Saturday, August 3, 2013

Kitab-kitab suci Judaisme

Kitab taurat yang menjadi kitab panduan penganut Judaisme ialah lima kitab pertama Tanakh atau Al-Kitab Perjanjian Lama. Lima kitab tersebut ialah kandungan kitab Taurat yang dibawa dalam upacara yang dibaca dan dinyanyikan di dalam Sinagoga. Menurut kepercayaan orang yahudi, kitab ini merupakan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Musa. Kitab tersebut ialah

1. Genesusu (Kejadian)
2. Exodus (keluaran)
3. Leviticus (Imamat)
4. Numbers (Bilangan)
5. Deutronomy (Ulangan)

Kitab Genesis (Kejadian) mengandungi kisah Tuhan mencipta seluruh isi alam semesta selama tujuh hari dan kemudian disucikan. Penciptaan manusia pertama  ialah Adam dan Hawa yang merupakan nenek moyang seluruh manusia di dunia ini dan perkembangan manusia turun temurun seperti peristiwa Nabi Nuh, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Ya'akob sehingga Nabi Musa. 

Kitab Exodus (Keluaran) menceritakan tentang perkembangan Bani Israel di Mesir, kedatangan Nabi Musa menyelamatkan Bani Israel dan dakwah yang dilakukan untuk menyeru mereka menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Kitab Leviticus (Imamat) pula mengandungi hukum serta undang-undang dan pelbagai upacara untuk Bani Israel. Kitab Numbers (Bilangan) mengisahkan perkembangan dan pengembaraan Bani Israel dalam perjalanannya ke Tanah Kanaan. Kitab Deutronomy (Ulangan) memberi beberapa arahan bagi permusatan peribadatan di Jerusalem dan ajaran-ajaran Nabi Musa yang terakhir sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir di tanah Moab ketika berusia 120 tahun.

Selain kitab Taurat, kitab Talmud dan Kabballah juga digunakan oleh penganut Judaisme. Talmud ialah terjemahan dan ulasan mengenai Taurat oleh para Rabbi dan cendekiawan undang-undang. Ia mengandungi hukum-hukum dan memuatkan sejumlah besar ajaran akhlak dan budi pekerti. Selain itu terdapat pengesahan tentang ketuhanan serta nama-nama lain untuk Tuhan. Manakala Kabballah pula ialah teks lama yang berunsurkan mistik dan menceritakan zat-zat Tuhan. ia berasas kepada anggapan yang dipandang sebagai pentafsiran yang diturunkan dari Yunani. Kitab Kaballah yang termasyhur ialah Zohar.

Kepercayaan Judaisme terhadap kesemulajadian dan kejadian Tuhan.

1. Kewujudan Tuhan adalah benar dengan kewujudan alam semesta sebagai buktinya.
2. Tuhan itu satu- tidak ada tuhan lain yang harus disembah melainkan Tuhan Judaisme.
3. Tuhan yang mencipta segala-galanya- seluruh makhluk di bumi, alam semesta, haiwan-haiwan dan sebagainya telah dicipta oleh Tuhan dengan kuasa yang ada pada-Nya.
4. Tuhan adalah roh yang tidak mempunyai jasad
5. Tuhan bukan lelaki dan perempuan
6. Tuhan berada dimana-mana dan nampak setiap apa yang manusia lakukan.
7. Tuhan Maha Kuasa. Setiap kejadian atau ciptaan-Nya pasti ada sebab yang hanya diketahui oleh-Nya sahaja.
8. Tuhan Maha Mengetahui- Dia tahu segala-galanya sama ada perkara sudah berlaku, pada masa sekarang atau pada masa akan datang.
9. Tuhan itu abadi-Dia tiada permulaan dan tiada pengakhiran.
10. Tuhan itu Maha Adil dan Mengasihani
11. Tuhan itu suci dan sempurna
12. Tuhan itu bapa dan raja- Judaisme percaya bahawa mereka semua adalah anak-anak Tuhan kerana memberikan mereka jiwa, personaliti dan akal fikiran.

