Tuesday, September 10, 2013

Menyembah Vishnu dan Lakshmi atau penjelmaan Vishnu: Rama, Krishna dan Narasimha

Masyarakat Hindu hari ini yakin yang Vishnu sebagai aspek pemilik Brahma, Pencipta dan juga Siva, pemusnah. Ini bermakna ada tiga unsur (Trimurti): Pencipta, Pemilik dan Pemusnah. Ini adalah tiga imej penting dalam agama Hindu. Rig veda dalam nada nyanyiannya menyentuh yang Vishnu ini tuhan meliputi bumi, atmosfera, dan langit yang mungkin juga merangkumi matahari dan zenith. Vishnu dipercayai menjaga keselamaan bumi melalui Avatars turun ke bumi bagi menyelamatkan manusia. Bhagavata Purna menyebut 22 avatars, tetapi yang diterima dan dikenali ramainya antaranya adalah sepertimana berikut: 

Matsya: Sebagai ikan  besar yang menyelamatkan Manu ketujuh daripada Banjir Besar
Kurma: Menyerupai penyu semasa lautan bergelora dan berpusar.
Varaha: Menyerupai bentuk beruang (bear) ianya memusnahkan syaitan Hiranyaksha.
Narasimha: Menyerupai bentuk separuh manusia dan separuh singa, ianya memusnahkan syaitan Hiranyakashipu.
Vamana: Penjelmaan Vishnu sebagai avatar ke 5, melindungi dunia daripada kezaliman raja syaitan, Bali. Ceritanya dikisahkan dalam kitab Purana.
Rama: Tokoh yang berani melawan Ravata, raja Langka. Ini dikisahkan dalam hikayat Ramayana.
Buddha: Ini adalah Avatar yang terakhir bagi Vishnu yang akan lahir di akhir Zaman Gelap ini. Ianya dijangka akan dapat dilihat sebagai penunggang kuda putih. Vishnu ini kenderaannya adalah burung Garuda. Ia juga dikenali dengan nama Keshava, Narayana, Madhava dan Govinda. Ia adalah pengasas bagi agama Buddha.
Kalki: Nama-nama ini pernah disebut semasa memulai sesuatu upacara pemujaan.

Fizikal Vishnu digambarkan mempunyao empat tangan. Salah satunya memgang bunga lotus, satu memegang gada (sejenis alat seperti pemalu), satu memegang piring (discus) untuk menghentam sasaran, dan satu lagi memegang konc.

Lakshmi: Ianya dikaitkan dengan perempuan yang jelita dan bernasib baik. Lakshmi, isteri Vishnu yang menjelma dalam pelbagai avatars. Bila mana Vishnu menjelma sebagai Vamana, Lakshi sebgai Padma. Bila mana Vishnu menjelma sebagai Rama, ia sebagai Sita dan bilamana Vishnu menjelma sebagai Krishna, Lakshmi sebagai Rukmini.

Lakshmi digambarkan mempunyai empat tangan. Dua daripada tangannya memegang bunga lotus. Tangan ketiga ada emas dan tangan keempat pula penyembahan.

Sila rujuk halaman 191-192 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk lebih lanjut mengenai topik ini.

Monday, September 9, 2013

Sejarah agama Hindu

"Hindu" adalah perkataan Parsi bagi penghuni di satu kawasan di lembah Indus. Ini berdasarkan kepada pelbagai kitab dan yang sangat terkenal di antaranya ialah Veda yang membincangkan kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setakat ini tiada siapa yang mengetahui siapakah pengasasnya agama ini. 

Agama ini adalah agama tauhid (percayakan tuhan) tetapi dari segi lain pula ianya percaya kepada pelbagai tuhan seperti kaum primitif lain di mana wujudnya kepercayaan dan penyembahan kepada roh ibu bapa dan lain-lainnya, terutama sekali ialah kepada lembu. Bagaimanapun mengikut catatan sejarah bahawa agama Hindu ini berkembang di kalangan kaum Brahman yang berkumpul pada abad ke-8 sebelum Masihi di mana golongan ini menubuhkan mazhab Brahman dan menyeru untuk penyembahan Brahma.

