Wednesday, August 14, 2013

Skandal seks oleh para paderi

Skandal seks yang didedahkan oleh akhbar-akhbar tempatan juga amat mempengaruhi umat Kristian untuk memasuki Islam. Mereka tidak yakin dengan paderi. Mereka menganggap bahawa agama ini boleh dipermain-mainkan oleh golongan cerdik pandai Kristian yang selama ini amat dihormatinya. Persoalannya di sini ialah kelakuan ini bukan daripada seorang dua paderi, tetapi bilangannya amat ramai melibatkan ribuan orang. Ini yang dapat dikesani. Bagi yang tidak dapat dikesani sebelum ini atau semasa ini, entahlah. Dahsyat sekali, "Harapkan pagar, pagar makan padi". 

Kisah-kisah yang menggemparkan dunia akhlak manusia terhormat di kalangan pemeluk agama Kristian sebenarnya terjadi. Mengikut tinjauan akhbar New York Times, berdasarkan maklumat rekod mahkamah, berita, dokumen gereja dan wawancara setakat 31.12.2001 didapati bahawa 4,268 orang awam telah membuat pengakuan terbuka kepada para paderi yang terlibat dalam skandal seks kanak-kanak. Malah,  mengikutnya lagi seramai 1,205 orang paderi (1.8%) daripada jumlah keseluruhan paderi sepanjang tempoh 1950 hingga 2001 dituduh terbabit melakukan perbuatan itu.

Malah lebih separuh daripada mereka itu melakukan kepada lebih daripada seorang mangsa. Bagaimanapun mengikut Prof. William R Stayton, pakar penderaan " Bagi saya, apa yang dilaporkan hanya dalam jumlah kecil. Ini kerana sukar untuk kita mendapati gambaran sebenar. Saya pernah berdepan dengan kes penderaan seksual oleh paderi sejak sekian lama, tetapi hanya sebilangan kecil berani membuat laporan" (Berita Harian, 13.1.2003). 

Sehubungan dengan ini, di Baltimore sahaja, sekurang-kurangnya 6.2% di Manchester (AS), 7.7% dan di Boston sebanyak  5.3%. Di samping itu 16% melakukan seks ke atas lima atau lebih mangsa. 80% daripada paderi itu dituduh melakukan liwat kepada lelaki. Kebanyakan daripada paderi itu dituduh mencabul budak remaja sahaja. Bagaimanapun 43% daripada para paderi itu melakukan kepada budak yang berusia 12 tahun dan yang lebih muda lagi. Kebanyakan daripada para paderi yang melakukannya itu adalah mereka yang telah ditahbiskan (dilantik secara rasmi). Sehubungan dengan ini wanita dan gadis remaja yang menjadi mangsa, takut atau enggan membuat laporan kerana khuatir dituduh merekelah yang sengaja minta dicabul atau dirogol.

Di samping itu, wujud juga berita yang menggemparkan di mana 34,000 atau 40% daripada biarawati (paderi wanita) di Amerika Syarikat diperkosa oleh rakan sejawatnya sendiri oleh paderi lelaki. Kajian ini telah dibuat di antaranya oleh seorang ahli psikologi University St. Louis, Prof. Madya John T Chibnall dengan penemuan yang tidak kurang perlu diberikan perhatian. Malah ada di antara biarawati mengaku bahawa ada paderi lelaki yang meramas buah dadanya dan menyebabkan ia tidak kembali ke gereja selama 18 tahun.

Rujuk halaman 141-142 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan. Dapatkan buku ini dengan Harga Promosi RM 20. Hubungi 09-747 7434 (Ahad hingga Jumaat).

HARGA PROMOSI RM 20

Tuesday, August 13, 2013

Penyelewengan ajaran Zarathustra

Penyelewengan ajaran zarathustra terjadi setelah zarathustra meninggal. Antara yang terpenting ialah:-

1. Ajaran Zarathustra (Zoroaster) tidak ada sebarang penyembahan patung, tetapi penyembahan patung ini wujud semula seperti mana sebelum Zarathustra. Begitulah juga tentang api, ajaran Zarathustra tidak ada penyembahan api, cuma api itu sebagai cahaya yang melambangkan kebaikan kepada manusia. Akhirnya, ini mewujudkan amalan menyembah api yang dikenali dengan nama Majusi.