Rujuk halaman 113-115 untuk penjelasan lebih lanjut mengenai topik ini, silalah dapatkan buku ini --> Siri 2: Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan dengan Harga RM 20.


Thursday, August 1, 2013

Salasilah Agama Judaisme

Agama Judaisme berasal daripada kaum Yahudi iaitu keturunan Nabi Ibrahim melalui anaknya bersama Sarah iaitu Nabi Ishak yang telah melahirkan Nabi Ya'kub yang diberi gelaran sebagai Israel. Anak-anak Nabi Ya'kub seramai 12 orang pula dipanggil Bani Israel yang bermaksud anak-anak Israel. Anak-anak nabi Ya'akub itu mengikut Genensis 32:23, adalah seperti mana berikut:

Jacob (Ya'akub) mempunyai empat orang isteri iaitu yang pertama ialah Le'ah. Dengan Le'ah ini Nabi Ya'akub mempunyai enam orang anak iaitu Reuben, Semon, Levi, Judah, Is'sachar dan Ze'ulun. Isteri keduanya bernama Rachel. Dengan Rachek ini Nabi Ya'akub mempunyai dua orang anak iaitu Joseph (Yusof/Nabi Yusof) dan Bonyamin. Isteri ketiganya bernama Bilhah (asalnya pembantu rumah kepada isteri keduanya, Rachel). Dengan Bilhah ini lahirlah dua orang anak ialah Dan dan Naph'tali. Isteri keempatnya pula ialah Zilpah (pembantu rumah kepada isteri pertamanya, Le'ah). Dengan Le'ah ini lahirlah dua orang puteranya lagi iaitu Gad an Asher. Semua anak Nabi Ya'akub ini lelaki, berjumlah 12 orang. Perlu diberi penekanan di sini ialah Yahudi / Jew yang dikenali hari ini ialah keturunan daripada Judah iaitu anak Nabi Ya'akub atau cucu Nabi Ishak atau cicit Nabi Ibrahim.

Manakala anak Nabi  Ibrahim bersama Siti Hajar pula dikenali dengan Bani Israel. Salah seorang anak Ya'akub iaitu Nabi Yusof telah mendapat jawatan tertinggi di dalam pentadbiran kerajaan di Mesir. Maka mereka sekeluarga berpindah ke sana. Namun, setelah sekian lama di sana, raja yang menduduki takhta ketika itu merendah-rendahkan kedudukan Bani Israel sehingga menjadi satu kelompok kaum yang hina di Mesir. Mereka diperhamba dan dilayan dengan buruk dan kejam.

Nabi Musa a.s. telah diutus oleh Tuhan untuk membawa keluar kaum Bani Israel daripada penindasan Firaun. Selain itu, beliau menyampaikan ajaran Tuhan kepada Firaun, pembesar-pembesar dan seluruh rakyat Mesir. Maka, kaum Bani Israel memandang Nabi Musa sebagai pembawa agama Yahudi dan pendiri kaum Bani Israel. Pada kurun ke 14 s.m., Nabi Musa telah berjaya memimpin Bani Israel keluar dari Mesir dan menuju ke kawasan 'tanah yang dijanjikan', Kanaan. Nabi Musa wafat sebelum mereka sampai di sana. Perjuangan itu diteruskan oleh pemimpin-pemimpin Bani Israel yang cekap. Kemudian Nabi Daud menjadi pemimpin mereka dan menakluki Jeru salam pada kurun ke-10 s.m.  Nabi Daud kemudian diganti oleh Nabi Sulaiman dan pada zaman inilah Bani Israel mengalami zaman kegemilangan.

Rujuk halaman 108-109 untuk penjelasan lebih lanjut mengenai topik ini, silalah dapatkan buku ini --> Siri 2: Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan dengan Harga RM 20.