Di antara ajaran pentingnya ialah pemberian korban-korban mesti dilakukan di hadapan seorang Brahma untuk memberkatinya. Kiranya tiada korban, roh ibu bapanya yang mati akan lenyap dan akan hilanglah kebesaran keluarga berkenaan.

Agama Hindu kemudiannya menjadi lemah sebab ajaran Buddha mulai dan Jaina berkembang di India. Tetapi agama Hindu naik balik di India kerana adanya pembaharuan yang dikuatkan oleh syariat Manu yang menyusun agama ini dalam menentangi arus perkembangan agama Buddha dan Jaina. 

Ini berlaku dalam kurun ketiga dan kedua sebelum Masihi. Syariat Manu telah mengalih perhatian daripada penumpuannya terhadap tuhan-tuhan kepada amalan-amalan agama, pemberian korban dan hal-hal yang zahir sahaja.

Di samping itu tuhan Brahma tidak lagi dianggap bersendirian, malah kepada semua makhluk, sama ada baik atau pun buruk, mengikut perjalanan nasibnya dan menerima sebahagian dari dosa dan penderitaannya, kelahiran dan perubahannya. Mengenai ini Manu berkata: Roh Maha Tinggi itu tinggal tetap dalam semulia-mulia makhluk dan sehina-hinanya".

Sunday, September 8, 2013

Unsur perpaduan antara Islam dan Kristian

Sebenarnya Islam dan Kristian adalah agama Samawi yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan Nabi Isa a.s. Oleh itu tidak mustahillah jika ada persamaan antara keduanya seperti mana yang telah diceritakan di atas. Penganut agama Kristian dan Yahudi sebenarnya tidak mengiktiraf Al-Quran sebagai kitab yang diwahyukan. Walaupun begitu, orang Islam wajib mempercayai kitab-litab samawi yang selain Al-Quran telah diturunkan secara langsung atau tidak langsung kepada Allah. 

Paus Paulus VI telah mengutuskan pesan kepada Almarhum Raja Faisal pada  1974 dengan menyatakan keyakinannya yang mendalam tentang kesatuan dunia Islam dan dunia Kristian yang kedua-duanya menyembah tuhan yang Satu. Sifat keterbukaan Paus Paulus terhadap Islam mewujudkan lembaran persepsi baru hubungan antara kedua agama. Di samping itu ulama' Arab juga berkunjung ke majlis Ekumeni Gereja di Geneva dan mereka diminta untuk menunaikan solat zuhur di Kathedral.

Al-Quran telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad dengan perantaraan Jibril. Jadi ia mempunyai kandungan yang tetap  daripada dahulu hingga sekarang. Manakala Bible adalah wahyu melalui penyaksian manusia dan menulis Bible itu tidak seorang pun yang hidup pada zaman Nabi Isa itu.

Dari segi sains moden, penyelidikan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh mana kitab-kitab suci yang kita miliki itu bersifat benar dan autentik. Bermula daripada  sebelum pembukuan kitab tersebut hinggalah sekarang. Adapun setelah lamanya  Bible itu hanya dibaca oleh orang Kristian tanpa sebarang kajian kerana kritikan terhadap kitab suci adalah satu dosa dan penganut Kristian terus-terusan disajikan dengan Kitab Bible yang telah disunting  dan dipotong ayat-ayat tertentu  yang mungkin amat penting. Selepas manusia mula berfikir berlandaskan logik sains, pada mulanya ia nampak seperti mempunyai keserasian dengan Bible, tetapi selepas perkembangan sains yang cepat wujudlah pertentangan dan perbezaan antara Bible dan Sains.

Berbeza dengan teks Al-Quran yang tetap, ia menceritakan tentang pelbagai proses sains sehinggalah setiap penyelidikan setakat ini menemui keserasian dengan kandungan Al-Quran.