2.  Kepercayaan kepada kewujudan  Dua Pencipta iaitu pertamanya untuk kebaikan, penciptanya Yazdan atau Hormuzd dan keduanya untuk keburukan  yang dikenali dengan nama Ahriman. Cahaya, kehidupan, kesihatan dan sebagainya adalah ciptaan Hormuzd. Manakala kegelapan, kematian, kesakitan dan sebagainya adalah ciptaan Ahriman.

3. Hormudz dikatakan telah memberikan kenabian ini kepada Yim (Noh); Tetapi ia tidak menerimanya. Oleh itu ia diberikan kepada yang lain. 

4. Adalah dipercayainya bahawa mayat itu mengotori bumi, udara dan orang yang membawa mayat itu. Unsur kecelakaan menyusup masuk ke dalam mayat itu. Bagaimanapun bila melihat anjing unsur kecelakaan itu terbang lari.

5. Perempuan pula dianggap kotor terutamanya semasa kedatangan haid. Di kala ini makanannya pun tidak diberikan secara baik malah dicampakkannya.

6. Membunuh anjing adalah dilarang sekali. Malah hukuman kepada mereka yang  memberi makanan yang busuk/ buruk kepada anjing adalah lebih berat daripada hukuman membunuh manusia. Contohnya 90 sebatan kepada mereka yang membunuh manakala yang memberi makanan yang busuk itu kepada anjing dikenakan 200 sebatan.

Sudah jelaslah di sini bahawa kedua-dua sumber penting mana yang tertinggal kerana kemusnahan, mengakui tentang kewujudan seorang nabi yang akan memimpin umat Parsi kemudiannya. Cuma yang paling jelas daripadanya ialah Dasatir yang telah meramalkan namanya sekali iaitu Muhammad dan akan lahir di tanah Arab di mana para pengikut nabi ini akan menyebarkan ajarannya seperti mana dijelaskan di atas. Ajaran Nabi ini (Muhammad SAW) menghapuskan ajaran-ajaran Zarathustra yang telah diselewengkan itu.

Rujuk Halaman 131-132 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk penjelasan lanjut mengenai topik ini. Hubungi 09--747 7434 (Ahad hingga Jumaat)

Promosi Penghabisan Stok RM 20 sahaja.
Harga Asal RM 32

Monday, August 12, 2013

Kaitan antara agama Zarathustra dengan agama lain

Mulanya ajaran Zarathustra ini dikenali dengan nama Gathas yang juga pernah disebut dalam Veda dan kitab-kitab Hindu yang lainnya. Sebaliknya Veda tidak pernah sebut dalam kitab Zarathustra. Ini mungkin dapat membuktikan yang kitab Zarathustra lebih lama daripada kitab-kitab Veda Hindu. Sesetengah ajaran Zarathustra wujud juga persamaannya dengan kitab Bible dan Al-Quran. 

Berikut adalah sebagai buktinya:
1. Ciptaan alam semesta ini dalam enam masa. Pertamanya; Ahur Mazda menciptakan langit kemudiannya air, tanah, tumbuhan, binatang dan akhirnya diciptakan manusia.
2. Manusia dilahirkan secara pasagan iaitu lelaki (Mashya) dan perempuan (Mashyana).
3. Tuhan khabarkan kepada Yim (Nabi Noh) yang ribut salji akan berlaku yang memusnahkan para pelaku kejahatan. Nabi Noh diperintahkan oleh-Nya supaya menyediakan ruang kecil untuk perlindungan dan setiap jenis pasangan binatang dan manusia. Mana yang tidak ada dalam perlindungan itu akan musnah.
4. Nabi Noh dikatakan Nabi pertama diberikan Tuhan undang-undang, tetapi tidak berjaya dilaksanakannya, kemudian Zarathustra melaksanakannya.
5. Seperti juga Jesus dan juga beberapa Nabi lainnya, Zarathustra pernah membayangkan akan datangnya seorang Nabi yang akan dikenali dengan 'Soeshyant' (Mengasihi dunia). Tugas utamanya ialah menyatukan manusia. Ia akan memandu dan membentuk kebaikan manusia.