Wednesday, July 31, 2013

Islam sebelum dan semasa Nabi Muhammad SAW

Islam sebelum Nabi Muhammad s.a.w. sebenarnya bermula sejak Nabi Adam lagi. Sebenarnya Islam diseru oleh para rasul dan dibawa juga oleh para nabi yang ramainya sampai beribu orang. Ada diantara hadis Hadis yang mengatakan 124, 000 orang para nabi. Rasul 313 orang. Cuma yang disebut dalam al-Quran adalah seramai 25 orang rasul sahaja yang wajib diketahui iaitu Adam, Nuh, Idris, Shalih, Ibrahim, Hud, Lut, Yunus, Ismail, Ishak, Ya'kub, Yusuf, Ayyub, Shu'ib, Musa, Harun, Ilyasa', Zulkifli, Daud, Zakaria, Sulaiman, IIyas, Yahya, Isa dan Muhammad. Nabi Muhammad s.a.w. adalah yang terakhir. 5 daripadanya digelar ulu al-'azmi ( Yang mempunyai kecekalan hati). Mereka itu ialah Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad s.a.w.  Semua ajaran para nabi dan rasul itu menumpukan kepada Tauhid (percayakan Tuhan itu satu), menyerah dan tunduk kepada-Nya dengan cara membuat apa yang diseru-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. 

Tegasnya semua agama semenjak dari Nabi Adam dahulu sehingga kepada Nuh, Idris, Ibrahim , Ya'kub, Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. semuanya berteraskan Tauhid (percayakanTuhan yang satu). Bagaimanapun, agama yang satu kemudiannya berpecah-belah. Allah s.w.t. sendiri telah berfirman dalam surah Yunus yang bermaksud:

" Manusia dahulunya hanyalah satu agama, kemudian mereka telah berselisih. Kalau tidaklah keranan suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhan mu dahulu. pastilah telah diberi keputusan di antara mereka tentang apa yang mereka perselisihkan itu." (Yunus "19)

Islam semasa kewujudan Nabi Muhammad s.a.w. ini adalah berbeza dengan agama Yahudi di mana agama Yahudi beriman kepada Nabi Musa tetapi tidak beriman kepada Nabi Isa. Manakala orang Kristian pula berimankan Nabi Isa dan Nabi Musa, tetapi tidak berimankan Nabi Muhammad SAW, sedangkan orang Islam pula berimankan Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan orang Islam pula berimankan kepada semua nabi-nabi itu sebagai rasul-rasul Allah s.w.t. di mana Nabi Muhammad s.a.w. adalah sebagai nabi dan rasul yang terakhir yang menyempurnakan segala ajaran agama yang dibawa oleh semua nabi dan rasul sebelumnya. Bagaimanapun, semua pengikut para nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad itu adalah diakui sebagai orang Muslim. Matinya mereka adalah sebagai seorang Muslim masa itu. 

Islam semasa Nabi Muhammad s.a.w. sebenarnya adalah sebagai kesinambungan daripada agama yang dibawa oleh para nabi dan rasul sebelumnya dengan dua aspek paling istimewa iaitu pertama, ia lengkap dengan selengkap-lengkapnya sebagaimana yang wujudnya dalam al-Quran, ada 114 surah; kedua ia tidak hanya untuk satu kaum sahaja sepertimana Islam para nabi dan rasul sebelumnya tetapi Islam semasa Nabi Muhammad s.a.w. ini adalah manusia sejagat. Untuk ini Tuhan berfirman dalam surah al-Anbia' bermaksud:

"Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." (Al-Anbia' :107)

Tuesday, July 30, 2013

Hakikat Kejadian Wanita

Setelah selesai Nabi Adam a.s. dijadikan Allah dan setelah ditiupkan roh ke dalam jasadnya, maka menjelmalah suatu perasaan di dalam hati kecil Adam. Perasaan itu ialah rasa sunyi berada seorang diri tanpa teman hidup. Adam a.s. pun berdoa agar Allah isikan kesunyian hatinya.