Apa yang diperkatakan tentang perkara-perkara yang mereka tidak puas hati tentang apa yang terkandung dalam Bible di atas itu hanyalah sedikit sahaja. Bagaimanapun, perpaduan di antara Islam-Kristian boleh dibentuk melalui persefahaman ketuhanan yang satu. Perpecahan Islam-Kristian ini adalah masalah yang berlaku berpunca  daripada pelobi Yahudi di AS. Ini adalah satu masalah politik yang dicetuskan  oleh AS kesan daripada pengaruh undi dan wang daripada pelobi Yahudi dalam pemilihan Presiden AS.

Merujuk kepada Presiden AS sekarang (Bush), Setiausaha Agung Holly Synod di Mesir, Metropolitan Bishop, "....sekiranya dia (Bush) membaca kitab Injil dengan betul, dia akan nampak bahawa orang Yahudi adalah musuh Tuhan".

Jom dapatkan buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan dengan harga RM 20. Sila rujuk halaman 185-187 untuk lebih lanjut mengenai topik ini.

Thursday, September 5, 2013

Khabar gembira tentang Nabi Muhammad SAW dalam kitab Bible

Bagi Kristian, didapati banyak bukti yang mengatakan Nabi Muhammad akan lahir sebagai nabi yang terakhir melengkapkan ajaran daripada para nabi sebelumnya. Bukti-bukti ini dapat dikumpulkan sepertimana berikut:

Di dalam kitab Taurat, Allah s.w.t. telah berfirman kepada Nabi Musa: "Seorang nabi akan Ku bangkitkan untuk mereka di kalangan saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firmanKu dalam mulutnya, dan dia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya. Orang yang tidak mendengar segala firmanKu yang akan diucapkan oleh nabi itu demi namaKu, daripada akan Kutuntut pertanggungjawaban." (Deuteronomy 18:18-19).

Dalam konteks akan dibangkitkan nabi oleh Allah s.w.t. " di kalangan saudara mereka, seperti engkau ini;" adalah jelas dimaksudkan dengan Nabi Muhammad s.a.w., sebab Nabi Muhammad s.a.w. adalah saudara kepada Bani Israel kerana saudara Bani Israel ialah Bani Ismail sebab Ismail adalah saudara Nabi Ishak iaitu ayah Israel (Nabi Ya'kub). Kedua-duanya (Nabi Ishak dan Nabi Ismail) adalah daripada ayah yang sama; Nabi Ibrahim. Cuma emak mereka berlainan iaitu emak Nabi Ismail ialah Siti Hajar, manakala emak Nabi Ya'akub (Israel) ialah Siti Sarah. Mereka berdua itu dilahirkan Nabi Ya'akub di Palestin.

Selain itu tidak ada lagi nabi diutuskan Allah s.w.t. selepas Nabi Musa di kalangan saudara Bani Israel yang ciri-cirinya seperti Nabi Musa, selain daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ada pendapat mengatakan bahawa nabi yang akan diutus oleh Allah s.w.t. itu ialah Nabi Isa, bukannya Nabi Muhammad s.a.w. Pandangan ini salah kerana ia tidak memenuhi ciri-ciri seperti Nabi Musa. 

  • Nabi Isa dilahirkan dengan kuasa Allah s.w.t. tanpa ayah, tidak seperti Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. yang melalui proses ayah dan emak secara lazim.
  • Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. wafat seperti biasa dan tidak sepertimana Nabi Isa
  • Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. hidup dengan umur yang agak panjang, berbeza dengan Nabi Isa di mana umurnya ketika berlaku penyaliban itu cuma 34 tahun.
  • Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. sama-sama berkahwin dan masing-masing mempunyai zuriat keturunan (lelaki dan perempuan), dan ini berbeza dengan Nabi Isa kerana tidak berkahwin dan ia cuma datang untuk mengakui syariat Nabi Musa tanpa membawa syariat baru.
  • Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja sebagai rasul tetapi juga sebagai pemimpin secara berkerajaan di zamannya, manakala Nabi Isa hanya sebagai rasul sahaja iaitu bagi mengakui syariat Nabi Musa sahaja.
  • Dalam konteks ayat "Aku akan menaruh firmanKu dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya" di atas, Kebenarannya terserlah dalam ayat yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang berbunyi: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan."


Untuk lebih penjelasan mengenai tajuk ini, sila rujuk halaman 181-183 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

Wednesday, September 4, 2013

Bukankah Al-Quran itu ditulis oleh syaitan?