Ada dua sumber penting dalam 'scriptures' orang Iran purba iaitu dikenali sebagai Dasatir dan Zend atau Zend Avesta. Setiap satunya terbahagi kepada dua pula. Bagi Dasatir ialah Khurda Dasatir dan Kalan Dasatir dan bagi Zend Avesta pula ialah Khurda Avesta dan Kalan Avesta yang juga dikenali dengan nama Zend atau Maha Zend.

Dalam sumber-sumber ini banyak ramalan ditonjolkan bahawa pengiktirafan Zarathustra terhadap Al-Quran, Nabi Muhammad dan para sahabatnya. Contohnya dalam Vendidad iaitu bab pertama dalam Zand Avesta, tercatat akan ada 'progeny' daripada Zarathustra yang akan lahir selepasnya, dikenali sebgai 'Astvat-ereta' atau 'Soeoshyant' (Pengasihani Dunia) yang akan mempertahankan ajaran Zarathustra, membunuh kejahatan, melenyapkan penyembahan patung (ternyata bahawa inilah apa yang dicatat dalam Al-Quran, ajaran Nabi Muhammad s.a.w. dan diteruskan oleh para sahabatnya).

Penjelasan lebih lanjut mengenai topik ini, sila rujuk halaman 124-126 buku ISLAM, PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN. Untuk mendapatkan buku ini sila hubungi 09-747 7434. (Isnin-Sabtu)



Tuesday, August 6, 2013

Salasilah Agama Zarathustra (Zoroaster)

Zarathustra dilahirkan kira-kira 630SM di Azerbaijan (dahulunya Wilayah Parsi, Iran). Mengikut legenda, setelah kelahirannya, Durasan, pemimpin kaum magi di Iran menggeletar  ketakutan kerana mengetahui seorang putera telah lahir yang nanti akan dapat mengalahkan kekuatannya, membina berhala-halanya dan mengusirnya keluar dari Iran.

Durasan mengarahkan tiga orang pegawainya menculik Zarasthustra dan membawanya untuk dicampakkan ke dalam api tempat rumah ibadat mereka. Emaknya mencari beliau dan didapati dalam unggun api di rumah ibadat itu. Anehnya Zarasthustra tiada bahaya. Malah, sedang bermain dengan senang. Kemudiannya, Zarathustra diculik lagi diletakkan di tengah jalan sekelompok lembu, semoga ianya mati dipijak lembu. 

Anehnya lembu tidak memijaknya, ianya diculik lagi dan dimasukkan ke kandang serigala. Anehnya juga serigala tidak dapat menangkapnya kerana kaki serigala itu terlekat di tanah yang dipijaknya. Zarathustra tidak diberi makan, tetapi datang dua ekor kambing menyusunya dalam kandang itu. Mengikut legenda lagi, kambing itu sebenarnya malaikat yang menyerupai kambing.

Ketika umurnya tujuh tahun, Zarathustra dihantar belajar kepada seorang tokoh ilmuwan masa itu yang bernama Burzinkurus. Lapan tahun belajar dalam pelbagai ilmu : agama, pertanian, perternakan, perubatan dan lain-lain lagi. Bila ia pulang ke rumah masa itu, Iran diserang oleh kaum Turan. Zarathustra melibatkan diri dalam pertahanan itu, oleh itu Iran selamat. Kemudian Iran diancam bahaya kelaparan, Zarathustra juga berperanan membantu orang miskin dan berpenyakit.

Ketika umurnya 40 tahun, beliau pergi bersendirian menyepi di Gunung Sabalan, dan berazam tidak akan pulang selagi tidak dapat petunjuk dari kuasa ghaib tentang kebijakan dan kebenaran yang dicarinya. Di kala itu, datanglah makhluk Vahu (Fikiran Baik) yang mana besarnya sembilan kali manusia biasa; membimbingnya menghadap Tuhan yang arif bijaksana (Ahura Mazda). Zarathustra diangkat menjadi utusan Athura Mazda untuk membimbing manusia ke jalan benar.