Lalu Allah ciptakan seorang lagi manusia yang berbeza jenis (jantina) sebagai pasangannya. Keadaan fizikal, watak dan sifatnya berbeza dengan Adam. Adam memanggilnya dengan nama HAWA.

Menurut riwayat hadis, bahawa Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam sendiri. Sabda Nabi SAW, maksudnya; "...baik-baiklah kamu berpesan (mendidik wanita), kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok. Kalau kamu lakukan (didik) secara kasar (paksaan), pasti mereka akan patah. Sbeliknya jika kamu biarkan (tidak mendidik), maka mereka akan terus membengkok. Kerana itu didiklah mereka secara lemah-lembut..." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Mengingatkan kejadian wanita daripada tulang rusuk yang bengkok dan mudah patah kalau berkasar, oleh itu memimpin dan mendidik wanita, ALlah dan RasulNya mengingatkan kepada kaum lelaki agar mendidik mereka dengan lemah lembut dan dengan penuh kasih sayang.

Firman Allah dalam surah An-Nisaa' yang bermaksud,

Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)" (An-Nisaa', 4:19).

Memandangkan kaum wanita itu lemah, maka Allah tidak membebankan mereka dengan hukum-hakam syariat yang berat-berat. Tidak seperti lelaki, mereka dipikulkan dengan tugas dan tanggungjawab yang berat sehingga melibatkan pengorbanan nyawa seperti berjihad dan sebagainya. Sedangkan kaum wanita sekiranya mereka telah bersyahadah, bersembahyang dan berpuasa, sudah memadai mereka telah dianggap menunaikan tanggungjawab dalam Islam.

Mereka tidak diberatkan supaya menyelesai lima perkara rukun Islam semuanya. Contohnya, seperti zakat dan haji, kalau tidak dikerjakan kerana tidak cukup syarat tidak dipersoalkan hatta mereka tidak diwajibkan sembahyang sembahyang dan berpuasa, sekiranya datang haid dan nifas. 

Sabda Nabi s.a.w. , maksudnya; "Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang wajib lima waktu, berpuasa Rmadhan, menjaga maruah dan mentaati suami, di akhirat ia diseru masuk ke dalam syurga mengikut pintu mana (pilihan) yang ia disukai" (Riwayat At Tabrani)

Dapatkan Buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan Dengan Segera
Harga Asal ---->RM 32                     
Harga Promosi ---->RM 20 (tidak termasuk postage)
Diskaun 37.5% 
Dapatkan segera dengan menghubungi 09-747 7434 (Isnin-Sabtu)

Monday, July 29, 2013

Fenomena Perpecahan Umat Islam

Siaran Akhbar 11 November 2012
Umar Al-Khattab RA pernah menyebut, "Sesungguhnya kami merupakan kaum yang Allah muliakan dengan Islam dan kami tidak memerlukan kemuliaan selain daripadanya (Islam)." Punca dan faktor perpecahan yang berlaku ada banyak.

Antaranya adalah sunnatullah (ketentuan dan ketetapan Allah). Buktinya sabda Nabi SAW, "Umatku akan berpecah menjadi 73 kelompok. Semuanya di dalam neraka kecuali satu." Sahabat bertanya, "Siapakah dia (satu kelompok yang terselamat) wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah, "Mereka adalah orang-orang yang semisal dengan apa yang aku dan sahabatku berada di atasnya pada hari ini." (Riwayat Abu Dawud No. 4596, Tirmidzi No. 2640, Ibnu Majah No. 3991, Ahmad 2/332).