Dalam konteks ini Al-Quran sendiri telah menjelaskan dalam surah Waqiah, 56:77-80, yang bermaksud, "Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan (77), yang tersimpan  dalam kitab yang cukup terpelihara (78), yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci (79); Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam (80).

Terbukti di sini bahawa Al-Quran itu tidak boleh disentuh, melainkan oleh hamba-hambanya yang suci. Manakala syaitan ialah jenis yang menderhaka kepada Allah, bahkan diharamkan oleh Allah daripada menghampiri dan menyentuhi Al-Quran. Jadi dengan ini tidaklah timbul lagi Al-Quran itu ditulis oleh syaitan.

Surah Syura, 26:210-211 menjelaskannya lgi yang bermaksud, "Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh syaitan-syaitan (210). Dan tidaklah layak bagi syaitan-syaitan itu berbuat demikian, sert mereka tidak akan dapat melakukannya. (211)".

Ramai orang kafir masih menganggap bahawa kuasa syaitan itu lebih rendah sedikit daripada Allah di mana ianya (syaitan itu) hanya tidak boleh buat beberapa perkara sahaja yang Allah sahaja boleh lakukan. Dengan ini mereka tidak menerima Al-Quran ini sebagai mukjizat dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Jadi terus menuduh Al-Quran ini perbuatan syaitan.

Sekiranya Al-Quran itu perbuatan syaitan, sudah tentu ayat ini (surah Nahl,16:98) tidak akan disebut yang bermaksud, "Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, hendaklah engkau (terlebih dahulu) meminta perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang direjam".

Di samping itu, Al-Quran menekankan lagi dalam surah Al-Aaraf, 7:200 yang bermaksud, "Dan jika engkau dihasut syaitan, maka mintalah perlindungan daripada Allah. Sesungguhnya Allah amat mendengar, lagi amat mengetahui."

Jika dikatakan Al-Quran itu perbuatan syaitan mengapakah pula Allah menyuruh hambanya supaya meminta perlindungan-Nya sekiranya dihasut syaitan? Anehkan? Dalam surah Al-Baqarah, 2:168, Allah menyatakan lagi yang bermaksud, "Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu".

Dalam surah Yasin,  36:60 juga menjelaskan yang bermaksud; "Bukankah Aku telah memerintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia terhadap kamu adalah musuh yang nyata."

Sememangnya syaitan itu bijak dalam memesongkan pemikiran manusia. Biar pun begitu Allah maha bijak dan mengetahui segala-galanya. Oleh hal yang demikian Allah telah memberi tahu bahawa Al-Quran itu adalah sememangnya kalamullah dan bukannya perbuatan syaitan.

Rujuk halaman 179-180 untuk lebih lanjut mengenai topik ini dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

Tuesday, September 3, 2013

Apakah benar Nabi Isa sebagai Kalimatullah (Kalimah Allah) dan Roh daripada Allah seperti yang dikatakan dalam Al-Quran?

Untuk menjawab persoalan ini pertamanya perlu dahulu dirujuk kepada Al-Quran surah Ali-'Imran, 3:45 yang bermaksud, (Ingatlah ketika, malaikat berkata: "Wahai Maryam, bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan kepadamu seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al Masihi 'Isa Ibn Maryam, seorang anak yang terkemuka dalam dunia dan akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah)".

Dalam maksud ayat al-Quran di atas disebut bahawa "kalimah daripada Allah" dan bukannya kalimah Allah. Kalimah daripada Allah maksudnya ialah berita daripada Allah. Ini membawa makna bahawa itu adalah seorang pesuruh Allah atau Nabi Allah. Keduanya gelaran yang diberikan kepada seseorang Nabi itu bukanlah bermakna ianya diberikan kepada Nabi itu sahaja. Contohnya Nabi Ibrahim a.s. diberi gelaran "Khaleelullah" atau "teman Allah", ini bukanlah bererti yang nabi-nabi lain juga tidak menjadi kawan/teman Allah. 