Zarathustra mengambil kesimpulan bahawa api iaitu cahaya melambangkan kebaikan dan gelap itu kejahatan. Keduanya tidak boleh bercampur. Kebaikan (Ahura Mazda) pasti menang bila bertembung dengan kejahatan (Angra Manyu). 

Untuk lebih penjelasan lanjut mengenai topik ini, sila rujuk buku ISLAM, PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN di halaman 120-121. Bagi mendapatkan buku ini, sila hubungi 09-747 7434.


Monday, August 5, 2013

Ibadat dan Kehidupan Beragama Judaisme

Penganut Judaisme mengamalkan kehidupan keagamaan sejak kecil lagi. Bayi lelaki akan disunat (Brit Milah ) iaitu membuang sebahagian kulit yang menutupi di kepala kemaluan. Majlis yang diamalkan Brit Milah ini diadakan pada hari kelapan selepas dilahirkan. Begitu juga dengan bayi perempuan namun majlis itu dinamakan Brit Hayyim atau Brit Bat. Apabila anak-anak ini mencapai usia 13 tahun, dia akan diraikan kerana menjadi anggota masyarakat Judaisme. Bagi kanak-kanak lelaki, majlis ini dinamakan Bar Mitzvah manakala bagi perempuan pula ialah Bat Mitzvah.

Majlis perkahwinan Judaisme dikenali sebagai Kiddushin. Majilis ini diadakan di bawah kanopi kahwin yang dipanggil Huppah. Penganut Judaisme akan mengadakan bacaan kaddish apabila ada kematian selama seminggu tanda kesedihan.

Kebanyakan penganut Judaisme mengikut peraturan Taurat dalam pemilihan makanan. Taurat melarang campuran susu dan daging. Daging babi juga tidak dibenarkan untuk dimakan. Daging-daging yang dimakan hendaklah disembelih dahulu oleh pihak Rabbi. Judaisme juga mengharamkan riba dan menganggap perkara itu berdosa tetapi dibenarkan dengan mereka yang bukan beragama Judaisme.

Pusat kemasyarakatan dan keagamaan penganut Judaisme ini dinamakan Sinagoga. Ia terdapat di mana-mana sahaja bangsa Yahudi berada. Bentuknya empat segi panjang. Di hujung sebelah timur terletak sebuah peti tabut di mana arah itulah mereka menghadap ketika bersembahyang. Manakala di hadapannya terdapat sebuah lampu yang sentiasa benyala. Di dalam peti tabut itu tersimpan lembaran-lembaran suci yang memuatkan hukum untuk Bani Israel. Sebuah mimbar yang dinakan 'Berna' disediakan untuk tempat membaca hukum-hukum dan dosa sembahyang. Di situlah penganut Judaisme membuat amal ibadat mereka. Selain mereka berdoa, bersembahyang pada hari Sabbat, Sinagoga digunakan sebagai sekolah.

Mereka juga mahir dalam hal-hal kagamaan Judaisme digelar Rabbi yang bermaksud 'tuan'. Dialah yang memimpin upacara ibadat berjemaah. Kohen pula adalah satu pangkat penghormatan yang mana berketurunan para iman dari rumah ibadat kuno di Jerusalem. Manakala Chazzan bermaksud 'pembaca' adala orang yang membaca pelajaran-pelajran dan doa-doa dengan suara yang indah.

Penganut agama ini sentiasa bersembahyang setiap hari. Sembahyang beramai-ramai sangat penting di dalam tradisi Judaisme. Bilangan, cara-cara dan tujuan semasa sembahyang bergantung kepada masa, hari dan cabang-cabang agama Judaisme. Puncak ibadat ialah apabila peti tabut dibuka dan kitab hukum itu diarak dengan hiasan-hiasan dan lampu-lampu. Seorang petugas mengeluarkannya dan dibawa mengelilingi Sinagoga. Setiap orang yang dilaluinya mestilah menghadapkan wajahnya ke arah benda suci itu lalu membongkokkan badan tanda menghormatinya dan sentiasa memandang ke mana ia dibawa. 