Dalam riwayat lain, sabda Nabi SAW, "Sesungguhnya syaitan telah berasa bosan (putus asa) untuk menjadikan mereka disembah di Tanah Arab, tetapi syaitan akan memecahbelahkan di antara mereka." (riwayat Iman Muslim, No. 2812 dari sahabat Jabir bin Abdillah RA)

Sabda Nabi SAW adalah benar dan pasti terjadi. Kita lihat masyarakat Arab hari ini benar-benar berpecah.

Sebab itu kata Nabi dalam hadis, "Hampir sahaja umat ini (umat Islam )akan diserang oleh golongan kuffar yang membenci Islam sama seperti orang yang lapar menuju kepada pinggan yang dihidangi dengan makanan. Sahabat Nabi bertanya, "Adakah kami pada ketika itu berada dalam kelompok yang kecil sehingga kami diserang sedemikian rupa?"

Musuh yang benci pada Islam pada hari ini tidak lagi menghormati sensitiviti umat Islam, buktinya mereka tidak gerun untuk mengeluarkan filem seperti Innocence of Muslim dan Fitna; mengeluarkan tulisan Irshad Manji; menyebarkan perkataan-perkataan yang menjurus kepada liberah dan plural; berani mengeluarkan tulisan Salman Rushdie dan sebagainya.

Allah cabutkan perasaan gerun dan hormat mereka terhadap umat Islam setelah umat Islamm diserang penyakit cintakan dunia, dan takut kepada kematian. Ini adalah antara puncanya.

Kalau kita hendak bercakap punca perselisihan umat Islam pada hari ini, punca isu akidah, mazhab, perselisihan pendapat yang tidak ditangani dengan adaabul ikhtilaf (adab dalam berselisih), perbezaan politik dan sebagainya.

Perselisihan politik pada hari ini sangat kronik sehingga sesetengah menjadikan agama sebagai satu alat untuk mendapatkan sokongan, kuasa politik dan seumpamanya. Ini tidak boleh, sebaliknya kepentingan  agama perlu didahulukan melebihi kepentingan politik.

Buku siri perbandingan agama iaitu ISLAM, PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN dengan harga RM 20. Contact 019-380 5413 (Dr Nawi Jusoh) / 019-2278311( Nik Noraini)



Mengapakah Al-Kitab dan Al-Quran tidak saling bersetuju?

al-Quran
al-Kitab
Dua sebab yang mungkin :
1. Al-Kitab dan Al-Quran tidak mempunyai punca yang sama, iaitu salah satu atau kedua-duanya berasal dari perbuatan manusia ataupun kuasa luar biasa.

2. Al-Kitab atau Al-Quran atau kedua-duanya telah menjalani penyuntingan atau akibatnya mesej dan sifat aslinya telahpun hilang.

Salah satu daripada kedua-dua kitab atau kedua-duanya mengandungi kesalahan dan tidak boleh digelarkan sumber yang boleh dipercayai. Kedua-dua orang Islam dan orang Kristian amat yakin dan pasti bahawa Kitab masing-masing berasal dari Tuhan dan boleh dipercayai. Satu (atau kedua-dua Kitab) itu mestilah palsu. Dalam kes itu, berjuta-juta penganut kedua-dua agama tersebut masing-masing menaruh harapan mereka untuk dunia akhirat pada kesilapan atau mahupun penipuan.

Oleh kerana Al-Kitab wujud sebelum Al-Quran, perbezaan-perbezaan antara kedua-dua Kitab itu boleh diselesaikan dengan memberikan:

1. Bukti yang mengesahkan bahawa Al-Quran adalah berdasarkan kefahaman dan pengetahuan yang lemah mahupun palsu mengenai wahyu yang lebih awal dan lebih tua. (Tuhan tidak berubah, dan tidak akan memberi wahyu yang bercanggah kepada Nabi-nabi yang berlainan).

2. Bukti yang mengesahkan bahawa perubahan telah dijalankan dalam mesej Al-Kitab oleh orang Yahudi dan/atau orang Kristian dengan memberikan sebab-sebab yang munasabah mengapa perbuatan tersebut telah dilakukan.