Nabi Musa, dalam Al-Quran ada juga disebut sebagai "kaleemullah" yang bermaksud Tuhan bercakap dengan Baginda. Ini bukanlah bermakna pula Tuhan tidak pernah bercakap dengan nabi-nabi yang lain. Jadi apabila Nabi Isa a.s. itu disebut sebagai "Kalimatullah" atau "Kalimah daripada Allah" atau pesuruh Allah, ini bukanlah bermakna nabi-nabi lain juga tidak boleh dikatakan sebagai bukan pesuruh Allah.

Ketiganya Nabi Yahya a.s. juga disebut dalam Al-Quran sebagai Kalimatullah (kalimah daripada Allah). Ini boleh dirujuk kepada surah Ali'Imran, 3:38-39, yang bermaksud, "Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan, katanya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan". (38) Lalu ia diseru malaikat sedang ia berdiri sembahyang  di  mehrab, (katanya); "Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan kepadamu seorang anak lelaki bernama (Yahya), yang akan beriman kepada kalimah dari Allah dan akan menjadi ketua, juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh".

Sila rujuk halaman 177-178 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk lebih lanjut mengenai topik ini.

Monday, September 2, 2013

Kisah Nabi Musa a.s. dengan Firaun

Kisah Nabi Musa dan perpindahan beramai-ramai kaum bani Israel kerana kekejaman Firaun ada wujudnya persamaan di antara catatan Bible dengan Al-Quran. Kedua-dua kitab ini menyebut bahawa Raja Firaun mati lemas ketika mengejar Nabi Musa dan kaum Bani Israel dalam laut. Bagaimanapun Al-Quran menyebut kisah ini dengan tepat sekali sebagai satu tanda keajaiban Al-Quran: Surah Yunus, 10: 92, menyebut yang bermaksud; "Maka pada hari ini, kami biarkan engkau (Wahai Firaun) terlepas dengan badan mu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan oleh laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakang mu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan kami!"

Dr. Maurice Bucaile telah mengkaji dan membuktikan bahawa Raja Ramese II yang dianggap zalim bagi kaum Bani Israel (mengikut Bible) adalah tidak benar, kerana katanya Raja tersebut mati semasa Nabi Musa berlindung di negeri Madyan. Raja Firaun yang mati ketika mengejar Nabi Musa a.s. itu ialah yang bernama Mineptah, iaitu anak Raja Rames II.  Pada tahun 1898 mayat Raja Mineptah telah dijumpai dalam keadaan mumia di lembah raja-raja Mesir. Pada tahun 1975, Dr. Maurice bersama dengan para pakar doktor lain memeriksa mayat Mumia Mineptah dan telah mengesahkan bahawa raja Mineptah itu memang mati lemas.

Dengan penemuan ini, telah membuktikan bahawa keajaiban Al-Quran (surah Yunus, 10:92) itu. Mayat (Mumia) raja Mineptah itu sekarang di simpan dibilik mumia Diraja di Muzium di Kaherah, Mesir. Dr. Maurice Bucaille yang beragama Kristian itu mengkaji Al-Quran, kemudiannya menulis buku yang bertajuk, "The Bible, The Quran and Science" telah mengaku dengan sesungguhnya bahawa Al-Quran ini datangnya dari Allah sendiri. Beliau kemudiannya memeluk Islam (1975) dan mengakui akan kehebatan Al-Quran ini.

Apakah dengan bukti sebegini Al-Quran masih dikatakan meniru Bible? Kesimpulannya: Al-Quran ialah kitab daripada Allah.

Dengan bukti-bukti di atas, ia menunjukkan bahawa Al-Quran ini adalah benar-benar kitab daripada Allah. Ianya adalah kata-kata Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran ini tidaklah ditiru daripada Bible. Ianya melengkapkan dan membetulkan lagi segala ajaran yang telah disampaikan oleh para rasul yang terdahulu yang telah diselewengkan oleh mereka yang mengingkari perintah Allah.

Al-Quran adalah sebagai Al-Furqan atau batu ujian atau kriteria yang menapis yang bertentangan dengan perintah Allah yang sebenarnya dan mana yang patut diikuti.

Untuk lebih memahami topik ini, sila rujuk halaman 173-174 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.