Untuk lebih penjelasan lanjut mengenai topik ini, sila rujuk buku ISLAM, PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN di halaman 115-117. Bagi mendapatkan buku ini, sila hubungi 09-747 7434.


Saturday, August 3, 2013

Kitab-kitab suci Judaisme

Kitab taurat yang menjadi kitab panduan penganut Judaisme ialah lima kitab pertama Tanakh atau Al-Kitab Perjanjian Lama. Lima kitab tersebut ialah kandungan kitab Taurat yang dibawa dalam upacara yang dibaca dan dinyanyikan di dalam Sinagoga. Menurut kepercayaan orang yahudi, kitab ini merupakan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Musa. Kitab tersebut ialah

1. Genesusu (Kejadian)
2. Exodus (keluaran)
3. Leviticus (Imamat)
4. Numbers (Bilangan)
5. Deutronomy (Ulangan)

Kitab Genesis (Kejadian) mengandungi kisah Tuhan mencipta seluruh isi alam semesta selama tujuh hari dan kemudian disucikan. Penciptaan manusia pertama  ialah Adam dan Hawa yang merupakan nenek moyang seluruh manusia di dunia ini dan perkembangan manusia turun temurun seperti peristiwa Nabi Nuh, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Ya'akob sehingga Nabi Musa. 

Kitab Exodus (Keluaran) menceritakan tentang perkembangan Bani Israel di Mesir, kedatangan Nabi Musa menyelamatkan Bani Israel dan dakwah yang dilakukan untuk menyeru mereka menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Kitab Leviticus (Imamat) pula mengandungi hukum serta undang-undang dan pelbagai upacara untuk Bani Israel. Kitab Numbers (Bilangan) mengisahkan perkembangan dan pengembaraan Bani Israel dalam perjalanannya ke Tanah Kanaan. Kitab Deutronomy (Ulangan) memberi beberapa arahan bagi permusatan peribadatan di Jerusalem dan ajaran-ajaran Nabi Musa yang terakhir sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir di tanah Moab ketika berusia 120 tahun.

Selain kitab Taurat, kitab Talmud dan Kabballah juga digunakan oleh penganut Judaisme. Talmud ialah terjemahan dan ulasan mengenai Taurat oleh para Rabbi dan cendekiawan undang-undang. Ia mengandungi hukum-hukum dan memuatkan sejumlah besar ajaran akhlak dan budi pekerti. Selain itu terdapat pengesahan tentang ketuhanan serta nama-nama lain untuk Tuhan. Manakala Kabballah pula ialah teks lama yang berunsurkan mistik dan menceritakan zat-zat Tuhan. ia berasas kepada anggapan yang dipandang sebagai pentafsiran yang diturunkan dari Yunani. Kitab Kaballah yang termasyhur ialah Zohar.

Kepercayaan Judaisme terhadap kesemulajadian dan kejadian Tuhan.

1. Kewujudan Tuhan adalah benar dengan kewujudan alam semesta sebagai buktinya.
2. Tuhan itu satu- tidak ada tuhan lain yang harus disembah melainkan Tuhan Judaisme.
3. Tuhan yang mencipta segala-galanya- seluruh makhluk di bumi, alam semesta, haiwan-haiwan dan sebagainya telah dicipta oleh Tuhan dengan kuasa yang ada pada-Nya.
4. Tuhan adalah roh yang tidak mempunyai jasad
5. Tuhan bukan lelaki dan perempuan
6. Tuhan berada dimana-mana dan nampak setiap apa yang manusia lakukan.
7. Tuhan Maha Kuasa. Setiap kejadian atau ciptaan-Nya pasti ada sebab yang hanya diketahui oleh-Nya sahaja.
8. Tuhan Maha Mengetahui- Dia tahu segala-galanya sama ada perkara sudah berlaku, pada masa sekarang atau pada masa akan datang.
9. Tuhan itu abadi-Dia tiada permulaan dan tiada pengakhiran.
10. Tuhan itu Maha Adil dan Mengasihani
11. Tuhan itu suci dan sempurna
12. Tuhan itu bapa dan raja- Judaisme percaya bahawa mereka semua adalah anak-anak Tuhan kerana memberikan mereka jiwa, personaliti dan akal fikiran.