Al-Quran berulang-kali menekankan bahawa Taurat dan Injil-kami mengambil ini untuk memaksudkan Perjanjian Lama dan Baru adalah wahyu dari Tuhan yang sama dengan Allah dari Al-Quran.

Apa yang diajar oleh AL-Quran mengenai Al-Kitab

"Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishaq dan Nabi Ya'qub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa, dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang daripada mereka" (QS, Al-Baqarah 2:136)

"Allah, tiada Tuhan melainka Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya..Ia menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil..menjadi petunjuk bagi umat manusia." (QS. A-li-'Imraan, 3:2-3)

"Oleh sebab itu, sekiranya engkau merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu. Sesungguhnya, telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu.."(QS, Yunus, 10:94)

Kita boleh lihat dengan jelas bahawa Al-Quran membuat tanggapan bahawa "Al-Kitab" itu diturunkan oleh Allah dan menerima ketulenan kandungan isinya dalam zaman Nabi Muhammad. Namun, Al-Quran mengkritik usaha memutar-belitkan dan penafsiran salah "Al-Kitab":

"Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?" (QS. A-li-'Imraan, 3:71)

Sekiranya adanya apa yang jelas kelihatan, ialah Al-Quran kuat menekan bahawa Kitab-kitab Taurat dan Injil telah diturunkan oleh Allah. Ini adalah apa yang dipercayai oleh orang Kristian. Al-Quran mengatakan mengena hal ini:

"...sememangnya tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah..." (QS, An'aam 6:34)

Dapatkan buku siri perbandingan agama ISLAM, PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN yang PALING TERLARIS dengan harga TERMURAH RM 20


Dosa Warisan

Agama Kristian mempercayai bahawa semenjak Nabi Adam dan Siti Hawa melanggar pantang dengan memakan buah di Taman Eden dalam syurga, dosa langgar pantang itu menjalar ke setiap anak cucu dan semua keturunannya di dunia ini. Nabi Adam dikeluarkan Tuhan dari syurga ke dunia. Hasil kesalahan yang berdosa itu diwarisi seterusnya sehingga ke hari ini. Ini bermakna setiap kanak-kanak yang lahir di dunia ini dengan sendirinya menanggung dosa itu. Oleh itu ia perlu disucikan secara baptis.

Dalam konteks ini , Al-Quran surah An-Nisaa, 4:111-112 menyebut yang bermaksud,
"Dan barang siapa mengerjakan kesalahan atau dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakannya untuk (kemudaratan) dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" (111).

"Dan barang siapa yang mengerjakan kesalahan atau dosa, kemudian dituduhkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah berbuat sesuatu kebohongan dan dosa yang nyata" (112).

Adalah betul Nabi Adam dan Siti Hawa (Eve) melanggar pantang larang Allah dengan memakan buah larangan itu, tetapi kemudiannya mereka bertaubat dan merayu memohon keampunan daripada Allah dan Allah ampunkan mereka daripada pelanggaran itu. Ini dijelaskan dalam al-Quran surah Ta-ha, 20:122 yang bermaksud,
"Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk."


Dalam konteks Islam, semua anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan suci dan tidak bersalah (Fitrah). Bila kanak-kanak itu sampai baligh (matang), barulah ianya bertanggungjawab terhadap perbuatannya sama ada baik atau buruk. Bahkan sekiranya ia membuat kesalahan pun ia boleh secara ikhlasnya memohon keampunan daripada Allah. Ini dijelaskan dalam surah Az-Zumar, 39:53-54 yang bermaksud,

"Katakanlah: Hai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan mu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepada mu kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi".

Untuk keterangan lanjut mengenai Dosa Warisan boleh dapatkan buku siri perbandingan agama iaitu ISLAM, PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN dengan harga promosi RM 20...

Contact 019-3805413 (Dr Nawi Jusoh) / 019-2278311 (Nik Noraini)