengan Al-Quran surah Al-Fatihah, ayat: 6-7 yang bermaksud; "Tunjuklah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat".

Rig Veda buku no 6, Zikir 45, ayat 16 berbunyi, "Ya eka ittamushtuhi", yang bererti, "Dia sahaja yang berhak dipuji. Dialah yang maha Esa dan tidak menyerupai (makhluknya). (Ralph T.H. Griffith, Rigveda, hal. 648).

Sila rujuk halaman 197-198 untuk penjelasan lebih lanjut mengenai topik ini dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

Wednesday, September 11, 2013

Sejarah kitab Rig Veda (Rigved)

Kitab yang paling lama dan paling masyhur dan terpenting. Ianya juga meliputi empat Veda ini. Ianya mengandungi 1,017 buah nyanyian agama untuk tuhan-tuhan mereka. Di antara tuhan-tuhan yang masyhur disebutkan ialah tuhan Indra iaitu tuhan bagi segala tuhan, tuhan Agni iaitu tuhan api, tuhan Suriya (matahari) dan lain-lain lagi. Contoh nyanyian (Zikir) untuk Tuhan Indra:  

Dialah yang tertinggi dari segala-gala dan maha tinggi, Tuhan segala tuhan mempuyai kekuatan yang di atas di depan kekuasaannya yang maha perkasa, menggeletar bumi dan langit-langit yang tinggi. Wahai manusia, dengarlah gurindam ku, sesungguhnya dialah Indra Tuhan alam semesta.

Contoh nyanyian untuk tuhan api:
Ketika aku melihat makhluk yang terang ini di dalam hati ku. Kedua telinga ku berdengung. Kedua mata ku bergerak kebimbangan jiwa ku sesat di dalam keraguan. Jadi apakah yang aku kata dan apakah yang aku fikir? Hai Agni! Semua tuhan-tuhan memuja mu dengan ketakutan. Engkau tiada tenggelam dalam ketakutan.

Sehingga sekarang pun penganut-penganut Hindu terus menyanyikan lagu-lagu dari Rig Veda ini dalam sembahyang pagi dan petang, dalam majlis perkahwinan, biar pun ianya termaktub sejak kira-kira 5,000 tahun dahulu. (Edward Thomas: hal. 82).

Kitab yang paling suci di kalangan penganut agama Hindu ialah Rig Veda. Dalam Rig Veda buku 1 zikir (nyanyian) 164, ayat 46 ada menyebut bahawa "Sami-sami" Hindu yang paling bijak mengenali dan mengingati Tuhan yang satu dengan pelbagai nama. Ini juga agak sama dengan Al-Quran yang diketahui dalam Islam ada 99 nama, di antaranya yang paling lumrah ialah Allah.

Dalam Rig Veda buku 2, Zikir I menyatakan bahawa sifat Tuhan yang Maha Besar itu tidak kurang daripada 33 sifat. Contohnya Brahma yang dikenali dalam bahasa Arab ialah "Khaliq" yang bererti Yang Maha Mencipta. Ini tidak di bantah oleh pemeluk Islam; tetapi penganut Islam akan membantah keras kiranya Brahma (Khaliq) itu digambarkan dengan empat kepala dan empat tangan.

Sebab ia bererti bahawa Tuhan itu ada imej. Bahkan dalam Yajur veda bab 32, ayat 3 pun membantah akan fahaman sebegini. (sila rujuk Yajur Veda dibawah).

Satu lagi sifat Tuhan ialah Vishnu (Yang memelihara) yang sama ertinya dalam bahasa Arab (Rabb). Penganut Islam juga tidak membantah; tetapi akan membantahnya jika Tuhan yang bersifat Vishnu (Rabb) itu mempunyai 4 tangan dan tangan itu memegang Chakra dan Kulit Siput (Cronch) dan Dia pula menunggangg burung. Gambaran ini bertentangan dengan penganut Hindu sendiri (rujuk Yajur Veda bab 40, ayat 8 dan Rig Veda buku zikir 1 ayat 1).

Untuk lebih lanjut mengenai topik ini,  sila rujuk halaman 194-196 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.