Rujuk halaman 113-115 untuk penjelasan lebih lanjut mengenai topik ini, silalah dapatkan buku ini --> Siri 2: Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan dengan Harga RM 20.


Thursday, August 1, 2013

Salasilah Agama Judaisme

Agama Judaisme berasal daripada kaum Yahudi iaitu keturunan Nabi Ibrahim melalui anaknya bersama Sarah iaitu Nabi Ishak yang telah melahirkan Nabi Ya'kub yang diberi gelaran sebagai Israel. Anak-anak Nabi Ya'kub seramai 12 orang pula dipanggil Bani Israel yang bermaksud anak-anak Israel. Anak-anak nabi Ya'akub itu mengikut Genensis 32:23, adalah seperti mana berikut:

Jacob (Ya'akub) mempunyai empat orang isteri iaitu yang pertama ialah Le'ah. Dengan Le'ah ini Nabi Ya'akub mempunyai enam orang anak iaitu Reuben, Semon, Levi, Judah, Is'sachar dan Ze'ulun. Isteri keduanya bernama Rachel. Dengan Rachek ini Nabi Ya'akub mempunyai dua orang anak iaitu Joseph (Yusof/Nabi Yusof) dan Bonyamin. Isteri ketiganya bernama Bilhah (asalnya pembantu rumah kepada isteri keduanya, Rachel). Dengan Bilhah ini lahirlah dua orang anak ialah Dan dan Naph'tali. Isteri keempatnya pula ialah Zilpah (pembantu rumah kepada isteri pertamanya, Le'ah). Dengan Le'ah ini lahirlah dua orang puteranya lagi iaitu Gad an Asher. Semua anak Nabi Ya'akub ini lelaki, berjumlah 12 orang. Perlu diberi penekanan di sini ialah Yahudi / Jew yang dikenali hari ini ialah keturunan daripada Judah iaitu anak Nabi Ya'akub atau cucu Nabi Ishak atau cicit Nabi Ibrahim.

Manakala anak Nabi  Ibrahim bersama Siti Hajar pula dikenali dengan Bani Israel. Salah seorang anak Ya'akub iaitu Nabi Yusof telah mendapat jawatan tertinggi di dalam pentadbiran kerajaan di Mesir. Maka mereka sekeluarga berpindah ke sana. Namun, setelah sekian lama di sana, raja yang menduduki takhta ketika itu merendah-rendahkan kedudukan Bani Israel sehingga menjadi satu kelompok kaum yang hina di Mesir. Mereka diperhamba dan dilayan dengan buruk dan kejam.

Nabi Musa a.s. telah diutus oleh Tuhan untuk membawa keluar kaum Bani Israel daripada penindasan Firaun. Selain itu, beliau menyampaikan ajaran Tuhan kepada Firaun, pembesar-pembesar dan seluruh rakyat Mesir. Maka, kaum Bani Israel memandang Nabi Musa sebagai pembawa agama Yahudi dan pendiri kaum Bani Israel. Pada kurun ke 14 s.m., Nabi Musa telah berjaya memimpin Bani Israel keluar dari Mesir dan menuju ke kawasan 'tanah yang dijanjikan', Kanaan. Nabi Musa wafat sebelum mereka sampai di sana. Perjuangan itu diteruskan oleh pemimpin-pemimpin Bani Israel yang cekap. Kemudian Nabi Daud menjadi pemimpin mereka dan menakluki Jeru salam pada kurun ke-10 s.m.  Nabi Daud kemudian diganti oleh Nabi Sulaiman dan pada zaman inilah Bani Israel mengalami zaman kegemilangan.

Rujuk halaman 108-109 untuk penjelasan lebih lanjut mengenai topik ini, silalah dapatkan buku ini --> Siri 2: Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan dengan Harga RM 20.